29 Oct 2011

Seminar Motivasi Diri Part 1 (2011)

Assalammualaikum, N3 hari ni nak ceter pasal seminar motivasi yang saya hadiri. Seminar yang diadakan pada  28 Oktober 2011 (Jumaat) jam 9.30pagi hingga 12.30tgh hari. Bertempat di bilik seminar Pejabat  Kedutaan Besar Malaysia Helsinki, Finland. 

Seminar motivasi  diri ini diadakan khusus untuk semua staff di pejabat kedutaan dan juga pasangan pegawai yang bertugas. Ini juga adalah salah satu daripada aktiviti pejabat kedutaan untuk melatih staff yang berdisiplin dan lebih berdedikasi lagi. Walaupun saya tak bekerja tapi saya juga turut ada tugas-tugas yang perlu saya lakukan sebagai seorang isteri diplomat..So...saya pun tersenarai jugalah untuk terlibat sama dalam seminar ni.

Motivator  yang datang hari ni adalah motivator berbangsa  finnish. Alhamdulillah dapat juga menambah ilmu hari ni tentang pengurusan diri dan mengawal stress. Selain itu, diterangkan juga secara ringkas mengenai matlamat dan juga hala tuju kehidupan kita seharian...kalau kerja biasanya difokuskan pada bidang pekerjaan la tapi kalau tak kerja mcm saya ni dgn aktiviti yang saya minat. Actually dalam hidup kita sehari-hari memang kita tak akan lari daripada stress tapi kita cuma boleh mengawalnya saja. Masa saya kerja dulu pun saya pernah juga join seminar motivasi mcm ni tapi kali ni join seminar drp motivator Finland pula...memang menarik dan enjoy..:D

Di sebelah kiri gambar ni ada motivator finnish yang memberi ceramah dan sebelah kanan gambar ni ialah TYT Duta Besar Malaysia ke Helsinki.

Actually, Seminar ni adalah bahagian pertama dan akan bersambung pada bulan disember nanti untuk bahagian ke dua pula. Memang menarik juga sekali sekala dengar topik motivasi ni. Melalui topik yang diberi  ni juga kita dapat menguji tahap mana diri kita yang sebenar. 

Ada juga disediakan minuman panas dan  juadah untuk minum pagi .Dah busy-busy tak sempat lak saya nak snap photo. Saya cuma bawakan bingka roti pandan jer. Lastly....Seminar ini tamat pada jam 12.30 tgh hari dan akan bersambung pada pertghan bln Disember nanti pula...InsyaAllah.


Sekian dulu...jumpa lagi pada seminar yang akan datang nanti..:D

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers