Home

28 Jun 2011

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Bersiaran di subuh hari lagi ...sekarang jam menunjukkan 2.10 pagi waktu Finland. Orang lain dah diulit mimpi dah pun tapi saya lum tido lagi. Biasa lepas subuh jam 2pagi lbh baru nak tido. Orang kat Malaysia lak dah bangun tido siap nak pi keja dah yer. 


Oklah ceter n3 hari ni...mood terajin sikit buat choc kek ni...kebetulan bahan pun ada kan so buat jer lah bukan susah pun ...kejap jer nk buatnya ni. Adunan ni pun ok sesuai utk family yg tak ramai. Actually dah ramai dah blogger yang mencubanya tapi saya jer yg lambat tertinggal train..hehe btw tqvm pada Kak DJ dan kak Nor yang telah berkongsi resepi kek yang sedap dan moist ni...sesiapa yang belum cuba memang kena cuba ni..btw ..izinkan saya berkongsi disini pula.




Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon


Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
note: nieza menggunakan topping cream cheese frosting jer..kalau tak nak bubuh pun tak apa.


P/s: Buat semua pengunjung kesini jutaan terima kasih diucapkan...buat masa ni tuan rumah  bercuti masak-masak maybe 2-3hari atau lebih kerana akan berada diluar kawasan Finland. Akan bertolak pada jam 8am nanti. Bukanlah pergi cuti mkn angin tapi cuti ikut mr.hubby outstation jer coz ada tugas rasmi diluar tak jauh pun negara jiran sini jer... InsyaAllah akan kembali bersiaran bila ada masa free nanti. Salam sayang buat semua..:D

27 Jun 2011

Seri Muka Pisang


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. N3 hari ni ceter pasal kuih seri muka pisang yang macam kuih talam pula yer tapi dah tuan punya resepi letak nama seri muka kita ikut jer lah kan. Kuih ni buat pagi tadi bawa ke rumah kawan kat sini yang buat jamuan sempena birthday anaknya petang tadi. Kebetulan ada pisang yang masak ranum ni so...saya buatlah kuih ni. Tapi kuih ni agak kelihatan pucat sikit kerana saya tak letak pewarna sebab pewarna dah abis.

Rasanya ramai dah blogger yang pernah mencuba buat kuih ni kan dan bagi yang suka makan pisang memang tak rugi kalau nak mencuba kuih yang sedap ni. Btw...terima kasih pada tuan empunya resepi Kak Hasiah63 yang sudi berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Source: Hasiah63 MyResepi
Bahan Lapisan Bawah
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
2 cawan pisang lenyek
1/2 cawan gula
2 sudu kastad

Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan di atas, kacau sebati.
2. kukus selama 20 minit atau sehingga masak


Bahan Lapisan Atas
60gm tepung gandum
100gm gula
250gm santan
50gm jus pandan
1/2 sudu tepung jagung
2 biji telur
sedikit garam dan pewarna hijau

Cara Membuatnya:
1. Kacau telur bersama gula, kemudian masukkan pula bahan-bahan selebihnya.
2. Kacau sebati, tapiskan.
3. Tuang ke atas bahagian bawah tadi, kukus lagi selama 20minit atau hingga masak. Sejukkan dahulu barulah dipotong.
( Untuk bahagian bawah, boleh masukkan sedikit pewarna kuning supaya warnanya tidak kelihatan pucat.) Nieza tak bubuh pewarna

kuih yang siap dipotong dan dibawa kerumah kawan tadi..dah abis dah pun..:D

26 Jun 2011

Laksa Penang


Assalammualaikum dan salam dihari minggu buat semua. Semoga hari minggu ini dimanfaatkan sepenuhnya bersama family tersayang. Menu laksa Penang/ Asam laksa ni buat dinner semlm....siang tadi agak busy sikit...dah malam baru teringat nak snap photo ni....so layan jer lah yer.


Actually dah banyak kali dah saya buat laksa ni sejak dok Finland ni....kira menu ulang tayang tu pasal malas nak snap photo tapi tak pe la share jugalah. Kalau dok Malaysia tak pernah buat laksa pun tapi bila dok merantau ni teringin nak mkn kena buat sendirila jawabnya.. mana nak carikan...kalau kat Malaysia tu senang cari jer kat kedai ataupun pasar mlm kan....hmmm...rindu lak nak pi pasar malam..:D 


Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan :
Sebungkus laksa..direndam beberapa jam, direbus sehingga lembut dan toskan

Kuah Laksa:
10 ekor ikan sardin....resepi ni saya gunakan ikan sardin kalau nak gunakan ikan kembung pun boleh
5 ulas bawang merah, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
Sedikit belacan, dibakar dan dihancurkan
3 sudu besar cili kisar
4 keping asam gelugur/asam keping
2 tangkai bunga kantan, dibelah dua
secekak daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
1-2sb otak udang

Bahan-bahan hiasan
Timun
Bawang besar
Daun selom
Bunga kantan
Telur rebus
Cili api jika suka
Perahan limau nipis
nenas 


Cara-cara :
1. Ikan sardin/ikan kembung dibersihkan, direbus, dibuang tulang dan dikisar halus dengan sedikit air. Air rebusan ikan jangan dibuang. Tapis dan gunakan semula untuk kuahnya.
2. Panaskan semula air rebusan ikan dan masukkan isi ikan yg dikisar.
3. Bila mendidih, masukkan semua bahan2 yang lain. Masak semua bahan mesra. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Untuk menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan bolehlah dihias dengan bahan2 tabur. Kemudian, tuangkan kuah ke atasnya.

25 Jun 2011

Eggless Caramel Pudding



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Bersiaran di awal pagi subuh waktu Finland ni....bukan apa sementara menunggu masuk waktu subuh kat sini jam 1.47pagi sempatlah melepak kat blog kejap. Solat isyak tadi jam 12 malam....subuh pulak 1.47pagi. Memang jarak waktu yg tak jauh sgt dengan subuh so... tunggu lepas solat subuh baru tido. Macam tu la keadaan sekarang ni masa summer ni adalah merupakan masa siang yang panjang...kalau berpuasa time ni memang amat mencabar kerana melebihi 20jam untuk menanti waktu berbuka. 

Oklah n3 hari ni nak ceter pasal puding yang saya buat masa bawa berpicnic hari weekend yg lepas tu..terlupa pula nak n3. Gambar pun tak cun coz nak cepat hari tu main snap jer dan puding pun dah lama abis..layan gambar jer lah. Tak pe la kan sekadar berkongsi disini. Resepi ambil kat dapur mamaolyn  yang menetap  di sheffield. Tertarik utk mencuba resepi puding caramel tanpa telur ni...nak buat pun mudah dan yang pastinya memang sedap...tapi saya buat kurang menarik sikit dipermukaan atasnya yg berlubang-lubang jadinya.Tak taula apa sebabnya....so..abaikan jer lah rupanya yer yang penting mkn sodap...:D btw terima kasih pada mamaolyn kerana berkongsi resepi ni..izinkan saya berkongsi disini pula.


Source: Mammaolyn
Bahan A 
Gula 2senduk (guna senduk nasi)
Bahan B  
Serbuk Agar-agar 1 paket (7g)
Air 4cawan
 Gula 21/2 senduk
Bahan C 
 Susu cair 1tin (lebih kurang 400g)
Tepung kastard 2sudu
Vanilla 1sudu
* Campur sebati semua bahan C


1. Hanguskan gula spt buat karamel utk puding karamel yang lain gak... bila gula agak perang tuang air sikit.. pastu ketepikan.
2. Dalam periuk didihkan Bahan B. Kecilkan api kemudian masukkan Bahan C. Kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. 
3. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus. Bekukan dlm peti ais (saya bekukan semalaman), dan hidang. (lebih sedap dihidang  sejuk-sejuk)

24 Jun 2011

Ikan Haruan Bakar & Air Asam


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...hari ni cuti public holiday di Finland ni sempena mid summer so..memang semua cutilah dan bila cuti tu semua kedai pun tutup. Mr.hubby lak pi memancing...so..saya masak lauk simple jer lah. Layan lauk masakan kampung. Sekali sekala teringin juga nak makan lauk pauk kampung ni...nasib baik ada juga jual ikan sungai mcm keli, haruan, sepat kat kedai aseanic sini tapi yg frozen punyalah import dr Thailand. Bolehlah kan kalau teringin tu dapat jugalah merasa.


oklah resepi ikan bakar dan air asam ni simple jer rasanya semua org pun pandai buat kan..tapi saya letak jugalah style saya ni...bakar oven jer kat sini.


Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 batang serai – dikisar
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam
Sedikit helaian daun pisang – balut pada ikan
Bahan Air Asam
1 genggam asam jawa – diperah
1 cawan air
5 tangkai cili padi – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris
belacan
1 biji tomato
1s/k kerisek
Garam secukup rasa


Cara Membuat
1. Perapkan ikan dengan bahan yang dikisar, lada hitam dan garam. Tunggu sehingga 30minit. Selepas itu bolehlah dibakar ikan sehingga ikan masak.
2. Sementara itu ambil perahan air asam dan masukkan bawang, cili padi dan garam secukup rasa.
3. Setelah itu bolehlah ikan dihidangkan panas bersama sambal air asam.

23 Jun 2011

Murtabak Daging Perantau


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni layan murtabak daging pula....actually dah banyak kali juga saya buat murtabak ni kira mcm menu ulang tayang jer...boleh rujuk disini untuk n3 yg lepas. Cuma nama jer bertukar jadi murtabak daging perantau...sama jer mcm murtabak yg biasa org lain buat tapi saja jer saya bubuh nama tu sebab sejak saya dok merantau ni jer saya selalu buat murtabak. Kalau dok Malaysia saya beli jer dan tak pernah buat sendiri pun..:D

Murtabak adalah fav saya dan mr.hubby. So...layan jer lah resepi yg simple ni...resepi pun main agak-agak ikut citarasa saya dan mr.hubby. Biasanya buat roti canai pun saya buat guna doh yg sama juga. Cara tebar lak saya ikut style mak saya selalu buat jer.


Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Kulit murtabak
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)

Bahan untuk inti murtabak
300g mince meat
2 bawang besar-potong dadu
3 bawang putih-potong dadu
4 sb rempah kari
garam+gula secukup rasa
2 bawang-potong nipis2
6 biji telur-atau secukupnya
4 biji kentang dipotong dadu
1/2 inci halia
air asam jawa

Cara2 menyediakan kulit murtabak
1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit.
3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
4. Bulat-bulatkan spt sebesar bola tenis....dan sapu sedikit marjerin ataupun minyak supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)

Cara2 menyediakan inti
1. bawang kecil, bawang putih dan halia dikisar.
2. kentang direbus. lenyekkan ia setelah empuk.
3. Panaskan minyak dalam kuali.... setelah itu masukkan bahan yang telah dikisar. setelah kekuningan masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan sedikit air.
4. tunggu sehingga rempah kari masak dan masukkan air asam jawa.
5. masukkan daging dan kentang yang telah dilenyekkan tadi.
6. masukkan garam secukup rasa. masakkan sehingga inti kering.

Cara2 mencanai
1. Canaikan setiap bebola ini nipis2....cara canai ni saya buat mcm mencanai roti canai....saya gunakan talam dan tarikkan doh tu ke tepi dan jgnlah terlalu nipis...boleh rujuk disini. Kemudian campurkan inti dengan telur supaya inti itu tidak terburai apabila makan nanti.
2. Bubuhkan inti di tengah-tengahnya. kemudian lipat dan goreng dalam kuali panas dgn api yg perlahan sehingga kekuning-kuningan.
3. sedia dihidang bersama kuah bawang merah.

22 Jun 2011

Kuey Teow Goreng with Smoked Oysters


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Menu dinner yang simple jer hari ni. layan kuey teow goreng pedas.....lagi pedas lagi sedap. Bagi yang tak makan pedas boleh kurangkan cilinya tapi kalau kena ngan cili api lagi best ni. Saya makan ngan smoked oysters yang segera tu memang sedap.


Oklah resepi simple jer ni...semua org pandai buatkan tapi tak apa la saya share  juga resepi style saya buat pulak...bahan-bahan terpulang dan boleh adjust ikut selera masing-masing juga.


Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-Bahan:
300 gm kuey teow
100gm udang basah
100 gm daging  (optional)
1 cawan tauge
4 sudu cili mesin
4 ulas bawang putih diketuk
4 ulas bawang kecil dimayang halus
2 biji telur
4 sudu besar kicap manis
2 s/b  sos tiram
2 s/b sos cili
2 s/b sos tomato
1 kiub ayam
smoked oyster
sedikit minyak
dan garam secukup rasa


Cara:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin, sos cili dan kicap.
3. Masukkan daging, tomato sos dan sos tiram. 
4. Masukkan udang, telur dan kuetiaw. Biarkan telur keras separuh masak baru digaulkan rata.
5. Masukkan taugeh dan  Kacau sebentar dan tutup api.hidangkan bersama smoked oysters jika suka.

ni ler kotak smoked oysters segera yg dijual disini...memang sedap kalau ratah gitu jer.

20 Jun 2011

Talam Lapis Coklat



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni dah lewat malam baru dapat n3...nak bw pun tak sempat coz tadi tgh hari keluar sekejap ada urusan kat luar. Bila dah abis tu ingat nk terus balik rumah tapi mr.hubby lak suruh tunggu sampai dia abis keja nak balik sekali. Saya keluar naik bas jer tapi bila dah mr.hubby ckp mcm tu saya merayau-rayaula dulu kat shopping mall tu. Bila dah merayau tu apa lagi yg tak plan nak beli pun boleh dibeli...haha gitulah kan kalau bab shopping ni memang suka banget tapi tgk jugalah tak adalah nk shopping kalau reganya mahal sangat...tapi biasanya barang yg dibeli tu dgn rega yang murah dan berpatutan...kekadang nasib juga bila jln-jln tu jumpa brng yg dilelong ...tak kisahlah biar murah tapi ada kualiti..:D

So...hari ni layan kuih lapis ni jer lah. Kuih talam yang dilapiskan..pelik juga namanya tu mcm kuih lapis pun yer juga. Abaikanlah potongan kuih yang comot ni yer..haha nak cepat punya pasal la ni dan ambil gambar pun dah lewat malam. gambar pun nampak gelap dan malap jer tapi belasah jer lah coz esok maybe tak sempat juga nak ambil gambar coz esok nak keluar lagi ada appointment doc. Btw terima kasih pada tuan empunya resepi Puan Azimah Mansor dan kak Nur yang telah berkongsi resepi kuih yang sedap ni.  Actually dah lama simpan resepi ni tapi baru berkesempatan nak mencuba.


Source: Kak Nur
Talam Lapis Coklat - Hakcipta Puan Azimah Mansor
Bahan-Bahan A
300 tepung gandum
60 gm tepung hoen kwe
1500ml santan (500ml santan + 1000ml air)
360gm gula
2 biji telur

Bahan B
25gm serbuk koko
50gm santan

Bahan C
pewarna kuning


Cara-Cara
1. Adun atau kisar kesemua bahan A dan bahagikan kepada 2
adunan. Satu adunan dicampur dengan bahan B dan satu adunan
dibubuh warna kuning. Kukus selapis demi selapis.
2. Gunakan loyang (10 x 10 x 3)" yang dialas kertas plastik (14 x 14)".
3. Mulakan melapis dengan warna kuning sebanyak 350ml dan kukus selama
5 minit atau sehingga masak.
4. Tuang pula adunan coklat, kukus dan ulangi langkah diatas sehingga habis.
Nota: Akan dapat 3 lapis kuning dan 3 lapis coklat.

7 Tahun dah masa berlalu....



18 Rejab 1425H (Jumaat) - 18 Rejab 1432H (Isnin) pada hari ni genaplah 7 tahun pemergian ayahda tersayang saya ke rahmatullah. Perginya yang tak akan kembali lagi..dan rindu dihati ini hanya Allah saja yang mengetahui.  Arwah abah pergi disaat saya masih memerlukan perhatiannya kerana pada masa itu saya baru saja tamat latihan kejururawatan dan masih belum bekerja dan berkahwin. Tapi Allah lebih sayangkan arwah dan arwah pergi mengadap ilahi akibat serangan angin ahmar. Saya terima dan redha kerana itu adalah janji Allah pada setiap yang hidup pasti akan mati. Semoga roh arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan para solihin..insyaAllah.


Walaupun sudah 7thn masa berlalu tapi ingatan mesra pada arwah tetap berkekalan selamanya dihati saya. Setiap kali lepas solat saya akan sedekahkan al-fatihah dan tak lupa juga bacaan yasin pada setiap malam Jumaat. Selagi hayat dikandung badan selagi itulah saya akan berdoa  pada arwah...hanya itu saja yang mampu saya buat setelah arwah tiada.  Syukur Alhamdulillah semasa di tanah suci Mekah hari tu sempat juga saya buatkan ibadat umrah untuk arwah...mudah-mudahan segala amalan ikhlas dan doa saya buat arwah diterima Allah swt..amin.

18 Jun 2011

Pizza Tuna



Assalammualaikum dan salam dihujung minggu buat semua. Semoga hujung minggu ni dimanfaatkan sepenuhnya. Bagi yang bekerja weekend adalah yg paling ditunggu-tunggu sekali kan...itulah saya pun masa bekerja dulu mcm tu juga bila dah tak keja ni setiap hari sama jer cuma weekend boleh outing ngan mr.hubby jer coz dia cuti. Tapi hari ni mr.hubby kena bertugas ada visitor VIP dr Malaysia datang  melawat Finland ni so...melepak umah jer lah saya hari ni sambil layan movie..:D

Oklah ceter pasal n3 hari ni layan pizza jer lah...simple dan cepat dimasak apa yg penting mengenyangkan. Hari ni rasa mcm nak bermalas-malasan jer...haha boleh gitu yer. btw terima kasih pada tuan punya resepi iaitu CMG yang berkongsi resepi ni. Actually selalu juga saya buat pizza ni cuma malas nk n3 jer tapi hari ni teringat nak share pula..memang setiap kali buat suka guna resepi doh pizza CMG ni cuma bahan toppingnya saja saya tukar ikut selera sendiri...so..terima kasih yer Cik Mat..izinkan saya berkongsi disini pula.


SourceDTS @ CMG
Bahan-bahan untuk sos pizza
1 tin tomato dalam tin "jenis plum tomato", diramas
1/2 cawan sos tomato
1 biji bawang besar, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
1 helai bay leaf
1/2 camca teh herba basil kering
1/2 camca teh herba oregano kering
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Minyak zaitun untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan doh pizza
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional) (nieza tak bubuh coz tak ada jual kat sini)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Bahan-bahan Pizza :
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong (nieza tak bubuh tapi gantikan dengan tuna)
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
10 biji buah zaitun
20 biji jeruk capers
175 g keju mozzarella, hiris nipis2




Cara Membuatnya:
  1. UNTUK SOS PIZZA :- 
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis cincangan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan bay leaf dan tomato sos. Kacau rata dan masukkan tomato dalam tin yang telah diramas tadi. Tambah herba oregano, basil dan serbuk lada hitam, masak hingga pekat. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa, gula lebih sedikit untuk mengimbangkan rasa masam tomato. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK DOH PIZZA :- 
  4. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. 
  5. KAEDAH LAIN :- 
  6. Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  7. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no1). Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.