25 May 2010

Beef Steak with Black Paper Sauce







Bahan
500 gm daging steak
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum

Bahan kisar
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia

Cara:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

SOS LADA HITAM
Bahan
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung
1 cawan air
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

Cara.
1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3. Bila mendidih, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

SAYURAN
tomato segar dipotong nipis
kentang goreng 
baked beans panaskan sikit
1/2 biji jagung rebus

Susunkan semua saperti dalam gambar dan tuangkan sos lada hitam dan dimakan bersama kentang putar.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers