24 Sept 2010

Kek Marble Pelangi

Salam aidilfitri lagi...bulan syawal belum lagi berakhir so...masih mood raya lagi la....Setelah sekian lama tak update n3 masak-masak ni....hari ni barulah berkesempatan nak update...sebelum ni bknnya tak masak....masak juga tapi masa balik Malaysia hari tu bz sgt tak sempat nak ambil gambar masakan pun...dah tak berupdate ler blog ni...so dah blk ke sini episod lama pun berulang kembali....masak saja jer lah kejanya.

Actually buat kek ni pun untuk dibawa ke rumah kawan disini yg buat open house esok...so fikir punya fikir apa lah nak dibawakan....buat yg senang dan simple sajalah....tapi buat kek marble pelangi tak juga senang sgt pun coz kena juga kerajinan untuk membuat pelbagai colour tu kalau tak rajin tak ada lah colour yang meriah mcm ni kan. .mood rajin terlebih pulak hari ni so terbuatlah kek marble  2 version pulak satu yg dibakar dan satu lagi  yg dikukus....adunan yg sama cuma cara saja yg berlainan...saja jer cuba mencuba..dua2  cara itu mempunyai rasa yg tersendiri..kalau nak tau kena lah mencubanya sendiri!


ni ler rupanya kek marble pelangi yang dibakar nampak sedikit garing ditepi-tepi kek itu

ni pula kek marble pelangi yang dikukus....teksturnya nampak lebih lembut

Resepi kek ni asalnya saya dapat dr majalah...dah lupa majalah apa ... dah lama dah tapi saya ubah suaikan dengan citarasa sendiri dan yg kukus tu memang saya saja mengubah teknik masakan saja. Boleh juga kalau nak mencuba.

Bahan-bahan
11/2 Cawan gula halus
11/2 cawan mentega
3cawan tepung gandum
1 sudu tea baking powder
5 biji telor
sedikit esen vanilla
pelbagai pewarna....ni terpulang berapa warna yg kita suka...kalau tak suka byk letak 2-3 pewarna pun dah ok. saya letak banyak juga warna ada warna  merah,biru,hijau,purple,coklat dan kuning.
3 sudu besar susu manis.
5 sudu besar fresh milk
1 sudu tea ovalett ni pun saya letak tapi kalau tak nak letak pun tak apa.

Cara membuat:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan di pukul lagi
3. Masukkan tepung,vanila dan baking powder, ovalett, susu manis dan fresh milk.
4. Kemudian  bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan dan tuangkan ke dalam loyang dengan berlapis-lapis.
5. Bakar selama 35-45 minit.
6. Biarkan sejuk dan bolehlah dipotong.

22 Sept 2010

Perjalanan balik ke Helsinki

Semasa di Penang Airport bersama mak,mak mertua,kakak ipar, adik ipar dan anak buah,abg dan adik yg datang menghantar saya balik di airport.



mak bersama cucu....anak adik saya

Pada 20hb Sept 2010 pada jam 5.30ptng dari  Penang Airport bermulalah perjalanan saya untuk balik ke bumi dingin dan kepangkuan suami tercinta. Destinasi penerbangan saya ke KLIA dulu .Dalam 1 jam jer dah sampai dah ke KLIA tapi terpaksa transit selama 5 jam lbh pula disebabkan flight ke Amsterdam pada jam 12mlm. Masa kat KLIA ni dah terasa dah bosan tapi nasib baikla ada juga kawan yang datang berjumpa...terima kasih juga pada ana dan suaminya yg tinggal di Puchong  yang sudi datang setelah sekian lama tak berjumpa dapat jugalah berjumpa walaupun sekejap. Sekejap saja masa berlalu hampir 6 minggu lebih balik ke Malaysia dah sampai masanya untuk saya balik ke Helsinki. Perjalanan balik kali ni memang banyak menguji tahap kesabaran kerana memakan masa hampir 34jam perjalanan...inilah yang dikatakan dugaan dan cabaran bila kita travel jauh-jauh.

bergambar bersama ana dan anaknya


oklah berbalik semula pada ceta travel semasa saya balik ni....pada jam 12 tgh malam waktu Malaysia saya pun terbanglah ke Amsterdam...perjalanan diatas flight ni memakan masa 13jam tanpa henti...memang terasa lama sgt dan kaki pun sampai bengkak sebab duduk terlalu lama.tapi apa nak buat kan sabar jer lah. so..selamat tiba diAmsterdam airport pada jam 6.10pagi waktu Amsterdam...kalau kat Malaysia time tu dah jam 1petang dah. Kalau ikutkan jadual penerbangan saya terpaksa transit di Amsterdam lbh kurang 6jam saja dan flight balik ke helsinki pada jam 12tgh hari tapi disebabkan flight kesana delay dan dimaklumkan saya terpaksa tunggu flight kesana pada jam 6.50ptng pula. ini bermakna saya terpaksa melepak di Amsterdam airport selama 12 jam....amatlah membosankan.bukan saja terpaksa menunggu saja tapi terpaksa mengambil beg yg telah di check in dr sana semula dan terpaksa keluar melalui kastam sana dan menunggu pula untuk check in balik pada jam 4ptng. Kena pula soal jawab dgn kastam sana....biasalah  kastam tu kalau tgk kita ni warga asing mcm2lah disoalnya....beg pun dia nak check...actually saya bukan nak masuk Amsterdam pun cuma transit saja disana.....saya pun guna jugalah kesempatan yg ada saya tunjukkan pada kastam tu dilpomatik pasport saya...memang saya gunakan pasport diplomatik pun sebab my hubby bertugas diluar .....dan dia pun tgk dan dia ckp dia percayakan saya dan tak jadilah dia nak check beg. Actually saya tak kisah kalau dia nak check pun bknnya ada bawa senjata pun tapi malaslah nak simpan kalau dia dah start punggah barang nanti satu masalah pula saya nak kemas. Semasa transit ni pula saya tak dapat untuk menghubungi my hubby untuk bertanya dan maklumkan keadaan saya masa tu disebabkan no hp yg digunakan tak dapat dihubungi. tapi nasib baiklah suami dapat menghubungi sendiri pihak Finnair Airlines di Helsinki dan mereka telah memaklumkan pada my hubby flight saya delay dan waktu yg saya akan tiba di helsinki nanti pada my hubby. Semasa di airport saya diberi kupon mkn yg berharga 14.50euro saja...so apa yg boleh dimakan hanyalah roti dan minum air saja...kalau ikutkan lapar memangla lapar tapi apa nak buat mkn halal tak ada jual kat sana..itu sekadar untuk mengalas perut saja. Finally dapat juga saya berlepas dr Amsterdam airport ke Helsinki pada jam 6.50ptng waktu sana dan pada masa itu jam 2 pagi waktu Malaysia. Perjalanan ke Helsinki hanya 2jam diberikan roti dan minuman tapi saya tak ambil pun roti tu sebab ada daging yg tak Halal..saya hanya minum air saja..pada masa ni badan pun terasa latih sgt...ya la selama 12 jam di Amsterdam saya tak berani nak tido sebab takut juga seorang diri dgn bawa beg lagi.

ni ler mini museum yg ada didalam airport Amsterdam

barang2 yg dipamerkan







shopping souvenir saja la...

view di luar airport Amsterdam

time ni pulak tgh berjalan mencari pinta gate 35...dok dihujung sekali penat jugalah kaki ni..
Lastly saya selamat juga tiba di Helsinki airport pada jam 10mlm waktu Finland dan 4pagi waktu Malaysia...masa turun flight tu kaki dah terasa sakit sgt coz kaki saya bengkak dan pakai kasut pun terasa ketat dan saya berjalan juga perlahan2 untuk mengambil beg dan keluar. hidung pun sampai berdarah maybe badan terlalu panas sama. Masa keluar tu dah nampak dah my hubby dah tunggu...syukur alhamdulillah dapat juga berjumpa dgn hubby setelah sekian lama terpisah...terpisah buat sementara waktu saja....so saya pun balikla kerumah.

Inilah pengalaman berharga yg tak pernah lagi saya lalui...perjalanan yang memakan masa hampir 34 jam dah dekat 1 setengah hari.....macam-macam perasaan saya rasa pada masa itu....hanya Allah saja yg tau tapi saya kena kuatkan semangat saya.....ya la berada ditempat orang seorang diri pula tapi Allah ada bersama saya....saya berdoa semoga saya akan sampai dgn selamat. inilah ujian dan dugaan yg saya kena tempuhi. Ini hanyalah sekadar berkongsi suka duka pengalaman saya semasa travelling...pengalaman travel walaupun seorang diri ni  kita kena pandai bawa diri...kalau tak tau apa2 janganlah malu2 utk bertanya. sekian sajalah cerita suka duka saya dalam perjalanan yg jauh balik ke sini.

7 Sept 2010

Salam Aidilfitri 1431H


Assalammualaikum wbt dan salam aidilfitri diucapkan kepada semua rakan-rakan blog dan juga fb serta semua saudara mara jauh dan dekat semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah swt dalam kesibukan untuk persiapan menjelang hari raya tak lama lagi. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon jutaan kemaafan diatas keterlanjuran kata-kata sepanjang perkenalan dialam cyber ni. Hanya ecard pengganti diri...maaf zahir & batin.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers