20 Jul 2011

Pandan Blueberry Roll


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Sebelum masuk tido dan sementara menunggu masuk solat subuh kul 2.30am pagi kat sini, n3 roti ni lah dulu. Org kat Malaysia kalau nak bf tu boleh ler singgah bf sini dulu tapi jgn abiskan pula yer..tinggalkan sikit kat tuan umah ni...:P Oklah ceter pasal n3 roti hari ni saya masih menggunakan basic doh roti mayonis lagi...haha kan dah ckp dah jatuh chenta sama itu doh roti mayo so...mcm-mcm rotila dah keluar...:D


Rasanya dah 3-4kali dah kot buat roti guna doh roti mayo ni...memang suka dan terima kasih sekali lagi pada kak Yani yang telah berkongsi resepi doh tu. Tapi kali ni saya membuat kelainan sikit dengan meletakkan sedikit pandan paste pada doh itu..hasilnya memang terbaik..sedap dan lembut.


Resepi doh : Kak Yani
By: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan A :
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
Bahan-bahan B
Beberapa titis pandan paste.
blueberry jam secukupnya...(boleh juga gantikan dengan apa saja perisa/sekaya ikut citarasa masing-masing)
Kelapa kering secukupnya.



Cara membuatnya :
  1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON.
  2. Keluarkan Doh ke atas papan pencanai dan tumbuk doh untuk buang anginnya.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan membujur.Aturkan atas dulang pembakar.Jangan lupa sapukan sedikit minyak pada dulang tu ya. Cara buatnya boleh rujuk disini. 
  4. Biarkan doh naik baru paipkan jem/ kaya keatasnya.Kemudian taburkan kelapa kering.Bakar hingga masak.
  5. Tutup doh dengan  plastik wraper dan biar selama 45 minit hingga doh naik 2 kali ganda sebelum dibakar
  6. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit


32 comments:

  1. Assalamualaikum Nieza..

    Rajinnya dia meroti...Kak Lin masih tak rajin lagi nak meroti, bilalah nak jadi rajin tak tahulah....

    ReplyDelete
  2. Boleh bukak kedai roti la nnti. hihi.. kak nieza, lepas ni buat roti strawberry pulak eh! ada lg x strawberrynya. ;D

    ReplyDelete
  3. Salam Nieza..
    Nieza apa khabar? Lama Kak Hawa tak kemari...byk yg terlepas..menggoda betul tgk pandan blueberry roll...cantik n gebu jer :P

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum di sana hrp sihat sentiasa...menarik roti pepagi negok dah lapar..disini x bf lg....warna roti yg menarik...2 kerat boleh nak ciciah gan milo panas

    ReplyDelete
  5. nieza tantekkk nye aluran jem tuuu roti nampak gebusss.. kak dah rehat kan bibik..tapi dok masak kuih muih yg lain...tapi tak masuk dlm blog..huhuu..

    ReplyDelete
  6. rajinnyer akak meroti hikhik mesti wangi bau pandan itew kan

    ReplyDelete
  7. Assalam kak nieza,uii cantik betoilah roti akak,dah la nmpk sedap..Gebu lak tuh,tergoda sungguh..Akak pasni wat roti stoberi lak tau,hehe..

    ReplyDelete
  8. cantiknya rupa roti akak...cam kat kedai...tengok pun berselera....:)

    ReplyDelete
  9. Assalaam nieza,
    ni pagi2 akak datang bawa ketam..bolehlah buat masak lunch nanti..heheh..
    cantik roti nieza ni..memang betul kata Q, macam kat bakery punya gitu..

    ReplyDelete
  10. waahhhhh..gebusssnya roti tu...
    cantikkkkk.....
    nak seketoi kak..
    cicah ngan nescafe best ni....

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum nieza...
    cantiknya... gebu gitu lg.. rajin sungguh nieza meroti yer... cantik lg gitu tau.. suka akak tgk

    ReplyDelete
  12. Assalam nieza..cantiknya roti..macam tercium bau harum pandan nya tu..

    ReplyDelete
  13. Nieza cayang..

    Rajin meroti.. Bak kat akak sebuku..

    ReplyDelete
  14. salam nieza..
    ni kalau tauke kedai bakeri tengok haruslah menangis ni... dah sebiji macam roti kedai baker...

    ReplyDelete
  15. morning kak nieza~~ dtg bekfes nii...

    ReplyDelete
  16. Bau roti dah sampai kesini ni...kak cek mintak seketul...blueberry...emmmm...fav kak cek ni...:)

    ReplyDelete
  17. sedapnyer roti belang2 ni....pakai jem pun bole ye nieza, ingat roti pesen gini, nk kena pakai blueberry filling je

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Nieza,
    Wahhhh canti kejadian roti Nieza, mula2 pandang nampak cam lebah terbang pulak, yang blended straw cake kat bawah tu lagila mengancam, pandai Nieza buat.

    Opss sebelum terlupa, akak dtg ni membawa bersama award istimewa untuk Nieza, nanti jangan lupa singgah ambil ya, akak tunggu ni

    ReplyDelete
  19. hehehe tetibe rasa nak meroti plak tengok gamba akak yg cun cun ni hihihi

    ReplyDelete
  20. as-salam kak
    npk gubu roti pandan tu..sedap roti tu kak ada blueberry...

    ReplyDelete
  21. wooo sedap tu nieza. mewah ngan jem nya tuu.. memang nampak cantik n gebu.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Nieza,

    mmg cantik dan gebus sekali roti yg nieza buat nie...dari jauh akak dh terguder tengok.Kak Nur suker sekali masuk sini apabila Nieza tygkan roti...terasa mcm nk cekup aje roti tu.

    ReplyDelete
  23. tengok texture roti ni pon, memang nmpk lembut...nk try jugak la nanti!

    ReplyDelete
  24. kalau ada breadmaker senang je nak buat roti kan nieza.
    sedapppnya

    ReplyDelete
  25. masyallahhhh sedapppnya k.nieza, nampak lembut sungguh dr dalam roti tu,, huhuu awatla kita xsejiran sepagar uwaaaaa...

    ReplyDelete
  26. kak nieza.. amat mengoda roti akak ni.. warna pandannya cantik dan berselera nak makan.. ada lagi tak kak nak rasa seketui..:)

    ReplyDelete
  27. Mata saya kenyang..
    Terima kasih (^.^)

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Nieza..mlm2 gini kalau la dpt roti tu alangkah bahagianya. mmg sgt2 menjadi roti tu mengalahkan kedai roti laaa...terbaikkkk!!

    ReplyDelete
  29. Ya Allah, boleh buke bakery dah niezaaaaaa
    :).....erk, kek stobeli musti dah yileeek ni. Adeh, tlwat daaaaaaaaaaa....

    wassalam dear..

    ReplyDelete
  30. salam nieza
    seronoknya bila wat roti menjadi kan?akak pernah buat dulu tapi tak berapa nak menjadi lah..tang nak membentukkannya tu tak berapa nak cantik..:)

    ReplyDelete
  31. salam nieza... flight delay ni.. cantik roti nieza tu.. sedap semestinya kan :)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers