20 Jun 2012

Kambing Lemon Bermadu

Assalammualaikum semua
Nak sharekan resepi kambing lemon bermadu pula. Lauk yang digandingkan dengan nasi lemon boleh tengok n3 nasi lemon disini. Semalam lepas publish n3 nasi lemon mata dah ngantuk tak boleh nak mengarang buat n3 lauk ni so...hari ni la saya sharekan.

Lately ni, waktu tido memang dah berubah. Waktu summer sekarang ni menyebabkan waktu solat pun berubah dan perbezaan yang ketara sebab masa siang yang panjang ketika ni. Kalau tengok langit selalu cerah jer waktu malam tak segelap macam di Malaysia. Waktu isyak sekarang ni kul 12malam pastu subuh pula awal 1.47pagi. Memang tak tidola tunggu lepas subuh baru saya tido. Macam tu la perubahan masa yang berlaku pada negara 4 musim ni. Kalau waktu winter waktu siang pendek pula.


Berbalik pada n3 hari ni, resepi asalnya dari ayam masak lemon bermadu tapi saya tukarkan ayam kepada kambing dan saya olahkan sedikit dari resepi asalnya. Bagi sesiapa yang tak makan kambing bolehlah tukarkan kepada ayam untuk membuatnya. Memang menurut mamak Haji dia tak kisah kalau resepi yang diambil dari blognya itu diubah suaikan mengikut cara kita yang tersendiri. Terima kasih pada mamak haji kerana berkongsi resepi yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula. Maaf gambar yang diambil ni agak kurang jelas sikit sebab saya ambil pada waktu dah senja sebelum waktu berbuka puasa hari tu.

Olahan dari resepi ayam masak lemon bermadu Mamak Haji
Sumber: Mamak Haji
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing/lamb  dicuci bersih 
2 sudu besar (tbsp) serbuk cili
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan putih
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk lada hitam
3 biji bawang sederhana besar (dikisar dengan satu cawan air)
2 biji bawang sederhana besar dihiris halus memanjang
2 sudu besar pes halia bawang putih
3 kuntum bunga lawang
 5 biji buah pelaga
 5 biji cengkih 
2 batang kulit kayu manis
1/2 sudu kecil garam masala ( tak dimestikan, sekiranya ada)
3 sudu besar pati oren atau sunkist
3 s/b madu
1 biji lemon. (1/2 buat air perahan dan 1/2 lagi untuk hiasan)
 daun pandan (dipotong panjang 3 inci – 2 helai)
6 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
Madu untuk glazing (mengilatkan)


CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih daging kambing dan  toskan sebentar. Kemudian rebuskan daging kambing sehingga empuk dan sementara menanti daging kambing empuk bolehlah tumiskan bahan lain dulu. Kalau menggunakan daging ayam tak perlu direbuskan dahulu cuma perapkan dengan garam kunyit dan digorengkan.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak 3 sudu besar, bila minyak panas, masukan rempah 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih), masukkan daun pandan, masukkan bawang dihiris sehingga bawang bertukar warna kepada kuning keemasan.
3. Sederhanakan api dapur, masukan pes halia bawang putih, diikuti serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Bila tumisan sudah wangi,  masukkan air kisaran bawang. Sekiranya ingin berkuah tambahkan air. Biar bawang kisaran tadi masak bersama dengan rempah-rempah. 
4. Bila kuah kelihatan mendidih masukkan ketulan  daging kambing yang direbus beserta dengan sedikit air rebusan kambing tadi. . Kecilkan api bila kuah mula pekat.
5. Masak daging kambing sehingga masak keseluruhannya.  Masukan perahan air lemon dan air pati oren atau sunkist untuk mendapatkan wangian semula jadi. Kemudian masukkan madu dan garam secukup rasa.
6. Keluarkan ayam dan hidangkan di atas pingan hidangan. Tuangkan madu dengan mengggunakan sudu atau brus ke atas permukaan ketulan ayam (glazing). Selamat mencuba. 





21 comments:

  1. salam nieza..pada yan g makan daging kambing mesti suka sangat dengan resepi nieza ni

    ReplyDelete
  2. Betul tu Acik Erna... saya suka kambing.. nanti nak cuba lah resipi Nieza...

    Nampak begitu menggoda lah Nieza... tergoda I... auuw :D

    ReplyDelete
  3. Sedap-sedap .tak semua org suka kambing kan?.Tapi kak ros peminat kambing.masak la apa pun.Lebih2 lagi kalau BBQ.Dan yang macam nieza masak ni pulak..adui meleleh...

    ReplyDelete
  4. nieza..harruuusss akk keep resepi nie:) thnks nieza cyg:)

    ReplyDelete
  5. Selalu mkan ayam , ni kambing pula.Tapi daging kambing mmg best

    ReplyDelete
  6. Huwaaaa tak patut ni Nieza! I dah tergoda ngan kambing ni..my fav so gonna grab them over...:)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Kalau orang rajin memasak semua jadikan.

    ReplyDelete
  8. Aslmkum Nieza..Peh!..Nasib sue tak suka kambing. So..masuk sini jeling2 ja lah..hahahaaa... Selamat perut sue ni..kikikiii

    ReplyDelete
  9. mmg mantap gandingan masakan kambing ni ngan nasi lemon tu..akak sike nasi2 macam ni..hehe..ketepikan diet..

    ReplyDelete
  10. As'kum Nieza cayang.. waduhh ini best sangat ni.. kalau tiba musim raya memang sesuai di masak..:)) tq dear..:)

    ReplyDelete
  11. bila tgk memang nampak sgt2 sedappp
    tapi akk dan family x makan kambing
    sejak ayah darah tinggi yg melampau .. soo tgk jelah ;)

    ReplyDelete
  12. Salam.. Hi Nieza.. FYI Nur memang belum pernah cuba memasak daging kambing..

    Menu ni nampak sedap sangat... :)

    ReplyDelete
  13. salam niezza...tgk gambar pun dah trliur,tp xpernah makan daging kambing lagikkkk...sbb jarang membelinya :D
    Salam kenal dr k.atie ya :D

    ReplyDelete
  14. assalam Nieza
    wow kambing lemon yg mengiurkan
    sedapnya tp dpt tgk je dari jauh he he

    ReplyDelete
  15. Bestnya merasa 4 musim ye...kira pengalaman jugak tu kan...

    sy x pndai mkan kambing....tp myb resepi nie bole diguna pakai kat daging atau ayam kut...ye ke? tp orng kata daging kambing tu manis kan ? ...ntah la... x penah dan x brani nak cuba makan....:)

    ReplyDelete
  16. huhu...js tak mkn kambing nampaknya kena wat ayam lemon lah mesti sedap kan..hihi

    ReplyDelete
  17. wah sedapnya tengok kambing dan kuah yg pekat tu..terbaik nie:))

    ReplyDelete
  18. waduh2....menyelerakan sungguh..lapar lerrrr singgah sini..kalau dpt rasa betul2 mmng best punyerrrrr.

    ReplyDelete
  19. waduhhh terliurrrr eeeeehhhhh bilee tgk ni.....

    ReplyDelete
  20. pandainya masak kambing...akak takut bau hames dia tak hilang..hehehhe

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers