Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Hari ni nak sharekan resepi tiramisu yang dah lama saya buat...sampai terlupa dah bila yang buat ni. Bila tgk kat folder belum publish lagi rupanya...:D
Tak kisahla lambat pun.. gambar tak basi kan apa yang penting saya dapat berkongsi resepi ni dengan semua orang dalam masa yang sama apa saja resepi yang saya cuba disini akan saya simpan utk kenang-kenangan saya di rantauan orang ni.
Sebelum datang Finland ni, saya pernah ikut suami bertugas ke Dhaka, Bangladesh tapi masa tu tak ada buat blog lagi banyak juga saya cuba resepi masak-masak ni. Kalau nak buat blog pun susah sebab penggunaan elektrik yang agak terbatas kat sana. Memang jauh beza sgt dengan sini. Tapi apa nak buat kat mana saja org suruh bertugas kita menurut perintah la kan. Masa disana banyak resepi yang saya cuba dan saya belajar dengan rakan-rakan luar dari Malaysia pun ada tapi hanya simpan dalam buku sajalah susah juga nak buat rujukan sebab kalau dah banyak sgt buku tak tau mana satu nak dicari tapi bila ada blog ni senang dan mudah hanya click dan google saja resepi apa yang kita nak dah boleh dapat. Itulah bagusnya teknologi sekarang ni. Yang mana baik kita ikutlah kalau yang tak baik tu pandai-pandai la kita tolak tepi kan.
Sekadar selingan jer tu. Oklah berbalik pada n3 saya hari ni pula, tiramisu ni memang sedap dan mudah jer nak membuatnya. Rasanya 2-3 kali juga saya buat guna resepi yang sama ni. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dari My resepi dan Kak Zai yang berkongsi resepi. Saya ambil dari dapur kak Zai jer ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.
Sumber 1: K.E@Myr
Sumber 2: Kak Zai @ Teratakimpian
- Bahan-bahan
- 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
- 250g cream cheese
- 200ml whipping cream
- 1/2 cawan gula halus
- 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
- 1 sudu makan serbuk nescafe
- serbuk koko untuk hiasan
Cara-cara
- Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
- Satukan gula, cheese dan cream.
- Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
- Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.
- Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
- Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
- Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe dan baki cream cheese tadi.
- Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
- Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya
Nota:
Adunan ini memang agak moist dan lembut..so kena makan secara scooping...tapi memang sedap.
Adunan ini memang agak moist dan lembut..so kena makan secara scooping...tapi memang sedap.
pagi2 sudah disajikan hidngan nih...! Mmg leleh air liur ler.......bekpes pun blom lgi nie.......
ReplyDelete1 hari nak try ler pkai biksut nie....sbb sy slalu buat pakai kek je....x tau rasa bskut mcm mna pulak......so bole cuba nie.....thx kongsi resepinya.....
pakai biskut tiramisu ni sedap juga asyifa...nanti cuba yer.
DeleteSalam kak nieza! oh tiramisu kesukaankuuuuuu :D sedap makan sejuk2 :D kita pun suke guna resepi kak e, senang n sedap!
ReplyDeletew.salam ika, sedapppp.. kan..akak pun suka resepi ni:)
Deleteakak pun suka
ReplyDeletekalau x de biskut lady finger
akak guna biskut marie je...derhaka sikit...hihi
Kat sini cuaca dah mula panas kalau dapat tiramisu ni sedapnya.
DeleteKak Kasih, lum pernah guna biskut marrie lagi..menarik juga tu kak nanti boleh cuba..hehe
DeleteKak Zai, betul kak kat sini pun sama memang best sgt kalau dpt layan tiramisu ni:)
Deletesalam Nieza, sedap nya tiramisu sampai setakat akak baru buat 2x tiramisu memang lazat anak2 suka makan mama suka buat heheee
ReplyDeletew.salam kak Noor, betul kak kalau budakx2 suka memang berbaloi akak buat ni sebab sedap sgt.
Deletex terbuat-buat lg ni..huhu
ReplyDeletebuatla faa..sedap ni:)
Deletehmmm..mengeliurkan betoi nengok tiramitsu tu kak...
ReplyDeletesedappnya...
ya mas..memang sedap.kalau mas yg buat sure lagi sedap ni:)
Deletemenjeritttttttt datang sini
ReplyDeleteoishii sou
biler la ayu nk rajin buat tisamisu ni uwaaaaaa
patutlah dgr ayu jerit dr jauh tadi..hehe buat jer ayu simple dan senang sgt nk buat ni:)
Deleteopocot! tersama lak hidangan kita ari ni...heheeee, tiramisu mmg terbaik!
ReplyDeletesalam nieza..tak pernah makan apalagi buat nieza..yang ni acik ketinggalan..
ReplyDeletesalam kak nieza.. wah... pakat2 ngan kak chah ye nk tayang tiramisu arini.. terliur tun nengok.
ReplyDeletesedapnye...pepgi dh tgk ni kecur jadinya...hihihi
ReplyDeletePagi Nieza...tiramisu adalah kesukaan gue...aduhh tak tahan tengok lama..tergoda nanti..hihi..
ReplyDeleteSalam Kak nieza,
ReplyDeletemmg yummy kek ni..pernah buat, tapi mcm tak puas makan lagi..
Salam nieza..cantik sgt2 tiramisu ni..lamanya tak buat..anak akak cukup suka dengan tiramisu...cantik sgt bila diletak dalam cawan macam ni..i likeeeee..mesti sedap sgt2...
ReplyDeleteDan lontong kat bawah tu..suka sgt! cantik bekas bentuk love tu...mana nieza beli? nak beli gakkkk
wah niza .. nampak mabeles.. resepi pun senang & mudah x banyak bahan pun .. harus di cuba ni ...
ReplyDeleteAs'salam Nieza
ReplyDeleteAda request dari insan dirumah, tapi tak terbuat2..opsss! malas nak buat hehehe. Nampak mudah aje kan, bolehlah simpan dulu resipi ni, kot2 ada beli biskut tu bolehlah selesaikan permintaan tu kan..hehehe
memang seharusnya cuba... wah.... mang nampak terliur (^___^)
ReplyDeleteSalam Nieza....akak blum pernah buat,selalu beli je...Ni dapat resepi yg senang,boleh buat leee..Mengancam letak dalam cawan tu..cantik.
ReplyDeletetiramisu lagiii... drooling2 depan lappy
ReplyDeleteSedap makan sejuk masa musim panas ni.
ReplyDeleteAda dlm list tapi terbuat2 pun lagi huhu
Hem...yummy...betul.....memang ubat kencing manis akak
ReplyDeleteAlahaiii .. terliurnya. dah la puasa ni dik. hehehe.
ReplyDeletesalam neiza cayang
ReplyDeleteamboi..wat akk kecur jew kan..melampauuu..he hehee akk x pernah lg cuba tiramisu nie..mmg nk sgt cuba buat..masa jew lom sampai lg nie..sedap x dik??
Salam Nieza,
ReplyDeleteKak Ani tengok jerlah. Tak pernah merasanya.
Salam Kak..Nasib baik CikWan dah buat 2 3 hari lepas...hehe =)hilang terliur tu...
ReplyDeletewahhh tengok gambar pon dah terliur nehh..belum makan lagikk...nyummm
ReplyDeletehuhu sana sini tayang tiramisu .. kesian saya tak pernah makan tau.. nieza simpan sikit tuk saya boleh. sedapanye dapat makans egelas tuuu huhuu
ReplyDeleteSalam Nieza. tiramisu....yummmy....tambah mcm skrg musim panas...sedapnya makan.akakpun dah lama tak buat.ohh kat Dhaka penggunaan letrik terhad....mmg susah nak berblog kalau gitukan.
ReplyDeleteboleh boncit klu tgk mende sedap memalam nih taw! huh! mencik!
ReplyDeletetiramisu sedap la kak nieza, saya pernah buat sekali je. hikhik.. harus nak buat lebih cantik satu hari nnti. :D
ReplyDeleteSedap!!!!!!! dan menarik....:)))
ReplyDelete