23 Feb 2011

Kari Ayam Hijau Thai


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..hari ni masak simple jer lah layan lauk masak kari ayam hijau thai ni...sekali sekala tukar selera kari pun sedap juga. Hari ni masak terawal sikit coz jap lagi nak keluar jap...ada hal sikit kat luar ni...so..dh siap masak ni boleh ler tapaukan kat mr.hubby kat ofis sekali...kebetulan nk singgah ofis kejap.

Resepi masakan ni saya intai dr dapur kak Ita dan menurut kak Ita resepi asalnya drp Chef yang terkenal iaitu chef Wan. Sedap juga kari ni dengan menggunakan paste hijau ni.Kebetulan ada pula jual kat kedai aseanic kat sini so..bolehlah saya cuba. Btw terima kasih yer kak Ita kerana berkongsi resepi ni izinkan saya berkongsi disini pula.




source:Fromintankitchen
By: Chef Wan
Bahan-bahan
Ayam - potong kecil2 dan cuci bersih 
2 sudu besar minyak masak
4 sudu besar pes kari hijau Thai (mcm dlm pic kat atas tu)
2 cawan santan (500 ml)
1 biji terung Thai - (terung Thai lebih kecil berbanding dgn terung biasa dan kulitnyer berwarna hijau dan putih berkrim)
20 biji terung bulat kecil 
2 sudu besar sos ikan
2 sudu teh gula
4 helai daun limau perut - disiat2
2 tangkai cili hijau - dihiris nipis
20 helai daun selasih
Daun ketumbar jika suka 

Rempah Ratus
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh ketumbar



Cara-cara
1. Goreng rempah ratus tampa minyak dlm kuali diatas api sederhana dan kacau hingga harum. Alihkan ke dlm batu lesung dan tumbuk halus jika suka. Jika tidak gunakan dlm bentuk asalnyer
2. Panaskan minyak masak dlm kuali atau periuk. Masukkan pes kari Thai dan rempah ratus. 

3. Tumis atas api sederhana sehingga harum. Kecilkan api dan tambah santan, sedikit demi sedikit, kacau setiap kali dimasukkan. Apabila semua santan telah dimasukkan, didihkan dan kemudian renehkan selama 1 minit.
4. Tambah ayam dan kedua2 jenis terung. Renihkan selama 10 minit atau sehingga ayam empuk dan masak.

5. Kemudian masukkan sos ikan, gula, daun limau perut dan cili hijau. Renihkan selama 5 minit lagi.
6. Bubuh daun selasih dan kacau, kemudian alihkan kedlm mangkuk atau pinggan hidang dan hiaskan dgn taburan daun ketumbar. Hidangkan hangat2 dgn nasi putih.

23 comments:

  1. kakak nieza, kari ni cicah dgn cekodok pon best...yummmm

    ReplyDelete
  2. akak..mas tak pernah makan lagi kari ayam hijau...
    rasanya sama ke macam kari yang biasa tu..
    nampak sedapp la..

    ReplyDelete
  3. assalam nieza,
    anak2 bujang akak kan cukup suka lauk pauk thai.sebenarnya diorang suka dgn bau daun limau purut tu..sedap kan kari Thai ni.

    ReplyDelete
  4. salam nieza,akak pernh mkn kari ijo ni kt restoren Siam xpress Qsbay..mmg sedap..tp tak prnh wat sndri..tau mkn jer hehehe

    ReplyDelete
  5. nampak menarik sungguh respi ni..slalu tgk dalam tv jer, tp tak pernah buat lagi, sbb perencah tu tak pernah nk berjumpa...hehehe... lagipun daun salam pun tak nk berkenalan dengan kita..

    ReplyDelete
  6. hikhik..nak senyum pun ado..kat sini tak pernah pulak terjumpa pes kari hijau ni tau..nieza yang jauh kat bumi omputih tu pulak jumpa..hehe..
    nampak sedap benor tu..lain ye rasa dari kari biasa tu

    ReplyDelete
  7. tadi jalan jumpa cara buat pes green curry nih.
    datang sini sudah masak rupanya..
    cepat sungguh.. hehehe

    ReplyDelete
  8. akak pun tak pernah cube ,pastenya tu ade nnti nak try ler jugak hehehee

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaa akak hanya makan kat kedai je sbb asyik tk jumpa cari rempah ni kat kedai (tak cari sebenornya) hikhik

    ReplyDelete
  10. kak nieza...pedas tak kari hijau...teringin nak cuba...

    ReplyDelete
  11. Nieza sedap eh? Akak tak pernah makan kari hijau ni.. Ingatkan tadi warnanya pun hijau..Bagi sikit..

    ReplyDelete
  12. selamat pagi nieza..

    wah!!!kari hijau..mmg ada jual dalam bentuk paste jer eik???

    rasanya sama dgn kari biasa tak??

    ReplyDelete
  13. mmg sedap kari nie,mcm pernah makan jer akak cakap camgini..tul kata izah,akak lum pernah jumpa lagi paste kari nie..kena gi findland laa nampaknya kalau gitukan..kita tukar ngan sotong ala thai...ekekeke!!!

    ReplyDelete
  14. akak ader lg paste kari ijo nih.. ntah biler nk abeskan...

    ReplyDelete
  15. Nieza....
    wah!..kari hijau pulak..akak tak pernah masak kari ni...pedas tak Nieza..?

    ReplyDelete
  16. Tak pernah pulak kak Zai rasa masak kari hijau,kena cuba ni.

    ReplyDelete
  17. Hani:ha boleh jer hani...kalau ada cekodok tu belasah jer...hehe

    Mas: tak sama lah mas...kari biasa menggunakan rempah biasa yg ni lak gunakan paste hijau thai tu rasa pun tak sama....cubalah cari paste ni..sure ada tu try tanya kak ita dia beli kat mana.

    Kak Anymz: w.salam kak...ya betul nieza pun suka bau daun limau purut tu wangi jer...memang sedap.

    Kak Lina: w.salam...wah ada jual yer kat Q/bay tu....nanti blk boleh lah singgah mkn...hehe

    Kak Norma: itulah yg pernah kita tak pernah cuba kita kena cuba kak....maybe ada jual tu...org Msia pun ramai yg pandai mkn curry ni.

    ReplyDelete
  18. izah: ha tu la kena import dr Finland lak paste tu yer...hehe rasanya ada jual paste tu kat sana....trylah cari nanti...sedap rasanya yg berbeza drp kari biasa.

    ReplyDelete
  19. cek chun: wah ada ke org rajin buat paste ni....bagus tu...nieza beli jer paste segera ni...hehe

    Kak Chik Mimi: kena cubalah tu kak...sekali sekala kita tukar selera mkn kari thai ni sedap juga selalu sgt dok layan kari mamak jer kan...hehe selamat mencuba yer...:)

    Kak Zarin: tu la alangkah bahagia nyer kalau dapat mkn kat kedai...kat sini tak dpt ler...hehe btw trylah cari paste tu kak..sure ada jual tu.

    MZ: tak la pedas sgt...kalau suka pedas bubuh cili api byk sikit...cubalah..:)

    ReplyDelete
  20. Kak Naz: ya sedap kak berbeza dgn kari biasa tu...colournya tak la hijau sgt bila dibubuh santan tu kan dia jadi tak berapa nk hijaula.

    Ayu: selamat pagi....ya ada jual paste tu ayu....rasanya berbeza sgtlah ngan kari biasa yg menggunakan rempah tu...trylah nanti ayu.

    Kak Asma: boleh silakan ler kak...mai terbang mkn ke sini jer lah..hehe ok jom tukar sedap jer nengok sotong thai akak tu...hehe

    Kak hana: ha kena abiskan cepat tu sebelum blk Msia senang clearkan stock tu....hehe

    Kak azi: itulah kak yg tak pernah dimsk la kita kena cuba...nieza pun baru 1st time cuba ni...tak pedas sgtla.

    Kak Zaitun: ya cubalah nanti kak...sekali sekala tukar selera kan.

    ReplyDelete
  21. adeh....byknye menu ayam air ni....tak leh jadi ni....simpan recipe ni yer nieza...mmmnak kene g asian market lu, cari itu paste ijoooo...:)

    ReplyDelete
  22. Ayu, cari jgn tak cari yer hehe...kat sana pun ada kedai aseanic juga yer..bagus tu..

    ReplyDelete
  23. Kari ni kalu makan dgn ikan masin atau telur masin, tambah dgn Papadom.. perhhhhh!

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers