Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.....kek kukus 7 up ni saya buat ptg semalam....bawa ke rumah kawan masa saya pergi ziarah kawan kat sini semalam...seronok tgk budak-budak makan kek yang ceria ni.
Kek ni rasanya lebih kurang mcm apam pelangi juga cuma sedikit berbeza dgn tambahan air 7 up. Resepi ni saya intai drp dapur Kak Azlita @ Masam Manis yang katanya diambil drp mrsdayat. Btw thanks a lot yer kerana berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula ya..:)
Source: Kak Azlita Aziz @ Masam Manis
By: mrsdayat
Bahan-bahan ( loyang 4 segi 9" )
- 5 biji telur
- 220 gram gula
- 150 g Tepung Cake (Bluekey)
- 150 g Tepung Gandum
- 1/2 sudu besar ovalette
- 180ml - 7- up/Cream Soda
- 2 sudu besar susu pekat
- pewarna merah,biru,hijau
Cara-caranya
1. Pukul telur dgn gula sampai kembang masukkan ovalette , pukul lagi. 2. Masukkan tepung diselang selikan dgn air 7 - up tadi.kemudian masukkan susu pekat, kacau sebati .
3. Bahagikan adunan kpd 3bhgn utk dibubuh color. kukus selapis demi selapis. setiap lapis lebih kurang 7 minit
*utk elak air kukusan menitis atas permukaan kek, tutup loyang ngan aluminium foil atau balut tutup pengukus ngan kain
notes: rasenye..kalo every layer tu kite letak perisa lain2 lg sdap kot.(i.e, kaler merah+perisa strawberry..n so on) dan jika suka bolehla letak choc cadbury spt yg kak ita letak tu tapi nieza tak letak coz kat sini tak ada choc tu.

















































Helsinki Time
Georgetown Time