Assalammualaikum dan salam di hari Jumaat yang mulia buat semua pengunjung yang sudi berkunjung ke sini. Pada semua pengunjung dan followers tak kira baru dan lama, kedatangan anda amatlah dialukan...dan terima kasih diatas sokongan anda semua selama ini...amatlah saya hargai.
Oklah n3 hari ni nak ceter pasal crunchy pai tee ni dulu ... pada mulanya saya memang jakun juga bila nengokkan org dok tayang pai tee ni sebab memang tak pernah mkn dan buat pun dan acuannya pun saya tak kenal. Bila dah join blogging dan tercebak dalam dunia blogger masak-masak ni baru ler saya diperkenalkan....tapi dlm hati selalu berkata mana la saya nak dapat acuan pai tee ni kat Finland ni kan..persoalan yg tiada jawapan dan dipendamkan dlm hati sajalah.
Sampaila satu masa yang saya tak mimpi dan sangka pun sebenarnya saya sudah miliki acuan ni pada hari ni....haha nak tau cerita selanjutnya ................sila scroll down..:D
Sebelum tu jom kita tengok resepi dulu lah yer. Resepi ni dapat daripada Waterlily hasil selongkar dapur Kak Nor @ Secubit Garam yang merangkap sifu masak saya juga ni. Tgh malam pun dok msg lagi kat fb kak Nor ..apa nak buat waktu sini tak sama dgn waktu Malaysia la. org kat sana dah nak masuk tido saya kat sini baru nak minum ptng...tapi tak menghampakan sifu ni tak tido lagi tadi dapat ler serba sedikit petua dari kak Nor.
Alhamdulillah percubaan pertama saya membuat pai tee berjaya juga walaupun pada mulanya ada 2-3pcs yang melekat pada acuan tu tapi selepas itu ok dan menurut kak Nor memang normal la tu bagi yg guna acuan baru. Berguna sekali tips yang diberikan tu...btw, terima kasih pada waterlily tuan empunya resepi dan kak Nor yang telah berkongsi resepi pai tee yang rangup dan sedap ni....Izinkan saya berkongsi disini pula...:D
Bahan - Bahan :
7 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
200ml air.
Bahan Untuk Inti :
Carrot - dihiris nipis atau diricik
Sengkuang - dihiris nipis atau diricik (nieza tak bubuh sebab tak ada stok)
Timun - di buang empulur, dihiris atau diricik.
Bawang besar - di hiris dadu kecil.
Bawang putih - dihiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
Bawang merah di hiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
Udang kering - direndam dan ditumbuk
Garam
Bahan Tabur:
Kacang tanah - di goreng, di tumbuk kasar
Bawang goreng
Cara membuat Kulit Pai Tee:
1. Campurkan kesemua tepung dan telur - gaul rata2.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis sambil di kuar rata.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Panaskan minyak - cukup untuk deep fry. Panaskan sekali acuan pai tee di dalam minyak tadi.
5. Setelah minyak panas, keluarkan acuan tadi (make sure tak ada lebihan minyak di acuan tadi) dan masukkan sebentar kedalam adunan tepung (sampai tahap 3/4 acuan pai tee).
6. Angkat acuan pai tee yang bersalut adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas tadi. The trick is - apabila menggoreng, jangan rendam keseluruhan acuan tetapi hendaklah minyak di tahap lebih RENDAH dari salutan tepung tadi. This way, the batter akan dengan sendirinya terbentuk seperti kelopak bunga dan akan tanggal dari acuan.
7. Goreng pai tee sehingga kekuningan atau keperangan - angkat dan tus.
step by step yang saya buat
Cara Membuat Inti:
1. Tumis bawang merah / putih / bawang besar sehingga wangi, masukkan udang kering - kuar sehingga agak kering. Padamkan api.
2. Gaulkan hirisan carrot, timun dan sengkuang sehingga sebati bersama dan masukkan bahan yang ditumis tadi. Tabur garam secukup rasa.
3. Untuk menghidang, masukkan inti kedalam kulit pai tee dan di tabur dengan kacang tanah goreng (yang ditumbuk kasar) dan bawang goreng.
4. Boleh dimakan bersama sos cili Thai atau buatan sendiri (chilli merah, bawang putih ditumbuk, perah limau nipis ATAU masukkan cuka - dan campur gula secukup rasa).
P/S IMPORTANT TIPS:
1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah sentiasa dikuar bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.
@
@
@
@
@
@
SAMBUNGAN CERITA DIATAS...
Masa balik cuti ke Penang, Malaysia hari tu, saya terima bungkusan pos daripada seorang kakak blogger yang menetap di Terengganu...kira Special Gift la buat saya ni. Tak sangka parcel yang saya terima tu sehari sebelum saya terbang blk ke Finland ni....terharu sungguh dibuatnya sebab tanpa bersua muka dialam realiti pun dan hanya mengenali di alam maya saja. Masa tu pula memang saya sibuk sgt dgn packing brng utk blk ke sini tak sempatla nak n3 parcel ni kat blog memang jarang online pun masa balik hari tu.
So..bila dah try buat pai tee ni saya kongsikan sekali lah n3 ni utk menghargai pemberian tuan yang memberi dan sebagai tanda kenangan buat saya utk disimpan disini..bukan ada niat lain pun. Atas sebab tertentu, siapa orgnya tak perlula saya maklumkan disini...biarlah rahsia..:D
btw, Jutaan terima kasih diatas gift yang diberikan...bukan saja ada acuan pai tee tapi ada keropok ikan sekali...suka sangat sebab boleh bawa blk sini. Keropok segera yang packet kecik-kecik tu dah abis makan masa saya transit kat Germany hari tu..lapar sgt time tu buka mkn kopok jer kat airport tu sementara nak tunggu connecting flight blk sini...alhamdulillah rezeki. Semoga bertambah murah rezeki tuan yang memberi juga nanti dan semoga ukhwah yang terjalin dirahmati Allah selalu hendaknya..insyaAllah...amin..:DD
acuan pai tee dan keropok ikan
Happy weekend..:D