27 Jul 2010

Fresh watermelon Juice

Lama tak order air jus ni kat restaurant...sejak dok sini tak jumpa lagi restaurant yg ada jual fresh juice ni...mcm mana pun bikin sendirila kat umah....kebetulan pulak time summer ni ada jumpa buah tembikai ni...sedap dan manis rasanya.

Bahan-bahan
1/4 buah tembikai dipotong kecil
ais cube
1/2 cawan air
sedikit gula...tak nak bubuh pun tak apa dah ada manis buah

Cara membuat
1. Masukkan 1/2 cawan air dan  kisar hancur buah tembikai
2. Masukkan gula dan beberapa ketulan ais 
3.Siap dan hidangkan.

Mutton Biryani

Biryani ni masak masa pi picnic hari tu lagi tapi baru nak masuk n3..bz jer memanjang mcm2 aktiviti ada so...ceta pasal mutton biryani ni resepi asalnya saya belajar masa kat Dhaka dulu banyak lagi bahan2nya tapi saya ubahsuaikan sikit ikut citarasa sendiri....dan rempah pula saya gunakan rempah shan dr Pakistan.

Bahan-bahan:

11/2 kg daging kambing + tulang
5 cwn beras basmati  direndam 30 minit dan dicuci, toskan
8 cwn  air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 packet rempah shan
1/2 biji lemon
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
1/2 cawan gajus goreng
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi. Tumiskan bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.masukkan  kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah shan dan kacau sebentar.
3. Kemudian masukkan daging kambing dan masak sehingga daging masak dan empuk. Tambahkan garam secukup rasa.
4. Masukkan karot, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air  secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau nasi bila nasi betul2 masak dan sebati dgn rempah serta daging.
6. Bila dah masak bolehlah diangkat dan dihias dgn bawang goreng.

26 Jul 2010

Picnic 2010

nak cerita last weekend....last saturday 24 july 2010..saya dan  malaysian kat sini berkumpul utk berpicnic...even weather tak brapa elok mendung mcm nak hujan....tapi suasana berpicnic tetap meriah dgn kehadiran Malaysian Youth Bowling Team. Diorang ni actually datang utk bowling world youth championships selama 1 weeks..so hari tu we all jemputla diorang datang mkn-mkn dulu sebelum ke opening ceremony 7pm petang tu. Ceta pasal picnic ni macam-macam makanan ada...semua yang datang bawa makanan..saya pulak bawa mutton biryani.


























Ikan Kembong Percik


Bahan dan cara masak yang lbh kurang sama dgn ayam percik.
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembong
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa
bahan mesin halus
10 tangkai cili kering
2 biji bawang putih
1 cm halia
2 batang serai
1sudu tepung beras/tepung jagung

Cara
1. Cuci bersih ikan dan toskan.
2. Rebuskan ikan dalam periuk dan apabila telah masak bolehlah diangkat.
3. Kemudian, masukkan air rebusan ikan tadi dalam kuali dan bahan mesin, santan, halba,tepung yg dibancuh dgn air dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit).
3. Alihkan ikan ke ketuhar dan panggang pada suhu 180' C sehingga ikan masak dan berwarna perang keseluruhannya.
4. Lebihan kuah tadi bolehlah dicurahkan pada ikan....dan jika suka bolehlah hidangkan  dengan tomato,salad atau timun.

23 Jul 2010

Ayam Percik

ayam percik ni boleh dimakan dengan nasi ataupun begitu saja...cara masak pun simple dan mudah untuk sediakan.
Bahan:
1/2 ekor ayam
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa
bahan mesin halus
10 tangkai cili kering
2 biji bawang putih
1 cm halia
2 batang serai

Cara
1. Cuci bersih ayam dengan tepung bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Rebuskan ayam dalam periuk dan masukkan sedikit santan...ayam yang telah masak bolehlah diangkat.
3. Kemudian, masukkan air rebusan ayam tadi bersama dgn  ayam dalam kuali dan bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit).
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 180' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya.
4. Hidangkan dan hiaskan dengan tomato,salad atau timun.

20 Jul 2010

Classic Blueberry Muffin


Muffin ni dah lama nak buat....tapi asyik tertunda saja...sekarang ni pulak musim blueberry kat sini so.....banyak la org jual mana2 tempat semua ada jual...harga pun murah juga...so apa lagi rancangan tertunda pun dijalankan dengan jayanya...siaplah sudah...ok resepi asal dah terlupa dapat dr sumber mana coz dah lama copy dh terlupa sama ada sumber drp internet atau pun majalah.....btw terima kasih yer kepada yang berkongsi resepi muffin ni.

Bahan:-
1/2 cawan butter
 3/4 cawan gula kaster
 2 biji telor
 2 cawan tepung naik sendiri
 1 sudu teh baking powder
 1 sudu teh esen vanilla
 1/2 cawan susu segar
 1/2 sudu teh garam
 1 cawan buah blueberry segar.

Cara:-
1. Panaskan oven 175'C.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji, diikuti dengan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
3. Di dalam mangkuk yang lain ayak tepung bersama baking powder dan masukkan garam, gaul rata.
4. Masukkan tepung kedalam adunan butter berselang seli dengan susu, kacau sebati.
5. Sudukan adunan didalam acuan muffin 3/4 penuh saja kemudian taburkan buah blueberry (3-4 biji/tekan sedikit).
6. Bakar selama 15-20minit @ hingga warna kekuningan atasnya. Angkat dan sejukkan.

Laksa Asam/Laksa Penang Part 2

Jom-jom..blk kg mkn laksa...hehe masak laksa lagi...sejak dok sini ni dah 2nd time ler saya msk laksa ni...dok Msia tak teringin pun nak msk laksa ni bila dok jauh ni teringin pulak nak mkn...so kali ni saya buat laksa versi ikan sardin pula...tukar ckit tapi caranya still sama juga...cuma rasa kuahnya saja yg lain.

Bahan-bahan :
Sebungkus laksa..direndam beberapa jam, direbus sehingga lembut dan toskan

Kuah Laksa:
10 ekor ikan sardin....resepi ni saya gunakan ikan sardin kalau nak gunakan ikan kembung pun boleh
5 ulas bawang merah, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
Sedikit belacan, dibakar dan dihancurkan
3 sudu besar cili kisar
4 keping asam gelugur/asam keping
2 tangkai bunga kantan, dibelah dua
secekak daun kesum
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan hiasan
Timun
Bawang besar
Daun selom
Bunga kantan
Telur rebus
Cili api jika suka
Perahan limau nipis
nenas jika suka

Cara-cara :
1. Ikan sardin/ikan kembung dibersihkan, direbus, dibuang tulang dan dikisar halus dengan sedikit air. Air rebusan ikan jangan dibuang. Tapis dan gunakan semula untuk kuahnya.
2. Panaskan semula air rebusan ikan dan masukkan isi ikan yg dikisar.
3. Bila mendidih, masukkan semua bahan2 yang lain. Masak semua bahan mesra. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Untuk menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan bolehlah dihias dengan bahan2 tabur. Kemudian, tuangkan kuah ke atasnya.

19 Jul 2010

Ikan Fillet Goreng Tepung Bersos Tiram

Masakkan ni simple saja tapi tajuknya jer yg panjang...hehe saja jer resepi masakkan ni saya main mereka sendiri saja...senang dan cepat dimasak...sekali sekala  msk simple2 pun sedap juga. Tambah plak time2 malas2 nak masak lauk simple pun kira oklah kan...dok sini nak pi cari kedai mkn lauk pauk ni mana la nak ada...nak tak nak msk jugala jawabnya simple pun oklah juga.

Bahan-bahan
2 keping fish fillet( Ikan yg dibuang tulang)
sedikit bancuhan tepung jagung untuk mengoreng ikan...bancuhan agak2 jgn terlalu cair.
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih- cincang
seinci halia - cincang
1/2 cawan air
serbuk perisa@gula - jika suka
1/2 sudu teh tepung jagung +air sedikit utk pekatkan kuah
2 sudu mkn minyak utk menumis
sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara
1. Bancuhkan tepung jagung dgn sedikit air....dan celupkan ikan yg dipotong kecil kedalam tepung.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan hingga masak dan kekuningan....angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak lagi, tumis bhn cincang hingga naik bau dan kekuningan ....jgnla sampai hangit.
4. Masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau.... rasakan garam kalau tak letak pun tak apa coz sos tiram dah masin.
5. Selepas itu...masukkan tepung jagung yg dibancuh tadi dan serbuk lada hitam.
6. Masaklah seketika...kemudian masukkan fish fillet yg digoreng bersama tepung tadi.
7. Bolehlah diangkat.

16 Jul 2010

Kuih Pau Kacang Merah

Kuih Pau ni actually dah lama sgt nak buat tapi tak terbuat2...so..hari ni baru  merajinkan diri buat coz inti kacang ni dah buat lama dah. Pau ni lain dr yg lain sikit....special sikit bentuknya....cara buat pau ni saya belajar dr sorang kakak yg dok di Brunei semasa tu kami sama2 ikut husband bertugas di Dhaka ...so sempatla saya belajar kuih ni tapi lepas belajar tu saya tak pernah try pun...coz dah blk keja bz sajala. ni ler 1st time try buat....kurang cantik skitla compare masa akak tu tunjukkan pada saya mula2 dulu...saya pun dah hampir terlupa teknik yg mcm mana yg betul coz hampir 3 thn yg lepas masa belajar tu. Tak kisahla mcm mana cara sekali pun ...asalkan  boleh dimakan.

Bahan-bahan
500 gm tepung pau/ gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yeast
2 sudu besar shorterning
250 gm air suam

Cara-cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin (sampai tak lekat di tangan) ni saya gunaka mixer jer...
4. Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan naik sampai 2 x ganda.
5. Tumbukkan adunan, dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan masukkan inti mengikut kegemaran ...ni saya gunakan inti kacang merah
7. Lapikkan adunan di-atas kertas yang di gunting bulat.
8.Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9.Panaskan kukusan. Masukan adunan dan masakan selama 10 min.
Bila sudah masak buka kan tutup kukusan perlahan2 supaya air tidak
menitis ke kuih.

Bahan buat inti
1/2 kilo kacang merah (bentuk cam kacang hijau tapi warna merah)
2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula putih
sedikit garam
Daun pandan

Cara
1. Rendam kacang merah sehari semalam
2. Cuci bersih dan rebus hingga kembang. Masukkan sekali daun pandan.
3. Bila dah kembang tutup api dan biar suam atau sejuk sedikit.
4. Blend kacang yang dah direbus bersama air rebusan hingga hancur.
5. Masak semula bersama2 gula dan garam sehingga inti kelihatan likat.
6. Tutup api dan sedia untuk digunakan.

Asam Pedas Kepala Ikan Salmon


Salam di hari Jumaat...hari  yg menjadi penghulu segala hari..our menu masakkan hari ni Asam pedas kepala ikan salmon...nak gunakan kepala ikan lain pun boleh..tapi kat Finland ni nak dapatkan ikan fresh susah sikit..yg senang nak dapat ikan fresh ni ikan salmon dan ada lagi ikan lain yg kecik2 tapi tak sama mcm kita kat Malaysia....kalau nak mkn ikan dr asia kena mkn yg frozenla ada jual dikedai aseanic kat sini tapi tak fresh mcm ni...so bila try salmon msk asam pedas pun sedap juga...lemak2 gitew.

Bahan A
1 ekor kepala ikan salmon dan dicuci bersih
6 biji bendi
1 biji buah tomato dibelah 4
1/2 cawan jus asam jawa
1 tangkai bunga kantan dibelah 2
4 s/b minyak masak
garam

Bahan B (dimesin)
10 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk
1/2 inci belacan
1/4 inci halia
sedikit daun kesom
3 cawan air

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa, dan air. masakkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendidih lagi.
4. Masukkan buah tomato, daun kesom,bunga kantan dan bendi.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan

15 Jul 2010

Pink Pancakes with Fresh Strawberry

Menu untuk sarapan pagi tadi....resepi ni saya saja cuba sendiri dgn menambahkan buah strawberry fresh ni kedalam adunan...ceta pasal buah strawberry lum abis lagi....so..mereka cipta sajalah...ok resepinya spt dibwh..:-
Bahan-bahan
1 biji telur
5-6 biji buah strawberry kalau suka boleh letak lbh lagi
sedikit pewarna merah
3 sudu kecil butter, dicairkan dan ketepikan hingga sejuk
1 cwn tepung gandum serbaguna
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil  garam
1 cwn  buttermilk*
*jika tiada buttermilk boleh diganti pada 1 cwn susu segar dicampur dgn 1 1/3 sbsr cream of tartar. Tunggu 5-10 min hingga hasilnya menjadi berbentil2.
1 sudu kecil baking soda

Cara-cara
1.Di dlm mangkuk, pukul telur, butter yg telah sejuk pada suhu bilik.
2.Ayak tepung dan baking soda bersama  kemudian campurkan bersama gula & garam.
3.Campurkan bahan kering tadi bersama telur dan butter yg telah dipukul. Gaul rata.
4.Tambahkan pula buttermilk atau campuran susu segar tadi dan kacau lagi hingga tidak berbentil2.
5. Masukkan sedikit pewarna merah dan buah strawberry yang  potong kecil atau dilecek dan gaulkan sebati.
6.Panaskan kuali yg leper dan  tuangkan agak sesenduk kecil keatas. Biarkan ia berbuih di tepi2annya sebelum membalikkan.
7.Setelah masak bolehla diangkat dan dihidang bersama dgn strawberry syrup ataupun jem.

Jus Apple Asam Boi

Jus epal ni memang bagus untuk kesihatan badan jika selalu diamalkan...banyak khasiat yg terkandung dlm buah epal ni....selain itu  sedap diminum dikala cuaca yang panas ni....nak buatnya senang saja...resepinya seperti dibawah..:-

Bahan-bahannya
1 biji apple - dipotong empat
1 sudu kecil Serbuk Asam Boi
2-3 biji Asam Boi
1 biji limau kasturi dipotong 2
1 sudu kecil gula
2 cawan air
sedikit  Ais

Cara membuat
1. Kisar hancur buah epal.
2. Apabila siap, toskan airnya.
3. Curahkan ke dalam bekas berlainan. Masukkan gula dan serbuk asam boi.
4. Perasakannya dengan curahan air limau dan kemudian masukkan ketulan asam boi. Kacau sebati.
5. Masukkan beberapa ketulan ais dan hidang

14 Jul 2010

Puding Gula Hangus


Buat puding ni untuk minum petang....demam buah strawberry lum abis lagi...hehe ....selagi tak abis mcmtu la kan...so menu puding ni pun letak jugala buah strawberry tu....Makan puding yg disejukkan dalam peti ais dan ditambah pula dgn buah strawberry yg fresh dan manis ni....memang sedapla...oklah resepinya saya ambik drp majalah mingguan wanita 2thn lepas dah..ada byk dan pelbagai resepi nak buat puding ni...tapi yg saya try ni kira yg simple jugala.

Bahan A (untuk buat gula hangus)
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan air

Bahan B( untuk buat puding)
700ml susu penuh krim atau susu tepung campur air dan jadikan anggaran 700ml
3/4 cawan gula
sedikit esen vanilla
1 sudu mkn tepung kastard
7 biji telur

Cara Membuatnya:
1. Sediakan periuk pengukus
2. Untuk buat gula hangus, satukan bahan A di dalam loyang bulat atau sebarang acuan....masakkan dgn api perlahan. Biarkan gula hancur dan menjadi keemasan.
3. Angkat dan biarkan seminit atau hingga gula hangus sejuk.
4. Satukan bahan B, gaul (jgn dipukul) sehingga gula hancur kemudian tapis adunan.Pastikan adunan tidah berbuih-buih. Kemudian masukkan kedalam loyang yang telah ada gula hangus tadi.
5. Kemudian kukus 15-20minit. Sejukkan dan sedia untuk dihidang...hiaskan dgn buah strawberry diatasnya.

13 Jul 2010

Sotong Hitam Manis

Hari ni masak lauk simple dan senang jer....sumber resepi masakan ni drp majalah wanita keluaran thn bila dah lupa dah....tak kisahlah kan apa yg penting resepi ni mudah dan senang nak sediakan...tambah pulak kalau msk sotong ni sekejap jer dah masak...oklah resepi seperti dibawah..:-
Bahan-bahan
10 ekor sotong sederhana besar dipotong bulat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar cili blender
5 ulas bawang merah- dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halis - dikisar
2 sudu kecil kerisik
Garam secukup rasa

Cara  memasak
1.Tumis bawang merah,bawang putih,halia dan cili blender sehingga garing dan naik bau.
2.Masukkan sos tiram,kicap,kerisik,dan garam.
3. Gaul rata dan tumis lagi.
4. Masukkan sotong, gaul sebati dan biarkan kuah mendidih sehingga pekat....kalau nak berkuah janganlah dimasak terlalu lama...lagipun msk seafood ni 8-10 minit dah masak dah....angkat dan hidangkan.

12 Jul 2010

Kuih Talam Kacang Merah


Kuih talam ni dimasak semalam lagi tapi tak sempat nak n3...lebihan kacang merah masa buat kuih lapis kacang merah tu masih ada ....saya pun gunakan saja utk buat kuih talam ni...my hubby pun suka sgt mkn kuih-kuih talam ni...

so ..saya pun cuba2lah resepi kuih talam ni pula..actually ni dah 2nd time la buat sebelum ni pernah buat tapi 3thn lepas masa dok di dhaka...pastu bila blk Msia keja malas dah...sekarang ni pula nak try2 blk...dulu saya gunakan kacang merah dlm tin jer ..tapi sekrng saya gunakan kacang yang mcm kacang hijau...saiz pun sama mcm tu....susahlah sikit tapi kalau nak senang gunakan saja kacang dlm tin saja.
ok  jom kita tgk  resepinya....sumber asal resepi kuih ni saya c&p dr blog kak liza....thanks to chef Hanieliza...resepi yg simple lagi sedap ni...tapi saya ubah suaikan sikit dr segi bahan kacangnya saja....saya tak gunakan yg tin coz susah nak jumpa ....maybe ada jual tapi tak jumpa cari disini.

Bahan-bahan
Lapisan bawah - kacang merah
1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit] yg ni saya tukar dan  saya gunakan kacang merah yg kering tu direndam semalaman kemudian direbus dan diblender halus
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/jagung/tepung kanji
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna merah

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - santan
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + garam sikit

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

The Classic Strawberry Smoothie

Cuaca yg panas ni asyik nak minum air ais jer lah....itu juga yg sedap....so...buah strawberry yg dipetik dr ladang hari tu pun masih ada lagi...kita pun buatlah strawberry smoothie...memang sedap bila minum di kala cuaca yang panas-panas mcm ni...

sedap ni....ok cara nak buatnya senang jer....bahan dan resepinya spt dibawah..


Ingredients
•Strawberries
•Vanilla Ice Cream
•Sugar
•Crushed Ice

Preparation
The process of making a smoothie becomes very simple when you have a blender. First put the strawberries, ice and ice cream into the blender, as they will take a longer time to blend. Then add the sugar and give it another spin and your classic strawberry smoothie is ready!

11 Jul 2010

Strawberry Picking 2010

Hari ni cuaca begitu baik sekali cerah...dan panas pun luar biasa dari selalu...rasa mcm dok kat Malaysia pula...dan thn ni dgr cetanya lbh panas dr thn sebelum....maybe perubahan cuaca dunia sama....oklah ceta pasal aktiviti di hujung minggu ni....we all hari ni buat aktiviti memetik buah strawberry kat ladang....ladang ni masuknya free...dan mkn buah dlm ladang tu pun free...tapi bila nak bw balik umah buah tu baru kena bayar...ikut berat dlm kg....1kg=euro4...still murah compare dgn harga kat supermarket...tapi pengalaman memetik sendiri buah diladang ni lagi best...dan buah2nya manis sgt....walaupun panas terik matahari we all semua enjoy.

buah strawberry yg masak dan manis
acara memetik buah pun bermula....masing2 excited nak petik dan penuhkan bakul

sebelum tu rasa dulu...fuhhh memang sedap manis....tak sama mcm beli kat kedai..




gaya pekerja ladang ...hehe

me with my hubby

begitu tekun sekali kwn2 yg lain memetik buah ....masing2 begitu teruja dan tak sabar nak penuhkan bakul...walaupun terpaksa berjemur ditgh panas tapi bila tgk buah strawberry  masing2 dah tak ingat panas dah..

bakul pun dah penuh...bolehlah balik...


bergambar dgn gadis comel...org finnish...keja dia jaga dan tgk org kutip buah ni...baik dan peramah orgnya...
posing kat ladang dulu sebelum balik..


ready to go back ...dah dapat hasilnya masing2 dapat petik dlm 3++kg...memang berbaloi-baloi dgn harga yg murah pulak tu...

ni la hasil tuaian .....dkt nak penuh juga  bakul yg dibawa ni...lbh kurang 3kg mcm tu....merah betul colour buah ni....dan rasanya yg manis makan pun tak jemu...


8 Jul 2010

Daging Prune

Hari ni try masak daging prune pulak....sedap juga resepi msk dgn buah prune ni...buah yg sudah semestinya byk khasiat yg terkandung dlm buah prune ni....oklah ceta pasal menu masakkan ni...saya C&P dr blog kak Hanieliza....yang pakar dlm semua jenis masakkan...resepi ni simple tapi sedap...apapun thanks kak liza.

Bahan

600 gm daging [potong nipis]
1/2 cawan buah prune [buangkan biji dan mesin halus]
5 s/b sos tomato
4 s/b kicap pekat
2 s/b cili mesin
2 s/b rempah kari
4 s/b minyak
1/2 cawan air
garam

bahan mesin
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inci halia

Cara
1. Daging dibersihkan dan gaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging. Kacau rata. Biarkan masak sehingga daging lembut.
4. Masukkan buah prune mesin dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat.
5. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak atau beriani.

Sayur Pak Choy


Bahan-bahan
6-7 batang sayur pak choy
1 sudu besar sos tiram
4 ulas bawang putih- cincang
seinci halia - cincang
1/2 cawan air
serbuk perisa@gula - jika suka
1/2 sudu teh tepungg jagung +air sedikit utk pekatkan kuah
2 sudu mkn minyak utk menumis
bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan

Cara-cara
1. Panaskan air dalam periuk.... celur sayur ngan btg2 skali...1/2 masak saja.
2. Angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung....tak nak potong pun tak apa... susun dlm pinggan dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau dan kekuningan ....jgnla sampai hangit.
4. Masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau.... rasakan garam kalau tak letak pun tak apa coz sos tiram dah masin.
5. Selepas itu...masukkan tepung jagung yg dibancuh tadi.
6. Masaklah seketika...kemudian . tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
7. Hiaskan dgn  bwg putih goreng/bwg goreng.

6 Jul 2010

Trip To Stockholm, Sweden

Syukur alhamdulillah trip to Stockholm,Sweden berjalan dgn lancar dan telah selamat tiba di Helsinki pada jam 10am semalam. perjalanan kesana lbh kurang 4 hari 3mlm...1 hari perjalanan diatas cruise ship memakan masa lbh kurang 16jam...walaupun perjalanan mengambil masa yg lama tapi suasana didalam cruise ship yg sentiasa meriah itu membuatkan kita tidak akan terasa sunyi dan bosan. Cruise Ship Silja Line ni mempunyai keluasan lbh kurang 300m kaki persegi dan 12 tingkat termasuk parking kereta, cabin, shopping mall, casino, swimming pool, restaurant dan etc.macam-macam ada....kalau rajin berjalan bolehla explore semua tempat...dah letih tu masuk tido dlm cabin sajala...cabin pun selesa dgn katil dan toilet sekali dlm bilik.

check in untuk masuk ke kapal pada jam 4pm

ready to go...nak masuk ke perut kapal dah ni...

macam ni ler rupanya tempat car park dlm cruise ship ni....lebih kurang sama mcm feri Penang juga tapi bezanya kapal ni besar lagi...

dah masuk kapal nak cari cabin pulak...banyak betul cabin....penat jugala berjalan pusing cari bilik yg dibooking...


dah jumpa dah....ni ler rupanya cabin dlm kapal ni ada 2 katil...dan 1 bilik air...oklah selesa jugala utk duduk dalam masa perjalanan lbh kurang 16 jam ni


ni pula di bahagian atas tingkat 12 bahagian dpn kapal...tgk view ni cantik sgt...

cuaca cerah dgn langit yg biru....



ni bahagian sun deck belakang 

bergambar dgn badut dlm kapal

salah satu kedai yg terdapat dlm kapal ni..mcm2 ada..

ni kedai tax free


ada night show

dapatlah tgk sunset time ni dah kul 11malam...subhanallah....sungguh indah ciptaan Allah..waktu siang yg panjang...jam 4am nanti matahari dah terbit dah...

day 2 inside the cruise ship....time dah jam 9 pagi dah  dekat nak sampai dah dijangka sampai ke stockholm pada jam 10pagi.


tempat pertama yg akan dituju ialah Malaysia Embassy....ni dah sampai dah ke ofis Malaysia Embassy di stockholm, Sweden...melawat ke ofis disana sekejap..

bergambar bersama kak Fauziah yg dipanggil kak G yg sama jawatan dgn my hubby dan bertugas di pejabat kedutaan Malaysia disini...terima kasih kak G diatas jemputan...dan dirumah kak G ni la nanti kami tumpang bermalam.Actually plan asal memang nak tido hotel..tapi kak G ni bersungguh2 ajak kami kerumahnya....dan tido disana....serba salah juga dgn pelawaannya...so kami pun terimalah...terima kasih byk juga pada kak G diatas layanan mesra kami disana...bkn saja tempat yg selesa mkn yg dimasak pula semua sedap2 belaka...siap sediakan kami bekal mee goreng pula semasa nak pulang dan ada pula cenderahati dr sana...gembira dan terharu sekali dgn layanan yg diberi hanya tuhan saja dapat membalas budi baik kak G dan adiknya kak sayang semasa kami disana. 

ni la bandar Stockholm...cantik sekali permandangannya...







naik bus hop on -hop off round2 kat town...ada 3 buah bus yg pergi 3 tempat yg berlainan....sempat juga naik ketiga-tiga bus tu...1 bus pusing dlm 45 minit.

ni ialah kapal yg terdapat dlm vasa museum....kapal ni karam semasa baru saja berlepas dr perlabuhan....berusia 333thn semasa dijumpai....





 dah penat berjalan...kami pun ke rumah kak G.....so our dinner that day..nasi putih + kari kepala ikan + sambal tumis telor + sambal belacan + timun...memang sedap ...terima kasih pada tuan rumah diatas hidangan yg sungguh menyelerakan ini.

last day dirumah kak G sebelum blk ke Helsinki

ni kat belakang rumah kak G ada pokok epal hijau...tapi time sekarang ni buah baru berputik

ni pula hidangan sarapan pagi sebelum kami keluar jln2 dan bertolak balik...macam2 ada...

roti canai, mee goreng, kuih dan laksa pun ada...

bergambar bersama adik kak G ...panggil kak sayang saja...kak sayang ni rajin memasak dan sedap2 plak tu masakkannya..berasal dr Penang juga.

ni la tuan rumah kak G...baik orangnya...semoga kak G sekeluarga dimurahkan rezeki selalu...

me with my hubby

jalan-jalan lagi last day kat stockholm sebelum balik ke helsinki jam 4 ptng


















Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers