29 Dec 2010

Siakap Masak Tomato


Assalammualaikum dan salam sejahtera....hari ni layan lauk ikan siakap pulak...menu utk berbuka puasa nanti...msk terawal sikit hari ni.....so bolehlah buat tayangan awal sikit. Selalu sgt dok masak ayam msk tomato kan... hari ni kita try buat ikan msk tomato pulak....boleh jer kalau nk tukar-tukar selera tu. 

Org kat M'sia dah nak minum ptg pun tapi org kat sini baru nk lunch...apa nk buat timing tak sama kan...jarak  masa 6 jam dgn waktu kat M'sia.


resepi simple jer ni rasanya semua org tau kot....main campak-campak jer kan...saya ni kalau boleh nk yg senang jer ..kalau ler ada restaurant yg boleh tunjuk2 jer lauk pauk tu ataupun pasar mlm  tu ke... lagi ler senang...hehe
tapi kalau nk mkn punya pasal terpaksa la merajinkan diri juga yg susah pun akan disenangkan juga...boleh ker?...hmmm...merepek la pula...haha jom layan resepi kat bwh..:)

Source: Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap dicuci bersih dan toskan
10 tangkai cili kering dikisar
4 biji bawang putih dikisar
2 biji bawang besar dikisar
1cm halia dikisar
3 biji cili merah dikisar
1 biji tomato dikisar
3 biji tomato dipotong 6
2 s/b sos tomato
1/2 biji capsicum dipotong nipis
1 biji bawang besar dipotong bulat
kacang pies dan jagung utk hiasan
Gula dan garam secukup rasa


Cara Memasaknya
1. Gaulkan ikan siakap dgn kunyit dan garam, panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga masak
2. Selepas itu panaskan kuali dengan sedikit minyak lagi dan tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar, dan halia sehingga berbau harum.
3. Kemuadian masukkan cili merah, kacau rata dan goreng hingga pecah minyak.
4. Selepas itu masukkan sos tomato, gula dan garam secukup rasa, kacau sehingga masak.
5. Bila sudah masak, masukkan tomato yg dipotong tadi.....angkat dan tuangkan kuah ke atas ikan yang digoreng tadi.
6.Taburkan bahan hiasan dan bawang yg dipotong bulat tadi....sedia dihidang.

8 comments:

  1. Nieza..k.mas pun suka masak siakap macam ni..sedapp kan... siakap kt sana sama ke mcm kt sini..he..he,.

    ReplyDelete
  2. ya K.Mas..memang sedap...ikan siakap ni sama jer mcm kat sana juga diimport dr sana....kat market sini tak ada jual la ikan mcm ni...we all beli yg frozen jer.

    ReplyDelete
  3. salam nieza...merah nyerr mak ngah ikan tuh..kuss semangat...hehehe..

    ReplyDelete
  4. salam mokwo, merah cahaya lampu sama tu....hehe

    ReplyDelete
  5. Nieza - sedap nyer....kalau dekat mau minta antar sikit

    ReplyDelete
  6. haha boleh2 nanti pos laju yer...hehe

    ReplyDelete
  7. Salam Nieza,
    Mmng sedap siakap masak mcm ni...teringat akak masa kat US...nak dpt ikan fresh susah..so guna ikan frozen je...tapi sedap gak kan..

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Yatie,
    ya la betul la kak... dah tak ada tu ikan frozen pun jadilah kan...nasib baik ada kedai aseanic yg jual brng basah import dr Thailand ni dapat ler merasa juga ikan dr sana.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers