22 Jul 2011

AYAM BAKAR TOMYAM


Assalammualaikum dan salam di hari jumaat buat semua. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..insyaAllah. Hari ni layan ayam bakar tomyam pula. Ramai dah blogger yang mencuba ni...ada yang buat versi ikan dan juga ayam dengan menggunakan bahan yang sama....apapun memang sedap.


Bila dah sampai ke dapur saya ni, saya ada derhaka sikitla buat penambahan bahan seperti halia dan lengkuas....tapi hasilnya memang sedap. Bagi sesiapa yang belum mencuba bolehlah mencuba. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan semua yang telah berkongsi resepi ni. Jom kita sama-sama hebohkan lagi dan izinkan saya berkongsi disini pula yer.


(olahan dr Ikan Siakap Bakar Tomyam by K.Hanieliza)
sumber : NoorshaK.ZaiSheila, & K.Nor@SecubitGaram
Bahan A
1 ekor ayam (bersih)
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Aluminium foil

Bahan B (Dikisar)
2 biji cili merah
5 biji cili api
3 batang serai
1/2 inci halia (nieza tambah)
1 inci lengkuas (nieza tambah)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit gula dan fish sos - ni kita tambah sdri


Cara Membuat:-
1. Gauikan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin)
2. Letakkan ayam dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang.



32 comments:

  1. Baru jer buat kemarin
    Sedap kan akak(^_−)−☆

    ReplyDelete
  2. selamat petang nieza,
    ni kak amie dtg mai awal2 ni ... mesti masih banyak lagi ayam bakar tom yam, kakak nak peha seketoi...
    dua tiga hari ni jumpa resepi gini di rumah yg lain, tapi nak juga rasa di sini... he he hehh temahak!

    ReplyDelete
  3. bak seketul.. nk wat mkn nasi jap lg ehehe

    ReplyDelete
  4. Nieza!!! tersangatlah menjejehkan air liur... dtg petang2 ni nak amik seketul wat lauk dinner nnti. he he he

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..
    Hari ini lebih baik dari hari semalam..

    P/s: Rajin masak mesti suami bertambah sayang :)

    ReplyDelete
  6. cheq sue baru nak buat..tapi versi ikan... meh rasa yang ni dulu

    ReplyDelete
  7. ASSALAM KAK NIEZA,UII nmpak sedaplah ayam akak,dah la feberet tomyam ni..Semalam baru jer pekena tomyam yg pak hussin,sedap sgt..Cpat toi ayam bakaq nih smp finland kak,sy nk wat juga nanti,byk toi menu lam list ni..

    ReplyDelete
  8. assalam nieza, tengah dok lapar ni tgk ayam panggang lak..uish sedapnya..campak mai barang 3-4 ketoi

    ReplyDelete
  9. Assalam nieza..dah sampai findland ayam bakar tomyam ni..
    tak boleh jadi..seremban dekat je..tak sampai lagi ni kan..

    ReplyDelete
  10. Assalam nieza, sedapnya kalo ratah gitu pun sedap agaknya. masih tak terbuat2 juga akk masakan yg tgh popula ini heheh

    ReplyDelete
  11. derhaka yang halal!hehe

    blik kpg nnt nak cuba buatlah..kt sini takde peralatan sgt..maklumlah duk membujang sorang..hehe

    ReplyDelete
  12. dah siap ayam bakar tomyam nieza ya... sedap kan :)

    susah betul bila dapur tak leh nak tengok kat hapdet list ni.. ish...

    k.nor@secubitgaram

    ReplyDelete
  13. penambahan halia dan lengkuas tu sesuai sgt dgn citarasa thai kan nieza..

    Akak belum pernah buat lagi ni.mesti cuba sebelum masuk ramadhan..:)

    ReplyDelete
  14. wahh.. dh smp findland.. tun blom try versi ayam.. nmpk sgt sedap!

    ReplyDelete
  15. salam Nieza...
    esok anak balik boleh lah akak cuba resepi ni... mmg menarik tertarik debommm...

    ReplyDelete
  16. sedapnyaaa nampak ayam tu nieza..kecur airliur aii..hehe..gambar pun mantopp jer..rajin laa..kite je malas ni ha..hihi..
    insyaallah akan rajin sket gak nanti..amik semangat dr kawan2 yg rajin ;)

    ReplyDelete
  17. wah...ayam panggang versi tomyam la pulak...heheheh...seksi je rupa ayam nya...ngeeee

    ReplyDelete
  18. tak pernaj try lagi ...
    mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  19. salam nieza...

    menyelerakan sungguh...akak copy paste ni ya...

    ReplyDelete
  20. salam kak nieza.. sedapkan .. ita pernah buat versi ikan unya yang ayam lum pernah lagi.. tentu sedap kan..:)boleh la cuba nanti bulan ramadan ke

    ReplyDelete
  21. aSSALAMUALAIKUM
    Nampak mnyelerakan. saya ni pun tengah tercari2 resepi siakap.

    ReplyDelete
  22. ooo derhaka ye...hihi
    yg penting best

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum nieza...
    waaah!! ayam tu mengoda akak tau... nampak sgt menyelerakan.. sedaaapnya... nak try gak nnt nie.. sedap2!

    ReplyDelete
  24. Nieza....ada jugak ayam tomyam yg dibakar ek? mcm2 la korang ni....otak kreatif tak mcm akak...bab masak mmg blur.

    ReplyDelete
  25. ok. siap amik resepi ni. nanti kena try. err. wajib try.

    ReplyDelete
  26. ku t'guda tgk ayammu itu nieza....dh la besor jer gambar...cam nak masuk terus & amik mkn..

    ReplyDelete
  27. wahh ni kalau wat resepi untuk buka pose ni sedap ni!

    ReplyDelete
  28. sedappkan kak resepi ni....
    mas nak try gak nanti versi ayam ni..

    ReplyDelete
  29. Nieza, Dari ikan bakar tomyam tukar ayam bakar tomyam...nampak sedap. tp kat sini kalau buat tomyam tak begitu best sbb tak da daun limau purut...

    ReplyDelete
  30. salam Nieza..
    Nieza...ni pertama kali akak dengar, ayam bakar perasa Tomyam..mesti sedapkan Nieza...akak nak cubalah..persediaan untuk ramadan nanti...:)

    ReplyDelete
  31. Salam Nieza, wah ni good idea ni. pernah try guna ikan memang best. ayam pun mesti best gak ni... sesuwai utk bulan pose ni :)
    Psst, selamat belayar ke St Petersburg :)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers