Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni baru berkesempatan nak berkongsi cerita tentang lawatan saya ke Istanbul tempoh hari...actually hanya lawatan singkat saja kesana kebetulan masa nak ke Mekah hari tu ada transit di Istanbul so....dah kebetulan ada peluang singgah disana saya dan suami pun ambil kesempatan untuk melawat beberapa tempat menarik disana sebelum bertolak ke Jeddah untuk menunaikan umrah pada 5 May 2011.
Perjalanan bermula pada 3 May 2011 daripada Helsinki, Finland pada jam 1.30tgh hari dengan penerbangan turkish airlines dan selamat tiba di lapangan terbang Atartuk, Istanbul pada jam 4.30ptng. Penerbangan yang hanya memakan masa lbh kurang 3 jam saja dari sini.Setelah selesai ambil beg kami pun menaiki teksi untuk ke hotel yang siap sedia ditempah awal lagi.Setelah selesai check in hotel dan menunaikan solat jamak kami terus membuat lawatan di sekitar bandar Istanbul dengan berjalan kaki saja.
Istanbul, Turki adalah Satu-satunya bandar didunia yang menggabungkan 2 benua, Eropah dan Asia. Banyak peninggalan sejarah islam disini.....sebab tu lah mr.hubby berminat sangat untuk melihat sendiri tinggalan sejarah...sebelum ni hanya mendapat info daripada bacaan saja. Lawatan singkat ini byk memberi peluang untuk melihat dari dekat kesan sejarah pemerintahan Islam yang agung satu ketika dulu.
Melawat ke Istana Topkapi...Ia merupakan istana terbesar di Istanbul dan pernah didiami 24 Sultan di Turki. Istana Topkapi disini tersimpannya pelbagai khazanah Islam dan barangan peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, pedang, kesan tapak kaki dsbnya.
sungguh cantik dan berseni sekali lukisan dan ukiran didalam istana ini
bilik beradu raja
Permandangan dari kawasan luar istana...ramai pelancong yang sedang beratur untuk masuk ke dalam istana ini
Lawatan pada keesokan harinya pula kami melawat ke Masjid Biru (Blue Mosque) yang cuma mengambil masa 10 minit dengan berjalan kaki dari hotel. Mengikut sejarah, masjid ini dibina di antara tahun 1609 hingga 1616, semasa pemerintahan Sultan Ahmet 1. Namanya diambil bersempena warna mozek Iznik kebiru-biruan yang dipasang di atas dinding dan siling masjid.
Gambar ehsan google
Sungguh indah sekali permandangan pada waktu malam
Masjid Biru ini direka oleh arkitek terkenal Turki, Mehmet Aga. Keunikannya terletak pada enam menara di sekelilingnya berbanding kebanyakan masjid lain yang mempunyai empat menara atau kurang daripada itu.
Subhanallah...terpegun juga saya ketika melangkah masuk ke dalam masjid yang sungguh indah sekali permandangan didalamnya
Kawasan untuk solat
ramai juga pelancong luar yang datang melawat termasuklah yang bukan islam juga
bergambar di pintu masuk masjid
Permandangan yang sungguh indah dengan kehadiran bunga tulip pada musim bunga sekarang ni......taman bunga yang terletak diluar masjid iaitu di hadapan masjid biru ini.
kawasan di sekitar masjid biru
Setelah selesai mkn tgh hari kami meneruskan lawatan ke arkeologi muzium. Kompleks ini dibina pada akhir abad ke-19 oleh arkitek Vallauryberkat hasil usaha pelukis terkenal Turki Osman Hamdi Bey. Ini termasuk Atap Kios indah dan Muzium Timur Kuno yang banyak koleksi artifak dan karya seni kuno milik Yunani, Rom dan peradaban Anatolia. Koleksi yang dipamerkan terdiri daripada 15.000 potongan arkeologi kuno Mesopotamia, Anatolia Pra-Greek, Assyria, Sumeria, Acadian,Babylon, Mesir Kuno dan Pra-Islam budaya Arab.
Selepas itu kami singgah ke tempat membeli belah yang terkenal iaitu di Grand Covered Bazaar, bazaar tertutup terbesar di dunia. Lebih 4000 buah kedai terdapat didalamnya.
diantara cenderahati yang sangat menawan kalbu
ni pula antara manisan turki yang dijual...sedap-sedap juga manisan ni..
kedai makanan di Istanbul
Biarpun percutian selama 2 hari di Istanbul agak singkat namun, ia memberi saya seribu satu kenangan yang sukar dilupakan.Turki adalah sebuah negara yang cukup mengagumkan dan tidak hairanlah terdapat banyak tempat pelancongan yang diberi status Tapak Warisan Dunia. InsyaAllah akan bersambung cerita lawatan saya ke Istanbul yang seterusnya di part 2 nanti pula.