Bahan
3 ekor ikan keli
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 batang serai [ketuk]
2-3keping asam keping
Sehelai daun kunyit
minyak utk goreng ikan keli
Bahan mesin
20 biji cili api (ikut kepedasan masing2....kalau suka pedas lagi bolehla ditambah atau dikurangkan)
2 ulas bawang merah
3 sm kunyit hidup
garam
Cara.
1. Ikan keli dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau ataupun asam jawa.Bilas dan toskan.
2.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan keli yg dibubuh sedikit garam dan kunyit.
3.Janganlah terlalu garing...dah masak angkat dan toskan.
4. Masukkan semua bahan mesin tadi kecuali santan pekat dalam periuk dan masak dengan api perlahan.
5. Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak.
6. Bila nampak kuah nak mendidih masukkan santan pekat dan rasakan garam.
7. Masukkan ikan keli yg digoreng tadi dan kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minyak.
8. Masukkan asam keping dan daun kunyit.
9. Bila mendidih tutup api dan boleh hidangkan.
No comments:
Post a Comment
sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)