25 Oct 2012

Salam AidilAdha 1433H Dan Terima Kasih buat semua...


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Salam rindu dan salam Aidiladha buat semua rakan-rakan blogger dan semua pengunjung yang sudi singgah blog saya yang semakin hari semakin suram dan sunyi tanpa n3 baru dari tuannya. Bukanlah sengaja untuk saya sepikan diri tapi dari hari ke hari masa terlalu cemburukan saya untuk saya singgah dan mencoret disini. Kalau di Finland dulu, disinilah tempat saya menghabiskan masa terluang saya untuk berkongsi pengalaman dan resepi masakan bersama teman-teman blogger tapi bila balik Malaysia sekarang ni banyak yang perlu saya utamakan tapi jika ada masa terluang akan saya usahakan untuk singgah ke sini juga...InsyaAllah. Cuma saya masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan kehidupan baru di Malaysia lagi buat masa ini.

Banyak cerita yang nak saya kongsikan disini tapi belum ada masa dan kesempatan. Semalam line internet di rumah baru dapat dipasang. Lama jugalah nak tunggu orang datang pasang internet ni. Bila dah biasa hidup ada internet memang serba tak kena juga dibuatnya bila tak ada tu kan. So....bolehla saya online sekejap sebab lepas ni saya pun tak pasti bila pula saya dapat singgah untuk mencoret disini. Walaupun sibuk ingatan pada semua teman-teman blogger tak pernah saya lupakan. Sangat rindukan untuk bw dan mengetahui cerita dari teman-teman semua. Harap semua teman-teman sihat dan sentiasa dirahmati Allah swt selalu hendaknya.

 Ramai yang sedia maklum saya telah pun balik for good ke Malaysia kerana mr.hubby dah pun tamat bertugas di pejabatnya di Helsinki, Finland. Alhamdulillah saya dan suami telah selamat kembali ke tanahair tercinta pada jam 6 pagi waktu Malaysia pada 6hb Oktober 2012 yang lalu. Berkat doa dari semua segala urusan kami sebelum balik dan sehingga tiba disini telah dipermudahkan Allah SWT. Perjalanan kami bermula dari Helsinki kemudian singgah transit di London airport selama 3 jam sebelum meneruskan perjalanan terus ke Malaysia dengan penerbangan yang memakan masa lebih kurang 13 jam perjalanan untuk sampai ke KLIA. Terima kasih buat semua teman-teman di fb yang banyak  mendoakan kami.


Bila dah sampai Malaysia bermula la cabaran kami menjalani hidup disini pula. Banyak urusan nak diselesaikan bila mula nak masuk rumah baru di Putrajaya ni. Dari urusan untuk masuk rumah kuarters, api,air,internet dan semua keperluan lain perlu diuruskan sendiri. Sejak berkahwin kami belum pernah lagi menetap bersama di Malaysia lagi. Barang keperluan yang dari Finland juga belum sampai lagi. Disamping itu, banyak benda yang perlu dibuat sebelum saya mulakan tugasan saya di Penang pada awal November nanti. Buat sementara waktu ni, terpaksa la saya berjauhan dari suami yang telah pun memulakan tugasnya di Putrajaya . InsyaAllah...semoga urusan pertukaran tempat bertugas saya ke Putrajaya nanti akan dipermudahkan juga.



Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih diatas komen di n3 Perginya Bonda Tak Kan Kembali Lagi......jazakumullahu khairan khathira buat semua teman-teman blogger yang disayangi dan tak lupa juga buat semua pengunjung setia blog ini. 

Saya sangat terharu membaca komen yang diberikan semua. Segala ucapan takziah, nasihat, serta sokongan kata-kata semangat yang diberikan telah saya baca satu persatu. Walaupun tak berkesempatan untuk saya membalas kesemuanya tapi saya sangatlah hargai.  Tak sangka walaupun perkenalan hanya di alam maya tapi kemesraan dan sokongan yang diberikan terlalu sangat bermakna sekali buat saya. Hanya Allah swt saja yang mampu membalasnya dan didoakan juga semoga Allah swt memberikan balasan yang baik buat semua yang mendoakan.

Walaupun berita yang saya terima sebelum saya sempat pulang ke Malaysia begitu menyedihkan hati saya  tapi sebagai anak dan hambaNya yang lemah, saya redha dengan semua ketentuanNya dan berdoa agar arwah bonda tergolong dalam golongan orang yang beriman dan dikasihiNya. Semoga arwah bonda sentiasa tenang disana dan rohnya sentiasa dicucuri rahmat ilahi hendaknya. Selagi saya bernafas dimuka bumi ini akan saya kirimkan doa buat arwah ayah dan bonda....InsyaAllah. 


nota utk dikongsikan bersama:
Hukum mengucapkan takziah adalah sunat yang sangat digalakkan dalam Islam. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
mana-mana orang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudara sasama islamnya yang ditimpa musibah, sesungguhnya dia akan diberikan balasan yang sebaik-baiknya oleh Allah swt iaitu dimuliakan dan dipakaikan dengan persalinan yang serba indah dan pakaian daripada  pakaian kemuliaan pada hari akhirat kelak.- Hadis Riwayat Ibn Majah.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers