Masakkan gulai atau kari tumis darat ni memang sinonim dgn org utara....apa yg bezanya ngan gulai tumis biasa ni apabila ianya siap dimasak aromanya lain coz kita tumis last sekali...dan bila mkn masih lagi bau aroma tumisan itu kalau nak compare dgn tumisan biasa so...kalau nak try bolehla try resepi spt dibawah.
Bahan-bahan : 6 ekor ketam dibelah dua
3 biji bwg merah, 3 biji bwg putih, 1 inci halia..ditumbuk lumat
Satu paket rempah kari
Air secukupnya
Santan pekat
sekeping asam gelugur
Garam secukup rasa
Beberapa hirisan nenas, dimasukkan kemudian sedikit
Bahan2 utk ditumis garing :
Sedikit minyak masak utk menumis
2 biji bwg merah, dimayang
2 biji bwg putih, dimayang
5 tangkai cili kering, di potong dua
3 pelepah daun kari, dilurut
2 sudu besar rempah halba campur
Cara-cara :
1. Campurkan semua ketam, bahan2 tumbuk, air, rempah kari dalam periuk dan didihkan.
2. Masukkan santan, asam gelugur dan garam secukup rasa.
3. Sementara masakan mendidih, boleh lah sediakan bahan2 tumis.
4. Setelah garing ditumis, masukkan kesemuanya ke dalam masakan kari tadi. Kacau sebentar.
5. Tutup kuali dan padamkan api.
No comments:
Post a Comment
sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)