19 Sept 2012

Perginya bonda tak kan kembali lagi.....


Assalammualaikum wbt dan salam rindu buat semua teman-teman blogger serta semua pengunjung blog tak kira yang baru dan juga lama. Mohon maaf kerana lama saya sepikan diri dari alam blogging ni iaitu sejak dari sebelum raya hari tu lagi. Bukanlah sengaja untuk saya sepikan diri tapi sangat sibuk dengan aktiviti disini dan disamping sibuk dengan urusan yang perlu saya selesaikan sebelum balik for good ke Malaysia awal Oktober nanti. 

Dalam keadaan kesibukkan ini juga saya terima berita sedih dari Malaysia yang memaklumkan bonda tersayang telah pergi buat selamanya meninggalkan kami semua untuk menyahut panggilan ilahi pada jam 5 pagi waktu Malaysia iaitu pada 16 September 2012 bersamaan 29 Syawal 2012 yang lalu.
Alhamdulillah semua urusan pengebumian arwah berjalan lancar dan selamat dikebumikan pada jam 11.30pagi tu juga.

Keinginan nak balik Malaysia ketika itu memang terasa sangat walaupun sedar tak sempat untuk saya tengok jenazah bonda kerana perjalanan yang jauh dari sini. Dalam masa yang sama saya terasa sangat lemah dan tak kuat semangat untuk balik seorang diri dalam perjalanan melebihi 20jam untuk sampai. Suami tak dapat temankan saya atas urusan kerja penting. Saya serba salah juga bila fikirkan antara nak balik ke tidak kerana dah tak lama sangat kami akan balik terus nanti.  Tanpa fikir panjang suami terus carikan ticket dan belikan saya tiket balik juga walaupun dia agak risau nak lepaskan saya balik dalam keadaan saya yang lemah ketika itu. Tapi takdir Allah dah tentukan yang saya tak balik juga bila masa penerbangan tinggal 2 jam saja lagi passport saya pula hilang tak dapat dikesan dimana. Akhirnya masa dah suntuk suami terpaksalah cancel kan flight balik tu dan pada malamnya baru passport tu dijumpai yang tersorok dibawah buku Yasin. Memang tak perasan langsung disimpan disitu. Dalam keadaan yang lemah dan pening ketika itu saya tak dapat nak ingat lagi. Saya redha dengan suratan takdir ini, maybe ada hikmahnya kerana disaat itu kesihatan saya juga kurang baik untuk balik seorang diri.

 Memang terkejut dan sedih disaat saya terima berita yang sangat mengejutkan diri ini kerana selama ini saya terasa sangat gembira untuk balik ke Malaysia bila suami maklumkan yang dia akan tamat berkhidmat disini dan kami akan pulang ke Malaysia tak sampai pun 3 minggu lagi. Sudah terbayang untuk berbakti menjaga bonda yang sakit stroke pada saat itu. Memang genap setahun juga arwah bonda terlantar sakit akibat stroke. Akhirnya  arwah bonda pergi juga pada usianya  genap 70tahun yg baru saja menyambut ulang tahun kelahiran pada 19hb September 2012 bersamaan dgn 1 syawal yang lalu.

Kali terakhir saya jumpa arwah masa saya balik ziarah arwah sakit tahun 2011 yang lepas saja. hanya sempat temankan bonda diwad dan menjaganya selama 2 bulan saja dan selepas itu saya tidak berkesempatan lagi kerana saya terpaksa pulang menemani suami yang bertugas di Finland ni. Sebagai anak perempuan tunggal memang saya rasa sangat sedih untuk tinggalkan arwah ketika itu. Tapi tempat seorang isteri adalah disisi suaminya. Syukur juga kerana suami memberikan saya peluang untuk balik seorang diri utk menjaga bonda ketika itu. Semua tanggungjawab menjaga bonda yang lumpuh dan tak mampu untuk uruskan diri sepenuhnya tu terpaksa saya serahkan pada family abg, adik dan isteri mereka dan turut serta dibantu oleh anak buah saya juga. Sangat terhutang budi pada mereka semua. Hanya Allah swt saja yang mampu membalas jasa baik dan pengorbanan SIL yang menjaga arwah bonda sepenuh masa ketika itu. 

 Memang saya ada merancang untuk balik ziarah pada raya aidilfitri tahun ini, tapi bila suami maklumkan kami akan balik juga tak lama lagi selepas raya ...saya pendamkan dulu hasrat saya kerana memikirkan tak lama pun lagi dah nak balik. Tapi tak sangka saya tak sempat juga untuk balik walaupun hanya tak sampai 3 minggu saja lagi kami akan balik for good. Mengikut pada tarikh asal sepatutnya kami balik pada 15 september 2012 lepas dan akan tiba di Malaysia pada pagi 16hb september itu juga tapi 2 minggu lepas tarikh tersebut terpaksa ditunda kepada tarikh lain pula iaitu pada awal Oktober nanti disebabkan suami ada tugas penting untuk urusan audit di sini. Tak sangka pula tarikh ini juga bonda dijemput ilahi. Itulah yang dinamakan takdir Allah tiada siapa yang mampu menolaknya.

gambar kenangan saya bersama adik ipar dan anak buah. arwah bonda memeluk anak adik yang baru berusia 1 minggu kelahirannya pada tahun 2011 thn lepas.

Selama ini memang saya berdoa dan berharap sangat agar saya diberikan kesempatan untuk balik menjaga bonda. Tapi sebagai hambanya kita tak mampu melawan takdir yang ditentukan Allah swt. Segala perancanganNya adalah yang terbaik buat hambaNya kerana DIA saja yang maha mengetahui. Sudah janjiNya juga saya tak dapat balik untuk berada disisi arwah disaat akhir hayatnya. Walaupun hati agak rasa terkilan dengan keadaan ini tapi saya redha dan terima dengan ketentuanNya. Saya sedar bonda juga sangat menderita dengan keadaan sakitnya selama ini. Allah lebih sayangkannya. Banyak mana sayangnya saya pada arwah bonda, banyak lagi sayangnya Allah pada arwah. Hanya doa dan ayat suci al-quran saja yang mampu saya kirimkan buatnya ....semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat, diampunkan dosa dan ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh..insyaAllah.amin.

Tak sangka pelukan saya pada arwah bonda pada hari terakhir sebelum saya berangkat pulang ke Finland pada tahun 2011 yang lepas adalah pelukan saya yang terakhir dan selamanya juga buat arwah. Sedih hati ini hanya Allah swt saja yang tahu tapi kena sabar dengan semua ketentuanNya dan janji Allah pada setiap hambanya yang hidup pasti akan mati juga satu hari nanti. Semoga Allah swt ampunkan dosa arwah ayah dan arwah bonda dan seluruh muslimin dan muslimat yang baru dan telah lama meninggal dunia juga. Semoga roh semua arwah ditempatkan dikalangan para syuhada dan terpilihNya..insyaAllah.Amin.... Yarabbal Alamin.

Jutaan terima kasih diucapkan pada semua yang mengucapkan ucapan takziah, doa dan selamat buat saya tak kira di fb, sms,call, instagram dan tq juga atas ingatan n3 khas ucapan takziah dari blog Kak Norlie. Saya sangat hargai dan rasa terharu diatas semua ucapan dan doa serta sokongan yang diberikan hanya Allah swt saja yang mampu membalasnya. 

Mohon maaf jika sekiranya saya tak dapat bw dan membalas kunjungan dan komen disini kerana banyak lagi urusan yang perlu saya selesaikan disini. Segala komen yang diberikan amatlah saya hargai dan saya sudahi dengan jutaan terima kasih.  “Jazakumullahu khairan” dan Salam sayang buat semua.

66 comments:

  1. Assalamualaikum Nieza

    Al Fatihah

    moga Allahyarhamah di tempatkan bersama2 orang beriman dan soleh serta kuburnya diterangi dengan cahaya Syurga

    ReplyDelete
  2. sedihnya...betul la kak nieza, kita hanya merancang kan..semoga kak nieza kuat semangat..(masih terngiang2 kak nieza ckp, tak sabar nak balik for good arituh)

    ReplyDelete
  3. takziah kak nieza,,....menitik jgk airmata kite bace...yela kan dugaan yg perantau...kite pon selalu berdoa dijauhkan dgn pkr2 mcni....bersabar yee

    ReplyDelete
  4. salam syg nieza,
    alfatihah buat arawah bonda,smoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..nieza jaga kesihatan diri,bersabar..setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  5. semoga kak nieza tabah menghadapi dugaan ini. takziah kak...

    ReplyDelete
  6. Salam Nieza...sedih kak Zai membaca n3 ini tapi siapalah kita untuk melawan takdir.

    Al-Fatihah...Semoga arwah mak Nieza ditempatkan bersama orang2 yang beriman.Amin.

    ReplyDelete
  7. Assalam Nieza,

    Takziah dari saya, semoga Nieza kuat dan tabah yer...

    ReplyDelete
  8. Salam nieza,

    Takziah dr CA ....sama2 kita berdoa agar rohnya di tempatkan bersama2 orang2 beriman...amin

    ReplyDelete
  9. Aslmkum nieza.. salam takziah buat nieza skrga.. smga roh bonda nieza ditempatkan dlm kalangan solehah.. sedihnya.. tak brapa lama lagi nieza dah pun nak balik..tentu rasa terkilan.. smga nieza tabah mghadapinya..

    ReplyDelete
  10. Alfatihah buat arwah dan takzian buat niza n keluarga... harap nieza tabah, kita merancang Tuhan menentukan. semuga rohnya tenang disana....

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah...
    semoga arwah di tempatkan bersama org2 yang beriman.. aminnnn

    ReplyDelete
  12. nieza

    takziah, tak terucap dgn kata2 bila baca coretan nieza ni, tapi Allah maha mengetahui dan tentunya perancanganNya lebih indah

    alfatihah buat arwah, moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan dipermudahkan segalanya buatnya disana

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Nieza..

    salam Takziah daripada akak buat Nieza dan keluarga..
    Semoga roh bonda Nieza berada di sisi hamba-hambanya yang solleh dan beriman..

    Setiap dugaan itu ada rahmat disebaliknya..
    Semoga Nieza tabah menghadapi segala ujian ini..

    Akak doakan yang terbaik buat Nieza dan salam kerinduan daripada akak

    ReplyDelete
  14. Salam Nieza

    Takziah dari saya untuk Nieza dan keluarga. Moga banyakkan sabar atas dugaan ini.

    Alfatihah

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Nieza :D
    Salam Takziah dan Al-Fatihah..
    Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman...insya allah...ameen..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Nieza :D
    Salam Takziah dan Al-Fatihah;
    Semoga arwah ditempatkan bersama org2 yang beriman dan beramal soleh...
    Insya Allah...Amen..

    ReplyDelete
  17. salam rindu nieza..sedih sangat! takziah utk seluruh keluarga nieza ye atas kehilangan insan plg disayangi..moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..amin! harap nieza tabahkan diri ye dik!

    ReplyDelete
  18. salam,

    takziah dan alfatihah utk arwah.

    ReplyDelete
  19. Salam takziah dari Kjee sekeluarga buat Nieza. Kjee faham perasaan Nieza sebab Kjee pun sudah tiada ibu. Kuatkanlah semangat. Sedekahkan Al Fatihah setiap kali merinduinya. Al fatihah.

    ReplyDelete
  20. salam takziah buat nieza sekeluarga...
    semoga nieza tabah menghadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
  21. Salam Nieza.Takziah ya.Allah lebih menyayanginya.

    ReplyDelete
  22. Innalillahiwainnailaihirojiun
    semoga arwah bonda nieza di tempatkan dikalangan org2 yg beriman.
    Takziah unk nieza skeluarga

    ReplyDelete
  23. Salam takziah buat Niza sekeluarga...Al Fatihah...

    ReplyDelete
  24. Assalam Nieza.Takziah dari akak utk Nieza sekeluarga.
    Al Fatihah....semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  25. Salam takziah buat niezza dan keluarga....Moga tabah, Al-Fatihah

    ReplyDelete
  26. salam takziah buat niza n family...segala yg ditentukan pasti ada hikmah yg tersembunyi...kita senasib sebenarnya, kehilangan bonda tercinta buat selamanya...perginya takkan mungkin ada pengganti, cuma kita perlu redha dan sabar dgn ujianNya....

    ReplyDelete
  27. Takziah dari akak, akak terlewat tau berita ni....mmg kalau tinggal jauh, beginilah jadinya. Akak yg dekat ni pun tak sempat jumpa arwah adik meninggal. Apa2 pun semuanya sudah tertulis, semoga arwah berada di kalangan mereka yg beramal soleh.

    ReplyDelete
  28. slm Kak Nieza...sedih pula bile baca n3 akak ni...sayu n sebak..

    slmt takziah dari QH buat akak sekeluarga...semoga akak tabah hadapi ujian ni dan byk2 bersabar yer...

    Al-fatihah buat arwah bonda akak...semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 soleh...

    ReplyDelete
  29. As salam Nieza,

    Mlm sebelum Marya mendengar berita ni kami baru shj menelefon kedua2 bonda ditanahair...lain betul suara mereka... Terasa sayu sgt2...kdg2 terfikir... betul ke apa yg kami lakukan skrg ini... Ya ALLAH, rasa mengigil lutut saya bila dgr khabaran duka ini keesokan harinya tu dr hubby... Tiada kata yg mampu saya ucapkan... semoga Nieza tabah & kuat dgn dugaan ini... Khusosan illaruhi Allahyarmah Selasiah by Md Isa...Al-Fatihah...

    *Hugsssss* :'(

    ReplyDelete
  30. salam takziah nieza..
    tabahkan hati yer..memang sedih bila tak dapat melihat wajah bonda buat kali terkahir.
    akak pun baru kehilangan abah tersayang
    al fatihah buat arwah bonda kamudan semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman

    ReplyDelete
  31. Salam Nieza,

    Al Fatihah untuk roh almarhumah. Semoga Allah masukkan roh almarhum dalam golongan orang2 yg solihin dan sodighin.

    ReplyDelete
  32. Takziah Kak.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al Fatihah..

    ReplyDelete
  33. Salam Takziah nieza.. semoga tabah menghadapi dugaan ini..

    Alfatihah untuk arwah bonda nieza.. semoga rohnya dirahmati Ilahi hendaknya. Amin

    ReplyDelete
  34. Salam.

    Kak Nieza, takziah saya ucapkan. Semoga Kak Nieza kuat untuk hadapi dugaan ni. InsyaAllah, doa banyak-banyak. Semoga arwah dicucuri rahmat.

    Al- Fatihah...

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum Nieza..

    Salam takziah dari akak sekeluarga...

    Sedih akak membaca coretan Nieza kali ni... terimbau kembali kenangan ketika akak kehilangan arwah ayah tercinta.. kalau sudah ditakdirkan ilahi yang kita tidak dpt bersua disaat2 akhir insan kesayangan kita menghembuskan nafas terakhirnya.. jauh atau dekat.. kita memang tak dpt melawan takdirnya.. kami sekeluarga juga tak dpt menatap saat2 akhir ketika arwah pergi 10 tahun yang lalu kerana waktu itu.. kami sekeluarga dalam perjalanan utk ke hospital untuk melawat arwah yang baru je dimasukkan ke hospital sehari sebelumnya.. bersabarlah byk2 ye Nieza.. akak doakan semoga arwah ibu Nieza ditempatkan dikalangan insan beriman & diampunkan segala dosa2nya.. amin..

    ReplyDelete
  36. innalillahi wainna ilaihi roojiun.. moga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  37. Salam Takziah buat Nieza & keluarga,

    Al-Fatihah...

    Tersentuh hati membaca coretan Nieza.. Semoga Nieza sentiasa tabah & keluarga sentiasa tabah menghadapi ujian dariNya.. InshaAllah..

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwan Ibu Nieza dan ditempatkan di kalangan oraang2 yang beriman & beramal soleh.. InshaAllah.. AMINN..

    ReplyDelete
  38. Takziah, kuatkan iman dan sabar

    Semoga rohnya bersama sama dgn org2 yg beriman.....amin.z

    ReplyDelete
  39. Takziah Nieza..semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman..insyaAllah...ibu memang tiada galang gantinya...mieza juga berdoa agar di saat2 akhir usia ibu, mieza mampu berbakti kepadanya...sedih...:(

    ReplyDelete
  40. Salam takziah untuk Nieza dan keluarga...memang terharunya kerana kehilangan insan tersayang..insyaallah doa anak yang solehah akan sentiasa mengiringi kehidupan bonda di sana..insyaallah

    ReplyDelete
  41. Assalam Nieza,
    salam takziah dari akak buat keluarga Nieza ya..
    sorry akak baru tahu lah dear..semuga Nieza redha dan semuga roh arwahnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang beriman...insyaallah..amin.

    ReplyDelete
  42. Salam takziah buat Nieza dan keluarga di atas pemergian bonda tersayang... Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. Nur faham keadaan Niza, namun siapalah kita untuk melawan takdir.. Tarikh tu memang hampir benar dengan kepulangan Nieza..

    Banyakkan berdoa untuk arwah dan kami mendoakan agar Nieza kuat dan tabah mengharungi ujian Allah ini.. Semoga Allahyarhamah Bonda Nieza ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.
    Al-Fatihah....

    ReplyDelete
  43. Salam Takziah Nieza. sedih baca catatan Nieza ni....moga Nieza dikuatkan semangat menempuh pemergian bonda tersayang. mmg sedih saat terakhir kita tak berada di sisi orang tersayang...tp apakan daya...sudah ketentuanNya...menguji kita. moga arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman dan beramal soleh...Amin.

    ReplyDelete
  44. al fatihah
    semoga arwah ibu ditempatkann dikalangan org2 beriman...amin

    ReplyDelete
  45. Al~Fatihah dan Salam takziah kepada Nieza sekeluarga.

    ReplyDelete
  46. Salam Nieza

    Mengalir airmata sy baca ..sy harap Niza kuat semangat dan tabah ye . Smg roh arwah bonda dicucuri rahmat Ilahi. Amin..!

    ReplyDelete
  47. Al~Fatihah dan Salam takziah kepada kak Niza sekeluarga.
    semoga roh dicucuri rahmat ilahi.ameen.

    ReplyDelete
  48. al fatihah.. semoga sis tabah, sabar & redha dgn ujianNya. semoga roh bonda Sis ditempatkan dikalangan hambanya yang soleh.

    ReplyDelete
  49. Alfatihah. Semuga rohnya bersama mereka yg beriman. Harap nieza tabah menghadapi dugaan

    ReplyDelete
  50. Takziah Kak ..
    AlFatihah buat bonda ..Moga Allah meletakkan dia dikalangan orang-orang yang beriman ...



    ReplyDelete
  51. Assalammualaikum wrt wbt

    Nieza...
    Salam takziah...
    Terharu menelusuri tulisan nieza...siapa kita untuk menolak takdir dik...inilah suratan hidup...kita jua bakal sampai ke perhentian itu...

    Nieza...
    Inilah bebanan sebuah kehilangan...bersabarlah dan terus berdoa...doa anak yang soleh..

    Semoga nieza perolehi ketenangan dan bonda aman menemui Penciptanya.
    Al-Fatihah buat bonda Allahyarhamah Salasiah binti Md.Isa.

    ReplyDelete
  52. alfatihah..
    bykkn sabar yer sis..
    doakan tuk bonda..moga kekal bahagia disana..
    amen

    ReplyDelete
  53. Al fatihah dan salam takziah buat Nieza sekeluarga

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum Nieza,
    Salam takziah dari kami sekeluarga di Kuwait.
    Tabahkan hati serta kuatkan semangat.. percayalah.. perginya Bonda Nieza hanya untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang lebih baik.
    Banyakkan berdoa dan memohon agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa arwah.
    Insya'Allah..

    ReplyDelete
  55. Alfatihah, semoga tabah dgn perpisahan kekl ni, sedih memang sedih tapi sama2 kita doakan rohnya ditempatkan bersama2 dgn org2 beriman. Take vare

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum Nieza,Takziah dr fiza sekeluarga...semoga arwah ditempatkan dikalagan org2 beriman...al-fatihah...

    ReplyDelete
  57. Takziah Niza... semoga tabah menghadapi ujian dr Allah yer...

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum Nieza, takziah dari akak & moga roh arwah ditempatkan dikalangan yg beramal soleh. Banyakkan bersabar & semoga perjalanan pulang ke tanahair nanti dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  59. salam kak nieza,takziah kak.moga arwah mak akak ditempatkan antara mereka yg beriman.amin.Al-fatihah.

    ReplyDelete
  60. alFatihah, takziah dari is sekeluarga, is pun baru tau bila terbaca kat blog kak marya...

    ReplyDelete
  61. Takziah Nieza.... daripada-Nya kita datang kepada-Nya jua kita kembali, redhakanlah pemergiannya dengan iringan doa.

    ReplyDelete
  62. Al-Fatihah...semoga kasih sayang kita akan sentaisa bersamanya sehingga kehujung nyawa. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tabahkan hatimu.

    Setiap percaturan di dalam hidup ini terkandung hikmah yang tersembunyi. Redza...

    ReplyDelete
  63. salam Nieza..salam takziah dr atie(maaf br hari ni tau :(.Semoga nieza sekluarga tabah menghadapi ujian ini.
    Al-fatihah utk Arwah juga.

    ReplyDelete
  64. Kak Nieza, Ayu baru baca entry ni. Takziah & al-Fatihah utk arwah bonda. Walaupun dah lama jugak berlalu, harap akak kuat semangat menghadapi.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers