26 Nov 2011

Salam Maal Hijrah 1433H




Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 1433H buat semua teman-teman blogger,fb, saudara mara dan semua muslimin dan muslimat tak kira dimana saja kita berada.  Sama-samalah kita membaca doa akhir tahun dan awal tahun hari ini. Semoga tahun-tahun yang akan datang diberkati Allah SWT hendaknya..InsyaAllah...amen.



AMALAN-AMALAN SUNAT
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  • Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
    Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  • Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  • Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  • Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  • Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
  •  sumberAl-Azim.com

16 comments:

  1. Salam maal hijrah buat Nieaza sekeluarga moga tahun baru ini membawa keberkatan dan kesejahteraan.Menu apa untuk samut Maal Hijrah?????

    ReplyDelete
  2. assalam nieza, Salam Maal Hijrah buat nieza juga.Baguslah nieza kongsikan doa2 yg boleh menjadi amalan kite suma

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Nieza,
    terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna ini...
    Salam Maal Hijrah..

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru Nieza. Moga tahun baru kita menjadi lebih baik dari yg lepas-lepas...

    ReplyDelete
  5. Assalam Nieza..terima kasih..sentiasa sudi berkongsi untuk mengingat kawan2 dan sesalam insan

    ReplyDelete
  6. Assalam Nieza.. Salam Maal Hijrah jugak untuk Nieza sekeluarga... semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah buat Nieza sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikumwby Nieza darling...
    Salam Maal Hijrah buat Nieza & Suami....semoga Allah swt menerima ibadat2 kita dan mengampuni dosa2 yg lalu....dan semoga tahun baru ini menjadikan kita lebih solehah disisiNYA......

    ReplyDelete
  9. Salam Maal Hijrah..

    Alhamdulillah setiap tahun kak Zai tak lupa baca dan terima kasih kongsi info.

    ReplyDelete
  10. salam maal hijrah kak nieza.. semoga tahun ini lebih baik dr tahun2 yg sblm nya.. iA =)

    ReplyDelete
  11. salam maal hijrah 1433 buat nieza sklrg..

    moga termakbul doa2 kita,,amin

    (saya sibuk hujung2 ini.. kalau tak sempat nak singgah sini, harap nieza memahami..)

    ReplyDelete
  12. Salam Maal Hijrah buat Nieza dan En Faizal. semoga tahun baru memberi keberkatan dalam hidup kita semua.

    ReplyDelete
  13. Salam Maal Hijrah buat Nieza sekeluarga, semuga tahun baru ini membawa seribu rahmat untuk kita semua

    ReplyDelete
  14. Terima kasih semua....salam maal hijrah juga buat semua.semoga tahun baru maal hijrah ni lebih baik dr tahun sebelumnya dan sentiasa mendapat keberkatan ilahi hendakNya..InsyaAllah. Amin.:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers