29 Feb 2012

Makan-Makan Dan Birthday Party

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Lamanya saya tak update blog dan bw blog kawan-kawan. Macam-macam hal ada...bermula dengan kesibukan aktiviti kat sini dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan juga buatkan blog ni sepi mcm tanpa tuan pula tapi alhamdulillah keadaan dah kembali baik. Bila dah baik terasa lemau pula nak online kena cari mood dulu...bila mood dah ok barulah boleh update ni tapi tak kisahlah cerita dah basi pun  nak update jugak sebab utk simpan kenangan kat sini.

Terima kasih pada yang sudi singgah dan bertanyakan khabar saya. Tak lupa juga pada follower baru yg sudi singgah sini...walaupun saya tak sempat update tapi masih ada lagi yg sudi follow saya rasa terharu dan rasa mcm semangat tu dtng blk utk saya update tapi saya tak pasti berapa lama saya dapat pertahankan utk saya terus aktif berblogging ni sebab bila sampai masa yang tak mengizinkan saya utk mencoret lagi disini saya akan mengundurkan diri juga.Apapun kita serahkan pada Allah swt kita hanya mampu merancang tapi Allah swt yang menentukannya.

Oklah berbalik pada n3 hari ni saya nak nak ceter pasal aktiviti makan-makan yang dibuat kat umah saya minggu lepas ni iaitu pada hari sabtu 25hb Febuary 2012 yang lepas telah diadakan satu majlis makan-makan dan sambutan birthday anak kawan kat sini. Alhamdulillah majlis yang dirancang bersama kawan saya Faizah dan suaminya berjalan lancar dan meriah sangat. Bila dah berkumpul ramai-ramai mcm ni memang terasa meriah..terasa hilang sekejap rindu kita pada sedara mara di Malaysia kan.

Bila dah ada acara makan-makan ni, saya mcm biasalah akan memasak serba sedikit juadah dan selebihnya kawan-kawan yang bawakan. Menu yg saya masak kali ni nasi beriani kambing, dalca kambing, laksa penang dan kuih serimuka delima. Ada juga nasi ayam, makaroni goreng, puding, murtabak, kek, buah-buahan dan bubur labu yang dibawa oleh kawan-kawan. Memang meriah dengan makanan betul hari ni..alhamdulillah rezeki yg ada dapat dikongsikan bersama. Oklah jom layan gambar kat bawah ni yer.

antara menu yang dihidangkan...

nasi beriani kambing yang ditaburi bawang goreng

dalca kambing 
nasi ayam
ayam goreng yg digandingkan dgn nasi ayam
sup nasi ayam
kuah laksa penang
laksa beras yg dibawa khas dari Malaysia...tak ada jual kat sini tau laksa ni.
bahan utk laksa
ready to eat..
ada sambal kicap,sambal cili dan salad utk set nasi ayam
dessert yg kawan-kawan bawakan cuma kuih seri muka delima yg tgh ni jer la saya buat...ambik resepi kat blog kak Yatie..tq kak...sedap sgt:)
meriah dgn kanak-kanak yang sgt teruja tgk kek ni. birthday girl 2 org ni anak kawan kat sini yg sambut sekali birthday.Kek ni ditempah pada kawan kat sini juga. *kredit pic to Azremi Hadi*





sessi bergambar bersama pula.... isteri duta juga turut hadir.
kaum suami pula bergambar dengan TYT Duta yang sama turut hadir.

Terima kasih pada semua teman-teman di Finland yang sudi hadir dan meriahkan rumah kami....semoga menjadi kenangan buat kita bila semua dah balik ke Malaysia nanti...insyAllah semoga ukhwah yang terjalin sesama kita akan kekal selamanya nanti....amin.

33 comments:

  1. salam Nieza...meriah sungguh acara makan2 ni yer...seronok tengok...kenyang jamu mata...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam...ya memang seronok bila sekali sekala mkn-mkn gini kak:)

      Delete
  2. salam nieza...seronok melihatkan kemeriahan majlis di sana...sekurang2 nya dpt mengubat rindu para perantau...mokwo tumpang seronk dpt tengok gambo2 makanan2 yg sedap di sana...berkenananya tang nasi kamben tuh....kalau makan tuh ingat2 ler mokwo di sini yg terpaksa catu makan...hihi( tengah diet lah konon2 nya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam mokwo..tq ya memang meriah sgt bila berkumpul ramai-ramai gini mokwo...insyaAllah ingat selalu kat mokwo tapi saya pun nk catu mkn jugak konon nak diet jugak tapi tak menjadi pun..hehe

      Delete
  3. kak nieza!! windu! sedapnyer semua makanan tuuu...

    ReplyDelete
  4. aduh aduh aduh...dok negara orang memang gitu la nieza kan, menumpang kasih pada yang ada...memang mengubat kerinduan. sedap je semua makanan tu.. yang paling sedap nengok ke pinggan2 tu aihhhhh jelesnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la mcm tu la hidup perantau ni cheq sue..kena pandai bawa diri la..pinggan apa tu cheq sue?biasa-biasa jer tu.:)

      Delete
  5. skali imbas tengok kui talam tu dah tahu dah mesti neiza yang buat. hehehe..

    nama kawan faizah ye, mcm nama saya. ikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi bijaknya izah lum ceter dia dah tau no...tapi sememeh sikit kuih ni coz sambil buat kuih ni sambil buat keja la tu pasal la rupanya tak cun sgt nantila saya sharekan yer..hehe ooo...baru tau nama faizah rupanya:)

      Delete
  6. lama menghilang..hik hik...

    sedapnya tengok nasi beriani and laksa penang my feberet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la dok mengeram lama sgt kan...apa nk jadi la ngan saya ni kejap ada kejap hilang cam biskut lak kan...hehe

      Delete
  7. Replies
    1. kita org Penang kan kak mana boleh lari dgn menu masakan Penang...mana pergi pun Penang tetap dihati..chewahh:)

      Delete
  8. sedapnya tengok makanan tu semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer nadiah...meriah dgn makanan jer bila ada acara mknx2 ni..:)

      Delete
  9. Hello Nieza, I really enjoyed looking at the pics here. The food looks so delicious.
    Can you tell me apa nama tu cake orange colour, macham kueh lapis tu?
    I like that.
    Ini la best birthday party with all that lovely food.
    You have fun and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Uncle Lee, tq...nama kuih tu serimuka delima..nanti saya sharekan resepinya ya..:)

      Delete
  10. Assalam Nieza...

    Nampak meriah, makanan smua membuka selera...

    ReplyDelete
  11. slm nieza..apa khabar??? meriahnyer sumer menu2 tu, sedap2 belaka..kalau la dekat ni, boleh terjah umah nieza masa tu he.he

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak ida, khabar baik kak..ya kan kalau dekat sure la saya dah jemput akak dtng...hehe

      Delete
  12. meriahnya majlis kak nieza..
    seronok mas tengokk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mas, seronok lagi kalau mas ada kan...:)

      Delete
  13. uishh tu sama date dgn birthday k.nor.. ishh tak ajak akak celebrate sorang ya.. hehe.. banyak tul juadah tu.. sedap2 semuanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la kak Nor, sama lak kan..lupa lak nk jemput akak hari tu.bz dok memasak sampai tak perasan birthday akak hari tu.tunggu next birthday akak lak yer kita buat lagi...hehe

      Delete
  14. Salam Kak Nieza Alhamdulillah akak sihat.. samalah kak kat sinipun cam musin demam n batuk.. latelyni cuaca tak menentu.. Wah meriahnyer.. makanan yang sedap2 n lepak ngan kengkawan.. betullah kak cam kat m'sia lak.. terliur dibuatnyer tgk menu yang sedap2 tu.. he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam ema, alhamdulillah sihat dah ema.cuaca tak menentu sekrng ni kan.kat sini lak masih sejuk beku lagi. ya ema meriah bila ada acara mknx2 mcm ni:)

      Delete
  15. Assallamualaikum Nieza..
    Kenapa tak sihat nieza? Dah ok ker skrg??

    Ermm..teringat masa akak di perantauan dulu. Part ni lah yg best sangat2 bila boleh berkumpul dgn kawan2.. Pas tu ada acara makan2..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Naz, mcmx2 sakit ada masa tu kak..tapi alhamdulillah dah ok.tq:)
      betul la kan..bila berkumpul acara mknx2 ni la yang best sgt kan:)

      Delete
  16. salam

    alhamdulillah

    moga nieza sekeluarga di sana sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah

    insyallah


    meriah majlisnya

    ReplyDelete
  17. Ehh..ada gambar En. Ezral, Kak Is n Eryssa la..heheheh..Meriahnya makanan. Sedapnyaaa...:)

    ReplyDelete
  18. Eh, ada En. Ezral, Kak Is n Eryssa laaa...rindunya kat diorang. Meriahnya makanan. Semua sedap...hehehe....:))

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers