Bahan-bahan
1 keping ikan salmon1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
sedikit kentang goreng
ubi keledek merah dipotong kecil di rebus
sayur kacang panjang
1 biji tomato dibelah 4
1/2 biji Lemon
Secubit lada hitam(utk perap ikan)
Halia (ditmbuk dan diambil airnya)
serbuk oregano
Bahan-bahan untuk sos
2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam
Cara sediakan ikan salmon
Ikan dicuci bersih dan diperap ikan dengan air halia, lemon, garam, lada hitam halus dan sedikir serbuk oregano selama 30-45 minit,sapukan sedikit marjerin keatas isi ikan tadi, kemudian grilkan selama 20-30 minit api sederhana.Taburkan sedikit daun parsley. Sedia dihidangkan.
Cara sediakan sos putih
1. Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang.
2. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
3. Letakkan ikan dan tuangkan sos putih diatas ikan.
4..Boleh dimakan bersama bahan lain spt kentang goreng,tomato, ubi keledek, mixed vagetables dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment
sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)