Assalammualaikum semua
Terima kasih pada semua yang sudi memberikan komen dan ucapan tahniah di n3 yang lepas serta di fb juga. Saya rasa amat terharu dengan setiap komen dan doa yang diberikan diatas perkongsian resepi yang telah tersiar di Majalah Aroma edisi Jun 2012. Satu penghargaan yang amat berharga sekali buat saya dan semua blogger masak-masak yang lain juga yang mana akhir-akhir ini ramai yang terpilih oleh pihak media untuk berkongsi resepi juga.
Saya tak pernah merasakan diri saya hebat sebab ada lagi orang lain yang hebat dan saya sedar banyak lagi kelemahan diri ini yang perlu saya perbaiki. Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk adalah kelemahan dari diri saya sendiri. Semoga apa yang saya kongsikan disini dapat dimanfaatkan oleh orang lain juga nanti..InsyaAllah.
Hari ni saya nak sharekan resepi puding yang telah turut tersiar didalam majalah Aroma hari tu. Sebanyak 8 resepi yang telah tersiar dan 5 daripada 8 resepi telah pun saya kongsikan diblog manakala 3 lagi resepi baru yang saya telah cuba belum saya siarkan disini.
Cerita pasal puding ni memang sedap.. saya pernah buat dah dulu yang versi pandan punya tapi sekarang saya tukar kepada strawberry pula. Walaupun simple jer tapi bestla kalau layan puding ni sampai tak sedar berapa ketul yg saya dah makan.
Resepi Puding Susu Strawberry
Adaptasi dari resepi puding susu pandan oleh Gert dan yg telah dikongsikan bersama oleh Kak Yatie
Bahan :
- 600 ml air
- 120 gram gula pasir
- 10 gram serbuk agar agar
- 300 ml susu segar
- 300 ml santan
- beberapa titik esen strawberry/ pewarna merah atau pink
Cara membuatnya :
- Satukan serbuk agar2, air dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
- Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.
- Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen strawberry dan pewarna merah/pink, selebihnya biarkan warna asal.
- Tuang adunan strawberry kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.
- Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding strawberry tadi .
- Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan ketika sejuk.
**Sementara menunggu adunan strawberry beku di dalam acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati...setelah adunan strawberry beku,bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan strawberry tadi. Selamat mencuba
Note: Mungkin hari ni n3 akhir saya buat minggu ni sebab hari jumaat 1Jun, selepas subuh sini saya dan suami akak terbang pergi holiday. Kira cuti masak la buat sementara waktu maybe dalam 1 minggu lebih mcm tu. Sekadar makluman saja sebab nanti ada pula yg tinggal komen atau jejak saya tak balas pulakan so..saya maklumkan dulula. Actually tak pergi jauh pun cuma bercuti dekat-dekat europe ni saja. Doakan semoga perjalanan nanti selamat pergi dan selamat balik. Ok.. kita jumpa minggu depan..InsyaAllah:D