Assalammualaikum ...selawat dan salam dihari Jumaat yang mulia buat semua. Banyak hari blog saya tak berupdate dan tak dpt nak bw di blog kawan-kawan sebab saya kurang sihat balik dari cuti masuk hutan ikut mr.hubby gi memancing hari tu terus demam. Alhamdulillah demam dah baik...hari ni baru terasa kuat sikit nak ngadap lappy ni. Kalau tak lappy tak terusik pun. Online fb pun tgk kalau ada msg masuk jer tu pun guna ipad dan iphone jer.
Oklah berbalik pada n3 ni tadi memang saya tersilap publish...tu pasal ada yg cakap nampak n3 roti ni tapi tak boleh tengok. Maaflah..saya tersilap tekan publish pulak masa tu...:P oklah sekarang dah boleh tengok betul-betul dah. Masa tadi tak sempat nak masukkan gambar lagi. tu sebab saya cancel dan edit balik.
Bun kentang ni buat masa sebelum cuti hari tu lagi...dah abis lah yer. layan jer la gambar dan resepinya. Resepinya ambil kat dapur Ros jintan manis yang pakar dalam bab meroti tu. Ramai dah yang pernah cuba buat bun ni...saya pun pernah buat juga sebelum ni tapi tak pernah n3 lagi kat blog. So..kali ni saya sharekan lah kat sini untuk simpanan rujukan saya dan juga pada sesiapa saja yang memerlukan resepi untuk dicuba. Terima kasih pada Ros yang berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi kat sini yer:D
Sumber: Ros @ Jintan Manis
Bahan-bahanya
250 gram tepung roti
70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti. ( dipukul sedikit)
120ml susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
kastard ni memang saya doublekan masa piping atas bun.... tu sebab nampak tebal sebab tgk kastard tu mcm banyak ingat abiskan semua terusla.
sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.
bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula
caranya: ( sos kastard)
1. campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau selalu
kalau jadi terlalu pekat leh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.
Caranya. ( roti)
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde BM masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, , gliss permukaan dengan baki telur dan kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Ok dah siap Selamat Mencuba.