29 Oct 2011

Bingka Roti Kukus Pandan


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu kembali dengan n3 masak-masak ni...hmmm...dah byk hari dapur alam maya saya ni sepi jer kan..bukannya apa tuan dapur ni ada sedikit busy...membusykan diri pun yer juga...:D apapun terima kasih pada semua yang masih sudi singgah ke sini walaupun byk hari tak berupdate dgn n3 baru. Maaflah belum berkesempatan lagi untuk saya berkunjung balas dan bw...insyaAllah jika ada masa terluang nanti saya akan berkunjung balas yer.


Oklah,  n3 hari ni nak share resepi bingka roti yang saya buat untuk dibawa ke seminar motivasi diri yang saya join semalam. So....dah abis dah yer...boleh jamu mata tgk gambar jer lah . Ceter pasal bingka roti ni dah lama saya simpan resepi masa kak Ummi share dulu lagi tapi baru berkesempatan nak mencuba. Rasanya ramai dah blogger yang mencuba ni kan....dan sesiapa yang belum cuba bolehlah mencuba. Memang simple sangat nak buatnya dan semestinya sedap. Saya lak derhaka sikit bubuh kismis dan  topping sos kastard pulak kat atas bingka tu lagi ler mabeles...memang sedap dimakan ketika disejukkan.


Btw, terima kasih pada tuan empunya resepi dan Kak Ummi yang telah berkongsi resepi yang simple dan sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula yer..:D


Resepi : Notabilia

Sumber : Kak Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
  • 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • sedikit kismis (resepi asal tak ada  kismis tapi nieza tambah)

Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. 



Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan2 untuk Kuah Kastad:
1 tin susu sejat (evaporated)
Bancuhkan 3 sudu tepung kastad  dengan sedikit air
gula secukup rasa
sedikit esen vanila


Cara-cara
1. Masak susu dan kastad.
2.  Kemudian masukkan  gula secukup rasa
3. Tambah  esen vanila dan kacau hingga pekat dengan api yang perlahan.
4. Letakkan di bahagian atas bingka dan sejukkan didalam peti ais dan sedap dimakan ketika sejuk.

27 comments:

  1. Salam Noeza,
    Lembutnya nampak bingks tu. saya suka sos vanilla jenama flora tu. sedap yummm yummm..hehehe

    ReplyDelete
  2. Nieza... bila laa nak ada lebih roti buat bingka hehehe.. bingka ni sedappnya nampak.. lagi2 dgn sos tu..

    ReplyDelete
  3. ohhh saya suka sgt join sessi motivasi dll nya kalo Ada peluang..

    waaahhh itu bingka sgt lah menggoda...

    ReplyDelete
  4. salam nieza pula dh buat syok kan makan pagi2 bersama secawan kopi. Lina pun dh buat kejap je licin.

    ReplyDelete
  5. wahhhh nieza... nmpk lagi sedap.. tak pernh cuba rspi ni.. akk suke yg bakar2.. suke kerak.. hihihi

    ReplyDelete
  6. salam nieza.. amboii sedapnya...

    ReplyDelete
  7. sedang mencari cari resepi bingka ni:)nampak sedap bila ada sos kastad diatas tu

    ReplyDelete
  8. SALAM,
    NAMPAK MACAM MANIS JE? KALAU MANIS, ADA MASALAH SIKIT UTK LF

    ReplyDelete
  9. As'salam Nieza

    amboiii..pagi2 dah mengoda dengan bingka roti ni dengan sos sekali..perghhh. memang sedap kalau makan sejuk ni kan nieza. nanti nak cuba gaklah letak sos lain kali..hehehe

    ReplyDelete
  10. mmng sedapkan bingka roti kukus ni...akak pun macam nak wat lagi jek..suka harum pandan tu...Nieza punyer bestlah siap ada sos lagi..

    ReplyDelete
  11. Nieza......
    tak tahan tengok sos kastard yang meleleh-leleh tu.... baliklah Kak Amie dengan liur meleleh-leleh juga!

    ReplyDelete
  12. salam nieza cayaang..lamanye x mai sini..nieza pekabo?? moga sihat ceria selalu ye! aduii dapnyer bingka roti nih..bak akak sepotong!

    ReplyDelete
  13. Perghhh...kena plak ngan sos kastad...heaven!!,

    ReplyDelete
  14. assalam nieza..rupanya tambah sendiri sos kastad tu ye..sebab akak rasa tak de sos kastadnya..lagi la sedap ye nieza.

    ReplyDelete
  15. Salam Nieza,
    Alamakkkk dah terlepas bas la ni nampaknya...nampak menyelerakan la dengan sos kastad kat ataih tu

    ReplyDelete
  16. mesti lagi lemak manis rasanyer bingka roti ni bila dicurah sos kastard tu...wahhh sedapnyer nieza

    ReplyDelete
  17. terlioq nyer tgk pagi2 ni
    nk mintak pow dah habes ekkkk
    mesti wangi ni

    ReplyDelete
  18. Nieza, gambar atas sekali tu, gambar nak menggoda tu Nieza... Dengan lelehan kuah kastad tu, perghhhh..kalau dapat..Dah lah sini skrg asyik hujan jerni..Perut asyik minta diisi jer skrg..heheh

    ReplyDelete
  19. wah kak nieza pun dah buat jugak...siap ada sos lagi...geram nengok sos yg meleleh tu.....slurppp!!! hehhehe

    ReplyDelete
  20. Aslmkum Nieza

    bingka roti...sesuai kalau nak habiskan roti...nampak sedap mkn dgn sos....

    ReplyDelete
  21. amboiii aiihhh.. tak tahan tengok lelehan sos custard tu niezza... terus akak ngences dibuatnyer... hehe..

    ReplyDelete
  22. Salam Nieza, wah sedapnya bungka dgn sosnya...nak sikit boleh?

    ReplyDelete
  23. bingka roti kukus nie akak lom perna buat lagi.. mmg dah tergoda dah.. tp x terbuat2 lg smpi skg... nak buat juga nnt.. InsyaAllah.. nampak sedap ler bingka roti tu nieza... teringin plak nak makan...

    ReplyDelete
  24. Nieza:
    tak pernah lagi cuba sos vanilla jenama Finland Flora tu..sedap yer:)

    mamazieza:
    kena beli roti baru dan terus buat ler mama...kalau tunggu lebih tak cukup pula:)

    Mulan:
    masa keja dulu dah selalu juga join..hehe

    Kak Lina:
    ya memang sedap la kak...:)

    Kak zana:
    versi kukus ni pun sedap juga kak..lembut jer:)

    kak norlie:
    w.salam kak...ya sedap cubalah kak:)

    Kak CM:
    ya sedap mkn ngan topping kastard tu kak...cubalah nanti:)

    ReplyDelete
  25. LF:
    w.salam....tak la manis sgt LF tapi boleh kurangkan kuantiti gula tu kalau nak:)

    kak CT Delima:
    ya kak saya suka mkn bingka dgn topping kastard gini:)

    kak yatie:
    betul la kak suka mkn masa disejukkan dalam peti ais tu terasa nyaman jer tekak ni..:)

    Kak Amie:
    alahai kak...siannya nak kasi pun dah abisla..hehe

    kak inahar:
    w.salam kak doc cyng....alhamdulillah baik kak...tq. bingka ni buat bawa masa seminar kat ofis hari tu so...dah abisla nk kasi pun..hehe

    chah:
    tq chah...memang best mkn ngan sos kastard tu:)

    Acik Erna:
    yer kak...boleh juga kalau suka mkn gitu tapi nieza lebih suka yg ada topping kastard ni:)

    ReplyDelete
  26. Kak Wattie:
    tak pe kak biar lambat asalkan selamat sampai..hehe yer kak sedap ni cubalah buat nanti:)

    Kak Ida:
    yer kak...memang sedap..lemak-lemak manis gitu:)

    Lady Ayu:
    yer ayu....dah abis pun..kena blk buat sendiri lah yer...:)

    Kak Naz:
    saja jer nak goda akak tu...hehe sama lah kat sini pun kak cuaca makin sejuk jer ni nk mkn jer rasanya:)

    quinnie:
    yer akak buat masa bawa gi seminar hari tu...sedapla quinnie..:)

    mamasya:
    tak perlu tunggu nak abis roti pun kak sebab bingka ni perlukan roti yg banyak juga.

    Kak Madihaa:
    kalau gitu akak kena buat la nanti kak...memang sedap ni:)

    kak T&T:
    ya kak sedap ni....nak kasi pun dah abis la kak:)

    Deliah:
    tqvm Del:)

    Kak Diana:
    memang sedap kak...memang wajib buat ni kalau dah teringin nak mkn tu..hehe

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers