Assalammualaikum dan salam tahun baru semua.....n3 terakhir dalam thn 2010 Sebelum kita melangkah ke tahun 2011. Masa berjalan seperti biasa cuma angka saja yg berubah tapi adakah kita juga akan berubah? tepuk dada tanyanlah iman....insyaAllah sama-samalah kita berdoa semoga kedatangan tahun baru 2011 nanti akan lebih baik drp tahun yg sebelumnya.
oklah berbalik semula pada tajuk n3 saya hari ni....ceta pasal kuih talam tokyo ni pula. Tak pasti juga kenapa namanya talam Tokyo kan ...org Tokyo buat ke atau org M'sia dok Tokyo yg buat...apapun jom layan ...
kuih talam ni buat semalam lagi sambil memasak mkn mlm tu sambil tu la juga saya buat kuih talam ni.....tak la susah sgt...bila dh siap tu baru lah tau kuih ni lbh senang drp kuih-kuih talam yg pernah saya buat sebelum ni.
Pagi tadi mr.hubby dh tapaukan bawa ke ofis dan ada kasi kat kwn-kwn sikit...kalau kat umah nk mkn memang tak abis.
ok resepi ni saya intai dr dapur Kak Yatie boleh juga tgk disana yer. Tapi kuih yg saya buat ni tak se cun mcm kuih kak yatie ler....hehe yg bagi pendapat saya kak yatie dh mcm pakar buat kuih-kuih talam tu...memang suka tgk kuih-kuih yg kak yatie buat tu dh byk juga saya dh cuba resepinya.....sesiapa yg belum tgk silalah ke blog kat yatie yer.....haha promote sikit...btw terima kasih pada kak Yatie kerana berkongsi resepi kuih yang best ni....sedap!...izinkan saya berkongsi disini pula ya kak.
Bahan Utk Lapisan Bawah
- 1 cawan sago (cuci dan toskan)
- 1 paket suon (bungkusan kecil, di rendam dan dipotong)
- 1/2 cawan kelapa parut
- 1/2 cawan santan
- secubit garam.
- Cuci sago sebentar dan toskan. Rendam suon berasingan dan potong kecil.
- Satukan adunan dan masukkan ke dalam loyang 8" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak. Kukus selama 15 minit dan tekankan dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
- 4 biji telor
- 1 cawan gula
- 3 cawan santan pekat
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung jagung
- 1/4 cawan tepung hong kue (ni saya tak letak coz x ada tapi saya gantikan dgn tepung gandum)
- pewarna kuning dan hijau
- Campurkan semua bahan dan blend rata.
- Tapis dan bahagi adunan kepada dua bahagian.
- Satu diwarnakan hijau dan satu lagi diwarnakan kuning.
- Tuangkan adunan kuning ke atas lapisan bawah (cakar2 sedikit lapisan sago tu, dan kukus selama 10 minit.
- Kemudian masukan adunan hijau dan kukus selama 20 minit lagi. Padamkan api dan biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong. Sedia dihidang.