30 Jan 2012

Winter Trip To Artic Circle, Lapland(Day 1)

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Lamanya saya tak update blog ni...terima kasih pada yang sudi singgah sini dan mohon maaflah saya belum berkesempatan nk berkunjung balas lagi. Bukannya tak ingat tapi masa tidak mengizinkan saya untuk update malah untuk  intai dan bw ke blog kawan-kawan juga tak berkesempatan lagi. Bermula dengan bercuti CNY dan balik tu sibuk dengan aktiviti persatuan ladies kat sini pula. Dalam masa yang sama saya kena siapkan report aktiviti perwakilan thn lepas untuk dihantar sebelum tamat tempoh penyerahan. Memang mengejar masa betul sekrng ni.Tapi itulah tugas dan tanggungjawab saya disini. Tapi biasanya awal tahun sajalah nk sibuk sgt pun bila dah hujung thn dah free dah.

Bulan febuari ni memang banyak aktiviti yang akan dibuat tu sebab saya terpaksa sepikan diri buat sementara dalam blogging ni. InsyaAllah jika ada kesempatan dan masa terluang nanti saya akan update blog dan bw ke blog kawan-kawan semua.

So..hari ni saya cuma nak sharekan gambar semasa saya bercuti pada 23-25 januari  yang lepas.Percutian kali ni di kendalikan sepenuhnya oleh pejabat suami...dah lama kami merancang untuk ke pergi visit sebelah utara Finland ni tapi baru sekrng berkesempatan untuk kesana. Alhamdulillah perjalanan kami semua ke artic circle,Lapland selama 3 hari 2 malam telah berjalan lancar dan selamat kembali ke Helsinki dengan selamat. Kami bertolak dari Helsinki dengan menaiki flight pada jam 10.30pagi dan sampai ke Lapland pada jam 12tgh hari. Cuaca disana lebih sejuk lagi kalau nak compare disini ...masa sampai disana tu suhu waktu siang dah -20degree celsius. dan sebelah malam boleh mencecah sehingga -28,-30 degree celsius.

subhanallah..memang cantik sangat view masa ni...semua nampak putih jer.

salji kat sini memang tebal sangat


kereta sewa kami disana......setelah sampai di airport rovaniemi kami sewa kereta ni  dan sebuah van untuk dipandu sendiri. Rombongan seramai 13 org dewasa dan 2 org kanak-kanak.

destinasi pertama kami di artic circle ni ialah santa village.


nak tgk rumah santa claus..dan kat dalam tu la ada santa claus. Finland ni memang tempat asal usulnya santa claus ni la. kami tak sempat nk jumpa santa pun sempat ramai sangat pelancong berbaris nk jumpa santa masa tu.








memang besar sgt snowman ni





ais yang dah membeku..tajam ni.







reindeer sleigh rides

rusa di Finland






 Setelah beberapa jam kami melawat di santa village tu kami teruskan perjalanan ke bandar Kittala pula iaitu lbh kurang 200km dari bandar Rovaniemi ni. Di bandar Kittila kami sewa cottage ni  dan bermalam disini selama 2 malam. Banyak lagi tempat menarik di bandar Kittila ni...InsyaAllah,nanti saya sharekan aktiviti hari ke-2 kami di bandar Kittala ni pula ya...:D

20 Jan 2012

Ayam Sambal Siam


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Dah sampai ke hujung minggu dah kita kan...ramai yang dah bercuti ke sempena CNY ni? semoga berhati-hati di jalan raya. Seronok kan kalau kat Malaysia masa cuti perayaan jalan raya pun meriah jer...saya pun kalau dekat nk juga blk kg tapi dah jauh ni ambil kesempatan bercuti kat sini sajalah. InsyaAllah kalau tak ada apa hal next week saya akan pergi bercuti juga. Itu pun bercuti dalam Finland jer la cuma jauh sikit dari bandar Helsinki ni dan yang pasti tempatnya adalah lebih sejuk beku dari sini. InsyaAllah..nanti blk saya ceterkan yer:D

ok sekrng, nak sharekan ayam yang saya makan bersama dengan nasi limau purut. Ayam sambal siam ni ambik kat dapur kak Amie mcm ala-ala rendang gitu rasanya..sedap dan kena dengan citarasa saya. .Tapi saya tak sure ayam ni dimsk style kering atau berkuah tapi saya suka versi berkuah sebab suka mkn nasi kuah yg banyak gitu..so.bagi yang nak mencuba bolehlah mencuba ayam sambal siam yang sedap ni.Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan kak Amie kerana berkongsi resepi yang sedap ni.Izinkan saya berkongsi disini pula ya:D


Resepi: Ayam Sambal Siam
Sumber resepi: Hidangan Kegemaran Dari Dapur Tunku
sumber: Kak Amie

Bahan-bahan:
500 gram ayam  - potong kecil
150ml santan
2 sudu besar kerisik
6 helai daun limau purut
minyak
garam 
gula

Bahan kisar:
2cm kunyit hidup
2cm halia
6 ulas bawang merah
20 biji cili kering
3 batang serai
4cm lengkuas
3cm belacan

Bahan hias:
2 helai daun limau purut dihiris- hiris
sedikit bawang putih goreng


Cara:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
2. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.
3. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga masak.
4. Masukkan santan dan kerisik dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Apabila kuah hampir kering, masukkan daun limau purut.
7. Angkat dan hidangkan bersama hiasan hirisan daun limau purut dan bawang putih goreng.



NASI LIMAU PURUT


Assalammualaikum dan salam di hari jumaat buat semua
Banyak hari tak ada n3 masak-masak ni...maaflah dah musim winter ni banyak layan salji jer. Bukannya main salji sangat pun tapi suka ambil gambar jer. Memang sejak datang sini setiap kali bertukar musim saya suka ambil gambar. Tak pernah merasa jemu walaupun musim yang datang  bertukar tu sama jer.


Oklah nak ceter pasal n3 hari ni pula..nasi ni memang sedapla dan harum jer baunya... bertambah sedap bila saya makan dengan ayam sambal siam. Resepi nasi ni ambil dari dapur kak Amie yang mana Kak Amie ambil dari dapur kak Ita. Resepi asalnya dari chef Zaidah. Terima kasih pada chef Zaidah, Kak Ita dan kak Amie yang telah berkongsi resepi nasi yang sedap ni. Izinkan saya berkongsi disini pula. Nanti saya sharekan kemudian resepi ayam sambal siam tu..ok jom layan gambar nasi yang dah abis ni:D


NASI LIMAU PURUT
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul
Sumber : Kak Ita @ Masam Manis Kak Amie



Bahan-bahan:

2 sudu besar margerin
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris

2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stok ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau

Cara-cara:
1. Panaskan margerin di dalam periuk
2. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
3. Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
4. Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stok ayam dan beras. Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering.
5. Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau. Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.



19 Jan 2012

Winter explorer 2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Banyak hari saya tak update blog dan bw. Alhamdulillah saya dah sihat dah....mujur panas bdn hari tu tak berlarutan sebab saya jarang ambil ubat kalau sakit kecuali la sakit teruk sangat kan tapi kalau setakat panas bdn demam biasa tu biasanya saya akan banyakkan minum air, rehat dan mkn banyak buah yang kaya vit C. Biasa kat Finland ni kalau demam pun doc akan nasihatkan tunggu 3 hari demam kalau tak baik baru jumpa doc. Nak jumpa doc pulak bukannya kita boleh pergi terus mana-mana klinik tapi kena buat appoiment dulu...kecuali kes emergency jer la. Memang biasa la tu kalau bertukar cuaca ni.

So...semalam agak bz sikit coz ada meeting perwakilan kat ofis mr.hubby. Biasa dah awal tahun ni memang byk aktiviti ladies nk kena buat. Maybe saya kena kurangkan masa berblogging bila dah sibuk tu. Terima kasih pada yang sudi singgah ke sini....mohon maaf masih belum ada kesempatan utk saya bw lagi. InsyaAllah kalau ada kesempatan saya akak update dan bw tapi bila senyap sunyi jer blog ni kira saya sibuklah tu yer. Bila dah sibuk dapur pun tak sempat nak berasap sgt la.:D

 Oklah nak ceter pasal n3 salji pula. Bila bgn pagi tgk suasana dah memutih tebal juga snow turun semalam ni coz snow turun non stop dari tgh hari lagi. Bila dah memutih ni saya memang suka sgt tgk...cantik sangat bila tgk view ni...Subhanallah sungguh indah sekali ciptaan Allah. 

So...pagi semalam saya pun keluar la seorang diri jalan-jalan sekitar kawasan umah untuk ambil gambar. Walaupun dah thn ke-3 pengalaman saya dengan winter kat sini tapi saya masih tak jemu untuk mengambil gambar permandangan yang cantik ni. Gambar yang dirakam ni adalah sekadar untuk simpanan dan kenangan saya disini saja. Dalam masa yang sama dapatlah juga berkongsi pengalaman pada mereka yang sudi. Malas nak edit dah gambar ni saya terus upload jer so...harap maaf kalau semua gambar kurang memuaskan. Tapi cuaca masa winter memang ginilah jarang ada matahari.

 view kat sebelah umah jer ni....lorong jalan kaki ni untuk ke station train dan ke supermarket

 kalau tgk pada n3 winter tahun lepas pun saya ada ambil gambar kat sini.



 suka tgk ais halus di ranting pokok ni







 train yang lalu setiap hari ni kat sebelah umah jer



 ni pulak posmen yg kejanya antar surat dr rumah ke rumah...posmen sini jalan kaki jer...ada juga yang naik basikal bila winter ni maybe agak susah sikit kot nk naik basikal
 ni pulak kawasan taman dekat area umah yang saya dok sekarang ni




 snow dah nampak tebal 




 jalan raya dah nampak kotor bila winter ni
Sekian sajalah dulu cerita salji buat kali ni..insyaAllah kalau ada kesempatan nanti saya akan sharekan lagi. :D 

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers