20 Jun 2012

NASI LEMON

 Assalammualaikum semua
Hari ni nak sharekan menu tertangguh lagi...buat nasi ni masa sebelum pergi bercuti hari tu lagi. Nasi lemon ni memang sedap bagi yang suka nasi beraroma macam ni bolehlah mencuba. Saya gandingkan nasi lemon ni dengan lauk kambing lemon bermadu. Nanti saya sharekan resepi lauknya pula. Boleh juga dimakan dengan apa-apa saja jenis lauk yang lain juga.

Resepi asalnya dari buku resepi kenduri kahwin Pak Engku yang telah dikongsikan bersama oleh Kak Liza@ Intai Dapur. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal Pak Engku dan kak Liza yang berkongsi resepi ni. 

RESEPI NASI LEMON PAK ENGKU

Dari buku Resipi Kenduri Kahwin Pak Engku
Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi
100 gm marjerin
1/2 tin susu cair
1/2 s/t serbuk kunyit 
1 biji lemon ( parut dan ambil jusnya)
1 liter air
Garam, serbuk perasa
100gm kismis (Nieza tambah)
Bhn-bhn tumis:
3 ulas bawang merah - dikisar halus
2 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus (Nieza tambah)
1 batang kulit kayu manis (Nieza tambah)
5 kuntum bunga lawang (Nieza tambah)
1 tangkai daun sup - potong
1 tangkai daun pudina


Cara Memasak
1.  Panaskan marjerin dan masukkan bahan-bahan kisar, goreng hingga garing.
2. masukkan bahan tumisan yg lain hingga naik bau.
3. Masukkan air, susu cair, serbuk kunyit / pewarna, garam, serbuk perasa, lemon parut dan kacau sebati.
4. Akhir sekali, masukkan beras dan biarkan hingga masak separuh kemudian taburkan kismis.


21 comments:

  1. Tengok cara hidangannya pun dah buatkan perut jadi lapar. :)

    ReplyDelete
  2. nampak sedaplah nieza. Kena pula dengan lauk tu.

    ReplyDelete
  3. aduh terlliurnya akak tengok nasi lemon Nieza belum bekfes ni kalau dpt kenyang sampai tenghari ni menarikssss

    ReplyDelete
  4. suka sangat kalo yg bersitrus ni...wangi n fresh je...kaler pon cantik!

    ReplyDelete
  5. Nieza,
    mesti wangi ajer bau nasi nie..ada lemon..
    tapi bila nieza kata dipadankan ngan lauk kamben..eee lagi syok!!!
    akak bab makan nie suka,nak masak lum tau lagi..tapi leh cuba gak nnti...simpan resipi dulu pe salahkan!!!:)

    ReplyDelete
  6. Hari tu nampak rumah Liza, dah sampai ke luar negeri resipinya. Cepat betul sampai kan? Bukan kat rumah Shariah pun ada ke? akak ni tengok je ler...nak buat kekadang bahannya takde, pasar KK jauh dari rumah.

    ReplyDelete
  7. Kakak tak pernah jumpa dan makan tapi bila kata lemon mesti sedap. Aroma dia mesti semerbak. Lauk yg Nieza padankan pun dah buat kakak terliur..

    ReplyDelete
  8. Selamat pagi Nieza..
    sangat sega mata memandang nasi lemon tu..kaler dia sangat cantek..begitu juga dengan rasanya..pasti menawan hati..hingga nak lagi..amboi..

    ReplyDelete
  9. niezaaa
    cantiknyaaaaaaaaa hidangan nasi nie
    berhemah betul
    takut lak nak makannn sayangg ekeke
    macam hidang utk akk ;)

    ReplyDelete
  10. Pagi Nieza.... kuning menyerlah dan menggoda selera! Lengkap dengan harum lemon dan enaknya kambing... oh sedapnya kambing!

    ReplyDelete
  11. Kalernya cantik betul.. kena lak makan ngan kambing tu memang padan sangat! My Latest Entry:
    JJCM: Chicken Rice Shop (Wangsa Maju)

    ReplyDelete
  12. ingatkan tadik pulut kuning rupanyer nasik lemon
    oishii sou...resepi pak engku ni sedap2 kan kaka @.@

    ReplyDelete
  13. Salam Niza.. Nasi lemon plak.. macam2 ek nasi buah-buahan Niza buat entry dulu nasi epal....

    ReplyDelete
  14. Assalamualaim Nieza cayang,

    wah dari jauh kak Nur dh terliur melihatnya....kalau dpt 2 pinggan ni sedap rasanya...tk yah kak nur
    kecoh2 nk berperang kt dapur....hehe

    ReplyDelete
  15. Wah Nieza,

    kambing madu... nasi madu.... mengancam tu.. nak tapau sepinggan, boleh?

    ReplyDelete
  16. apa da... kambing lemon... nasi lemon... mana pulak datangnya madu tu.. tulah, dah banyak na bw sana sini... kepala pun dah mix up dah.. jgn mare ha..

    ReplyDelete
  17. Sedapnyaa..ns lemon+kambing lemon madu..gandingan mantop nii..msk list dulu..byknya nasi berperisa yg belum ditest hihii..

    ReplyDelete
  18. assalam nieza..warna pun dah cantik..kena pulak dengan hiasan nieza lagi meyelerakan

    ReplyDelete
  19. salam nieza cyg..
    adusss x tau ler komen akk tdi msuk ke tak..lemau btl net kt opis ne la..pnjg lebar akk mgomen klu x masuk mmg hampehhh..h ehehee..yg nie klu x masuk mmg nk kena mkn nasi oren tue dulu:)..ha hhaa

    ReplyDelete
  20. HArummmmnya....................... terbau sampai sini tau..:))

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers