Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Bersiaran di subuh hari lagi ...sekarang jam menunjukkan 2.10 pagi waktu Finland. Orang lain dah diulit mimpi dah pun tapi saya lum tido lagi. Biasa lepas subuh jam 2pagi lbh baru nak tido. Orang kat Malaysia lak dah bangun tido siap nak pi keja dah yer.
Oklah ceter n3 hari ni...mood terajin sikit buat choc kek ni...kebetulan bahan pun ada kan so buat jer lah bukan susah pun ...kejap jer nk buatnya ni. Adunan ni pun ok sesuai utk family yg tak ramai. Actually dah ramai dah blogger yang mencubanya tapi saya jer yg lambat tertinggal train..hehe btw tqvm pada Kak DJ dan kak Nor yang telah berkongsi resepi kek yang sedap dan moist ni...sesiapa yang belum cuba memang kena cuba ni..btw ..izinkan saya berkongsi disini pula.

sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
note: nieza menggunakan topping cream cheese frosting jer..kalau tak nak bubuh pun tak apa.P/s: Buat semua pengunjung kesini jutaan terima kasih diucapkan...buat masa ni tuan rumah bercuti masak-masak maybe 2-3hari atau lebih kerana akan berada diluar kawasan Finland. Akan bertolak pada jam 8am nanti. Bukanlah pergi cuti mkn angin tapi cuti ikut mr.hubby outstation jer coz ada tugas rasmi diluar tak jauh pun negara jiran sini jer... InsyaAllah akan kembali bersiaran bila ada masa free nanti. Salam sayang buat semua..:D