Assalammualaikum buat semua
Banyak hari tak ada n3 kat sini sebab tuan umah agak bz sikit minggu ni. Blog tak berupdate dan fb pun tak sempat nak ngadap lama-lama. Macam-macam aktiviti ada sekarang ni. Bila dah busy tu terpaksalah beri laluan pada aktiviti yang lebih penting dulu. Bila dah free bolehlah teruskan aktiviti blogging ni.
Oklah hari ni, cuma nak sharekan aktiviti yang membusykan saya tu. Aktiviti masak-masak juga tapi kali ni saya ditugaskan memasak di rumah TYT duta besar Malaysia disini pada 19hb April 2012. Memasak makanan untuk jamuan makan malam TYT duta bersama dengan diplomatik negara luar. Saya dimaklumkan untuk memasak makanan dalam kuantiti lebih kurang dalam 20 orang saja. Menu makanan telah dipilih sendiri oleh isteri duta iaitu beliau minta saya masakkan nasi minyak berjagung, rendang daging dan pajeri nenas.
Sebelum majlis ni saya dah mulakan persiapan awal menu yg akan saya masak. Selain daripada perbincangan dengan isteri duta saya juga ke rumahnya untuk menyediakan bahan dan makanan lain juga. Walaupun memasak dalam kuantiti yang tak banyak tapi saya memerlukan masa juga untuk pastikan semua makanan yang dimasak itu memenuhi selera TYT duta dan tetamu. Ini kerana tetamu yang dari europe tak makan pedas so.. saya kena pastikan semua makanan yang dimasak itu tidak terlalu pedas.
sebelum kedatangan tetamu...
gambar rendang daging yang dalam proses dimasak ...gambar agak blur sikit sebab saya tak sempat nak snap gambar lama-lama kerana masa ni memang sangat sibuk memasak sebelum kehadiran tetamu.
ni pula pajeri nenas yang saya masak
keadaan didapur ketika itu..tugasan saya bermula jam 2 petang sehinggalah jam 10malam
antara gambar yang sempat saya ambil...ketika ini tetamu dah sampai. Saya bersama dengan seorang lagi staff ofis didapur sibuk buat persediaan makanan yang akan di served oleh waitress kepada tetamu. TYT Duta dan isteri hanya dimeja makan bersama tetamu saja ketika ini. Semua tanggungjawab persediaan makanan ini terletak pada kami berdua saja.
Disamping itu kami kena memastikan juga waitress membawa makanan dengan betul. Jamuan ni dibuat secara sit down so..memang semua makanan yang disediakan ini kena buat dengan cepat dan dihidangkan ketika masih panas. Bermula dengan menu yang pertama iaitu sup bronkoli bersama salmon dan diikuti dengan menu yang lain pula.
Disamping itu kami kena memastikan juga waitress membawa makanan dengan betul. Jamuan ni dibuat secara sit down so..memang semua makanan yang disediakan ini kena buat dengan cepat dan dihidangkan ketika masih panas. Bermula dengan menu yang pertama iaitu sup bronkoli bersama salmon dan diikuti dengan menu yang lain pula.
Bila dah abis semua tetamu selesai makan sup saya kena sediakan nasi didalam cup pada setiap pinggan pula. Masa ni tak sempat dah saya nak ambil gambar. Antara menu yang disediakan ialah nasi minyak, rendang daging, pajeri nenas, ayam panggang madu, sayur campur ala chinese style dan manakala dessert pula ialah raspberry panna cotta. Minuman panas pula tea dan coffee.
gambar raspberry panna cotta yang dibuat sehari lebih awal dan disejukkan didalam peti sejuk...saya cuma letakkan topping puree raspberry dan hiasannya sebelum dihidangkan kepada tetamu hari tu. Memang sangat sedap makan raspberry panna cotta ni ketika sejuk. Nanti free saya sharekan resepinya.
Alhamdulillah selesai sudah tugasan saya pada hari tu, walaupun penat tapi saya anggap ini semua satu pengalaman buat saya. Syukur diatas rezeki dan peluang yang diberikan ini. Pengalaman memasak dan sediakan makanan untuk tetamu yang dikalangan VIP akan dijadikan satu pengalaman yang berharga sekali buat saya. Bersambung lagi cerita pada n3 tugasan memasak dihari lain pula nanti..InsyaAllah.
Salam Nieza..alhamdulillah bila semua berjalan lancar....Berat juga tanggungjawab tu, almaklumlah melibatkan vip-vip kan....Apa-apa pun tahniah berjaya mengharunginya dengan berjaya..Alhamdulillah
ReplyDeletew.salam sue, tq...ya betul mula-mula tu terasa berat juga t/jawab tu.tapi bila dah diberi kepercayaan tu saya cuba jugalah sebab bkn senang nak sediakan mkn utk VIP semua kena buat dgn cermat dan teliti.bila dah abis semua baru rasa lega dan yang penting sekali TYT dan isteri berpuas hati.
DeleteAntara wanita-wanita hebat yg saya kenali... Tahniah! Tabik spring...
ReplyDeleteterima kasih tapi saya bukanlah seorang yang hebat masih ada kekurangan diri dan masih terlalu cetek pengalaman.apapun syukur semuanya adalah anugerah dari Allah.
DeleteMula-mula baca entri Nieza rasa berdegup juga jantung Kak Amie... maklumlah kena sediakan hidangan untuk VIP, termasuk orang putihnya sekali... memang sangat berharga pengalaman Nieza ni, tahniahlah dik Nieza, tak sempat ngadap FB & bw pun kira berbaloi, mana nak cari pengalaman beginikan...
ReplyDeleteya kak memang pengalaman berharga. hidangan masakan ni semua masakan Malaysia..tetamu kebanyakkan memang org putih la.Nasib baik diorang makan jer..hehe
Deletetahniah dinda... berat tugasan nie dinda kekanda tak mampu nak bawa...heheh terbawa2 ayatan diraja nie sbb malam tadi kami dah berdinner dgn agung..wah kebetulan kita sama pula di lain acara..mmg kelassss susn atur dimeja tu..mmg ada kelaianan kan mieza acara awam dan tentera ...t.kasih kongsi dpt jug akak lihat..best..
ReplyDeletealahai akak lagi hebat tu dapat mkn mlm bersama kerabat diraja lagi...saya jadi tukang msk kat dapur jer. tak sempat nk tgk semua VIP yang dtng pun. sama-sama kita berkongsi pengalaman yer kak.
Deletewaahhh... syabas nieza...!!! berat tggjwb tu.. tumpang bangga..
ReplyDeletetq kak Mulan, ya syukur diatas kepercayaan yg diberikan oleh TYT juga.
DeleteTahniah Nieza kerana berjaya meyiapkan dan memasak hidangan yang sedap buat TYT dan tetamunya...pengalaman yang indah..percayalah..
ReplyDeleteTq Rahel, ya betul..kalau tak ada peluang kita tak akan dapat pengalaman mcm ni.saya juga percaya semua org kalau diberikan peluang sure boleh lakukan juga kan:)
Deletetahniah nieza... saya tumpang bangga weh.. tak perlu jaadi chef hebat untuk masak makanan vip pun niez dah berjaya setanding chef.. salute giler ni... terbaik kawan.. sapa2 sebelum ni pandang sebelah mata, terbuntang la mata dia kan neiza. hahaha
ReplyDeleteizahdaut
tq Izah, tapi segan pulak rasa bila Izah puji gini tau sebab terasa diri ni bukanlah hebat sangat pun memasaknya.Sekadar memasak ikut permintaan saja. Masakkan simple jer pun semua org boleh masak la Izah.bukanlah saya nk bangga yang saya boleh masak sebab semua org pun boleh masak juga cuma bezanya ada kesempatan dan peluang saja lah kan...:)
Deletetahniah neiza.. ni yg nieza bg tau aritu ya.. hebat dah tu... bukan calang2 tuan rumah dan tetamu tu.. k.nor tumpang bangga dan happy dgn nieza tau :)
ReplyDeletegeram jer tengok rasberi panna cotta tu.. geram lg kat cupnya hehe
tq Kak Nor, ya kak ni lah aktiviti yg saya ceterkan hari tu..bila dah selesai t/jwb ni baru rasa lega sikit.Alhamdulillah..semua berjalan lancar.
Deletepanna cotta raspberry tu rasanya masamx2 manis sikit.tapi sedap juga bila dimkn masa sejuk.resepi ni lain sikit dr yg selalu saya buat selalu tu.
Salam Nieza,tabik spring...la,akak,pada Nieza krna dapat memasak utk VIP,kalau akak dah ketag tangan2.Nieza kat tempat kita tengah sibuk membuat persiapan menyambut kedatangan PM,PM datang kat Taman Seri Acheh esok,sempena Kenduri Rakyat 1 Malaysia.
ReplyDeletew.salam kak, tq..tapi memula tu ketaq jugalah tapi kena yakinkan diri boleh kalau tak cuba mcm mana nak tau kebolehan kita kan.wahh...org kg semua bz lah yer buat persiapan tu.bestla kenduri rakyat boleh mkn free..hehe
DeleteNiezza dah boleh kalahkan chef yg di Master chef nmpknya. Rezeki Allah beri, penat sikit pun tkpe kan?
ReplyDeleteishhh belum sampai taraf chef lagila kak zana...msk biasa-biasa jer tu.ya betul syukur dgn rezeki yg diberikanNya..penat pun tak kisah dah:)
DeletePandai abang cari isteri...ini memang hebat...juara masterchef pun belum tentu boleh buat macam ni...TABIK SAMA LU
ReplyDeletetq kak Paty tapi akak lagi ler hebat msk menu berderetx2 bukan takat masterchef yg kalah dgn cikgu masterchef boleh kalah juga dgn akak ..tabik juga sama akak...hehe
Deletesyabas Niezza...bukan senang nak layan VIP VIP ni kan..perlu skill jugak kan...Nekcik tak boleh..habis gelas gelas tu tunggang langgang....Tapi seronok kalau dapat hidang tetamu macam kat hotel hotel tu
ReplyDeletetq Nekcik, ya betul tu saya pun baru 2 kali pengalaman msk dan hidangkan mkn mcm ni tapi saya cuma dibelakang tabir saja tak perlu skill utk ngadap semua vip tu..hehe
DeleteWahhhh..bestnya. Syabas Kak Nieza. Mesti sedap!. :)
ReplyDeletetq Hani, biasa-biasa jer masakkan tu hani..:)
DeleteSalam kak nieza! waaahhhh! dah mcm kat hotel ;-) kalau kitalah kak tak larat lerrr nk sediakan hidangan mcm tuu pastu mcm beradat gituuu alahaiiiii... mmg fengsan sorang2 kat dapo, berdua lah pulak tuu, tahniah kak! mmg superb lerrrr!
ReplyDeletew.salam Ika, ya la diplomat ni byk protokolnya..bkn setakat makan saja byk lagi protokol lain tapi bila dah kahwin dgn org yg keja diplomat ni nk tak nak akak kena ambil tau juga.tapi semua tu pengalaman la kan.persediaan menu bkn saja dari segi fizikal saja tapi mental juga juga kena kuat sebab masa tu kalau tak leh control memang stress jer..hehe
Deletesalam////... wah tumpang bangga sekali .... penat pon tapi berbaloi2 kan .. kalah masterchef malaysia ni .. hihi takot bila tengok pinggan2 macam tu .ya la makan kena ikut ethics hihi.. memang mantap sekali siap dengan appetizer, main course hinggalah la ke dessert tu ..p/s come la bekas dessert tu :))
ReplyDeletew.salam wani, tq..ya betul penat tu belakang kira apa yang penting kita dapat beri perkhidmatan yg terbaik sampai org rasa puas hati kan. jamuan diplomat memang protokolnya gitu lah wani semua kena lengkap.
DeleteBukan senang ya, nak melayan tetamu VVIP ni...
ReplyDeleteyang susah boleh jadi senang kalau kita ada kemahuan dan kepercayaan..insyaAllah saya yakin semua org juga boleh buat:)
Deletesalam kak nieza...
ReplyDeleteperhh..tabikk la ngan akak..
besar tanggungjawab tu..
insyaAllah...semuanya berjalan lancar..
tengok pun dah macam kat hotel..
tahniah kak....
w.salam mas, tq dear..alhamdulillah bila dah selesai baru rasa lega.meja mkn jer taraf hotel mas tapi tukang msk yg masak ni tak setaraf chef hotel pun..hehe
DeleteSalam Yong,
ReplyDeleteTahniah...berjaya menjalankan misi dgn baik dan selamat!
Kalau akak, no way, akak tak suka stress!
salam Nieza wah caya lah mmg berat tu kalau akak tak taulah mmg jadi lipas kudong dan tak pandai pun nak masak macam tu tahniah lah dari akak utk Nieza.
ReplyDeleteaslmkum nieza.. tahniah.. n satu pengalaman yg sgt berharga.. tgok pun dah tahu mmg klasss... dgn set mewah n menu yg lazat2
ReplyDeleteTahniah...satu pengalaman yang amat berharga, bukan semua orang boleh dapat.
Deletesalam nieza...tahniah sbb berjaya siapkn task utk vip camni..kalo sy dh ketor lutut..hehehe
ReplyDeletefuh...tabik spring and sekalung tahniah dri FnF... salam kenal juga ;)
ReplyDeletetahniah Nieza kerana berjaya menyediakan juadah yg istimewa buat tetamu VIP..mmng kelas gitewww..taraf hotel 5 star..akak tumpang gembira dan berbangga..
ReplyDeletesalam nieza..oh adik akk nie dh taraf cheff la..suka2..semuanya nampak klas..tahniiah nieza..bukan senang org nk beri kepercayaan pada kita kan..satu pgalaman berharga yg tak semua org boleh dapat..:)
ReplyDeleteSalam perkenalan Nieza,
ReplyDeleteBerbangga sangat anak Malaysia terutama wanita buat juadah istimewa utk tetamu VIP..Kalah chef gitu..Jangan malu kenalkan masakan Malaysia dan Malaysia di mata dunia o.k.
Akak ni dlm mimpi je lah nak pergi luar negara..
Hebatnya Nieza.. Makanan terhidang macam kat hotel five star. Tahniah kerana diberi kepercayaan dan dapat penuhi hajat orang atasan. Moga terus sukses!
ReplyDeletesalam nieza..tahniah..nieza..berjaya lakukannya..
ReplyDeletewauu hebatnya nieza
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga ini akan menjadi kenangan dan pengalaman manis buat nieza
First dilla nk ucap tahniah...best baca pgalamn. 2nd dilla nk say sorry sbb dilla suka2 hati panggil nieza je..sorry ye kak nieza..baca n3 b'day br tau...sorry.apepun tahniah ye kak.
ReplyDeleteassalamualaikum kak nieza...sangat kagum dengan kebolehan nieza..bukan senang nak sediakan makanan yang panas2 untuk 20 orang VIP secara hidang macam tu...tahniah beribu2 kali!
ReplyDeletewah... bravo... claps... claps... clapss... kelassssss
ReplyDeleteSalam Nieza.tugas masak utk VIP..lepas tu kena siapkan set hidangan....penat juga tu....nak pastikan semua hidangan dihidangkan dg betul...apatah lagi set makanan nak dihidangkan course by course.tp bila dah selesai legakan...satu pengalaman manis buat Nieza.akak setakat ni masak2 je tak terlibat dg tugas menghidang.teringat masa dinner rombongan diraja hari tu...sbb lauk&dessert byk jenis...hidangan pula course by course.terpaksa panggil waitress utk minta hidangkan cepat sikit lauk2 sbb diorg tunggu habis satu lauk baru hidang lauk lain.padahal masa tu mmg dah ada staf yg bertugas utk tengokkan waitress.
ReplyDeletebest sangat tengok..looking so delicious!:)
ReplyDeletesalam dear nieza..berbakat banget ni nanti buka catering:))...tabik kat nieza..!memasak tu dah lah satu punya hal..lepas tuh nak hidangkan ala2 di raja..memang memerlukan kesabarn yg utuh!...mokwo dah juling tu nengokkan set pinggan , gelas nan berkilau..geram ehh!
ReplyDeleteSalam Nieza,
ReplyDeleteKagumnya saya tengok... meja berhias cantik sekali, macam di hotel besar. Makanan pun macam tu juga. Hebat Nieza, professional tau. Tahniah tahniah! nanti nak tunggu raspberry panna cotta punya resipi tu :D
yup .. camni dah tahap pro dah niza.. suma berhias cantik dan cam kat hotel...
ReplyDelete