25 Jul 2012

Cendol Gula Merah dan Homemade Cendol

Assalammualaikum semua
Orang kat Malaysia dah berbuka yer...kami kat sini lambat lagi dalam 8 jam lebih lagi nak masuk waktu berbuka. Bagi yang bertanya waktu berbuka sini...memang waktu berpuasanya sangat panjang. Kami ada cuma 4 jam saja masa untuk makan. Memang dugaan buat og islam disini sebab bulan puasa jatuh pada musim panas. Tapi alhamdulillah cuaca pun ok tak panas sangat semuanya berjalan lancar jer. Malam semalam saya tak bersahur makan nasi pun cuma makan kuih masa berbuka jer tapi boleh juga bertahan. Kekadang memang tak ada selera nak makan bersahur sebab perut masih kenyang masa berbuka. Dalam masa 2-3jam mana boleh nak isi penuhkan. InsyaAllah ada rahmat disebalikNya tu.

Oklah nak sharekan homemade cendol yang saya buat 2 hari lepas ni. Lama betul nak buat n3 ni tapi asyik tertangguh jer. Sebelum bz kat dapur jap lagi saya sharekan dulula resepinya. Cendol ni pun memang dah lama saya tak buat rasanya buat last 2 thn lepas kot. Bila berpuasa ni teringat lak kat Malaysia yang ada jual air cendol ni kan. So...itulah yang buat jugalah dan ada bagikan pada kawan-kawan kat sini juga. Rezeki yang ada eloklah kita kongsikan bersama.

Resepi ni pernah tgk kat blog Kak Rose dulu yang asalnya resepi kak ena-zarina . Kedua-dua resepi yang kak Ena kongsikan dibawah telah saya cuba dan saya sangat berpuas hati dengan resepi menggunakan tepung jagung berbanding dengan tepung beras. Maybe tepung beras sini tak sama mcm tepung beras kat Malaysia kot.  Bagi sesiapa nak mencuba bolehlah mencuba. Terima kasih pada tuan empunya resepi dan kak Rose yang berkongsi resepi cendol ni.


Sumber: Kak ena-zarina 
Resepi Cendol Tepung Jagung 

Bahan-Bahan: 
  • 1 cawan tepung Jagung 
  • 3 cawan air
  • sedikit pewarna merah (apa-apa warna kesukaan anda) 

Cara Membuatnya : 
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan. 
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

NOTE : 
  • Cendol Tepung Jagung lebih pejal dan tidak mudah patah atau hancur. Rasanya juga sedap.
  • Lebih sedap dan harum jika menggunakan air daun pandan.
  • Tidak perlu masukkan air kapur jika menggunakan tepung jagung. 


Resepi Cendol Tepung Beras 
Bahan-Bahan: 
1 cawan tepung beras
3 cawan air
1 sudu kecil air kapur 
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan 

  • Cara Membuatnya : 
    1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan. 
    2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
    3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
    4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
    5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
    6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
    7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

    NOTE : 
    • Cendol Tepung Beras teksturnya lebih lembik dan mudah hancur tetapi rasanya sedap.
    • Lebih sedap dan harum jika menggunakan air daun pandan.
  • Jom tengok cara yang saya buat pula..harap dapat membantu bagi mereka yang pertama kali nak mencuba buat cendol ni.
1.  Masukkan semua bahan-bahan diatas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
2. Perlahankan api dan kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
 3. Sediakan bekas yang mengandungi ais ketul sejuk / air paip. Ketepikan. 
 4. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.

 5. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.

ok dah siap!...selamat mencuba:D
 Ni ler rupa acuan yang saya gunakan untuk membuat cendol ni. Beli kat supermarket kat Finland ni jer. lama dah belinya dari thn lepas lagi tapi baru nak rasmikan. Sebelum ni buat cendol tekan dgn senduk biasa yang berlubang tu jer bila tepandang acuan ni saya terus terfikir boleh guna utk buat cendol. Tak pasti acuan ni dijual utk buat apa. Kalau tgk rupanya mcm acuan maruku jer. nanti nak kena cuba buat maruku lak guna acuan ni..boleh ke tak yer..:D

 Bagi kawan-kawan Finland yang bertanya kat mana saya beli acuan ni...boleh cari kat supermarket Prisma. Tak pasti kat supermarket lain ada jual ke tak.

Bahagian dalam yang sedia ada lubang hanya tekan saja setelah dimasukkan adunan tepung dalam tu. memang mudah sangat guna acuan ni. Kalau tak ada tu boleh jer guna mana-mana acuan pun..selamat mencuba:D

30 comments:

  1. Menarik ni! Mmg dh lama tak pekena cendol..huhu. Tq for sharing, bila2 free nti bley try..:D

    ReplyDelete
  2. Hi Nieza, sedapnya cendol, so refeshing. Tapi I lebih minat itu acuan, LOL
    Kat M'sia macam tak jumpa lagi, selalu buat pakai senduk stainless steel yang berlubang.

    Thanks for sharing, have a nice day.

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan kareem nieza...acuan nih klau tak silap mokwo derang guna buat mashed potato...menarik nya...mokwo selalu beli cendol yg dah siap jerrr!

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan buat keluarga kak Nieza di sana,
    dugaan juga tu time berpuasanya lama....cabaran juga berpuasa di negara orng kan...tp itu semua pnglaman yg mngkin x kan dpt dilupakan...sy x pernah puasa luar dri M;sia....hehe....

    sedap nmpk cendol tu...sib baik la dah berbuka..lau tdk..mmg kecur air liur dibuatnya......:)

    ReplyDelete
  5. wah bestnye Nieza buat cendok sendiri ni akak tkde lah acuannya tu kalau dpt order hee tapi rasanya mesti ada kot kat sini kan kat finland pun ada ini kan pulak kat negeri kita negeri nak carik jugak cam sedap jeeee tu ..

    ReplyDelete
  6. Akak baru tengok berita td...menceritakan kat Finland berpuasa selama 20jam dan masa berbuka dan besahur cuma 4 jam saja....terus ingat nieza dan kak mas .
    Katanya tahnu 2015 lagi mencabar.
    Sedapnya cendol finland dan tertarik lihat alat buat cendol tu:)

    ReplyDelete
  7. kak nieza....
    mas baru jerk lepas berbuka ngan cendol..
    beli jerk..he3
    perhh...menggoda betoi nengok cendok akak tu..

    ReplyDelete
  8. alahai....tak terjumpa pulak acuan macam ni. nani pernah nak try buat cendol guna tepung beras tapi takde air kapur. sudahnya jadi hancur aje cendol tu. terus buang.

    ReplyDelete
  9. Nieza..tabik spring untuk cendol tu.Terasa nyamannya dalam tekak. Rasanya kak Ros tengok berita tadi ,ada kata tahun 2015 kat sana bulan puasa lagi teruk...bila 1 bulan tak ada matahari terbenam....macam tu la rasanya ...adoi ..dugaan tu...selamat berpuasa ya.

    ReplyDelete
  10. mmg nampak mngancam.. x pernah cuba pun buat cendol sendiri.. kena carik senduk lubang2 lerr pulak...

    ReplyDelete
  11. cantiknya acuan cendol. sehingga hari ji dkna tak berbuka dengan ais. boleh dkna tau akak ada kat mana sekrang? lamanya berpuasa. 1st time.dkna singgah sini.

    ReplyDelete
  12. Salam kak niza!! Salam ramadhan n salam kerinduaaaaannnnnnn :-) cantek lerr acu cendol tuuu, kita td buat cendol jugak tp versi lain sikit terliur tgk cendol kak TTM melben dgn kak madiha ehehe... tak pose pun sibuk2 jugak nak mkn itu ini hihihi...

    ReplyDelete
  13. bestnye ade acuan ni....teringin nak buat cendol sendirik..

    ReplyDelete
  14. Kalau ada alat mudah juga nak buat Nieza. Cantik dan kilat cendol Nieza. Kakak tak pernah buat sendiri selalu beli aje...

    ReplyDelete
  15. berkenan plak js ngan acuan cendol tu...kalau nk orde brapa ye kos smua..maybe blh la minta nieza pos kan...hehe

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Nieza,
    Semalam baru tengok berita di TV3 mengenai waktu berpuasa yang panjang di Finland, semuga ada rahmat dan keberkatan di sebaliknya. Salam ramadhan dan selamat berpuasa buat Nieza sekeluarga...

    ReplyDelete
  17. Menarik lah nieza.. nanti akak nak cubalah..

    Semalam akak buat cendol durian ikut blog Madihah tapi cendol beli yang dah siap... tq share resipi dan step by step tu :D

    ReplyDelete
  18. selalu ayu buat guna tepung beras
    nmpk mcm cepat cair
    nnt blh try guna tepung jagung gak
    bestnyer tgk ayaq cendoi kaka tue

    ReplyDelete
  19. kak nieza... sedappp!!!!!!!!!!!!!!!!! nmpk mcm utk tekan mash potato je acuan tu. tun tekan2 atas senduk lubang2 je. sedap betul nmpk cendol akak. ada kacang2 tu mmg best.

    ReplyDelete
  20. salam syg nieza,
    sedapnya cendol..klu dh duk negara org apa2 pun kena buat sendiri kan..klu tak mmg x dapat nk mkn..akk dh lama jgk x minum cendol..biasanya bulan pose nie mmg cendol yg dicari..tp tahun nie bazar pun x pergi lg..malas btl nk round2..balik keja trus jew balik umah..masak...

    ReplyDelete
  21. salam k nieza..hebatla akak wat cendol sdr..saye je yg x rajin..meh tiup sket kerajinan akak tu..pic pun menggiurkan..pergh :)

    ReplyDelete
  22. salam ramadhan.
    seronok baca pengalaman org berpuasa di luar negara nih,
    lagi mcm akak yg jauh disana.
    berpuasa pun agak lama yer..

    klu solat tarawih tuh mcm mana? sebb waktu mlm hanya 4 jam jer kan..lepas tuh dah subuh balik..

    tp apa pun salam perkenalan.

    http://www.vanillacheze.com/

    ReplyDelete
  23. wah nieza,,siap buat cendol sendiri,,akak teringat buat cendol masa ank dara dulu lg,,tu pun sbb tolong mk buat,,yg guna tepung jgung,,tak pernah cuba lg nieza,,tq sudi kongsi,,nnti kalau rajin..boleh akak cuba pulk

    ReplyDelete
  24. best nya... tak makan cendol pon lagi bulan puasa ni... ada kawan guna tin susu & buat lubang.. tekan je nanti.. malas nak try sbb sini byk.. hehehee...

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum,

    bila baca belog akak, make me teringat masa ecxhnge student.masa study kat mexico dulu.
    pelbagai alternatif saya cuba,supaya dapat merasa makanan malaysia..

    dapat jugak buat cendol di finland kan kak? baguslah..
    even lain sket,dpt jugak merasa..

    salam ramadhan dari saya.

    ReplyDelete
  26. Salam Nieza..
    waw..nampak sedap la..boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum Nieza:)
    Perrhhhh...sedapnya cendol...kalau berbuka nnt dapat minum cendol alangkah nikmatnya!!

    ReplyDelete
  28. salam Nieza..eh kat finland lak ada jual acuan cendol ni yer...Nekcik seumur hidup tak penah lagi buat cendol

    ReplyDelete
  29. menariklah nieza... suka tgk nieza buat sendiri cendol tu..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers