Program ni dianjurkan oleh Finland-Malaysia Association..atau (FMA) pada hari sabtu 30 Oktober 2010 pada jam 2.00ptng. Actually program ni diadakan setiap tahun untuk tujuan mempromosikan negara Malaysia di negara Finland ni. Pelbagai aktiviti diadakan setiap tahun...tahun ni selain drp aktiviti makan-makan ada juga aktiviti lain iaitu video display festival dan lucky draw. So...Malaysia Embassy dan PERWAKILAN juga turut serta terlibat dlm persiapan majlis ini.
Terdapat pelbagai makanan tradisional masakkan melayu pada hari tersebut....antara menu yg telah dihidangkan pada tetamu yg hadir ialah nasi putih.kari ayam,roti canai,kuah dhal, bihun goreng, asam laksa dan kuih muih melayu seperti karipap,onde-onde,kuih cara manis dan bingka ubi kayu......kebanyakkan tetamu yang datang dikalangan ahli-ahli FMA, staff Malaysia embassy dan family,rakyat Malaysia yg berkahwin dengan orang Finland, pekerja dan Pelajar Malaysia yang tinggal disini. Pada hari tu saya cuma sediakan kuih cara manis dan tolong masakkan 20 keping roti canai segera saja. dah sibuk-sibuk kat dpur tu terlupa pula nak snap gambar...cuma ada gambar masa event ni jer...ni pun hubby yg ambilkan.
Tema tahun ni 'Hawker fare' lunch
welcoming speech by mdm Nur Eliza charge d'Affaires of Embassy Of Malaysia
video display 'Festival'
Lunch...
Lucky Draw..with prizes for the winners!
Malaysian ladies in Finland
No comments:
Post a Comment
sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)