8 Oct 2010

Jejemput Jagung/ cucur Jagung

Jejemput jagung ataupun kalau kat utara org biasanya panggil cucur jagung sama jer lah kan....buat masa pagi tadi untuk sarapan pagi....actually nak mkn utk minum petang pun boleh juga...simple jer nak buat cucur ni..bahan-bahan seperti dibawah:-


2 batang jagung ....ni saya beli yg siap direbus dah....ambil isi jagung
1 labu bawang besar dicincang
1 biji telur
2 sudu besar cili kering yg dimesin...ini terpulang pada tahap kepedasan masing2la....kalau suka pedas letak lbh sikit.
2 cawan tepung gandum
sedikit  garam yg dibancuh dgn  air suam
Kunyit serbuk jika suka kalau tak nak pedas jgn  letak cili letakkan kunyit saja
minyak untuk menggoreng

cara membuat
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.
2. Panaskan minyak dan gorengkan cucur dgn saiz yg disukai sehingga kuning keemasan.
3. Hidangkan dengan sos cili.


ni la rupanya keropok ikan yg dibawa khas dr Brunei....sedap rasanya....boleh dimakan bila-bila masa saja. keropok ni bukan saya yg buat saya cuma goreng yg kering saja....suka dgn colour keropok ni  colourful....terima kasih kepada kak Normah sekeluarga yg berada di Brunei diatas kiriman pos keropok ni pada saya dan suami disini...sungguh terharu mendapat kiriman pos  dr beliau yg jauh disana. Kak Normah yg saya kena semasa saya mengikut suami bertugas di Dhaka,Bangladesh dulu...memang rapat sgt dengan beliau dan banyak juga yg saya dapat belajar dgn beliau tentang masakan dari Brunei. walaupun dah hampir setahun tidak bertemu ingatan mesra tetap berkekalan....insyaAllah.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers