Assalammualaikum dan salam di hari minggu buat semua.
12 Mei tiba lagi...specialnya bulan mei ni bila ianya disambut oleh setiap orang yang bergelar jururawat. Mungkin ramai yang sedia maklum saya bekerja sebagai jururawat tapi buat masa ini terpaksa korbankan kerjaya saya itu buat sementara dulu kerana bercuti tanpa gaji untuk menemani suami bertugas disini. Walaupun masih bercuti tapi ingatan untuk bertugas dan rindu nak memakai uniform putih tak pernah saya lupakan.
Kata ucapan yang dipetik dari berita harian online :
Sungguhpun ramai pihak beranggapan kerja sebagai jururawat tidak sukar, tetapi ia sebenarnya amat mencabar. Apa tidaknya, waktu kerja mereka tidak sama seperti seperti orang lain yang bertugas 9 pagi hingga 5 petang, sebaliknya jururawat ada syif malam. Dengan keadaan masing-masing yang mempunyai peranan sebagai isteri, ibu serta menantu, tulus saya katakan jururawat sememangnya istimewa. - Dame Ramziah Ahmad, Presiden Persatuan Jururawat Malaysia (MNA)
Mengimbau kenangan semasa saya dalam latihan kejururawatan dulu setiap bulan mei adalah bulan sangat sibuk dengan persiapan menjayakan hari Jururawat sedunia ini. Macam-macam aktiviti yang dijalankan. Ketika dalam latihan lagi kami diajar untuk menghargai kerjaya yang mulia ini. Bila dah bekerja sambutan ini tetap diteruskan ditempat saya bertugas pula yang mana setiap tahun kami ada jamuan makan malam untuk semua jururawat yang biasa diadakan di hotel. Pada malam tu, semua akan bergaya dengan memakai pakaian yang berwarna ceria dan kelihatan cantik belaka. Setiap orang diberikan peluang untuk menunjukkan persembahan mengikut minat dan bakat masing-masing. Biasanya mengikut wakil kumpulan dari setiap klinik. Macam-macam gaya ada...ada yang menyanyi, berlakon dan menari. Memang terhibur dengan bakat terpendam yang ada pada setiap mereka dan terasa seronok setelah penat lelah kita bekerja dapat diraikan dengan sambutan begini.
Hari Jururawat sedunia adalah hari yang bukan saja untuk menghargai kerjaya seorang jururawat sahaja tetapi haruslah diambil kira sebagai satu medan untuk para jururawat muhasabah diri bagi melihat sejauh mana pekerjaan ini kita sandarkan seperti mana kita membuat tapak semaian yang mana hasilnya akan kita tuai di akhirat kelak. Kerjaya yang mulia ini bukan saja boleh dijadikan satu sumber pendapatan tapi juga kelebihan dan ganjaran yang banyak juga kita perolehi sekiranya kita dapat bekerja dengan hati yang jujur dan ikhlas.
Memang tak dapat dinafikan ada segelintir jururawat yang kurang komited terhadap kerjaya ini tapi janganlah mudah sekali menghukum seseorang itu kerana jururawat juga adalah seorang insan biasa yang tak akan lari daripada melakukan kesilapan. Memang agak sukar untuk memuaskan hati semua pihak walaupun kita dah bagi yang terbaik tapi bilamana kita berada pada situasi yang sama kita lebih memahami semuanya.
Syukur alhamdulillah saya berasa amat bangga bila saya berpeluang menceburi bidang kerjaya ini. Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya dapat dan dalam masa yang sama saya juga turut merasakan mendapat hidayah disebalik semua pengalaman itu bagi meneruskan kehidupan seharian. Betul cakap orang bahawa menjadi seorang jururawat itu adalah mereka yang terpilih. Syukurlah pada mereka yang telah terpilih dan hargailah kerjaya ini sebaik mungkin. Berhadapan dengan nyawa setiap pesakit memang satu tanggungjawab yang besar tapi satu kepuasan bilamana melihat pesakit kembali sihat dan menghargai kita. Itulah hadiah yang paling bermakna sekali.
Selamat hari jururawat sedunia buat semua yang bergelar jururawat dan yang akan bergelar jururawat tak kira dimana saja anda berada. Teruskan berbakti pada semua.
Sempena di bulan mei ni juga saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan selamat hari Ibu buat ibu saya yang jauh dimata..hanya doa saja yg mampu saya kirimkan setiap hari buat ibu yg saya sayangi. Tak lupa buat semua yang bergelar ibu dan juga selamat hari guru juga buat semua yang bergelar guru...semoga hari-hari yang dilalui penuh keceriaan disamping insan-insan tersayang..salam buat semua:D
Sempena di bulan mei ni juga saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan selamat hari Ibu buat ibu saya yang jauh dimata..hanya doa saja yg mampu saya kirimkan setiap hari buat ibu yg saya sayangi. Tak lupa buat semua yang bergelar ibu dan juga selamat hari guru juga buat semua yang bergelar guru...semoga hari-hari yang dilalui penuh keceriaan disamping insan-insan tersayang..salam buat semua:D

























Helsinki Time
Georgetown Time