31 Jan 2011

Kek Kukus 7up



Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.....kek kukus 7 up ni saya buat ptg semalam....bawa ke rumah kawan masa saya pergi  ziarah kawan  kat sini semalam...seronok tgk budak-budak makan kek yang ceria ni. 
Kek ni rasanya lebih kurang mcm apam pelangi juga cuma sedikit berbeza dgn tambahan air 7 up. Resepi ni saya intai drp dapur Kak Azlita @ Masam Manis yang katanya diambil drp mrsdayat. Btw thanks a lot yer kerana berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula ya..:) 


Source: Kak Azlita Aziz @ Masam Manis 
By: mrsdayat

Bahan-bahan ( loyang 4 segi 9" )

  • 5 biji telur
  • 220 gram gula
  • 150 g Tepung Cake (Bluekey)
  • 150 g Tepung Gandum
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 180ml - 7- up/Cream Soda
  • 2 sudu besar susu pekat
  • pewarna merah,biru,hijau

 

Cara-caranya
1. Pukul telur dgn gula sampai kembang masukkan ovalette , pukul lagi. 
2. Masukkan tepung diselang selikan dgn air 7 - up tadi.kemudian masukkan susu pekat, kacau sebati .
3. Bahagikan adunan kpd 3bhgn utk dibubuh color. kukus selapis demi selapis. setiap lapis lebih kurang 7 minit 
*utk elak air kukusan menitis atas permukaan kek, tutup loyang ngan aluminium foil atau balut tutup pengukus ngan kain 
notes: rasenye..kalo every layer tu kite letak perisa lain2 lg sdap kot.(i.e, kaler merah+perisa strawberry..n so on) dan jika suka bolehla letak choc cadbury spt yg kak ita letak tu tapi  nieza tak letak coz kat sini tak ada choc tu.

30 Jan 2011

Burger Malaysia



Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...semoga ceria-ceria dihujung minggu bersama family tersayang. Hari ni saya breakfast  dgn burger Malaysia pula...haha walaupun dok kat Finland  sekarang ni tapi burger Malaysia tetap dihati...chewahh...:D

Actually saya buat ni semlm lebihan adunan donut keledek tu saya mereka lah pula burger ni....nk buat semua donut byk pulak...tak larat nk abiskan tapi kalau bubuh sambal mcm ni sedap juga...btw terima kasih sekali lagi pada  Kak Nor @ Secubit Garam  diatas resepi donut keledek yg telah saya derhakakan jadi burger Malaysia pula ni...haha jgn marah ya kak Nor.

Malas nak salin resepi la...so...bolehlah rujuk pada n3 donut keledek yg lepas disini.  ni ambik gambar pun main snap sekeping jer ni...hari ni bz nk keluar nak pi ziarah kawan kat sini yang baru bersalin so...nk bereskan keja umah dulu sebelum keluar ni.


Source: Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan:-
Untuk sambal :
minyak masak
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

10-15 tangkai cili kering direbus dan dikisar
 Sedikit belacan (bakar)
sedikit ikan bilis
2 s/k gula merah ataupun gula putih pun boleh
 ½ cawan jus asam jawa
 garam secukup rasa


Cara-cara :
Untuk sambal:
1. Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis. Goreng hingga kekuning kuningan, angkat dan  ketepikan.
2. Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Kacau rata dan biarkan cili masak sepenuhnya.
3) Masukkan gula merah, asam jawa dan garam. Gaul rata dan biarkan menggelegak
seketika.
4) Masukkan ikan bilis yg digoreng tadi dan kacaukan sebentar dan siap dihidang bersama burger dan timun yang dihiris nipis tadi.



Bahan hiasan:
1/2 biji timun yg dipotong nipis
sedikit sayur salad

Cara Untuk Buat Kuih:
1. Uli doh sehingga tak melekat.
Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
2. Tumbuktumbuk
doh tadi dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi.
3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4. Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan. Angkat
dan tos.
5. Kemudian potong   doh yang digoreng tadi dan jgnlah sampai terputus dan isikan dengan sambal bilis dan juga
timun.

29 Jan 2011

Tahniah Buat Yatiememories @ Sinar Kehidupanku


As salam semua sebelum terlupa saya nk simpan bunga yang lawa ni kat dapur saya dulu...haha memang suka sangat dapat bunga ni....cantik! tido malam ni maunya mimpikan bunga ni...:D 
btw sekalung tahniah saya ucapkan pada Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku  diatas kehadiran  jumlah follower blog Sinar Kehidupanku yang telah mencecah 1000 orang semalam. Hebat juga tu...saya menumpang gembira juga kak coz saya memang suka dgn blog akak tu dan menjadi sumber inspirasi saya juga dalam melayari dunia blog saya yg belum sampai sethn lagi ni.
Doa dan harapan saya semoga Sinar Kehidupanku akan terus bersinar lagi dengan  berkongsi resepi dengan menu-menu yang best lagi nanti....insyaAllah. 

Donut Keledek


Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu semua....ok jom layan donut keledek resepi Kak Nor ni...ramai dah kawan-kawan yang mencuba saya jer ketinggalan sikit...angin tu jauh sikit nk terbang ke sini hehe...btw terima kasih kepada Kak Nor @ secubit garam diatas resepi donut ni izinkan saya berkongsi disini pula ya kak....ok layan gambar dan resepi kat bawah lah yer....tuan umah nk keluar jln-jln ambil angin luar jap....nanti saya bw yer...:)


Source:  secubitgaramnor67
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung 
  • 1 biji telur -  dipukul sedikit
  • 200 ml air suam -  k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer 
  • 3 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket


Caranya.

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.


2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.


3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut keledek bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

28 Jan 2011

Kek Lapis Asam Manis Kukus


Assalammualaikum...dan salam jumaat semua..semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam....dan hari semalam saya merajinkan diri membuat kek lapis asam manis ni.....tersilap guna loyang besar pulak so.... kek pun tak nampak tinggi sgt...dan abaikan lah lapisan yang tak cun tu yer...haha segan juga nk tayang kek tak lawa ni....ya la saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. Bab melapis tu memang tak pass lagi....tapi rasa kek ni maintain sedap...:D 

Resepi ni saya intai drp dapur Kak Dayangjack pastu nampak lak kat dapur Kak Hana....tu yang terseru-seru jer nk buat kek ni...tapi bila buat tak ler se cun sifu-sifu buat....nak kena practice lagi melapis tu....btw thanks a lot to kak dayang dan kak Hana kerana berkongsi resepi ni. Izinkan saya berkongsi resepi di sini pula ya..:)



Source : Kak dayangjack 
bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5)

  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu. 
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
  6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong

27 Jan 2011

Lamb Berempah Masala


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua....hari ni masak terawal sikit....mood nak masuk dapur awal pulak hari ni ...boleh lak gitu yer :D Ok layan lauk pauk la pulak...Lamb ni memang kegemaran mr.hubby...saya dulu tak berapa suka tapi  bila dah cuba mkn sedap pula...saya yang tak mkn daging kambing pun boleh jadi mkn.

 Masa di Dhaka dulu selalu  mkn daging kambing ni....especially mutton beriani tapi org sana panggil kaci beriani....tapi bkn nak kata la daging kambing kat sana lain tak ada bau hanyir pun ...memang sedap...haha dah bercerita kat sana pulak yer....ya la teringat juga walaupun tempat tak menarik tapi bab mkn dan shopping memang best....5 thn juga mr.hubby posting disana sebelum cross posting ke Finland.....tu kira 1st posting la sebelum ke sini  tapi saya sempat ikut setahun jer coz saya berkerja di Malaysia masa tu. Tapi setiap 3-4 bln berulang alik la ke sana...kalau tak saya ke sana, mr.hubby lak blk ke Msia ...mcm tu la selama 2 thn berjauhan...sekrng alhamdulillah dapat CTG dan ikut ke sini pula.

Ok berblk pada n3 ni pula  resepi ni saya main belasah jer ikut citarasa saya....dan saya menggunakan sedikit rempah masala a.k.a  garam masala.

Source:Nurniezza.blogspot.com
Bahan-Bahan:
2 ketul rusuk kambing
2 s/b garam masala
2 s/b jintan manis
2 s/b ketumbar
1 batang kulit kayu manis
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 labu bawang besar dicincang halus
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/k serbuk kari daging
1 s/k serbuk cili
minyak untuk menumis
1 s/k minyak zaitun
1 s/b plain yogurt
garam secukup rasa
1 biji buah tomato dipotong dadu
1/2 biji capcicum hijau / kuning dipotong dadu

Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih sehingga wangi dan kekuningan.Kemudian masukkan rempah kari daging, serbuk cili dan sedikit air serta masukkan juga jintan manis, ketumbar dan kulit kayu manis.
2.Bila agak mendidih masukkan rempah masala dan masukkan daging kambing...dan masakkan sehingga kuah kering dan daging empuk.
3.Masukkan garam, plain yogurt dan serbuk lada hitam...balik-balik kan semasa memasak supaya daging masak sepenuhnya.
3. Apabila daging sudah empuk bolehla dimasukkan bahan lain spt buah tomato dan capcicum yang dipotong dadu tadi.
4. Jika terlalu kering masukkan sedikit minyak zaitun dan sedikit air...dan apabila daging sudah masak bolehlah dihidang.

26 Jan 2011

Karipap Daging


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua....org disini baru sudah breakfast ni...org disana dah  minum petang ke?...hehe jemput ler mkn karipap ni....sedap lak mkn masa panas-panas baru masak ni...btw terima kasih pada Kak Yatie kerana berkongsi resepi yg best ni....rangup jer rasa karipap ni. sekali ngadap jer sampai 5 ketoi dah ni...mcm mana nk diet ni..ha pas ni kena melompat-lompat dlm snow la nak kasi bakar skit lemak ni....:D 


Source: Kak Yatie
Bahan-bahan
  • 4 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar butter - panaskan
  • 1/2 cwn minyak masak-panaskan
  • secubit garam
  • 1 cwn air suam 
Inti Daging
  • 6 biji kentang
  • 3 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 sb udang kering
  • 1 cwn daging hancur
  • garam dan gula
  • air

Cara-cara

  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sbb panas. Bancuh air+garam.Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar, bawang putih dan udang kering. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang, daging hancur,air dan garam serta gula secukup rasa. Masak dngn menggunakan api sederhana sehingga kentang empuk dan air kering.
  4. Setelah masak,angkat dan sejukkan.
  5. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim karipap.
  6. Doh karipap tadi bulat2 kan ikut saiz 1 biji karipap. Bila dah siap, tutup dengan plastik supaya doh tak kering. Lepastu, canai doh jangan terlalu nipis.
  7. Masukkan inti dan klim.
  8. Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.

25 Jan 2011

Mee Kuah Helsinki


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...layan mee kuah simple dan sempoi jer lah mlm-mlm ni...tadi seharian ada urusan kat luar ....mr.hubby pun cuti lunch pun kat luar juga  pastu blk dah penat malas pulak rasanya nk msk tapi nk mkn punya pasal kena jugalah msk....so yang paling senang masak mee kuah yg simple jer lah....sejuk-sejuk ni hirup kuah panas-panas tu sedap juga.

Ada pelbagai cara untuk  msk mee kuah ni.....gara-gara nk clearkan stok dlm freezer saya main campak jer apa yang ada.....pastu nak bubuh nama apa mee ni pun tak tau....so..bubuhla nama Mee Kuah Helsinki...haha actually org sini pun tak mkn mee ni....ok jom tgk resepi campak-campak style saya ni.

Source:Nurniezza.blogspot.com
Bahan-Bahan:
300 gm mee kuning dicelur (kat sini saya gantikan dgn spaghetti )
Sedikit udang
Sedikit sotong
sedikit fish ball dipotong 2
3 s/b cili mesin
3 ulas bawang putih dikisar
2 labu bawang besar dikisar
1 kiub ayam 
3 mangkuk air
3 s/b  sos tomato
3 s/b sos cili
2 s/b sos tiram
1 s/b serbuk lada hitam
1biji lobak merah
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (belah 4)
2 biji telor
bawang goreng
cili merah/hijau (mayang)
Garam & minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih,
bawang merah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan stok ayam dan air biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam.
Biarkan masak sekejap.
4. Masukkan udang,sotong sawi, & masak selama 2 minit.
5. Bila dah masak boleh ditutup api

24 Jan 2011

Apam Beras @ Apam Salju


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...hari ni mengapam pula....sedap dan lembut apam ni....makan pun tak jemu. Rasanya  ramai juga yg dah mencuba buat apam ni....dan tak rugi kalau nk mencuba. Ok resepi  ni saya intai dr dapur kak Yatie...terima kasih kerana berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula yer.


Source: Kak Yatie
Bahan-bahannya
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara
1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
2. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
3. Perap selama 3 jam.
4. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
5. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
6. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

23 Jan 2011

Weekend Activity

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua....semoga sihat dan ceria-ceria hendaknya...2-3 hari lepas tak bersiaran pun.....coz bz sgt tak sempat nk online...terima kasih kepada blogger yg sudi berkunjung ke blog ni nanti free saya buat kunjungan balas yer....biasanya weekend saya jarang ngadap lappy jer....suka jln-jln ambil angin luar.So...msk pun simple-simple dan sempoi-sempoi jer...:D

btw  saya nk sharing sikitla apa yang aktiviti saya hujung minggu lepas. Bukan apa sekadar untuk tatapan kwn-kwn dan ahli keluarga  saya kat Malaysia jer....selalu dok tayang gambar makanan jer dan lama tak update cerita terkini saya di sini...ya la blog ni bkn sekadar blog msk-msk jer...tapi coretan perjalanan hidup saya dirantauan....masak memasak tu sekadar selingan saja....coz saya bukanlah seorang yg pandai dan pakar dlm memasak....sekadar untuk mengisi masa lapang dan suka mencuba resepi yang baru saja...dan tak ada apa yang nk dibanggakan sangat. Oklah jom layan gambar kat bawah.

Gambar ni diambil pada hari sabtu semasa melawat Tourism Fair di sini...so..mcm biasala mr.hubby pun tolong-tolong la mana yang patut...biasanya every year ada fair ni...yg disertai oleh pelbagai  negara....dan Malaysia juga tidak ketinggalan utk turut serta....alhamdulillah sambutan begitu menggalakan...ramai juga org sini yang berminat untuk melawat Malaysia. 



 ni pula gambar robot buatan Finland


So...dah abis dah cerita hari sabtu...dan hari ahad pula saya dan mr.hubby ke Paloheina iaitu tempat org main ski dan sledging...tak jauh pun dr umah dlm 4-5km jer.Actually dah pernah kesana masa last winter dan masa last year tu saya try main ski kat sini ....tapi thn ni tak berani nk main coz sejak main badminton hari tu lutut saya ada cedera sikit so tak boleh lasak....dan  thn ni cuma dapat main sledging ni jer lah.











ok setakat ni saja dulu cerita winter disini...insyaAllah nanti bila berkesempatan saya n3 lagi....:)

20 Jan 2011

Marble Cheese Brownise


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua....Orang kat Malaysia dah tido ker?hehe ...org kat sini baru nk minum ptng. Hari ni pagi-pagi dah keluar umah ada meeting PERWAKILAN  kat ofis mr.hubby pastu abis meeting keluar mkn lunch pulak so...tak masak la hari ni. Brownies ni lak buat semalam bawa masa meeting tadi.

Actually dah lama nk buat ni tapi bila fikir blk kalau buat sapa la nk mkn byk-byk kan so...tunggu time ada mkn-mkn atau ada hal yg berkumpul ramai-ramai bolehlah buat....kebetulan ada meeting tadi saya pun bawalah ke ofis  dan selamat buat kenduri kat sana.:D  
Semua ckp sedap...actually yang sebetulnya resepi ni yg sedap kan....terima kasih pada yang berkongsi  resepi. Saya C&P dr dapur Kak Yatie yg menurut kak Yatie resepi ni asal drp Kak Rinnchan dan kak Yatie C&P dr dapur Kak Maz.Btw tqvm semua....dan izinkan saya berkongsi disini pula ya..:)


First time buat ni...alhamdulillah menjadi cuma lum pandai nk melorek corak kat atas cheese tu.....nampak sgt tak cun ...btw kena try lagi nanti.

Source: Kak Yatie
Bahan-bahan Brownies :

  • 250g butter
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
  • 1 tsp baking powder*
  • 1 tsp soda bikarbonate*
  • 1 tsp esen vanilla
Cara-cara:

  1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
  6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
  7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
* Bergantung pd oven masing2...saya tambah 10 minit lagi..


Bahan-bahan lapisan cheese:
  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor
  • 1 biji telur gred B
Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese hingga gebu.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

19 Jan 2011

Bun Pandan Inti Kelapa



Assalammualaikum dan salam sejahtera semua....layan  roti lagi...haha semalam tak sempat nk n3 coz ptng tu ada appoiment with doc pastu blk tu merayau-rayau pulak sorang-sorang  kat shopping mall sementara tunggu mr.hubby blk keje tu jln ler....puas ati dapat jln sorang boleh tgk brng yg berkenan lama2 sikit...kebetulan lak ada sale  lagi sukalah...:D

Resepi ni saya intai drp Ros Jintan Manis yg memang saya suka sgt nengok roti-roti yg dibuat oleh Ros dan tak sabar rasanya nk mencubanya....kalau ada org nk mkn maunya juga hari-hari meroti....hehe Btw thanks a lot to Ros coz berkongsi resepi ni....memang sedap roti bubuh inti ni...teringat masa kecik2 dulu selalu beli roti ni kat benggali jual roti sampai dia panggil saya menantu tiap kali pi beli roti kat dia...nostalgia betul dh mati agaknya benggali tu pun.


Source: Ros Jintanmanis
Bahan-bahanya( Bahan Doh) 
250 gram tepung roti
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
2 sudu besar water roux
120ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
sedikit pewarna hijau (saya bubuh pandan emulco)
(Bahan Inti)
3/4 cawan kelapa kering+1sudu besar gula+1 sudu besar gula merah+ satu helai daun pandan
(Bahan topping)
sedikit kelapa kering

Caranya
1. Buat Inti Kelapa, didalam kuali campur kelapa kering bersama gula merah dan gula putih serta sehelai daun pandan, letakkan juga sedikit air, gaul sebati dan kacau beberapa minit angkat dan ketepikan.
2. Kalau ade breadmaker (BM) boleh masukkan semua bahan Doh dan pilih menu Uli dan On je, kalau takde masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan topping, dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
 3. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
 4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan isi bun dengan satu sudu kecil inti kelapa, susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian glis roti dengan 1 sudu kecil susu+beberapa titik madu dan tabur dengan kelapa kering. Bakar pada suhu 180 darjah selama  20-22 minit, atau sehingga permukaan bun perang.
5. Setelah masak sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

17 Jan 2011

Puding Caramel Marble Coklat


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..Sejuk-sejuk kat sini layan  puding ni sedap juga....kalau kat sini lepas buat tak payah masuk peti ais utk sejukkan letak jer kat balkoni kat luar ni pastu dh leh mkn dah. Biasanya kalau cuaca sejuk mcm sekarang ni  saya selalu simpan brng kat luar jer coz temp kat luar umah ni lbh sejuk drp peti sejuk yg dlm umah ni....kekadang kalau tak muat letak jer kat luar senang.

ok ceter pasal n3 hari ni puding caramel ni asal resepinya caramel berlapis tapi disebabkan nk cepat tadi saya lambat lak nk buat lapis-lapis saya main campak jer semua....so jadilah caramel marble pula....cuma tak lawa mcm yg berlapisla rupanya tapi rasanya tetap sama dan sedap.


 Ok resepi asal Disini ...terima kasih kerana berkongsi resepi...izinkan saya berkongsi disini pula ya..:)

Bahan A
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur
3 s/b serbuk koko/ 1 s/k serbuk nescafe /  1s/k pes coklat

Bahan C
2 s/b gula (hanguskan) / 2s/b madu

Cara
1. Kacau bahan A dan bahan B dlm 2 bekas yg berasingan..dan tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3. Masukkan gula hangus / madu dlm loyang 8x8 inci.
4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan B secara berselalang seli dan kukuskan sehingga masak
5. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan.
6. Potong dan hidangkan bersama choc sauce jika suka.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers