9 Nov 2010

Pulut & Bubur Durian

Ada orang panggil bubur,ada org panggil serawa dan ada juga org panggil pengat...mcm-mcm nama panggilan ada tapi rasanya sama jer kot...tak kisahlah kan. anyway pepagi saya dah bekpes ngan pulut & bubur durian ni...walaupun org kat M'sia belum musim durian tapi org kat Finland ni sentiasa ada durian ni tak kiralah apa musim pun hehe... actually durian ni ada dijual dikedai aseanic kat sini dan diimport dr Thailand.
So....kira kalau dah teringin sangat nak mkn tu kira adalah juga kan. Ini memang fav en hubby ni...kalau kat Msia time musim durian ni memang dia borong abis sampai naik pening pula kepala saya bau durian...saya ni tak la minat sgt kalau nak mkn yg fresh tu  tapi kalau makan yg dimasak2 mcm ni saya sukalah. oklah resepi ni senang jer nak masaknya rasanya semua org dah tau kan...kalau nak try boleh juga tgk resepi dibawah.

inilah rupanya durian siam mali punya....tak dak biji semua isi saja ..senang nak mkn..:D

bahan-bahan
3 cawan beras pulut
3 cawan santan
6 ulas durian
1 keping gula melaka
1 helai daun pandan disimpul
garam secukup rasa
tambah sedikit gula putih jika kurang manis coz gula merah takla manis sgt

Cara Masak Pulut
1. Beras pulut direndan 30 minit dan toskan kemudian dimasak bersama 3 cawan santan. Masak dengan api sederhana.
2. Apabila air kering, kacau sedikit dan tutup periuk.
3. Biarkan di atas api kecil hingga empuk dan masak.
4.kemuadian angkatkan pulut tersebut dan kukuslah sebentar menggunakan periuk kukus.

 Cara masak kuah
1. Masukkan santan, durian, daun pandan, garam dan gula melaka ke dalam periuk.
2. Kacau sekali sekala supaya santan tidak berketul.
3. Biarkan mendidih hingga isi durian hampir tertanggal dari bijinya dan kuahnya sedikit pekat.
4. Hidangkan kuah durian dan dimakan bersama pulut tadi

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers