Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

20 Jun 2012

NASI LEMON

 Assalammualaikum semua
Hari ni nak sharekan menu tertangguh lagi...buat nasi ni masa sebelum pergi bercuti hari tu lagi. Nasi lemon ni memang sedap bagi yang suka nasi beraroma macam ni bolehlah mencuba. Saya gandingkan nasi lemon ni dengan lauk kambing lemon bermadu. Nanti saya sharekan resepi lauknya pula. Boleh juga dimakan dengan apa-apa saja jenis lauk yang lain juga.

Resepi asalnya dari buku resepi kenduri kahwin Pak Engku yang telah dikongsikan bersama oleh Kak Liza@ Intai Dapur. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal Pak Engku dan kak Liza yang berkongsi resepi ni. 

RESEPI NASI LEMON PAK ENGKU

Dari buku Resipi Kenduri Kahwin Pak Engku
Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi
100 gm marjerin
1/2 tin susu cair
1/2 s/t serbuk kunyit 
1 biji lemon ( parut dan ambil jusnya)
1 liter air
Garam, serbuk perasa
100gm kismis (Nieza tambah)
Bhn-bhn tumis:
3 ulas bawang merah - dikisar halus
2 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus (Nieza tambah)
1 batang kulit kayu manis (Nieza tambah)
5 kuntum bunga lawang (Nieza tambah)
1 tangkai daun sup - potong
1 tangkai daun pudina


Cara Memasak
1.  Panaskan marjerin dan masukkan bahan-bahan kisar, goreng hingga garing.
2. masukkan bahan tumisan yg lain hingga naik bau.
3. Masukkan air, susu cair, serbuk kunyit / pewarna, garam, serbuk perasa, lemon parut dan kacau sebati.
4. Akhir sekali, masukkan beras dan biarkan hingga masak separuh kemudian taburkan kismis.


23 May 2012

Nasi Epal



Assalammualaikum semua
Lamanya tak bersiaran kat sini ... maaflah 2-3 hari ni memang saya tak bw pun. terima kasih pada yang sudi singgah sini nanti free saya kunjung balas balik yer. Bukan saja tak nak update blog ni tapi agak kurang sihat sikit 2-3 hari lepas saya sakit kepala sampai dengan gigi pun terasa sakit sekali. Bila dah jadi mcm tu saya kena hadkan penggunaan laptop ni...kalau online pun guna ipad jer tapi susah pula nak menaip guna ipad tu.

Alhamdulillah semalam dah ok dah dapatlah berpuasa 1 Rejab. Walaupun berpuasa pada masa sekarang lebih panjang masanya dari biasa bukanlah menjadi halangannya. Sekarang ni waktu subuh kat sini dah semakin awal... subuh semalam seawal jam 2.30pagi dan maghrib pula jam 10.15malam. Bulan depan lagi awal beza waktu isyak dan subuh hanya 1 jam lebih saja. Hampir 20 jam juga masa berpuasa semalam tu. Memang agak mencabar kalau tak biasa tapi dengan cuaca kat sini yang tidak terlalu panas membuatkan tak adalah saya rasa sangat. Alhamdulillah semalam dapat berbuka bersama mr.hubby yang sama-sama juga turut berpuasa. Dah tak lama dah nak sampai bulan Ramdhan kan, Semoga kita semua dipanjangkan usia untuk melaksanakan ibadah puasa lagi tahun ni...InsyaAllah.


Oklah ceter pasal n3 hari ni menu saya berbuka puasa semalam ni. Tak larat nak buat n3 semalam..so..hari ni jer la saya sharekan. Menarik nasi epal ni bila pertama kali tgk kak Amie sharekan dulu saya terus copy dan baru semalam berkesempatan nak cuba. Menu berbuka saya semalam semua menggunakan epal hijau sebagai bahan utamanya. Kira menu sihat la kan dan epal hijau amat sesuai bagi yang nak mendietkan diri tu:D  

Memang sedap kalau makan dengan kerabu epal dan ikan kukus epal. Nanti saya sharekan resepi kerabu dan ikan kukus tu pula. Terima kasih pada kak Amie kerana berkongsi resepi nasi ni yer dan izinkan saya berkongsi disini pula:D


Sumber resepi asal: Majalah RASA Februari 2011
Resepi   :   Nasi Epal
sumber : Kak Amie

Bahan-bahan:
1250 gram beras - cuci bersih
50 gram bawang putih - ketuk
2 helai daun pandan
4 sudu makan marjerin
1250 air rebusan ayam (Nieza gantikan dgn kiub ayam)
2 biji bawang besar - mayang halus
2 biji epal - potong kiub
250ml jus epal
garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng utk hiasan (nieza tambah)

Note: * resepi nasi diatas ni agak banyak sukatannya tapi Nieza hanya masak untuk 2 orang makan saja so...nieza kurangkan sukatan semua bahan diatas kecuali jus epal dan sukat air mengikut sukatan beras yang digunakan.*


Cara:
1. Panaskan marjerin di dalam periuk -
2. Tumis daun pandan, bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan beras dan kacau rata. 
(Kak Amie tambah setitik pewarna Green Apple Nieza pun sama ikut bubuh juga pewarna hijau).
4. Masukkan air rebusan ayam, jus epal dan sedikit garam. Kacau sebati. 
5. Tanak nasi hingga masak dan masukkan epal. Biarkan kering. Masukkan kismis.
6. Angkat dan masukkan ke pinggan. Hidangkan.

3 May 2012

Nasi Impit Goreng Udang


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Semalam memang bz sangat sebab dari jam 9pagi keluar rumah sampai jam 4ptng masih kat rumah TYT duta. Bergotong-royong bersama isteri TYT duta dan ladies yang lain membuat karipap dan pulut panggang utk event bersama semua Malaysian kat sini hari sabtu ni. Alhamdulillah semua dah siap di frozenkan cuma tunggu masa utk digoreng dan bakar jer la hari sabtu nanti.

Biasanya macam tu lah kalau ada apa-apa program besar-besar kami akan sama-sama membuat kuih dan memasak disana. Kemudian akan dibahagikan kuih frozen tu sorang sikit bawa blk utk di masak dirumah pula pada hari jamuan tu dan bawa ke sana terus nanti.

So.. ceter pasal n3 hari ni saya masak menu simple ni jer la. Dah lama teringin nak buat sejak nampak Izah Daut  tayang memula dulu nasi impit gorengnya tu. Pastu nampak pula kak Diana tayang lagi ler terasa mcm nak cuba sebab saya tak pernah makan lagi nasi impit goreng gini. Tu yang rasa agak jakun juga pada mulanya sebab biasanya makan dgn kuah kacang jer. Tapi bila dah cuba ni memang sedap sangat la dan tak rugilah kalau nak mencuba. Resepi ni saya ambil dari dapur Kak Diana. Terima kasih pada kak Diana kerana berkongsi resepi yang sedap ni. Izinkan saya berkongsi disini pula ya.


Sumber resepi: Kak Diana

Bahan-bahan
1 bungkus besar ketupat nasi segera Adabi (2 bungkus kcil)
8 ekor udang bersaiz besar dikupas dan tinggalkan ekornya
150gm lobak masin  ( preserved salted radish )
2 ulas bawang putih _ dicincang
4 tangkai daun bawang ( boleh guna daun kucai juga ) _ dipotong 1 1/2 inci panjang
Sedikit taugeh
2 biji cili merah _ dihiris
5 biji telur
2 tbsp cili kering kisar
Minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk merebus

Bahan² A

2 tbsp sos tiram
2 tbsp sos cili
2 tbsp kicap pekat 
1 tsp kicap cair 
2 tsp sos ikan
1/2 tsp minyak bijan
1/4 tsp serbuk lada putih
1 tsp perencah pati ayam
Garam jika perlu









Cara²
  1. Rebus ketupat bersama air secukupnya seperti arahan pada bungkusan. Setelah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk dan tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak.
  4. Masukkan lobak asin dan goreng lagi seketika.
  5. Setelah itu masukkan bahan² A dan gaul rata.
  6. Pecahkan telur satu persatu ( seperti memasak telur udang kering dan klik SINI untuk rujuk step by step ) dan gaul rata.
  7. Masukkan nasi impit / ketupat nasi yang telah dipotong kecil² dan gaul dengan perlahan hingga semua bahan bergaul rata.
  8. Akhir sekali masukkan daun bawang / daun kucai, cili merah serta taugeh dan gaul.
  9. Angkat dan hidang.

23 Apr 2012

Lontong



Assalammualaikum
Bertemua kembali dengan n3 masak-masak pula. Bila dah sibuk dgn aktiviti luar tu faham jer lah yer tak sempat pun nak n3kan menu yang dimasak. Bukannya tak memasak tapi kekadang tu malas nak ambil gambar bila dah ambil gambar malas pula nak mengeditnya. Tapi bila dah ada angin rajin bolehlah sharekan kat sini...haha byk betul alasan yer..:D

Oklah n3 hari ni, saya nak ceter pasal lontong yang saya buat ni. Buat pertama kalinya juga saya masak lontong ni. Sebelum ni pernah makan jer tapi tak pernah masak sendiri. Kalau tak join blogger masak-masak sure saya tak pandai masak lontong lagi kan. Ya la kalau org Penang menu lontong ni memang jarang dimasak pun. Tapi bila dah bercampur dgn kawan-kawan luar dari pelbagai negeri masa zaman study dulu saya belajar jugalah makan semua. So...kira tekak 1 Malaysia la kan semua boleh jer. Alhamdulillah...seronok bila berpeluang mencuba pelbagai resepi masakan dirantauan org ni.

Actually, dah lama teringin nak masak lontong ni masa nampak kak Diana sharekan lontong yang dimasaknya dulu lagi tapi asyik tertangguh jer. So..hari tu ternampak tempe kat kedai aseanic tu terusla saya beli dan memang terasa nak buat lontong ni juga. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dari CMG dan Kak Diana yang berkongsi resepi yang sedap ni. Memang berbaloi buat sendiri kan.:D


 Resipi oleh : CMG @ Dapur Tanpa Sempadan 
Source: Kak Diana
Bhn²
1 biji kelapa, diparut
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 kiub ikan bilis "MAGGI" (optional)
1/2 cekak so hoon, dikerat
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
Lengkuas
CMG lupa tulis.. Jadi Diana bubuh 1 inci lengkuas_ d hiris (Nieza ikut bubuh juga)



Bahan Sayuran
1/4 biji kobis, dipotong kecil
1/2 biji sengkuang, dipotong mancis
1 batang lobak merah, dipotong mancis
10 tangkai kacang panjang, dipotong serong
2 keping tauhu, dipotong dadu sederhana besar
2 keping fucuk saiz sederhana (tauhu kering), dipotong sederhana besar dan rendam
2 keping tempe, dipotong kecil
 
1/4 ketul sawi bunga, dipotong kecil 
2 biji cili merah _ d hiris menyerong ( Diana tambah ) Nieza ikut kak Diana
Bahan Lain
Nasi impit
Telur rebus @ telur mata lembu
Sambal tumis
Serunding kelapa (optional)

Cara²
  1. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 1000ml air, ramas dan perah untuk santan no.2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, tuang santan no.2, masukkan udang kering, kiub ikan bilis, serai, bawang besar, bawang putih, lengkuas dan serbuk kunyit. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan sengkuang, lobak merah, sawi bunga dan tempe, bila lembut sedikit boleh masukkan kacang panjang, kobis dan fucuk. Biar mendidih perlahan dan masukkan tauhu. Kacau perlahan. Masukkan so hoon, basuh so hoon sejurus sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Akhir sekali tuang santan no.1 dan kacau perlahan, biar mendidih perlahan. Angkat dan boleh dihidangkan bersama nasi impit, serunding dan sambal tumis.
mcm ni la rupa tempe yang dijual dikedai aseanic kat Finland ni...dapat jugalah merasa mkn tempe kan..:D

5 Apr 2012

Nasi Lemak Kuning Tumis

 Assalammualaikum
Terima kasih buat semua teman-teman blogger dan juga teman-teman di fb yang memberi ucapan pada blog anniversary saya pada tahun yg ke-2 ni. Terima kasih pada yang sudi gantung kad dan bunga tu juga. Tiada paksaan sebenarnya cuma agak berbesar hati bila ada yang sudi. Hanya sekadar tanda penghargaan diatas sokongan semua juga saya berkongsi tarikh yang special tu bersama. Dengan sokongan yang anda berikan ni lah membuatkan blog ni masih bertahan sampai ke tahun ke 2 ni.  Semoga ukhwah yang terjalin akan mengeratkan lagi ukhwah sesama kita..InsyaAllah. Mudah-mudahan akan terus sehingga ke tahun yang seterusnya juga...apapun kita hanya merancang tapi takdir yang menentukannya.

Oklah ceter pasal nasi lemak tumis ni pula. Dah abis dah baru nak n3 kat sini. Rasanya ramai juga yang dah cuba buat nasi ni tak dapatlah nak saya listkan nama semuanya sebab nanti tertinggal pula tapi resepi ni memang lama saya simpan sejak Mamasya n3 kan memula dulu. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan juga mamasya serta semua rakan-rakan yang telah mencuba dan berkongsi resepi nasi lemak yang sangat sedap ni. Memang makan sampai bertambah-tambah nasi dibuatnya..sabar jer la kan:D


Nasi Lemak Tumis 
Resepi: Jun @ MYR
Sumber: Dapurmamasya
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi (nieza tak bubuh minyak sapi tapi lebihkan minyak biasa)



Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
pastu masak seperti nasi lemak biasa..
hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/kerang/sotong, timun, telur n ikan bilis goreng, kacang dll. 

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.


Sambal Nasi Lemak

Resepi; Oh Malaysia
Bahan-bahan (Sambal) 5-6 orang
12 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu besar cili kisar - letak 5 sb saje
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar) Nieza gantikan dengan kerang 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara
Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Biarkan seketika.
Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis/kerang. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.

20 Jan 2012

NASI LIMAU PURUT


Assalammualaikum dan salam di hari jumaat buat semua
Banyak hari tak ada n3 masak-masak ni...maaflah dah musim winter ni banyak layan salji jer. Bukannya main salji sangat pun tapi suka ambil gambar jer. Memang sejak datang sini setiap kali bertukar musim saya suka ambil gambar. Tak pernah merasa jemu walaupun musim yang datang  bertukar tu sama jer.


Oklah nak ceter pasal n3 hari ni pula..nasi ni memang sedapla dan harum jer baunya... bertambah sedap bila saya makan dengan ayam sambal siam. Resepi nasi ni ambil dari dapur kak Amie yang mana Kak Amie ambil dari dapur kak Ita. Resepi asalnya dari chef Zaidah. Terima kasih pada chef Zaidah, Kak Ita dan kak Amie yang telah berkongsi resepi nasi yang sedap ni. Izinkan saya berkongsi disini pula. Nanti saya sharekan kemudian resepi ayam sambal siam tu..ok jom layan gambar nasi yang dah abis ni:D


NASI LIMAU PURUT
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul
Sumber : Kak Ita @ Masam Manis Kak Amie



Bahan-bahan:

2 sudu besar margerin
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris

2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stok ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau

Cara-cara:
1. Panaskan margerin di dalam periuk
2. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
3. Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
4. Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stok ayam dan beras. Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering.
5. Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau. Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.



8 Jan 2012

Mutton Biryani



Assalammualaikum dan salam dihujung minggu buat semua. Jarang-jarang update blog hari minggu ni tapi hari ni mcm malas nak keluar pula. Cuaca hari ni rasa sejuk betul temperature dah turun ke -15degreee celsius dah hari ni. Bila dah tak keluar ni bolehla update blog ni.


Menu nasi biryani ni memang fav mr.hubby selalu jer order nak mkn. dah banyak kali juga saya masak nasi biryani ni cuma malas jer nak n3 sebab menu sama jer rasanya.Cuma kali ni saya nk try paste biryani ni pula coz sebelum ni saya hanya gunakan rempah biryani shan  so..saya sharekan jugalah. Masih menggunakan cara memasak yang saya belajar ngan my maid masa kat dhaka dulu. Tapi resepinya saya olahkan mengikut citarasa saya dan suami jugalah. Bagi yang ingin mencuba bolehlah mencuba resepi ni tapi kalau tak ada  paste biryani mcm saya gunakan ni boleh gantikan dgn rempah biryani yg lain juga.

Bahan-bahan:
1/2 kg daging kambing + tulang
3 cwn beras basmati  direndam 30 minit dan dicuci, toskan
41/2 cwn  air atau secukupnya
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
1 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron) (nieza tak bubuh)
1 packet rempah beriyani ataupun paste biryani
1/2 biji lemon
1/2 cawan yogurt
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
Garam secukup rasa
1 kiub kambing 

Bahan Tumisan:
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
2cm halia di potong halus
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
2 sudu minyak sapi dan sedikit minyak masak untuk menumis


Bahan-bahan tabur
1/2 cawan kismis
1/2 cawan  kacang gajus, digoreng hingga kekuningan
1/2 cawan bawang goreng
2 helai daun pandan, disimpul


Cara penyediaan nasi
1. Cuci bersih beras dan toskan
2. Kemudian masaklah nasi putih mengikut sukatan air seperti biasa dalam periuk rice cooker dan biarkan nasi masak dengan sendirinya.
3. Sementara menunggu nasi masak bolehlah sediakan bahan untuk memasak daging kambing bersama rempah beriyani pula.


Cara penyediaan daging kambing:
1. Cuci bersih daging kambing dan tos kan. Kemudian rebuskan daging kambing sehingga empuk. Bila dah empuk tutup api dan ketepikan dulu.
2. Dalam periuk yang lain, panaskan minyak sapi dan campurkan dgn sedikit minyak masak. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan goreng sehingga wangi kemudian masukkan  kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah biryani atau paste biryani dan kacau sebentar.
3. Kemudian masukkan daging kambing  yang direbuskan tadi dan sedikit air rebusan daging tadi dan masak sehingga daging masak dan sebati dgn rempah biryani tadi. Masukkan yogurt, kiub kambing dan garam secukup rasa.
4. Masukkan nasi putih yang telah siap dimasak tadi ke dalam tumisan rempah biryani ni dan masukkan karot, cili merah, kismis , dan gajus yang digoreng tadi.
5. Kacau nasi putih tadi sehingga sebati dgn rempah dan daging yang dimasak.
6. Bila dah masak bolehlah diangkat dan dihias dgn bawang goreng.siap untuk dihidangkan..selamat mencuba:)



4 Jan 2012

Nasi Ayam Ipoh


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua
Menu berbuka puasa saya hari ni makan nasi ayam ipoh ni la. Lama dah nak buat nasi ayam ni tapi asyik tertangguh jer bila berpuasa ni selera makan tu lain la sikit kan. Tapi tak ada lah susah sangat masak nasi ayam ni..nampak resepi mcm rumit tapi bila dah buat senang jer sebenarnya.


Oklah terima kasih pada tuan empunya resepi ni Quinnie ...pernah ternampak juga kat dapur  k.Zai@TeratakimpianDapur MamasyaKak Sofea dan mungkin ada lagi yang dah cuba kan so...terima kasih pada semua yang telah berkongsi resepi ni. Memang sedap terutamanya sambal kicap yang pedas-pedas tu..dan memang tak rugi kalau nak mencuba. Izinkan saya berkongsi resepi disini pula yer Q.


Nasi Ayam Ipoh
Resepi asal;quinnie @ MYR

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega 
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( optional )
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 batang daun bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu ( akak x letak)
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah 
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam & gula secukupnya 
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili padi
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya 
  • 2 sb sos tiram
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) 
    • *BAHAN TAMBAHAN*
    • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara-cara


  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasi, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasi masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkuk besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.


Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers