31 Dec 2010

Talam Tokyo

Assalammualaikum dan salam tahun baru semua.....n3 terakhir dalam thn 2010 Sebelum kita melangkah ke tahun 2011. Masa berjalan seperti biasa cuma angka saja yg berubah tapi adakah kita juga akan berubah? tepuk dada tanyanlah iman....insyaAllah sama-samalah kita berdoa semoga kedatangan  tahun baru 2011 nanti  akan lebih baik drp tahun yg sebelumnya. 

oklah berbalik semula pada tajuk n3 saya hari ni....ceta pasal kuih talam tokyo ni pula. Tak pasti juga kenapa namanya talam Tokyo kan ...org Tokyo buat ke atau org M'sia dok Tokyo yg buat...apapun jom layan ...


kuih talam ni buat semalam lagi sambil memasak mkn mlm tu sambil tu la juga saya buat kuih talam ni.....tak la susah sgt...bila dh siap tu baru lah tau kuih ni lbh senang drp kuih-kuih talam yg pernah saya buat sebelum ni.
Pagi tadi mr.hubby dh tapaukan bawa ke ofis dan ada kasi kat kwn-kwn sikit...kalau kat umah nk mkn memang tak abis.


ok resepi ni saya intai dr dapur Kak Yatie boleh juga tgk disana yer. Tapi kuih yg saya buat ni tak se cun mcm kuih kak yatie ler....hehe yg  bagi pendapat saya kak yatie dh mcm pakar buat kuih-kuih talam tu...memang suka tgk kuih-kuih yg kak yatie buat tu dh byk juga saya dh cuba resepinya.....sesiapa yg belum tgk silalah ke blog kat yatie yer.....haha promote sikit...btw terima kasih pada kak Yatie kerana berkongsi resepi kuih yang best ni....sedap!...izinkan saya berkongsi disini pula ya kak.

Source: Yatiememories.blogspot.com
Bahan Utk Lapisan Bawah
  • 1 cawan sago (cuci dan toskan)
  • 1 paket suon (bungkusan kecil, di rendam dan dipotong)
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1/2 cawan santan
  • secubit garam.
Cara-Cara

  1. Cuci sago sebentar dan toskan. Rendam suon berasingan dan potong kecil.
  2. Satukan adunan dan masukkan ke dalam loyang 8" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak. Kukus selama 15 minit dan tekankan dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Bahan Utk Lapisan Atas

  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung hong kue (ni saya tak letak coz x ada tapi saya gantikan dgn tepung gandum)
  • pewarna kuning dan hijau
Cara-Cara

  1. Campurkan semua bahan dan blend rata.
  2. Tapis dan bahagi adunan kepada dua bahagian.
  3. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi diwarnakan kuning.
  4. Tuangkan adunan kuning ke atas lapisan bawah (cakar2 sedikit lapisan sago tu, dan kukus selama 10 minit.
  5. Kemudian masukan adunan hijau dan kukus selama 20 minit lagi. Padamkan api dan biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong. Sedia dihidang.

Cerita XMas di Finland

Salam semua...selamat bercuti kepada semua warga Malaysia yang bercuti....kita kat sini tak dapat cuti pun...tak aci kan patutnya dah Malaysia cuti ofis embassy pun patutnya dapat jugalah.....tapi apa nk buat kita yg menurut perintah...hahaha.

Actually mr.hubby jer yg keja tapi saya lak yg terover ...bkn apa  kalau mr.hubby cuti tu boleh ler plan pi bercuti-cuti pulak......saya ni x kisah cuti ke x cuti ke sama jer....coz 2 thn saya bercuti lagi ler lama...bab cuti memang best tapi bab x dpt gaji tu yg x best....sabar jer lah..hehe 

ok nak ceta pasal aktiviti masa cuti christmas yg lepas....saja jer jln-jln ngan mr.hubby tgk org finland punya bazar..diorang pun mcm kita juga kalau kita nk raya meriah jer bazar...mcm2 jualan ada kan...drp mkn sampailah pakaian. kat sini pun mcm tu juga tapi x semeriah kitalah...diorang jual  cenderahati ataupun hadiah jer baju lak biasanya baju winter jer...selain itu ada juga mkn traditional yg biasanya time hari christmas jer dihidangkan. Memang dah jadi budaya diorang  sebelum mkn besar mlm christmas tu diorang akan bertukar hadiah.

ni ler diantara gerai yg terdapat disini..biasanya diorang buat ni 1-2 minggu  sebelum sambutan hari krismas 

ni pula gerai yg menjual souvenir 

 keta beroda ni ada jual mkn tradisional org finnish

saya bergambar dgn pakcik santa dan mak cik santa 



 ni hadiah drp tuan umah dan jiran-jiran dkt umah saya....semua baik-baik walaupun kita x sambut krismas ni tapi diorang ingat juga ....dh budaya diorang mcm ni so....kita hormati juga sbg tanda kejiranan kita.

bergambar bersama tuan rumah dan wifenya...tuan umah ni ler sewakan umah kat kita...alhamdulillah juga dapat tuan umah yg baik mcm ni....ni masa kat umah dia dia jemput saya dan suami jer datang lunch kat umah dia....ingatkan ramai rupanya dia dan family dia saja. Ya la maybe dia ingat nk jemput pasal masa open house raya lepas kitaorg ada jemput diorang dtng mkn-mkn kat umah.
Alhamdullillah dia pun faham apa  kita boleh mkn dan x boleh mkn...dia tau kita muslim.So...dia cuma mskkan ikan salmon dan sayuran... ada juga 2-3 jenis dessert.

 ni pulak saya gambar saya dgn wife Mr.Risto....namanya Anna....kira pangkat mak dh ni..cucu pun dh ramai dah. baik dan peramah juga orgnya byk dia cetakan pasal kehidupan di Finland....gambar bersama anak dan menantunya x sempat nk ambil coz diorang ada jemputan mkn kat lain ....ni pun dh nk blk baru teringat nk ambil gambar.

sempat lagi saya snap photo kat ruang tamu kat umah Mr.Risto...cantik dan kemas...kat meja mkn x sempat nk ambik.....ok sekian lah cerita ceriti di thn 2010 ni....kita bersambung cerita di thn 2011 pula nanti...InsyaAllah.

30 Dec 2010

Kek Gula Hangus


Assalammualaikum dan salam sejahtera....kek dah menjadi bersarang daa....alhamdulillah percubaan ke-2 telah menjadi. Dulu pernah juga buat sekali tapi x jadi sarang mcm ni.

Actually kek ni buat semalam lagi lepas msk terus tinggal tak tgk dah pun...pastu  pagi tadi baru potong utk tapaukan kat mr.hubby bawa bekal ke ofis...nampak bersarang.
bukannya jadi  sarang semut lagi tapi dah jadi sarang lebah...:D


Ok resepi ni saya intai dr dapur Kak Ayu Singapore boleh juga tgk disana yer....memang best la resepi ni. Sedap dan adunannya pun x banyak memang sesuai sgtlah dgn saya ni ...kalau byk memang berhari2 ler nk abiskan....tapi selalunya kalau byk tapaukan jer bg jiran ataupun driver kat ofis mr.hubby.

Bahan utk karamel
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega


Cara membuatnya
Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati2 sebab nanti dia meletop letop. Tutup api & cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair. Ketepikan

Bahan-bahan
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh vanilla essence

Cara memasak
1. Pukul telur sampai kembang 
2. Masukkan susu pekat and mix lagi. 
3. Tuangkan adunan kedalam blender dan tekan ON. 
4. Masukkan tepung & soda bicarbonate yang telah diayak tadi dan esen vanila. Tekan On lagi. Last baru masukkan gula hangus tadi. Tekan On lagi. 
5. Biarkan adunan dalam blender selama 3-4 jam(tertutup) untuk mendapatkan 'span' yang cantik. Selepas diperap, masukkan adunan kedalam loyang yang telah digris dengan butter(Tanpa menggodak adunan tu). 
6. Gunakan loyang 5", kalau nak kek yang tinggi( saya gunakan loyang 7" aje)Tuang adunan terus kedalam loyang dalam oven. 
7.Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit. dengan menggunakan api bawah sahaja. Balance 20-30 terakhir, pakai api atas dan bawah. Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong

Coolest Blogger Award From Mamasya




Assalammualaikum dan salam sejahtera  semua. hari ni nak gantung award yg cool ni.....actually dah lama dok peram sampai nk ranum dah...hehe 

Award ni diberi drp Mamasya yg cool juga blognya...terima kasih mamasya yg sudi bg award ni .... dgn berbesar hati saya menerima award ni mama!.....tapi tak tau la blog ni cool ke tak kan...:D


 Dah dpt award kena buat homework pula...jom kita tgk apa soalannya.
1. Apa Benda Paling Cool Dalam Hidup Korang?
masa mkn icecream Mat kool la kot... pastu dgr lagu

"Paddle Pop, Wow!
Paddle Pop, Yeah!
Super Duper Yummy!"...:P
hmm....boleh ke?....ntah ..apa-apa aje lah..

2. Siapa Orang Paling "Cool" Pernah Korang Jumpa?
Setakat hari ni rasanya my mum la kot....penyanyang..dan tegas dalam kelembutan mendidik kami adik beradik.....kalau buat salah pun mak tak pernah marah dan pukul...memang cool tapi tegur dgn cara baik....itulah wanita  yang paling saya sayang dan terhebat dalam dunia ni....hmm...rindu lak kat my mum..huhu

3. Pass Kepada 3 Bloggers
diharap sudilah menerima award ni yer....:D

29 Dec 2010

Siakap Masak Tomato


Assalammualaikum dan salam sejahtera....hari ni layan lauk ikan siakap pulak...menu utk berbuka puasa nanti...msk terawal sikit hari ni.....so bolehlah buat tayangan awal sikit. Selalu sgt dok masak ayam msk tomato kan... hari ni kita try buat ikan msk tomato pulak....boleh jer kalau nk tukar-tukar selera tu. 

Org kat M'sia dah nak minum ptg pun tapi org kat sini baru nk lunch...apa nk buat timing tak sama kan...jarak  masa 6 jam dgn waktu kat M'sia.


resepi simple jer ni rasanya semua org tau kot....main campak-campak jer kan...saya ni kalau boleh nk yg senang jer ..kalau ler ada restaurant yg boleh tunjuk2 jer lauk pauk tu ataupun pasar mlm  tu ke... lagi ler senang...hehe
tapi kalau nk mkn punya pasal terpaksa la merajinkan diri juga yg susah pun akan disenangkan juga...boleh ker?...hmmm...merepek la pula...haha jom layan resepi kat bwh..:)

Source: Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap dicuci bersih dan toskan
10 tangkai cili kering dikisar
4 biji bawang putih dikisar
2 biji bawang besar dikisar
1cm halia dikisar
3 biji cili merah dikisar
1 biji tomato dikisar
3 biji tomato dipotong 6
2 s/b sos tomato
1/2 biji capsicum dipotong nipis
1 biji bawang besar dipotong bulat
kacang pies dan jagung utk hiasan
Gula dan garam secukup rasa


Cara Memasaknya
1. Gaulkan ikan siakap dgn kunyit dan garam, panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga masak
2. Selepas itu panaskan kuali dengan sedikit minyak lagi dan tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar, dan halia sehingga berbau harum.
3. Kemuadian masukkan cili merah, kacau rata dan goreng hingga pecah minyak.
4. Selepas itu masukkan sos tomato, gula dan garam secukup rasa, kacau sehingga masak.
5. Bila sudah masak, masukkan tomato yg dipotong tadi.....angkat dan tuangkan kuah ke atas ikan yang digoreng tadi.
6.Taburkan bahan hiasan dan bawang yg dipotong bulat tadi....sedia dihidang.

28 Dec 2010

Puding Buah Kiwi


Assalammualaikum semua....actually buat puding ni sempena nk berbuka puasa hari ni....ada pulak sempena yer....hehe kalau berpuasa nk juga ada dessert2 ni.....buat pencuci mulut gitu...:D 


Berpuasa time winter ni sekejap jer rasa coz waktu siang yang pendek...jam 3pm lbh dah masuk waktu maghrib...dah pun leh berbuka puasa. Subuh lak kul 6.30am baru masuk sampai kul 9.30am baru abis... memang tak ada masalah sgt kalau nk berpuasa time ni.....kekadang lum abis msk pun tapi dah masuk waktu berbuka. 


Tapi kalau time summer pulak masa bln ramadhan yg lepas memang lama coz waktu siang yang panjang terpaksa berpuasa sampai 18jam...apa nk buat kan....dah bln puasa jatuh time summer.thn depan lak dijangka lagila lama.


Ok resepi asal puding ni saya ambik dr DTS  boleh juga tgk disana....iaitu  tuan empunya blognya CMG semua org kenal kan....blog yg sememangnya terkenal dlm dunia masak memasak ni.....saya ni kira budak junior yg baru nk bertatih jer ni....apa pun terima kasih banyak kepada CMG diatas resepi yg best ni...minta halalkan yer...dan izinkan saya berkongsi resepi  disini pula.

Bahan-bahannya
5 gram serbuk jelly "konnyaku" 
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 1/2 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
1 helai daun pandan
2 - 3 titik pewarna hijau epal
2 biji buah kiwi yang telah masak ranum* nieza bubuh 4 biji...sebab suka mkn buah kiwi
125 ml air*(*dikisar)



Cara membuatnya
1Dalam periuk, satukan air, gula, daun pandan, pewarna hijau epal dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih.


2. Alih periuk dari api, keluarkan daun pandan. Tuang puree buah kiwi tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga sebati. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.


3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit - 1 jam atau hingga keras. Hidangkan dingin sebagai pencuci mulut, jika suka boleh juga dimakan bersama susu cair dan buah2an segar.

Sup Ikan

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa!.....haha berpantun la pulak. Saja jer nk share menu dinner semlm...ada tuan umah ni datang kasi ikan hasil drp dia memancing kat laut beku tu... dia kasi 2 ekor ikan fresh.
memang baik hati betul la tuan umah ni...dia org finnish kat sini. Yang bagusnya dia kasi ikan ni dah siap bersiang...memang senang sgt ler keja saya nk memasak...:D

So....apa lagi saya msk sup ikan la sedap mkn panas-panas ...cuaca sejuk-sejuk ni memang  rasa nk mkn yg panas-panas jer ...dan boleh panaskan badan.

ni ler rupa ikan yg diberi oleh tuan rumah....tak sure kat M'sia ada ke tak ikan ni. Apa namanya x tahu la pulak....tapi memang lain rupanya lum pernah mkn lagi...isinya putih bila dah masak pun still putih lagi dan boleh tahanla sedapnya. 
resepi msk simple jer main campak-campak jer.

Source: Nurniezza.blogspot.com
Bahan-Bahan:
1 ekor  ikan 
2 biji tomato dibelah 4
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun sup dan daun bawang
cili padi (jika suka pedas)
1 batang serai
1 batang carrot dopotong nipis
1 kiub ikan
1 sudu kecil serbuk lada putih dan Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Bahan  dikisar:
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sm halia

Cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan dikisar.
2. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
3. Kemudian masukkan ikan, serbuk lada putih, garam,kiub ikan, bunga cengkih dan bunga lawang.
4. Apabila mendidih, masukkan carrot,  tomato, serai, cili padi, daun sup dan daun bawang.
5. dah siap bolehlah dimakan.

27 Dec 2010

Winter View 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua....hari ni tak ada tayang menu masak-masak yer...coz nk keluar pi window shopping.....kebetulan hari ni pula ada boxing day kat sini.....sana sinun ada sale...tu yg teruja sgt nk keluar berboxing ni dan mr.hubby lak cuti lagi ler senang ada driver kan...hihi....so..dapur pun x berasap la kalau dh keluar tu jln-jln cari mkn kat luar jer.

Ok...hari ni nk tayang gambar permandangan masa winter kat sini jer la.....Actually photography ni adalah my hobi juga suka ambil gambar....tapi lum la sampai peringkat pro....main belasah jer snap sana sini sinun.....pastu syok sendiri jer lah main edit-edit pula....saja nk isikan masa yg lapang ni kan. 
Apapun layan jer lah gambar kat bawah ni...gambar ni diambil sekitar bandar Helsinki,Finland....dan ada yg di snap dr dlm keta.
*
*
*
*
*



















26 Dec 2010

Tag Segmen Jom Berkenalan

 Assalammulaikum ... malam ni baru ada masa free sikit dan bolehlah layan tag ni...Actually dah lama dok peram tapi lum berkesempatan nk jwb...so...hari ni merajinkan diri jugalah. 
Ok tag segmen jom berkenalan ni drp Kak Lina dari blog journey of my Life dan kak Lin Rosly dari blog Citarasa Kak Lin .Terima kasih yer pada kakak berdua krn sudi berkenalan ngan saya ni.

 
ok jom kita tgk apa yg disoalnya...

Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)
Sudah  pun berstatus Puan ......iaitu sudah berkahwin.

Ceritakan tentang diri anda  (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)
Saya dilahirkan pada tanggal 14 April 1979 di Hospital Besar Kuala Lumpur...dibesarkan dan disekolahkan di Penang.....dan kg pun memang kat Penang juga. Sambung study pula dlm diploma of nursing kat Kolej Kejururawatan Melaka. Pekerjaan lak dah tentulah Jururawat kan bertugas dgn Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tapi buat masa sekarang tgh bercuti tanpa gaji sebab mengikut suami bertugas disini...so sekrng keja juga... keja dgn kementerian dlm rumah jer kat Finland ni... jadi CEO,PA,Chef,Clenner kat mr.hubby la pula....byk tul jawatan sekrng ni....hihi.

Belum ada rezeki anak lagi still menanti dan terus menanti....insyaAllah doakan sama yer.
Cita-cita lak susah juga nk jwb soalan ni coz dah tak pasti dapat mengejar semua cita-cita ke tak....actually memang ler bercita-cita utk berjaya dlm bidang yg diceburi ni kalau boleh nk sambung study sampai ke peringkat yg tertinggi dan berjaya dlm kerjaya tapi masa membataskan segalanya.....ya la hidup ni tak semua cita-cita dan impian kita tercapai kan......kurang kat lain dan lbh pula kat lain ...itulah rezeki yg ditetapkan..apapun syukur alhamdulillah..:)

 Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)
Tak ada apa yg menarik nk dipromosikan pun ...coz blog ni diwujudkan atas dasar menghilangkan rasa bosan dan kesunyian dikala keseorangan....selain drp galakan drp teman-teman di fb yg syorkan buat blog ni coz memula dulu selalu tayang gambar msk kat fb jer pastu ramai pula kwn2 yg nk minta resepi so...bila buat blog ni senang ler diorang nk rujuk. Actually blog ni bermula dgn nk bercerita suka duka semasa dirantauan org...kira mcm 2 in 1 la kan....bukan sekadar ceter msk2 saja....tapi ada juga ceter selingan xtvt saya disini...diharap anda x bosan yer...:)

Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Memang sungguh menarik .... mcm-mcm info ada...itupun kalau kita pandai nk manfaatkannya la kan....kalau tak dia akan jadi satu yg membosankan....yg baik kita contohi dan yg x baik kita tolak tepi. Bagi saya sekarang dah semakin seronok bila dapat  bertukar-tukar pendapat dan berkongsi resepi masak-masak bersama kenalan dia alam maya. Dapat jugalah saya merajinkan diri memasak dan mencuba aneka resepi utk santapan dirantauan ni...yg mana memang susah sgt nk mkn kat luar coz byk kedai x halal.

Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
kalau nk berblog ni biar dgn ikhlas hati...dan jgn pula ada rasa irihati....semua org diberikan Allah kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. walaupun blog kita sendiri tapi setiap budi bicara kena juga jaga agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak dan sensitiviti masyarakat, agama dan budaya kita.....apa yg penting kita boleh enjoy berblogging tanpa rasa stress.....itu jer lah kot nasihat dr saya yg masih setahun jagung dlm dunia blogger ni. Terpulang ler nk dgr nasihat tu ke tdk kan....aiman x kesah!!...:D


 Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
hmm...apa yg unik yer....susah nk jwb ni sebab x tahu pula kat mana yg uniknya.....hanya pengunjung jer kot yg dapat menilainya.....ada ker pengunjung yg sudi nk jawab ni??....hihi

 Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Selagi diberikan peluang dan kesempatan...Insyaallah, akan diteruskan utk berblog....kita hanya mampu merancang tapi tuhan yg menentukannya.
Semoga dgn kehadiran blog ni  boleh menjadi ikutan serta rujukan yg dimanfaatkan sepenuhnya bagi sesiapa saja dimasa hadapan. yang baik dijadikan tauladan dan yg buruk dijadikan sempadan. itu jerlah impian yg saya harapkan...bukan glamor yg dicari tapi kepuasan yg lahir dr hati sanubari.


oklah dah panjang lebar dah ulasan saya ni.....nanti bosan lak nk membaca kan....rasanya dah terjawab la kot yer semua persoalan diatas....harap k.Lina dan kak Lin berpuas ati lah yer dgn jawapan saya ni...semoga perkenalan kita ni dapat merapatkan lagi ukhwah sesama kita.

 Akhir sekali, kena tag org yg anda nak kenal sgt :
Actually kalau boleh nk kenal ngan semua org tapi  ramai sgt pulak ... so...marilah kita sama-sama kenal dgn mereka-mereka yg terpilih ni dulu....jgn marah yer kalau saya tag ni...harap sudi ler terima tag kenalan ni...:D

4. Mr.Mama
5K.Lina Pg

ok tata tati titu....:D

Salmon Goreng Pedas


Hari ni masak simple-simple jer coz lunch tadi ada jemputan mkn-mkn kat umah jiran tetangga kat sini sempena chrismas day....dah ada jemputan kena juga lah pergi kan walaupun berat sgt ati nk pergi...bkn apa risau pasal bab mkn jer la.....tapi alhamdulillah diorang ni faham agama islam so...diorang taula apa yg kita boleh mkn dan tak boleh mkn.

Diorang msk ikan salmon, ikan panggang, ubi kentang, roti ,salad dan finnish traditional food yg dibuat drp carrot dan potato jer...dan tak ada hidangan air arak. Setiap menu mkn tu dimaklumkan dulu bahan yg digunakan dan dimasak. Memang rasa terharu juga diatas semangat kejiranan yg diorang tunjukkan....bkn setakat jemput mkn saja tapi kasi hadiah lagi.....dan itulah budaya mereka.


Actually sebelum pergi tadi dah isikan perut mkn kat umah dulu dah ...nanti tak ada lah lapar sgt dan mkn tak ada lah nk mkn byk2 kan... So....saya msk salmon goreng pedas jer lah hari ni..nk abiskan stok ikan salmon yg berbaki hari tu. 
Sedap juga bila salmon ni di goreng dan dilumur dgn cili ni....bahan dan cara msk pun simple jer...maybe ramai yg dah tau kan....coz senang sgt nk buatnya.


Source: Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan
4 ketul ikan salmon / nak gunakan ikan lain pun boleh juga.
3 ulas cili merah dikisar
4 biji cili padi dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 biji bawang besar dikisar
1 biji tomato dikisar
sedikit air asam jawa
1 s/k serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 biji bawang besar di hiris bulat

Cara memasaknya
1. Lumurkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit hingga rata.
2. Panaskan minya dan gorengkan sehingga garing...dan ketepikan.
3. Di dalam kuali lain, tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga garing dan masukkan sedikit air asam jawa.
4. Biarkan kuah agak pekat 
5. Tuangkan sambal di atas ikan goreng tadi , masukkan bawang besar yg dipotong bulat dan sedia utk dihidang.

25 Dec 2010

Mee Hailam Helsinki



Salam semua....dan selamat berhujung minggu bersama family tersayang....haha hari ni tayang mee hailam pula...mkn breakfast hari ni...belasah jer la kan....sejuk-sejuk kat sini kalau boleh nk mkn yang panas-panas jer...tak kira ler siang mlm pagi ptng ke......kalau dapat mkn maggie tu lagi sedap...hihihi

saja jer bubuh nama mee hailam helsinki tu ....actually kat sini x ada jual pun mee hailam ni....sebab msk kat dapur helsinki dan resepi pulak main campak2 jer apa yg ada tu la hasilnya....tapi terlbh gelap skit...en.hubby ckp sedap juga...haha layannn....jom tgk resepi.

Source: Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan:
Mee kuning / Spaghetti...kat sini tak ada mee kuning so memang guna spaghetti jer
2-3 ulas bawang putih dicincang halus
10  ekor udang
5 ekor  ekor sotong dipotong
Sedikit lobak merah
Sedikit sayur Sawi
3 biji cili api diketuk bg yg suka mkn pedasla...taknak letak pun boleh
3 s/k sos tiram

3 s/k cili mesin3 s/k kicap manis
Sedikit tepung jagung dibancuh dgn sedikit air untuk memekatkan kuah
1 kiub ayam

1s/k serbuk lada
Air untuk kuah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.
Daun bawang,daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Cara penyediaan:
1. Rebus spaghetti sehingga kembang dan lembut kalau gunakan mee kuning cuma celurkan dlm air panas saja dan toskan.

2.Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.
3. Masukkan cili mesin dan masakkan sebentar sehingga cili cili masak
4. Masukkan air, sos tiram, sos cili, kicap dan kiub ayam.apabila mendidih masukkan udang dan sotong.
5. Setelah itu masukkan sayuran dan tepung jagung tadi.kacau seketika kemudian masukkan mee kuning tadi didalam kuah...kacau sebentar, rasakan garam dan bolehlah dihidangkan.
6. Hidangkan mee bersama bahan hiasan seperti hirisan daun sup,daun bawang dan bawang goreng.


24 Dec 2010

Ikan Salmon Masak Asam Pedas


Salam dihari Jumaat....penghulu segala hari. Hari ni msk simple jer layan lauk asam pedas la pula....ikan salmon pun boleh  msk asam pedas juga tau.

ha dok sini tak ada pilihan ikan yg fresh...kalau nak mkn ikan fresh ikan salmon dan seangkatan dgnnya saja ada .....ikan apa tu...tak tau namalah pula....mcm-mcm jenis ikan ada kat sini tapi  lain dgn tempat kita...dan  tak ada ikan-ikan mcm kita kat M'sia tu. 
Kalau nk mkn juga ikan dr Asia kenalah beli ikan yg difrozenkan dan diimport dr sana...tapi tu la ada rupa tak ada rasa...sebab dah beku dgn aiskan....apa nk buat makan jer lah kan.

So...mcm -mcm dah saya msk dgn ikan salmon ni...tapi memang sedap lemak-lemak gitu....kalau kita masak berkuah mcm ni dia akan keluarkan minyak ikan. So..bila masa x perlu letakkan minyak yg byk...ok resepi sure semua dah tau kan...masakkan yg simple jer ni cuma maybe cara memasak jer yg berbeza...so jom kita tgk resepi style saya pula.

Bahan-bahan
4 ketul ikan salmon ataupun apa-apa jenis ikan
3 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
100gm cili kering yg dikisar
3 tangkai daun kesum
2 batang serai diketuk
4 biji kacang bendi
3-4 ulas bawang putih dikisar
2 biji bawang besar dikisar
1cm halia dikisar
2cm kunyit hidup dikisar
1cm lengkuas dikisar
1cm belacan dibakar
1 kuntum bunga kantan dihiris 2
2 biji buah tomato dipotong 4
Garam dan gula secukup rasa


Cara memasak
1. Tumis bahan-bahan yg dikisar bersama cili kering yg dikisar sehingga naik baunya.
2. Masukkan air, asam jawa, bunga kantan, daun kesum, serai, dan belacan.
3. Setelah mendidih, kacau sebentar dan masukkanbunga kantan, ikan salmon, kacang bendi,buah tomato dan garam secukup rasa.
4. Bolehlah dihidangkan.

23 Dec 2010

Beef Steak Vegetable with white Sauce

Assalammualaikum  semua..semoga sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya....kat sini hari ni cuaca sejuk sgt... sejuk yg melampau la juga...melampau bg saya yg x tahan sejuk ni la kan .....ngehx3....pagi tadi tgk lowest temp dah
 -22 degree Celsius kat luar umah la.....dlm umah pulak dlm 16 degree C sejuk juga...memang sejuk bekulah dibuatnya...org pun dh nk jadi ketul ais...hihi.....tapi sabar jer lah kan..:D


ok hari ni tukar selera western food la pulak....cepat dan senang coz hari ni nk keluar pi shopping-shopping mcm2 nk dibeli ....especially brg-brg dapur la yg penting kan utk stok coz esok kedai dah start tutup sempena cuti kristmas kat sini.....memang susah nk beli brng last year dah ada pengalaman dah semua kedai tutup so...this year kena ready awal-awal.


ok ceter menu ni memang biasa mkn org finnish kat sini...cara msk diorang ni senang jer main rebus dan panggang jer...actually bagus utk kesihatan...tapi x byk pilihan la mcm mkn kita kan mcm-mcm ada kan....ok jom kita tgk resepi dan cara membuatnya, Saya tgk gambar drp majalah msk-masak org finnish la ni....dan saya ubahsuaikan sikit resepi ni ikut citarasa saya juga. Citarasa org Malaysia juga lah kan...:P

Bahan Sayuran
4-5 biji mini tomato...nk gunakan tomato besar pun boleh 
2 biji kentang di potong 4 kemudian direbus dan dibakar sampai kekuningan dgn api yg perlahan
4 biji mini carrot -boleh juga gunakan carrot yg panjang tu juga kemudian  dipotong kecil dan direbus
Sedikit sayur broccoli dipotong kecil dan dicelur sekejap dalam air panas
2-3 batang asparagus di celur dlm air panas


Bahan untuk daging 
3 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
1 batang serai *
1 inci halia *
sedikit lada hitam *
2 s/k sos tiram
3 s/k kicap pekat
2 s/k madu


Cara sediakan daging
1. Kisarkan bahan yg bertanda * sehingga halus
2. Sediakan daging yang dipotong lebar setebal 1 cm
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan .....saya perap semalaman
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Kemudian masukkan daging dlm oven dan bakar sekejap dgn suhu 160 degree C
6. Angkat daging dan sediakan sos


Bahan-bahan untuk sos
2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 cawan cheese yg diparut
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum/tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
1/2 s/k serbuk lada putih
Secubit garam


Cara sediakan sos putih
1. Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang.
2. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
3. Letakkan daging dan tuangkan sos putih diatas daging.
4.Hidangkan bersama sayuran tadi.
5.Boleh juga dimakan bersama bahan lain spt kentang goreng,jagung manis, ubi keledek, mixed vagetables dan sebagainya ikut citarasa maing-masing.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers