3 Aug 2012

Ikan bakar Air asam


Assalammualaikum semua
Nak sharekan resepi ikan bakar dan air asam yang saya buat untuk bersahur semalam ni. Latelyla ni selera makan masa bersahur dah berkurang. Tapi nak kena makan juga sebab berpuasa panjang disini perut  cepat masuk angin pula kalau tak makan. So..bila buat lauk simple macam ni baru lah saya rasa selera makan tu bertambah. Ya la lain orang lain citarasanya kan...maybe bagi orang lain lauk biasa jer kan tapi bagi saya kat sini lebih suka makan ikan dengan air asam mcm ni jer. Tak perlu lauk lain dah kalau ada masak ikan bakar mcm ni. Tu sebab sekali masak sampai 2 ekor. Suka sangat meratah ikan gitu saja.

Ikan ni pula dapat masa mr.hubby pergi memancing minggu lepas. Alhamdulillah rezeki kami dibulan ramadhan ni mr.hubby bawa balik ikan ni sampai 6 ekor. ikan ni namanya ikan hauki..ikan biasa yg ada di Finland ni. Isinya sangat putih dan rasanya juga sgt sedap. Memang ikan fav saya kat sini.

Oklah jom kita semak resepi ikan bakar dan air asam kat bawah.

Sumber: http://Nurniezza.blogspot.com
Resepi Ikan Bakar
Bahan-bahannya
2 ekor ikan bersaiz sederhana besar (Boleh guna apa-apa saja ikan yang disukai)
sedikit garam
daun pisang atau daun kunyit untuk membakar ikan.


Cara membuatnya:
1. Ikan dicuci bersih kemudian lumurkan dengan sedikit garam
2. Panaskan oven atau boleh juga dibakar dengan menggunakan kuali diatas dapur.
3. Bungkus ikan yang dicuci bersih tadi dengan daun pisang atau daun kunyit.
4. Masukkan ke dalam oven dan masaklah sehingga ikan masak sepenuhnya. Bila ikan dah masak bolehlah diangkat dan siramkan dengan air asam dan sedia dimakan bersama dengan nasi putih.

resepi air asam ni pula menggunakan resepi kak Liza..memang suka resepi air asam bubuh kerisek ni. tq sharing resepi ni yer kak...saya sharekan kat sini pula.

Sumber Resepi : Kak Hanieliza
Resepi Air Asam
Bahan A
Asam jawa [sebesar telur ayam]
(direndam 1/2 cawan air dan buang biji)
10 cili padi [nak pedas boleh tambah]
1 biji tomato
1 inci belacan bakar
1 sudu kecil kerisik [jika suka]
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji tomato buah
1 biji bawang besar
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 biji limau nipis [ambil jus]
mangga muda

Cara 
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan A ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Tomato dipotong dadu.
4. Bawang besar dan cili dimayangkan nipis. 
5. Mangga muda dicincang atau sagat. (Nieza tak bubuh sebab tak ada stok)
6. Gaulkan Bahan A bersama tomato dan bawang besar dengan semua bahan. 


26 comments:

  1. assalam nieza,ada belen lagi kot kak lina mai awai ni..bak le sket nk wat sahur jap lagi.
    Sedapnya ikan bajaq cicah ayaq asam...tambah lak ikan fresh pancing sndri..mmg mrah rezeki niez n hubby kat sana..

    ReplyDelete
  2. Hmm ikan bakar pon fav sy jgk nieza..ikan hauki first time dgr..hehe. Ada nama lain tak? Kot2 la kt London ni nama lain. Hehe..nway, smlm pon sy bbuka ikan jgk tp grg berempah. Ikan siakap..kt sini siakap je yg sll nmpk n mrh ;) tp tk buat air asam, sy mkn dgn budu! Hehehe mmg menyelerakan..

    Slmt bbuka puasa kjp lg ye..;)

    ReplyDelete
  3. Tu diaaaa.... berselimut dengan air asam! sesungguhnya kelazatan ikan bakar banyak dipengaruhi oleh penyediaan air asamnya!

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa Nieza
    dah melelh air liur nengok Nieza punya ikan bakar ni....sedapnya dilimpahi air asam tomato tu..

    ReplyDelete
  5. nieza...tengok air asam pagi2 ni memang mencabar iman betul le..kekeke..nasib baik la perut masih kenyang lagi ni...kekeke

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Nieza..bestnya dpt mkn ikan fresh..xleh tgk lama2 ikan bakar nii..dah meleleh ayaq liur hihiii

    ReplyDelete
  7. salam Nieza
    adusss mmg terliur ni tengok ikan dan air asam Nieza ni menggoda betul lah macam nak buat sekarang jugak heee adussssss

    ReplyDelete
  8. Sedapnya. Tak kira ikan apa, tapi resipinya tetap resipi Melayu. Tu kalu bakar, mau semerbak satu taman... hehe

    ReplyDelete
  9. salam nieza....
    Amboii grandnye lauk sahur u al. kros biasa sahur reheat je lauk berbuka. xkuasa nak masak sbb makannya ciput je kami 4beranak

    ReplyDelete
  10. cam ne ek pose kat Finland now.. panjang kan waktu puasa nya.. ALLAH gives rewards lah kan.. dugaann..

    ReplyDelete
  11. Assalam Nieza.
    Sedapnya....makan pulak dgn nasi panas2,mau bertambah-tambah mkn.

    ReplyDelete
  12. Salam kak..ok baca resepi jer dah kecur sgt..hahaha...sy pun suka ikan bakar n air asam.x de lauk len pun x pe..bertambah2 nasi dibuatnya...menarik akak siram ikan tu ngan air asam terus...mesti meresap ke isi n lg sedap kn kak...ooowhhh..terliurrrr :-P

    ReplyDelete
  13. Adoiiii..sakit air liur nengok menu nih.haha..sedap ye air asam kak lieza nih..leh try len kali..ratah gitu je pon best nii..
    Betul la nieza,selera sahur dah kurang je kn..tp kena isi gak.huhu

    ReplyDelete
  14. Salam kak nieza!!! maaf ya kak dtg lmbt sikit, kita td pagi dah dtg sebelum letih2 tuuuu, tp kalau masuk guna ipon ni leceh dia satu, kdg tak leh antar komen :D alahaiiiii ikan2 yg ada air2 asam ni mmg ler sedappp, tp mcm akak kata, lain org lain selera, sbb kita kalau bersahur tak leh makan nasik atau lauk2 gini sbb nanti masuk tgh hari perut kita lapo sgt2 :D teruk kan? skrg ni kita buat stok air soya homemade byk2 utk sahur n buka :))

    ReplyDelete
  15. Asslmkum nieza.
    Wah! Mengancam betul ikan air asam tu. :)

    ReplyDelete
  16. asslamualaikum,

    oh! belum pernah air asam saya taruk kerisik.

    info terbaru la nie.=D

    ReplyDelete
  17. mengancam sungguh....
    nanti bundo nak terai air asam bubuh kerisik. ada kelainan ni..

    ReplyDelete
  18. Salam Nieza.sedap ikan bakar cicah air asam....mmg membuka selera.air asam yg letak kerisik gini dah lama tak buat....dulu belajar resepi gini dr seorg kakak yg dok Kedah.
    re; kat tempat akk seafood fresh kalau udang mmg senang dpt dlm RM25 sekg keatas harganya...seafood lain sesekali ada ...kalau tak kena cari yg frozen juga.

    ReplyDelete
  19. mengamcam betul time posa bila tengok ikan bakar tu.
    Air asam kerisik ni popular sebelah utara mlaysia. masa makn kenduri mesti ada

    ReplyDelete
  20. tak pernah mkn yg letak kerisik nieza..
    sure sedapkan

    ReplyDelete
  21. best nye ikan bakar... lagi plak yg dipncing sendiri...mmg fresh lah...air asam kerisik sy tak penah makan... mmg best...

    ReplyDelete
  22. tgk gambar pun menyelerakan..apatah lagi kalau makan

    Salam Ramadhan & Perkenalan dr Epilog Syurga Cintaku

    ReplyDelete
  23. kecur air liur..besnya dapat ikan fresh, kat sini jgn harapla hehehe

    ReplyDelete
  24. salam syg nieza..
    wahhh huby dpt 6 ekor erk..kasi kat akk 4 ekor tue..hehehe bior akk bakar plak..2 tiga harinie akk n family pun asik mkn ikan jew ..rasa dh tak tau nk masak apa..kering idea dh..nnt akk try masak cam nieza nie plak..

    ReplyDelete
  25. Puasa2 ni mmg nak mknn yg berasam sikit kan Nieza. Akk kalau boleh nak mkn kerabu mangga setiap x buka.

    ReplyDelete
  26. Amboii,,sungguh menggugah selera

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers