8 Jan 2012

Mutton Biryani



Assalammualaikum dan salam dihujung minggu buat semua. Jarang-jarang update blog hari minggu ni tapi hari ni mcm malas nak keluar pula. Cuaca hari ni rasa sejuk betul temperature dah turun ke -15degreee celsius dah hari ni. Bila dah tak keluar ni bolehla update blog ni.


Menu nasi biryani ni memang fav mr.hubby selalu jer order nak mkn. dah banyak kali juga saya masak nasi biryani ni cuma malas jer nak n3 sebab menu sama jer rasanya.Cuma kali ni saya nk try paste biryani ni pula coz sebelum ni saya hanya gunakan rempah biryani shan  so..saya sharekan jugalah. Masih menggunakan cara memasak yang saya belajar ngan my maid masa kat dhaka dulu. Tapi resepinya saya olahkan mengikut citarasa saya dan suami jugalah. Bagi yang ingin mencuba bolehlah mencuba resepi ni tapi kalau tak ada  paste biryani mcm saya gunakan ni boleh gantikan dgn rempah biryani yg lain juga.

Bahan-bahan:
1/2 kg daging kambing + tulang
3 cwn beras basmati  direndam 30 minit dan dicuci, toskan
41/2 cwn  air atau secukupnya
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
1 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron) (nieza tak bubuh)
1 packet rempah beriyani ataupun paste biryani
1/2 biji lemon
1/2 cawan yogurt
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
Garam secukup rasa
1 kiub kambing 

Bahan Tumisan:
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
2cm halia di potong halus
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
2 sudu minyak sapi dan sedikit minyak masak untuk menumis


Bahan-bahan tabur
1/2 cawan kismis
1/2 cawan  kacang gajus, digoreng hingga kekuningan
1/2 cawan bawang goreng
2 helai daun pandan, disimpul


Cara penyediaan nasi
1. Cuci bersih beras dan toskan
2. Kemudian masaklah nasi putih mengikut sukatan air seperti biasa dalam periuk rice cooker dan biarkan nasi masak dengan sendirinya.
3. Sementara menunggu nasi masak bolehlah sediakan bahan untuk memasak daging kambing bersama rempah beriyani pula.


Cara penyediaan daging kambing:
1. Cuci bersih daging kambing dan tos kan. Kemudian rebuskan daging kambing sehingga empuk. Bila dah empuk tutup api dan ketepikan dulu.
2. Dalam periuk yang lain, panaskan minyak sapi dan campurkan dgn sedikit minyak masak. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan goreng sehingga wangi kemudian masukkan  kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah biryani atau paste biryani dan kacau sebentar.
3. Kemudian masukkan daging kambing  yang direbuskan tadi dan sedikit air rebusan daging tadi dan masak sehingga daging masak dan sebati dgn rempah biryani tadi. Masukkan yogurt, kiub kambing dan garam secukup rasa.
4. Masukkan nasi putih yang telah siap dimasak tadi ke dalam tumisan rempah biryani ni dan masukkan karot, cili merah, kismis , dan gajus yang digoreng tadi.
5. Kacau nasi putih tadi sehingga sebati dgn rempah dan daging yang dimasak.
6. Bila dah masak bolehlah diangkat dan dihias dgn bawang goreng.siap untuk dihidangkan..selamat mencuba:)



19 comments:

  1. Assalamualaikum Nieza,

    waduh bila kak Nur ternampak dari jauh Nasi briyani...terus akak terjah...wah daging kamben juga ya...sedap tu nampaknya....eh simpankan kak Nur sikit Nieza...hehehe.

    ReplyDelete
  2. hai nieza... bila terpandang mutton beriani ni mula la terbayang kat mata, bestnya kalau dapat cuba, masak camni time hujung minggu memang layan habis la.. kalau hari biasa ni masak 1 pot pun makan 3 hari... :)

    ReplyDelete
  3. mmg sedapp..daging kambing pulak tu kegemaran kak ain dan suami...

    ReplyDelete
  4. Kak Nieza,mmg nmpak sedap gila nih,kambing feberet hb sy,owh akak masak nasi putih cam besa pastu gaul ngan kambing beryani eks,xpernah lak msk camni,selalu msk terus nasi ngan kambing..

    ReplyDelete
  5. Aslmkum Nieza
    Sejuknya suhu kat sana...-ve15'c boleh gigil kalau tak da heater.
    nengok nasi beriani kambing Nieza ni sedapnya.Teringat Nieza ada bgtau ttg rempah biryani Shan....dah intai kat sini tp tak jumpa pula.

    ReplyDelete
  6. fav tu.. tapi xleh nak makan banyak2.. nanti naik plak darah tinggi nie.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Buka aje blog pagi ni nampak briyani mutton..tak toleh2 lagi terus datang bawa sia lagi...ada lagi ke nak bawa balik ni

    ReplyDelete
  8. akak tak segan segan datang pagi pagi nak minta briyani kambing nie..suka nyer ada kamben...sejuk2 makan gini hangat sikitkan nieza

    ReplyDelete
  9. wah nieza..sedapnya nampak nasi briyani tu..dengan dagingkambing lagi..mmg kegemaran akak n hubby..teringat restoran Puncak Mutiara kt penang

    ReplyDelete
  10. as-salam kak Nieza

    waduh2 kak terancam selera tgk mutton biryani kak Nieza ni..menyelerakan..meh sepinggan Ady nak rasa...

    ReplyDelete
  11. makk aihh niza mmt feberet ni... kalau wat sendirik mesti puas makan ekk.... slurppp...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Nieza...Alamakkkk sedapnyeee!!! Banyak2 biryani, akak paling suka lauk kambing, mmg yg terbaik..nak tumpang makan jugak :))

    ReplyDelete
  13. salam kak nieza ^^ sejuknyer.. -15 ye.. beryani kamben ni, kalau hasben tun tengok mesti nk makan ni.. tun pulak, kalau pekena kamben kompom pening 2-3hari..

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum .. nieza leh habis ke tu. meh kongsi2 sikit. hehe... sedapnya. jarang beli kambing. kalau ada pun amkan kat kedai jek

    ReplyDelete
  15. Assalam Nieza,
    kak Amie pantang nampak nasi briyani begini.... masya-Allah kecur liur kakak tau! dah lama tak buat nasi briyani ni..

    ReplyDelete
  16. Kak Zai suka makan nasi bryani tapi tak berapa nak pandai masak.Pernah cuba tapi kurang sedap.

    ReplyDelete
  17. isshh isshhh... dah lunch tadi tapi rasa lapar lagi ni tengok biryani kambengs...!!! tak reti masak kambing tapi pandai makan..

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers