11 Nov 2010

Sushi

Jom pi Jepun makan sushi!...hehe..homemade sushi ni dijamin 100% halal. dah lama tak buat sushi ni last buat masa saya ikut hubby posting kat Dhaka dulu...itupun belajar dgn my bos datin Jamilah iaitu wife duta Msia kat sana masa tu walaupun dah lama tak buat tapi cara buat tu saya masih ingat lagi....cuma saiz sushi ni nampak besar skit.... saya just  buat yg simple jer tak guna byk bahan.
Ok ceta pasal sushi ni adalah sejenis makanan Jepun yang paling terkenal sekali...kira mcm mkn tradisi lah....asal usulnya dikatakan berasal dari China dan diperkenalkan di Jepun pada kurun ke-7.Resepi asal mak datin dah terlupa saya copy dr blog norzailina  tapi lbh kurang sama jer....thanks minta halalkan yer.
Bahan-bahan
200 gm beras jenis Calrose
400 ml air
1 camb cuka
1 camt gula
garam secukupnya
1 camt mayonis
½ biji timun Jepun
2 biji telur – dibuat dadar
2-3 batang ketam (crabsticks) – dibelah 2 memanjang
4 keping nori...diperbuat dari seaweed atau rumpai laut

Cara membuatnya
1. Bersihkan beras kemudian tuskan.
2. Jerang dengan air, cuka, gula dan garam.
3. Bila kering airnya, tutup sebentar.
4. Gaul nasi suam dengan mayonis dan biar sejuk.
5. Ratakan sedikit nasi di atas nori.
6. Susun timun dan telur kemudian gulung kemas.
7. Buat pula berisi telur dan ketam. Ulang hingga habis.
8. Potong dan sajikan.

6 comments:

  1. Salam kak! mekaseh dtg singgah! kita add link akak jugak ya, salam kenal dr kita! waaaaaa..cantikkkkk sushi akak! suami kita jap. pun kita tak pernah buat sushi sendirik hihihi....

    ReplyDelete
  2. salam ijayuji, mekasih juga sudi kunjung balas ke sini..salam kenal juga...ijayuji kena menuntut ilmu ngan suami la buat sushi sendiri nanti hehe...akak ni tak dapat pi jepun..dapat makan makanan jepun pun jadilah kan...hehehe..

    ReplyDelete
  3. Salam adik misi:)makcik manggis datang buat lawatan balas ni hehe.Selamat berkenalan...jap lagi makcikmanggis nak selongkar dapur Nieza..jangan marah ya..minta izin:)

    ReplyDelete
  4. salam makcik manggis...terima kasihla sudi singgah dapur saya ni...boleh jer nak selongkar...tapi dapur kecik saya ni serba kekurangan lagi...hehe

    ReplyDelete
  5. waaa!!! kudos kat hang, sushi la pulakkk!! nampak memang sedap!

    ReplyDelete
  6. nini!!...ambik ler seketul rasa...hehe

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers