Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
N3 saya yang terakhir bagi tahun 2011 ni. Di Finland ni, tinggal berapa jam jer lagi masa akan berlalu untuk melangkah ke tahun baru 2012. Ketika menanti detik-detik terakhir berlalunya tahun 2011 di Finland ni diluar umah saya sekarang dah kedengaran berdentam dentum bunyi mercun dan kilauan bunga api. Memang meriah sambutan tahun baru di Finland ni setiap tahun. Walaupun ada masa tak kurang dari 4 jam setgh lagi tapi mercun dan bunga api dah pun bermula.
Tahun ni merupakan tahun ke 3 kami dapat lihat sambutannya di sini. Syukur alhamdulillah setiap detik yang berlalu pada tahun 2011 ada suka dan ada juga duka dalam hidup saya tapi sudah menjadi lumrah kehidupan kita didunia ini juga yang tak akan lari daripada suka duka kehidupan.
Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 buat semua teman-teman blogger, saudara mara jauh dekat, rakan-rakan fb, dan tak lupa juga buat semua silent reader yang sudi singgah ke sini. Terima kasih diatas sokongan anda semua pada blog picisan ni. Apa yang dikongsi disini hanyalah sekadar coretan suka duka dan sekadar berkongsi resepi masakan yang telah pun saya cuba masak sepanjang di rantauan org saja. Tidak ada niat lain pun...jauh sekali nak riak dan sebagainya. Yang baik sesungguhnya datang dari Allah dan yang buruk adalah dai kelemahan saya sendiri. Jutaan kemaafan saya pohonkan jika saya ada terkasar bahasa selama kehadiran saya di alam maya ni.
syukur alhamdulillah tahun 2011 adalah tahun yang bermakna buat saya dan suami bila kami dapat melangkah kaki ke tanah suci Mekah utk mengerjakan umrah.
warna warni kehidupan di rantauan org tahun 2011
aktiviti memasak dan mencuba resepi masakan adalah sekadar memenuhi masa terluang saya disini...terima kasih pada semua yang berkongsi resepi dan memberi sokongan padu pada saya..semua komen yang diberi amatlah saya hargai.
Setiap tahun yang berlalu mempunyai kenangan yang tersendiri dan tak lupa juga dengan azam yang sentiasa kita perbaharui. Sama-samalah kita muhasabahkan diri kita supaya menjadi insan yang lebih baik lagi bagi tahun yang sebelumnya.
Doa dan harapan saya juga semoga tahun baru 2012 ni membawa seribu keberkatan buat kita semua. Diberikan kesihatan yang baik dan keimanan yang teguh untuk meneruskan amanah yang diberikan oleh Allah swt. Setiap org tak kan lepas dari diuji Allah..yang sakit diuji, yang miskin diuji dan yang kaya juga turut diuji,tapi kadangkala kita terleka dan tak terfikir itu semua adalah ujian buat kita. Sama-samalah kita panjatkan kesyukuran diatas segala ujian yang diberikanNya. Kerana setiap ujian dan dugaan yang datang akan mematangkan lagi diri kita dan mudah-mudahan dengan ujian hidup itu akan mendekatkan lagi kita pada Allah swt.Untuk peringatan buat diri sendiri juga supaya tidak leka dan lalai. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesabaran selalu untuk menghadapi semua dugaan dan cabaran dlm kehidupan hendaknya..InsyaAllah.