Assalammualaikum semua
Bersempena dengan ketibaan hari raya aidilfitri yang akan menjelang tiba nanti saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua teman-teman blogger tak kira yang baru dan lama. Terutama sekali pada blogger masak-masak yang sama-sama berkongsi resepi masakan untuk saya cuba masak selama berada di perantauan orang ni. Minta dihalalkan semua resepi yang telah saya cuba ya.
Buat semua pengunjung setia yang sudi singgah ke blog saya ni, terima kasih diatas sokongan padu yang anda semua berikan walaupun kadangkala saya terlepas pandang untuk berkunjung balas balik tapi semua komen dan sokongan yang anda berikan amatlah saya hargai.
Tahun ni saya dan suami tak dapat balik beraya dan hanya beraya perantauan dibumi Finland jer. Persiapan hari raya dibuat secara sederhana saja. Saya hanya sempat buat 6 jenis biskut raya saja tahun ni tapi tak sempat nak saya sharekan kat sini sebab masa agak terhad untuk saya buat n3 sekarang ni. InsyaAllah...mengikut perancangan akan diadakan jamuan rumah terbuka pada hari raya pertama nanti di rumah kami disini nanti. Banyak persiapan yang perlu dibuat sekarang ni. Dalam masa yang sama, saya juga sibuk buat persiapan untuk balik ke Malaysia lepas raya nanti. Kalau tak ada apa hal selepas raya nanti kami akan balik for good ke Malaysia cuma tarikhnya saja belum pasti lagi. Bila dah comfirm tarikhnya nanti akan saya maklumkan kemudian nanti....InsyaAllah. Doakan semoga segala urusan akan dipermudahkan Allah juga nanti.
Di kesempatan ini juga saya ingin memohon jutaan kemaafan sekirannya ada catatan dan penulisan saya yang mengguris hati mana-mana pihak disini..tiada ada niat lain selain daripada hanya sekadar berkongsi cerita dan pengalaman diperantauan bersama teman dan dalam masa yang sama berkongsi resepi yang pernah saya cuba selama ini saja. Sesungguhnya yang baik adalah dari Allah swt dan yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri.
Doa dan harapan saya juga semoga hari raya tahun ini disambut dengan meriah dan penuh dengan kesyukuran ke hadrat Ilahi oleh kita semua tak kiralah dimana saja kita berada kita tetap memandang anak bulan yang sama. Pada yang sudi ambil lah ecard raya ni sebagai tanda kenangan saya buat semua. Salam sayang buat semua:D