27 Sept 2011

Salam Rindu...


Assalammualaikum dan salam rindu buat semua....rindunya nak bersiaran disini tapi apakan daya masa amatlah tidak mengizinkan saya untuk berbuat demikian. Terima kasih buat semua yang masih sudi berkunjung ke sini walaupun dah lama tak ada n3 baru tapi masih ada yang sudi lagi untuk singgah dan bertanyakan khabar saya. Sungguh terharu rasa dihati ni. Ini juga yang membuatkan semangat saya untuk terus menulis disini kembali pulih setelah sekian lama menyepikan diri. Banyak dah saya ketinggalan cerita dan n3 rakan-rakan semua. Terima kasih juga pada Kak Nor @ Secubit Garam diatas makluman  pasal blog saya disinggahi malware tempoh hari. Alhamdulillah semua telah dapat diatasi dengan baik.

Bukanlah sengaja saya merehatkan diri dalam dunia blogging ni tapi sejak balik ke Malaysia tempoh hari memang saya tak berkesempatan langsung untuk online. Banyak masa dipenuhkan untuk menjaga bonda tersayang yang masih lagi belum pulih drp stroke. Keadaan bonda nampak stabil cuma masih belum pulih sepenuhnya. Mengikut pandangan doktor yang merawat keadaan bonda adalah tenat tapi berkat bacaan Yasin beramai-ramai di kg dan doa dari semua bonda nampak stabil. Kita hanya mampu meramal tapi Allah SWT saja yang mampu menentukan ajal maut seseorang. Jutaan terima kasih diatas doa dan ingatan rakan-rakan semua. Amatlah saya hargai tapi saya belum kesempatan untuk membalas kunjungan semuanya lagi. InsyaAllah bila berkesempatan nanti akan saya usahakan.

Cerita terkini sekarang ni saya dah pun balik ke Finland. Alhamdulillah saya dan suami dah selamat tiba ke Helsinki, Finland pada 25hb Sept 2011(Ahad) jam 2pm waktu Finland yang lepas. Perjalanan dari Penang - KLIA - Frankfurt - Helsinki telah mengambil masa lebih kurang 23 jam perjalanan termasuk transit telah berjalan lancar dan telah dipermudahkanNya. Walaupun berat hati untuk melangkah pulang ke sini  serta terpaksa meninggalkan bonda yang masih sakit tapi kehidupan disini tetap diteruskan juga. Tempat seorang isteri adalah disisi suami. Terima kasih tak terhingga juga kepada abg dan kakak ipar di kampung yang menjaga bonda buat masa sekarang ni.. hanya Allah swt saja yang mampu membalasnya. Mohon maaf juga pada rakan-rakan blogger di Penang yang tinggalkan msg utk berjumpa tapi tak berkesempatan juga untuk saya berjumpa. Terlalu cepat masa berlalu. InsyaAllah panjang umur kita pasti bersua juga satu hari nanti.

Syukur alhamdulillah diatas kesempatan yang suami berikan juga saya berpeluang menjaga bonda yang sakit semasa di dalam wad dan juga  setelah pulang ke rumah. 2 kali juga bonda dimasukkan ke wad iaitu semasa bulan puasa dan selepas hari raya tempoh hari. Peluang yang suami berikan untuk saya balik awal ke Malaysia sebulan darinya amatlah berharga buat saya. Setiap saat dipenuhkan untuk merawat dan menjaga bonda. Memang tak dapat dinafikan saya tak dapat rehat yang cukup sebab terpaksa berjaga malam tapi bukanlah jadi satu masalah buat saya kerana saya gembira dan bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menjaga bonda.

Menjaga orang sakit memang memerlukan banyak kesabaran. Sebagai seorang jururawat juga saya banyak belajar melalui pengalaman. Keadaan bonda yang stroke, tak boleh bercakap dan tak dapat menguruskan diri sepenuhnya memang memerlukan bantuan. Setiap kali mandikan bonda, tukarkan pampers dan berikan bonda susu melalui tiub setiap kali itulah saya teringatkan susah payah semasa bonda membesarkan saya. Mungkin ragam saya  semasa kecil lebih teruk drp saya menjaga bonda sekarang. Tapi bonda tetap juga sabar membesarkan saya. Itulah yang selalu saya ingat dan saya mesti membalasnya. Kalau dihitung dan dinilai selama saya menjaga bonda tak terbalas lagi. Memang terlalu banyak jasa bonda yang belum dapat saya membalasnya. Doa dan harapan saya semoga bonda kembali pulih dan sihat serta diberikan kesempatan lagi untuk bertemu dengan bonda lagi satu hari nanti..InsyaAllah.

Dah panjang lebar dah celoteh saya ni...sekadar berkongsi cerita saja. Macam ni lah dugaan dan cabaran bila kita berada jauh daripada family dan insan tersayang. Macam mana seronok pun kita berada di tempat org seronok lagi tempat kita sendiri. Tapi apakan daya datang merantau mencari rezeki. Dalam kehidupan kita tak dapat lari dengan segala ujian dan dugaan. Semoga kita sentiasa sabar dan tabah menghadapinya.

Cerita pasal Aidilfitri yang lepas pula tak ada apa yang menarik nak saya ceritakan ...sebab saya hanya menyambutnya secara sederhana. 4 hari sebelum menjelang hari raya baru bonda dapat keluar wad so...persediaan hanya ala kadar saja. Saya hanya berkesempatan ziarah pusara ayahda saja di pagi raya dan melayan tetamu yang datang menziarahi bonda. Walaupun gembira dapat berpeluang menyambut hari raya disisi bonda tapi terasa juga sedihnya bila berjauhan drp suami tersayang. Apapun saya redha dan syukur diatas apa juga yang telah ditentukan Allah swt.

InsyaAllah bertemu lagi kita pada n3 seterusnya nanti....masih lagi mencari mood memasak dan mood mengambil gambar yang entah hilang kemana. Bukan tak masak tapi masak yang simple saja coz 2-3hari lepas masih lagi pening dgn jetlag lagi. Pastu lama sangat cuti masak sejak balik Malaysia nak mkn apa main order saja. Tapi bila blk sini kembali semula pada rutin harian kena masak sendiri jugalah jawabnya. Buat masa sekarang cuma masih lemau utk update dan n3 msk-msk ni. Harap-harap tak berpanjangan lah nanti yer. Salam sayang buat semua..:D

45 comments:

  1. Selamat kembali Nieza.... rindu pada masakan2 Nieza...:)

    ReplyDelete
  2. Welcome back. Alhamdulillah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tahniah kepada nieza dan suami kerana telah berusaha untuk menjadi anak dan menantu yang terbaik. Suka akak baca n3 ni. Ingatlah tak semua orang diberi peluang untuk berbakti kepada kedua orang tuanya. Jadi bersyukur le dengan anugerah ini.

    ReplyDelete
  3. Salam Nieza. Happy dan at the same time sedih membaca nukilan awak. Jangan putus2 berdoa untuk bonda tersayang. Kjee turut panjatkan doa buat bonda awak. Mudah2an dipanjangkan umur dan diselamatkan dari segala musibah, Insya Allah.

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali Nieza.. ridu sangat kat Nieza..
    lagu ni menambahkan lagi kesayuan akak membaca setiap bait2 ayat yg nieza catatkan...
    semoga nieza sentiasa tabah dan sabar dgn setiap ujian dari Allah

    ReplyDelete
  5. rindu kat nieza
    selamat kembali...
    semoga bonda nieza semakin baik

    ReplyDelete
  6. selamat kembali Nieza.Semoga tabah menghadapi ujian ini.Dan semoga bonda Nieza akan beransur pulih.

    ReplyDelete
  7. Assalam kak nieza,alhamdulillah akak selamat smp finland n bonda akak pon makin sembuh,moga bonda akak sembuh seperti sediakala hendaknya..Tahniah juga utk akak sbb telah menjadi anak yg baik,sabar melayan bonda akak..Besar pahalanya kak..

    ReplyDelete
  8. selamat bersiaran semula Nieza. Akak juga turut mendoakan agar bonda Nieza semakin sembuh seperti sediakala. Akak juga pernah melalui detik2 menjaga ibu yang mendapat breast cancer juga menjaga ibu mertua yang stroke...

    ReplyDelete
  9. Kak Antan:
    Terima kasih kak..:)

    Kak sam:
    tq kak...mohon maaf juga sebab tak dapat jumpa hari tu.

    Kak Jee:
    tq atas doa dan ingatan kak....insyaAllah amin.

    Kak Azlita:
    tq kak Ita...rindu juga kat akak dan nak singgah tgk menu mskkan akak...lama dah tak kesempatan singgah menyinggah...tq atas doa dan ingatan juga..amin.

    ReplyDelete
  10. Kak kasih:
    rindu kat akak juga!!...tq atas doa dan ingatan akak yer..amin:)

    Kak CM:
    terima kasih atas doa...insyaAllah..amin.

    Zaliedana:
    terima kasih dik...amin. maaflah tak dapat juga kita nak jumpa yer.:(

    Kak Harleena:
    tq atas doa akak...sama-sama kita berkongsi pengalaman..semoga sentiasa diberkatiNya...amin.

    ReplyDelete
  11. slmtkembali nieza...
    rindu dgn n3 nieza..sedih dan pilu baca citer nieza..semoga tabah menghadapi ujian dr nya

    ReplyDelete
  12. betul, saya pon sayu baca entri kak nieza ni..alhamdulillah Allah beri kesempatan unt kak nieza jaga emak kan..kesempatan yg susah nak dpt tambah2 bila di rantau orang ni..semoga emak kak nieza kembali sihat..dan tabahlah unt kak nieza, insyaAllah Allah tahu yg terbaik unt kita..

    ReplyDelete
  13. Kak Zai:
    terima kasih kak...rindu juga nak baca n3 akak nanti saya singgah yer.biasalah kak zai...sudah menjadi lumrah kehidupan ada suka dan duka.insyaAllah kita berserah padaNya selalu:)

    Sitiezahim:
    terima kasih dik...syukur diatas kesempatan dan peluang yg diberi juga..semoga masih lagi diberikan peluang lagi nanti...insyaAllah. tq atas doa yer:)

    ReplyDelete
  14. aminnnnn semoga segalanya dipermudahkan....
    berbanggalah dgn apa yg telah kita lakukan wpun tidak setimpal dgn apa yg telah dicurahkan. kerana kemampuan kita tidak boleh diukur..hanya ALLAH SWT yg mengetahuinya.. kak amat berbngga punyai sorg sahabat dan adik spt nieza.. nieza mempunyai semangat yg kental dlm beberapa keadaan spt yg nieza ceritakan di atas.. kak ilah mmg tak mampu lakukan spt itu..tahniah krn berjaya mjadi anak dan isteri yg amat baik....aminnn

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Nieza,

    Rindu pada Nieza yg dh lama tak ke udara...semoga Allah sentiasa melindungi Nieza sekeluarga dan memudahkan perjalanan hidup mu...insyaAllah.Semoga ibu tersyg sentiasa dlm rahmat Allah dn sihat kembali.

    ReplyDelete
  16. selamat kembali kak nieza..
    rindu sangat kak akak..
    alhamdudillah..mak akak makin sihat..
    sedih dan pilu mas baca cerite kak nieza..
    moga akak sekeluarga tabah menghadapi ujian dr nya..

    ReplyDelete
  17. selamat kembali Nieza..


    bertuah bonda ada anak mcm Nieza yg tahu menghargai jerit-perihnya membesarkan anak dulu..sejuk perutnya mengandungkan nieza dulu..bukan semua ibu bertuah..ada yg dilupakan bila diri makin dipanjat usia..

    ReplyDelete
  18. welcome back kaka
    rindu ketat2 ni ngeee
    doakan moga bonda kembali sihat insyaAllah

    ReplyDelete
  19. salam nieza.. alhamdulillah.. dah on air balik.. rehat ya.. serahkan semua pd Allah.. perancangan Dia lebih baik dr seribu perancangan manusia.. redha dgn apa yg terjadi, insyaallah nieza akan lebih tenang..

    miss u :)

    ReplyDelete
  20. Selamat kembali dan semoga bonda Nieza cepat sembuh.

    Teringat kenangan menjaga arwah mak kak Zai yang terlantar sakit stoke juga.

    ReplyDelete
  21. slm nieza, slm kembali....miss u
    semoga bonda nieza akan beransur pulih ....sabar ye za, banyak2 berdoa ye

    ReplyDelete
  22. selamat kembali...!! rindu sgt kat akak...semoga akak dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah ini..

    ReplyDelete
  23. welcomeback Nieza, apapun dugaan, life must go on kan.... semuga nieza tabah dan doa juga buat ibu nieza semuga segera pulih seperti semula. Amin

    ReplyDelete
  24. Nieza,

    Lamanya tak timbul2 ye... Semuga Nieza tabah dan semuga bonda Nieza beransur sembuh ye...

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum nieza...
    selamat kembali nieza..rindunya kat nieza..
    sayu rasa d hati.. menitis air mata akak membaca pengalaman nieza sewaktu menjaga bonda nieza... moga nieza n keluarga tabah yer cayang.. Akak doakan moga bonda nieza sembuh seperti sediakala dan sihat sejahtera hendaknya.. Amin..

    ReplyDelete
  26. Assalam Nieza, selamat kembali ya, suka dpt tgk semula nieza di bloglist akk...akk harap bonda nieza pulih seperti biasa, tabahkan hati menghadapi cubaan dan ujian dari allah, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul

    ReplyDelete
  27. as-salam kak Nieza.
    Welcome back kak Nieza!!!

    ReplyDelete
  28. Assalam Nieza,terharu..membaca nukilan nieza kali ni..

    ReplyDelete
  29. Salam kak nieza cayang.. alhamdulillah.. ada peluang juga akak utk berbakti pada ibu akak.. semoga mendapat ganjaran disisiNya. duk jauh2 dr family mmg sedihkan, kdg2 terasa nk bergegas pulang bila ada berita dr kg.. tp betul laa kata akak, tempat isteri disisi suami. semoga Allah merahmati kita semua insyaAllah.

    ReplyDelete
  30. semoga nieza dapat menempuhi hari2 seterusnya dengan tabah. walaupun jauh dari keluarga, tapi hati dekat tentunya..

    ReplyDelete
  31. welcome back nieza..
    hmm sedih dgr citer pasal bonda nieza..dan tentunya beliau bangga punya anak mcm nieza..

    selamat berehat dan amik mood dulu..pasni update entry best2 lak..=)

    ReplyDelete
  32. salam nieza - semoga bonda nieza cepat baik dan selamat berblog semula. Jaga diri!

    ReplyDelete
  33. terharu baca tulisan nieza..terasa kerdilnya akak ni..mak akak sakit dah 3 bulan tp sekadar dpt jenguk sesekali je..nieza jauh diluar negara boleh balik tuk jg mak...moga bonda nieza cepat baik,,,amin

    ReplyDelete
  34. Assalam nieza,
    selamat hari raya maaf zahir batin buat nieza & family ya..maaf akak lamabt tiba ke sini..semuga ibu nieza cepat sembuh dan mudah2han abang & kakak ipar dapat menjaga ibu dengan baik juga ya..

    ReplyDelete
  35. Assalammualaikum Nieza...

    Slmt kembali. Moga mak Nieza beransur pulih...Alhamdullilah Nieza diberi peluang utk menjaga bonda tersayang disaat memerlukan. mmg kalau dihitung mmg tak terbalaskan jasa ibu menjaga kita sejak kecil. begitu besar jasa dan pengorbanan seorg ibu....

    ReplyDelete
  36. salam nieza..moga tabah menghadapi ujian dari Nya..banyakkan doa dan bacaan Al-Quran moga hati bertambah tenang..ibu bapa yang bertuah di dunia nih ialah ibubapa yang mempunyai anak2 yg tak putus2 berdoa buat mereka

    ReplyDelete
  37. assalam nieza, welcome back..missed you..semoga bonda nieza cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  38. salam rindu nieza..hrp nieza bnykkan sabar & tabah menghadapi dugaan sebegini..moga bonda nieza kembali pulih berkat doa semua yg menyayangi. insyaallah..amin!

    ReplyDelete
  39. salam

    tak semua orang bertuah dapat merasai pengalaman menjaga ibu semasa dia sakit perlukan pertolongan kita.

    Semoga bonda Nieza sembuh seperti sediakala.

    Semoga kehidupan Nieza dan suami aman bahagia selalu di sana.

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum dan selamat kembali besiaran Nieza. Sedih dan sayu rasa hati ini bila membaca nukilan Nieza, semuga Nieza tabah menghadapinya dan semuga ibu Niesa diberikan Allah kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum adikku Nieza,
    Syukur alhamdulillah Nieza sudah kembali di sisi suami....banyakkan berdoa moga ibu Nieza cepat sembuh...segala yg berlaku ada hikmah, redha dngn ketentuanNYA.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum Niezza, welcome back. Sedih bila membaca kisah ibu Niezza. Moga Niezza tabah dan kuat semangat.. Kami rakan2 blogger semua mendoakan agar ibu Niezza cepat sembuh. Banyakkan berdoa padaNya. Kagum dengan apa yg Niezza dah lakukan, walaupun Niezza jauh di perantauan, tapi masih tetap jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. Jaga diri ye..

    ReplyDelete
  43. buat semua: Terima kasih diatas doa dan ingatan dari semua...mudah-mudahan semua doa akan dimakbulkan Allah...amin. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah selalu...insyaAllah.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers