4 Jan 2012

Nasi Ayam Ipoh


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua
Menu berbuka puasa saya hari ni makan nasi ayam ipoh ni la. Lama dah nak buat nasi ayam ni tapi asyik tertangguh jer bila berpuasa ni selera makan tu lain la sikit kan. Tapi tak ada lah susah sangat masak nasi ayam ni..nampak resepi mcm rumit tapi bila dah buat senang jer sebenarnya.


Oklah terima kasih pada tuan empunya resepi ni Quinnie ...pernah ternampak juga kat dapur  k.Zai@TeratakimpianDapur MamasyaKak Sofea dan mungkin ada lagi yang dah cuba kan so...terima kasih pada semua yang telah berkongsi resepi ni. Memang sedap terutamanya sambal kicap yang pedas-pedas tu..dan memang tak rugi kalau nak mencuba. Izinkan saya berkongsi resepi disini pula yer Q.


Nasi Ayam Ipoh
Resepi asal;quinnie @ MYR

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega 
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( optional )
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 batang daun bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu ( akak x letak)
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah 
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam & gula secukupnya 
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili padi
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya 
  • 2 sb sos tiram
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) 
    • *BAHAN TAMBAHAN*
    • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara-cara


  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasi, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasi masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkuk besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.


29 comments:

  1. Salam Nieza,
    Ada orang dah terliur tengok nasi ayam Nieza ni. Esok orang tu dah minta masakkan nasi ayam. hehhe..... :)

    ReplyDelete
  2. Ijan:
    w.salam...haha zul dah tgk nieza tayang pic kat fb la tadi tu..kena buat la tu ijan.kesian lak kat org tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Yong,

    Ipoh kat mana ni?

    Akak tak penah buat nasi ayam, dan jarang dpt makan yg sedap. Nanti nak try buat.

    ReplyDelete
  4. Nieza,

    sedapnya nasi ayam tu...akak lapar nie...dh sepinggan nasi ayam tu boley ke Nieza?? Hahaha....

    ReplyDelete
  5. salam nieza - Cantik gambar nasi ayam nieza, kak lina mmg dh jatuh cinta dgn nasi ayam ipoh ni..satu keluarga suka...my sister pun dah suka...ramai yg minta recipe...sesiapa yg tak buat lagi tu boleh la cuba..mmg tak rugi kan

    ReplyDelete
  6. kalau dapat buat sendiri lebih puas hati kan nieza.
    Dah lama juga akak tak mkn nasi ayam..jadi teringin pulak :)

    ReplyDelete
  7. x sangka ye..kita serupa...hehehe

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum nieza..
    saya suke sambal kicap nasi ayam ipoh ni. kalau buat nasi ayam akan saya guna resepi kicap dia

    ReplyDelete
  9. la senang ke nieza?
    akak ni kan dah lama simpan resepi tapi tak buat2 sbb rasa macam leceh je nak membuatnya..tapi suatu hari nanti walau macam mana pun akak mesti cuba jugak nih..:)

    ReplyDelete
  10. tun dah lama betul x buat nasi ayam. agak2 kene tunggu puasa jugak baru rajin sket nk buat utk berbuak. hehe... dh save dh resepi kak Q ni, sbb tgh duk gilakan minyak bijan =)

    ReplyDelete
  11. sedap sgt ayu suka recipe ni
    dah buat last weeks rasanyer

    ReplyDelete
  12. as-salam kak Nieza
    Sedapnya nasi ayam ipoh...tengok ayam tu..sedaaappp mmmm...simpan resepi dulu..senang blh cuba ni..

    btw hari tu ady npk kak nieza buat talam pandan kacang merah menarik dan cantik ady tgk talam tu..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Nieza,
    waduh akak lapar sungguh leeerrrr bila tngk set nasi ayam ipoh ni..kegemaran anak2 nasi ayam ni...lenkali nak cuba resepi ni plklah..

    ReplyDelete
  14. salam nieza...akak pun xpernah try lg buat nasi ni, takut tgk resepi yg pjg berjela...hahahaa

    ReplyDelete
  15. kegemaran anak2 akak ni nieza nasi ayam..boleh akak cuba yang ipoh punya pulak pas ni..biasa kalau buat sambal kicap tu akak tak masukkan tepung jagung..leh cuba yang ni pulak

    ReplyDelete
  16. sebelum ni reti makan je... masak tak tau.. kalau ada masa free ataicha cuba la bakat masak ikut resepi ni.. harap2 menjadi.. hehehehe

    ReplyDelete
  17. Aslmkum Nieza.aaa..akak pernah buat nasi ayam Ipoh...mmg sedap.tengok Nieza hidang ni rasa nak buat lagi....

    ReplyDelete
  18. Assalam Nieza..jauhnya nasi ayam nieza..kena naik kapal terbang sampai ke ipoh..
    dah tentu sedapkan nieza

    ReplyDelete
  19. kak nieza..cantiknya mangkok sup akak tu...duk pegi usha mangkok dulu lak...hehhehe...terima kasih kak cuba resepi ni..:)

    ReplyDelete
  20. Assalam nieza,
    memang recipe nasi ayam ipoh ni dah menjadi my family favourite, kalau buat nasi ayam mesti guna recipe ni..lagi ditambahkan dgn gamabr yang macm dah dekat aje kat mulut ni..lagilah kecur akak tengok..huhu

    ReplyDelete
  21. isk2 masuk sini je, mesti lapar perut. lg2 sejuk2 kat sini. nmpk menyelerakan sungguh. apa eh beza ngan nasi ayam biasa? cara tumis nasi kot. hehe..:D

    ReplyDelete
  22. salam Nieza..terpikat dengan mangkuk kecik tiga beradi tu :)..tak pernah cuba nasi ayam ipoh ni insyallah kena cuba

    ReplyDelete
  23. aiyoooo... sangat sedap ini nasi ayam..!!!

    ReplyDelete
  24. adussss... sungguh menggoda! tak cukup sepinggan Nieza... kak Amie nak tapau 2 pinggan!

    ReplyDelete
  25. alhamdulillah dikurniakan lagi rezeki dan nikmat hidangan yang sangat menyelerakan! :)) gonna have a try on this too! hehehehe.

    ReplyDelete
  26. Terlewat kak cek ni...emmm...sedapnya nasi ayam ni....bestnya kalau dapat makan sepinggan ni..:)

    ReplyDelete
  27. wahh..terasa lapar pula bila baca ;DD
    tak pernah makan nasi ayam ipoh

    ReplyDelete
  28. nieza... mengoda betul nasi ayam ipoh tu... dah ler fav akak nasi ayam... terliur akak tgk tau... sedap2!!

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers