25 Oct 2012

Salam AidilAdha 1433H Dan Terima Kasih buat semua...


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Salam rindu dan salam Aidiladha buat semua rakan-rakan blogger dan semua pengunjung yang sudi singgah blog saya yang semakin hari semakin suram dan sunyi tanpa n3 baru dari tuannya. Bukanlah sengaja untuk saya sepikan diri tapi dari hari ke hari masa terlalu cemburukan saya untuk saya singgah dan mencoret disini. Kalau di Finland dulu, disinilah tempat saya menghabiskan masa terluang saya untuk berkongsi pengalaman dan resepi masakan bersama teman-teman blogger tapi bila balik Malaysia sekarang ni banyak yang perlu saya utamakan tapi jika ada masa terluang akan saya usahakan untuk singgah ke sini juga...InsyaAllah. Cuma saya masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan kehidupan baru di Malaysia lagi buat masa ini.

Banyak cerita yang nak saya kongsikan disini tapi belum ada masa dan kesempatan. Semalam line internet di rumah baru dapat dipasang. Lama jugalah nak tunggu orang datang pasang internet ni. Bila dah biasa hidup ada internet memang serba tak kena juga dibuatnya bila tak ada tu kan. So....bolehla saya online sekejap sebab lepas ni saya pun tak pasti bila pula saya dapat singgah untuk mencoret disini. Walaupun sibuk ingatan pada semua teman-teman blogger tak pernah saya lupakan. Sangat rindukan untuk bw dan mengetahui cerita dari teman-teman semua. Harap semua teman-teman sihat dan sentiasa dirahmati Allah swt selalu hendaknya.

 Ramai yang sedia maklum saya telah pun balik for good ke Malaysia kerana mr.hubby dah pun tamat bertugas di pejabatnya di Helsinki, Finland. Alhamdulillah saya dan suami telah selamat kembali ke tanahair tercinta pada jam 6 pagi waktu Malaysia pada 6hb Oktober 2012 yang lalu. Berkat doa dari semua segala urusan kami sebelum balik dan sehingga tiba disini telah dipermudahkan Allah SWT. Perjalanan kami bermula dari Helsinki kemudian singgah transit di London airport selama 3 jam sebelum meneruskan perjalanan terus ke Malaysia dengan penerbangan yang memakan masa lebih kurang 13 jam perjalanan untuk sampai ke KLIA. Terima kasih buat semua teman-teman di fb yang banyak  mendoakan kami.


Bila dah sampai Malaysia bermula la cabaran kami menjalani hidup disini pula. Banyak urusan nak diselesaikan bila mula nak masuk rumah baru di Putrajaya ni. Dari urusan untuk masuk rumah kuarters, api,air,internet dan semua keperluan lain perlu diuruskan sendiri. Sejak berkahwin kami belum pernah lagi menetap bersama di Malaysia lagi. Barang keperluan yang dari Finland juga belum sampai lagi. Disamping itu, banyak benda yang perlu dibuat sebelum saya mulakan tugasan saya di Penang pada awal November nanti. Buat sementara waktu ni, terpaksa la saya berjauhan dari suami yang telah pun memulakan tugasnya di Putrajaya . InsyaAllah...semoga urusan pertukaran tempat bertugas saya ke Putrajaya nanti akan dipermudahkan juga.



Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih diatas komen di n3 Perginya Bonda Tak Kan Kembali Lagi......jazakumullahu khairan khathira buat semua teman-teman blogger yang disayangi dan tak lupa juga buat semua pengunjung setia blog ini. 

Saya sangat terharu membaca komen yang diberikan semua. Segala ucapan takziah, nasihat, serta sokongan kata-kata semangat yang diberikan telah saya baca satu persatu. Walaupun tak berkesempatan untuk saya membalas kesemuanya tapi saya sangatlah hargai.  Tak sangka walaupun perkenalan hanya di alam maya tapi kemesraan dan sokongan yang diberikan terlalu sangat bermakna sekali buat saya. Hanya Allah swt saja yang mampu membalasnya dan didoakan juga semoga Allah swt memberikan balasan yang baik buat semua yang mendoakan.

Walaupun berita yang saya terima sebelum saya sempat pulang ke Malaysia begitu menyedihkan hati saya  tapi sebagai anak dan hambaNya yang lemah, saya redha dengan semua ketentuanNya dan berdoa agar arwah bonda tergolong dalam golongan orang yang beriman dan dikasihiNya. Semoga arwah bonda sentiasa tenang disana dan rohnya sentiasa dicucuri rahmat ilahi hendaknya. Selagi saya bernafas dimuka bumi ini akan saya kirimkan doa buat arwah ayah dan bonda....InsyaAllah. 


nota utk dikongsikan bersama:
Hukum mengucapkan takziah adalah sunat yang sangat digalakkan dalam Islam. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
mana-mana orang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudara sasama islamnya yang ditimpa musibah, sesungguhnya dia akan diberikan balasan yang sebaik-baiknya oleh Allah swt iaitu dimuliakan dan dipakaikan dengan persalinan yang serba indah dan pakaian daripada  pakaian kemuliaan pada hari akhirat kelak.- Hadis Riwayat Ibn Majah.

19 Sep 2012

Perginya bonda tak kan kembali lagi.....


Assalammualaikum wbt dan salam rindu buat semua teman-teman blogger serta semua pengunjung blog tak kira yang baru dan juga lama. Mohon maaf kerana lama saya sepikan diri dari alam blogging ni iaitu sejak dari sebelum raya hari tu lagi. Bukanlah sengaja untuk saya sepikan diri tapi sangat sibuk dengan aktiviti disini dan disamping sibuk dengan urusan yang perlu saya selesaikan sebelum balik for good ke Malaysia awal Oktober nanti. 

Dalam keadaan kesibukkan ini juga saya terima berita sedih dari Malaysia yang memaklumkan bonda tersayang telah pergi buat selamanya meninggalkan kami semua untuk menyahut panggilan ilahi pada jam 5 pagi waktu Malaysia iaitu pada 16 September 2012 bersamaan 29 Syawal 2012 yang lalu.
Alhamdulillah semua urusan pengebumian arwah berjalan lancar dan selamat dikebumikan pada jam 11.30pagi tu juga.

Keinginan nak balik Malaysia ketika itu memang terasa sangat walaupun sedar tak sempat untuk saya tengok jenazah bonda kerana perjalanan yang jauh dari sini. Dalam masa yang sama saya terasa sangat lemah dan tak kuat semangat untuk balik seorang diri dalam perjalanan melebihi 20jam untuk sampai. Suami tak dapat temankan saya atas urusan kerja penting. Saya serba salah juga bila fikirkan antara nak balik ke tidak kerana dah tak lama sangat kami akan balik terus nanti.  Tanpa fikir panjang suami terus carikan ticket dan belikan saya tiket balik juga walaupun dia agak risau nak lepaskan saya balik dalam keadaan saya yang lemah ketika itu. Tapi takdir Allah dah tentukan yang saya tak balik juga bila masa penerbangan tinggal 2 jam saja lagi passport saya pula hilang tak dapat dikesan dimana. Akhirnya masa dah suntuk suami terpaksalah cancel kan flight balik tu dan pada malamnya baru passport tu dijumpai yang tersorok dibawah buku Yasin. Memang tak perasan langsung disimpan disitu. Dalam keadaan yang lemah dan pening ketika itu saya tak dapat nak ingat lagi. Saya redha dengan suratan takdir ini, maybe ada hikmahnya kerana disaat itu kesihatan saya juga kurang baik untuk balik seorang diri.

 Memang terkejut dan sedih disaat saya terima berita yang sangat mengejutkan diri ini kerana selama ini saya terasa sangat gembira untuk balik ke Malaysia bila suami maklumkan yang dia akan tamat berkhidmat disini dan kami akan pulang ke Malaysia tak sampai pun 3 minggu lagi. Sudah terbayang untuk berbakti menjaga bonda yang sakit stroke pada saat itu. Memang genap setahun juga arwah bonda terlantar sakit akibat stroke. Akhirnya  arwah bonda pergi juga pada usianya  genap 70tahun yg baru saja menyambut ulang tahun kelahiran pada 19hb September 2012 bersamaan dgn 1 syawal yang lalu.

Kali terakhir saya jumpa arwah masa saya balik ziarah arwah sakit tahun 2011 yang lepas saja. hanya sempat temankan bonda diwad dan menjaganya selama 2 bulan saja dan selepas itu saya tidak berkesempatan lagi kerana saya terpaksa pulang menemani suami yang bertugas di Finland ni. Sebagai anak perempuan tunggal memang saya rasa sangat sedih untuk tinggalkan arwah ketika itu. Tapi tempat seorang isteri adalah disisi suaminya. Syukur juga kerana suami memberikan saya peluang untuk balik seorang diri utk menjaga bonda ketika itu. Semua tanggungjawab menjaga bonda yang lumpuh dan tak mampu untuk uruskan diri sepenuhnya tu terpaksa saya serahkan pada family abg, adik dan isteri mereka dan turut serta dibantu oleh anak buah saya juga. Sangat terhutang budi pada mereka semua. Hanya Allah swt saja yang mampu membalas jasa baik dan pengorbanan SIL yang menjaga arwah bonda sepenuh masa ketika itu. 

 Memang saya ada merancang untuk balik ziarah pada raya aidilfitri tahun ini, tapi bila suami maklumkan kami akan balik juga tak lama lagi selepas raya ...saya pendamkan dulu hasrat saya kerana memikirkan tak lama pun lagi dah nak balik. Tapi tak sangka saya tak sempat juga untuk balik walaupun hanya tak sampai 3 minggu saja lagi kami akan balik for good. Mengikut pada tarikh asal sepatutnya kami balik pada 15 september 2012 lepas dan akan tiba di Malaysia pada pagi 16hb september itu juga tapi 2 minggu lepas tarikh tersebut terpaksa ditunda kepada tarikh lain pula iaitu pada awal Oktober nanti disebabkan suami ada tugas penting untuk urusan audit di sini. Tak sangka pula tarikh ini juga bonda dijemput ilahi. Itulah yang dinamakan takdir Allah tiada siapa yang mampu menolaknya.

gambar kenangan saya bersama adik ipar dan anak buah. arwah bonda memeluk anak adik yang baru berusia 1 minggu kelahirannya pada tahun 2011 thn lepas.

Selama ini memang saya berdoa dan berharap sangat agar saya diberikan kesempatan untuk balik menjaga bonda. Tapi sebagai hambanya kita tak mampu melawan takdir yang ditentukan Allah swt. Segala perancanganNya adalah yang terbaik buat hambaNya kerana DIA saja yang maha mengetahui. Sudah janjiNya juga saya tak dapat balik untuk berada disisi arwah disaat akhir hayatnya. Walaupun hati agak rasa terkilan dengan keadaan ini tapi saya redha dan terima dengan ketentuanNya. Saya sedar bonda juga sangat menderita dengan keadaan sakitnya selama ini. Allah lebih sayangkannya. Banyak mana sayangnya saya pada arwah bonda, banyak lagi sayangnya Allah pada arwah. Hanya doa dan ayat suci al-quran saja yang mampu saya kirimkan buatnya ....semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat, diampunkan dosa dan ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh..insyaAllah.amin.

Tak sangka pelukan saya pada arwah bonda pada hari terakhir sebelum saya berangkat pulang ke Finland pada tahun 2011 yang lepas adalah pelukan saya yang terakhir dan selamanya juga buat arwah. Sedih hati ini hanya Allah swt saja yang tahu tapi kena sabar dengan semua ketentuanNya dan janji Allah pada setiap hambanya yang hidup pasti akan mati juga satu hari nanti. Semoga Allah swt ampunkan dosa arwah ayah dan arwah bonda dan seluruh muslimin dan muslimat yang baru dan telah lama meninggal dunia juga. Semoga roh semua arwah ditempatkan dikalangan para syuhada dan terpilihNya..insyaAllah.Amin.... Yarabbal Alamin.

Jutaan terima kasih diucapkan pada semua yang mengucapkan ucapan takziah, doa dan selamat buat saya tak kira di fb, sms,call, instagram dan tq juga atas ingatan n3 khas ucapan takziah dari blog Kak Norlie. Saya sangat hargai dan rasa terharu diatas semua ucapan dan doa serta sokongan yang diberikan hanya Allah swt saja yang mampu membalasnya. 

Mohon maaf jika sekiranya saya tak dapat bw dan membalas kunjungan dan komen disini kerana banyak lagi urusan yang perlu saya selesaikan disini. Segala komen yang diberikan amatlah saya hargai dan saya sudahi dengan jutaan terima kasih.  “Jazakumullahu khairan” dan Salam sayang buat semua.

16 Aug 2012

Salam Lebaran Dari Finland



Assalammualaikum semua
Bersempena dengan ketibaan hari raya aidilfitri yang akan menjelang tiba nanti saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua teman-teman blogger tak kira yang baru dan lama. Terutama sekali pada blogger masak-masak yang sama-sama berkongsi resepi masakan untuk saya cuba masak selama berada di perantauan orang ni. Minta dihalalkan semua resepi yang telah saya cuba ya.

Buat semua pengunjung setia yang sudi singgah ke blog saya ni, terima kasih diatas sokongan padu yang anda semua berikan walaupun kadangkala saya terlepas pandang untuk berkunjung balas balik tapi semua komen dan sokongan yang anda berikan amatlah saya hargai.

Tahun ni saya dan suami tak dapat balik beraya dan hanya beraya perantauan dibumi  Finland jer. Persiapan hari raya dibuat secara sederhana saja. Saya hanya sempat buat 6 jenis biskut raya saja tahun ni tapi tak sempat nak saya sharekan kat sini sebab masa agak terhad untuk saya buat n3 sekarang ni. InsyaAllah...mengikut perancangan akan diadakan jamuan rumah terbuka pada hari raya pertama nanti di rumah kami disini nanti. Banyak persiapan yang perlu dibuat sekarang ni. Dalam masa yang sama, saya juga sibuk buat persiapan untuk balik ke Malaysia lepas raya nanti. Kalau tak ada apa hal selepas raya nanti kami akan balik for good ke Malaysia cuma tarikhnya saja belum pasti lagi. Bila dah comfirm tarikhnya nanti akan saya maklumkan kemudian nanti....InsyaAllah. Doakan semoga segala urusan akan dipermudahkan Allah juga nanti.

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon jutaan kemaafan sekirannya ada catatan dan penulisan saya yang mengguris hati mana-mana pihak disini..tiada ada niat lain selain daripada hanya sekadar berkongsi cerita dan pengalaman diperantauan bersama teman dan dalam masa yang sama berkongsi resepi yang pernah saya cuba selama ini saja. Sesungguhnya yang baik adalah dari Allah swt dan yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri. 

Doa dan harapan saya juga semoga hari raya tahun ini disambut dengan meriah dan penuh dengan kesyukuran ke hadrat Ilahi oleh kita semua tak kiralah dimana saja kita berada kita tetap memandang anak bulan yang sama. Pada yang sudi ambil lah ecard raya ni sebagai tanda kenangan saya buat semua. Salam sayang buat semua:D

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers