30 Jun 2010

Murtabak Maggie


Bahan-Bahan
Sebungkus Maggi Kari
3 Biji Telur
Sebiji bawang merah dipotong halus
2 ulas bawang putih dipotong halus
Minced beef / Shredded Chicken
2 sudu minyak / planta
100ml air
1 pkt perencah maggie
sedikit garam... kalau tak letak pun tak apa coz dah letakkan perencah maggie dah masin dah
Sedikit serbuk kari daging / ayam
Daun Karapolay (Curry Leaves)

Cara-Cara
1. Rebus maggie sampai lembut dan buangkan airnya
2. Panaskan kuali (preferably leper) dengan minyak / planta
3. Kacau telur, maggi, bawang, daging / ayam, garam, serbuk kari, Curry leaves, serbuk maggi
4. Masukkan dalam kuali panas
5. Terbalikkan bila dah garing
6. Serve with chilli sauce or Bawang

Udang Goreng Mentega


Bahan
300 gm Udang sederhana besar - dibuang kulit dan di cuci bersih
2 biji Telur - dikacau hingga pecah
Daun Kari (1 tangkai)
1 sudu kecil rempah kari daging
5 biji Cili Padi - dihiris nipis
3 ulas Bawang Merah - dicincang halus
2 ulas Bawang Putih - dicincang halus
1/4 cawan Stok Ayam
3 sudu mkn Mentega
Serbuk Lada Putih
Gula
Garam

Cara:
1. Goreng udang dalam minyak panas selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
2. Kurangkan minyak dan masukkan mentega.
3. Setelah mentega cair, masukkan telur dan kacau rata.
4. Masukkan bawang putih, bawang merah, stok ayam, cili padi, daun kari, garam, serbuk lada putih, dan gula.
5. Apabila naik bau dan daun kari sedikit layu, masukkan udang
6. Gaul sebati dan hidang.

29 Jun 2010

Puding Marble Pelangi


[sumber resepi dr forum cari.com.my ]

Bahan2nya
2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
1350 ml air
450 gm gula pasir
130 gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya

Caranya
1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...

5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...

Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

6. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...

Kupang Goreng Kunyit


Bahan
300 gm kupang dibersihkan
3 tangkai cili kecil
1 labu bawang besar dimayang halus
1 biji ubi kentang dipotong kecil dan nipis....gorengkan dahulu
2 biji buah tomato [belah 4]
1 biji limau kasturi [ambil jusnya]
kunyit
minyak
garam

Bahan hiris
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan kupang dan kunyit serta garam. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan jus limau kasturi  dan ubi kentang yg digoreng tadi.
5. Bila nampak kering air, masukan tomato Gaulkan rata.
6. Angkat dan bolehla dimakan.

Bendi Goreng

Bahan
300 gm sayur bendi
cili merah hiris
ikan bilis
garam
minyak

Bahan tumbuk
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara
1. Bendi dibasuh dan potong serung.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk dan ikan bilis sehingga wangi.
3. Masukkan bendi dan sedikit air dan garam. Kacau rata dan tutup kuali.
4. Rasakan garam dan bila bendi dah agak lembut tutup api.
5. Angkat dan hidangkan

Sambal Tumis Ikan Merah

Bahan A
3 ekor ikan merah saiz kecil
4 keping asam keping
1 s/b asam jawa
2 cawan air
1 labu bawang besar dipotong gelang
minyak
garam
gula sedikit
kunyit serbuk untuk menggoreng ikan

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
sedikit belacan

Cara
1. Ikan dicuci bersih. Toskan
2. Masukkan sedikit garam dan kunyit kedalam ikan dan lumurkan sebelum menggoreng.
3. Panaskan kuali  dan gorengkan ikan dalam minyak.
4. Tinggalkan minyak anggaran untuk menumis sambal dalam kuali.
5. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi. Kacau rata.
5. Masukkan gula dan air asam jawa
6. Masukkan ikan dan biarkan mendidih.
7. Masukkan bawang besar dan perlahan api.
8. Masak dengan api perlahan sehingga naik minyak.

27 Jun 2010

Jalan-Jalan ke Suomenlinna

Hari ni cuaca begitu baik sekali cerah dgn cahaya matahari yg terang...syukur alhamdulillah terasa juga panas...rasa mcm suasana kat Malaysia pula...dah lama tunggu nak panas mcm ni. So... hari ni me with my hubby ambikla kesempatan ni pi jalan-jalan ke Pulau Suomenlinna...dlm 10 minit by boat dr Helsinki Town.

 Pulau ni banyak tinggalan sejarah semasa zaman perang dulu-dulu...kira kubu perang negara Finland ni la...kira sekarang ni jadi tapak warisan dunia la....actually nk ke tempat ni tak la excited sgt tapi my hubbyla bersungguh2 nak tgk tempat ni...minat betul dia dgn sejarah2 dan bangunan2 lama ni...so ikut jer la.



we travel by boat....ni dah ada dlm boat dah..

nice view...
ni la rupanya  kubu perang zaman dulu-dulu di Finland ni..


















meriam lama..

dah penat jln...rest jap...






ada meriam lagi atas bukit tu..

boat pun dah sampai nak balik ke town dah...

on the top...nak tgk view punya pasal....berjemur mcm org putih pulak.....dah la hitam...hehe
terjumpa ngan org patung ni kat town...kalau kita masukkan duit dlm bakul kat bwh dia tu dia bergerakla...

25 Jun 2010

Jalan-Jalan ke Tampere....

Hari ni cuti public holiday in Finland...cuti mid summer so....we all pun last minutes planning jln2 ke Tempere..bandar lain selain dr Helsinki....tapi still dlm Finland....by car lbh kurang 1 jam 30minit  saja dr Helsinki. So..... niza, hubby and family Mimi jln2 kesana...tempat yg nak dituju ialah Adventure Park disana yg mana lbh besar dr Helsinki. Actually dah lama juga dok plan nak kesana tapi asyik cancel saja....ada saja program lain....lastly semlm my hubby terfikir nak kesana dan terus buat keputusan nak pi esok....family mimi pun no hal ikut saja....itula kan kalau plan tak jadi kalau tak plan jadi pula....anyway memang best dan enjoy la bila masuk Adventure Park tu....banyak juga mainan dan mcm2 boleh tgk.
sebelum menunggu nak masuk dlm adventure park tu....we all isi perut dulula...mcm picnic pula tepi laut ni....niza bawa bekal nasi lemak+sambal tumis udang+ikan bilis goreng+telor rebus+timun dan mimi bawakan sosej,sandwich dan kek. bagus juga bawa bekal mkn ni coz kat sini we all tak tau kat mana kedai mkn yg halal dan kedai pula semua tutup cuti public holiday so..memang susahla nak cari mkn.

ni ler view tempat we all lepak masa mkn....nampak view adventure park dihadapan...tapi time sekrng ni awal lagi baru pukul 11.30am...belum buka...jam 12noon baru open...so lepak dulula....lepas siap mkn semua barula we all masuk ke sana.

ok getting ready to entry........nama tempat ni Sarkanniemi

beli tiket masuk dulu....baru jer kaunter ni buka...org dah ramai dah.....so kenala berbaris dulu


24 Jun 2010

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sekejap saja masa berlalu....dah masuk bulan rejab dah pun...dah tak lama lagi ramadhan pula...

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

23 Jun 2010

Cara Pemotongan Kuku Dengan Betul

Cara pemotongan kuku dgn betul mengikut sunnah nabi

Memotong kuku ada caranya. Kuku adalah sebahagian dari badan kita dan perlu kita hormati. Memotong kuku ada adabnya seperti ikut hari, aturan kuku yang dipotong dan buang kuku yang telah dipotong ke tanah kerana kita juga adalah dari unsur tanah.

Hari potong kuku:
Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Aturan potong kuku:
Mulakan potong kuku dengan Bismillah dan selawat Nabi. Potong kuku tangan bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.


Untuk kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Hati Ayam Masak Kicap

500 gm hati ayam
6 batang lada merah ( dipotong 2 )
1 biji bawang besar ( dihiris )
4 biji bawang putih ( dihiris )
1/2 inci halia ( dihiris )
4 biji bawang merah ( dihiris )
5 sudu makan kicap manis
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
1 sudu makan lada hitam ( ditumbuk )
sedikit asam jawa
sedikit garam & serbuk perasa
minyak utk menggoreng

Cara-cara
1. Hati ayam direbus setengah masak dan kemudian di goreng
2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan semua bahan hirisan hingga naik bau
3. Masukkan pati asam, kayu manis, bunga lawang, lada hitam dan kicap
4. Masukkan hati ayam, kacau dan masukkan sedikit garam dan serbuk perasa
5. Bila kuah kicap hampir pekat, angkat hati ayam dan selamat makan!

22 Jun 2010

cerita last weekend...

Sejak 1weeks yang lepas bz betul...macam-macam nak buat..ada kawan disini bersalin...bersalin anak ke-2 dapat baby boy....tahniah eira!...kita tumpang gembira saja....rezeki kita belum sampai lagi harap2 ada jugala satu hari nanti.....amin....so..niza tolongla jagakan anak eira yg sulung yg berusia 4thn sementara eira di hospital....dan lepas jer boleh keluar tu eira pun dok ler berpantang dirumah niza sekejap...tak lama pun dlm 5 hari jer....alhamdulillah semua dah selamat niza sekadar membantu mana yg dapat bantu saja...nak harapkan family sendiri nak tolong jauh pula kan...so sbg kwn kita sekadar bantu membantu....inilah cabaran dan dugaan bila kita dok merantau jauh dr family. dah 1week berlalu eira pun dah kuat dan dapat balik kerumahnya semalam...harap2 baby dan eira oklah nanti. Bila dah diorang blk tu terasa pulak sunyi sepi kat umah ni kalau tak...ada juga kwn2 utk bersembang tapi apa nak buat ....keadaan balik semula seperti biasa.


selama eira disini, ada juga kawan2 di sini datang melawat eira....yani dan family, faizah, mimi, yatt, TYT Amb Cheah dan mdm Poh Choo. ada yang dah terlupa nak snap photo masa diorang datang...tuan rumah bz siap minuman dan makanan saja sampai terlupa nak snap photo. Apapun terasa seronok juga bila sekali sekala dapat berkumpul beramai-ramai dan terima kasih juga pada kwn2 yg sudi datang kerumah  niza....walaupun belum pun abis kemas sepenuhnya sejak pindah hari tu.
Eira with new born baby

yani dan familynya datang melawat eira....yani ni cikgu tapi sekrng CTG ikut husbandnya sambung study phd kat sini



anak yani & anak eira

ni pulak faizah dan mimi...2 org ni student phd kat sini


mimi dan faizah

sambal tumis ikan haruan

Bahan A
1 ekor ikan haruan
1 s/b asam jawa
2 cawan air
1 labu bawang besar dimayang kasar
minyak
garam
gula sedikit

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
sedikit belacan [optional]

Cara
1. Ikan haruan  diptong 4 dan basuh bersih. Toskan
2. goreng ikan dalam minyak.
3. Tinggalkan minyak anggaran menumis sambal dalam kuali.
4. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi. Kacau rata.
5. Masukkan gula dan air asam jawa
6. Masukkan ikan dan biarkan mendidih.
7. Masukkan bawang besar dan perlahan api  dan masak dengan api perlahan sehingga naik minyak.
8. Hidangkan dengan nasi putih.

21 Jun 2010

Murtabak Pisang

Bahan-bahan:
500 gm gandum
1 1/2 sudu besar marjerin
1 biji telur
secubit garam halus
Air sejuk secukupnya utk uli jadi doh
2 sudu besar minyak masak
Pisang masak - hiris nipis-nipis (pisang yg sedap dimakan mentah spt pisang emas, berangan, lemak manis...)
Gula pasir secukupnya
Minyak masak utk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Gaul gandum, garam, marjerin hingga jadi serbuk roti. Masukkan telur. Gaul lagi.
Masukkan air sejuk. Uli jadi doh. Masukkan minyak masak, uli lagi hingga doh menjadi licin.

2. Bahagikan doh sebesar bola-bola pingpong, sapu minyak masak pada doh-doh tersebut supaya ia tak melekat antara satu sama lain. Perap 3-4 jam (supaya doh jadi elastik masa canai & ia tak pecah berlubang... )

3. Canai/tebar doh dlm talam besar, kalau tak reti tebar mcm mamak buat tu, memadailah tarik-tarik doh ke tepi biar ia jadi menipis bentuk bulatan. (kalau doh elok perapnya, ia tak akan pecah berlubang walau pun ditarik nipis transparent)

4. Susun hirisan nipis pisang kat tengah-tengah doh. Tabur sesudu kecil gula atas susunan pisang tadi. Tutup doh biar hirisan pisang berbalut & tak terkeluar. Ulang dgn selapis lagi doh supaya bila goreng nanti, ia tak bocor/pecah. Maknanya sebiji murtabak tu ia dibalut dgn 2 lapis doh.

5. Ulang proses di atas hingga habis. Sebaiknya terus goreng murtabak sebaik ia siap dibentuk supaya gula tak cair.

6. Goreng dlm pan dgn letak sedikit minyak + dgn sedikit minyak. Bila kedua-dua belah sisi murtabak dah kuning keemasan, bolehlah diangkat.

Sedia untuk dihidangkan.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers