Assalammualaikum dan salam di hari minggu buat semua.
12 Mei tiba lagi...specialnya bulan mei ni bila ianya disambut oleh setiap orang yang bergelar jururawat. Mungkin ramai yang sedia maklum saya bekerja sebagai jururawat tapi buat masa ini terpaksa korbankan kerjaya saya itu buat sementara dulu kerana bercuti tanpa gaji untuk menemani suami bertugas disini. Walaupun masih bercuti tapi ingatan untuk bertugas dan rindu nak memakai uniform putih tak pernah saya lupakan.
Kata ucapan yang dipetik dari berita harian online :
Sungguhpun ramai pihak beranggapan kerja sebagai jururawat tidak sukar, tetapi ia sebenarnya amat mencabar. Apa tidaknya, waktu kerja mereka tidak sama seperti seperti orang lain yang bertugas 9 pagi hingga 5 petang, sebaliknya jururawat ada syif malam. Dengan keadaan masing-masing yang mempunyai peranan sebagai isteri, ibu serta menantu, tulus saya katakan jururawat sememangnya istimewa. - Dame Ramziah Ahmad, Presiden Persatuan Jururawat Malaysia (MNA)
Mengimbau kenangan semasa saya dalam latihan kejururawatan dulu setiap bulan mei adalah bulan sangat sibuk dengan persiapan menjayakan hari Jururawat sedunia ini. Macam-macam aktiviti yang dijalankan. Ketika dalam latihan lagi kami diajar untuk menghargai kerjaya yang mulia ini. Bila dah bekerja sambutan ini tetap diteruskan ditempat saya bertugas pula yang mana setiap tahun kami ada jamuan makan malam untuk semua jururawat yang biasa diadakan di hotel. Pada malam tu, semua akan bergaya dengan memakai pakaian yang berwarna ceria dan kelihatan cantik belaka. Setiap orang diberikan peluang untuk menunjukkan persembahan mengikut minat dan bakat masing-masing. Biasanya mengikut wakil kumpulan dari setiap klinik. Macam-macam gaya ada...ada yang menyanyi, berlakon dan menari. Memang terhibur dengan bakat terpendam yang ada pada setiap mereka dan terasa seronok setelah penat lelah kita bekerja dapat diraikan dengan sambutan begini.
Hari Jururawat sedunia adalah hari yang bukan saja untuk menghargai kerjaya seorang jururawat sahaja tetapi haruslah diambil kira sebagai satu medan untuk para jururawat muhasabah diri bagi melihat sejauh mana pekerjaan ini kita sandarkan seperti mana kita membuat tapak semaian yang mana hasilnya akan kita tuai di akhirat kelak. Kerjaya yang mulia ini bukan saja boleh dijadikan satu sumber pendapatan tapi juga kelebihan dan ganjaran yang banyak juga kita perolehi sekiranya kita dapat bekerja dengan hati yang jujur dan ikhlas.
Memang tak dapat dinafikan ada segelintir jururawat yang kurang komited terhadap kerjaya ini tapi janganlah mudah sekali menghukum seseorang itu kerana jururawat juga adalah seorang insan biasa yang tak akan lari daripada melakukan kesilapan. Memang agak sukar untuk memuaskan hati semua pihak walaupun kita dah bagi yang terbaik tapi bilamana kita berada pada situasi yang sama kita lebih memahami semuanya.
Syukur alhamdulillah saya berasa amat bangga bila saya berpeluang menceburi bidang kerjaya ini. Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya dapat dan dalam masa yang sama saya juga turut merasakan mendapat hidayah disebalik semua pengalaman itu bagi meneruskan kehidupan seharian. Betul cakap orang bahawa menjadi seorang jururawat itu adalah mereka yang terpilih. Syukurlah pada mereka yang telah terpilih dan hargailah kerjaya ini sebaik mungkin. Berhadapan dengan nyawa setiap pesakit memang satu tanggungjawab yang besar tapi satu kepuasan bilamana melihat pesakit kembali sihat dan menghargai kita. Itulah hadiah yang paling bermakna sekali.
Selamat hari jururawat sedunia buat semua yang bergelar jururawat dan yang akan bergelar jururawat tak kira dimana saja anda berada. Teruskan berbakti pada semua.
Sempena di bulan mei ni juga saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan selamat hari Ibu buat ibu saya yang jauh dimata..hanya doa saja yg mampu saya kirimkan setiap hari buat ibu yg saya sayangi. Tak lupa buat semua yang bergelar ibu dan juga selamat hari guru juga buat semua yang bergelar guru...semoga hari-hari yang dilalui penuh keceriaan disamping insan-insan tersayang..salam buat semua:D
Sempena di bulan mei ni juga saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan selamat hari Ibu buat ibu saya yang jauh dimata..hanya doa saja yg mampu saya kirimkan setiap hari buat ibu yg saya sayangi. Tak lupa buat semua yang bergelar ibu dan juga selamat hari guru juga buat semua yang bergelar guru...semoga hari-hari yang dilalui penuh keceriaan disamping insan-insan tersayang..salam buat semua:D
selamat hri jururawt buat nieza dan semua yng bergelar jurururawat
ReplyDeletetq Acik Erna:)
DeleteHappy Nurses Day..!!
ReplyDeleteTq kak Mulan:)
DeleteHappy Nurses Day...!!!
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza
ReplyDeleteSelamat hari jururawat kepada Nieza dan juga kepada semua yang memikul tanggungjawab sebagai jururawat..
Jasa dan pengorbanan mu tetap dikenang
w.salam kak Ita, tqvm atas ingatan dari akak:)
Deletela...akak nurse rupanya! tak tahu pun sebelum ni. selamat hari jururawat kak! :)
ReplyDeletebukan dah bg tahu ke dulu...hehe btw, thanks Nadiah:)
Deletemasa abis spm dulu arwah atok bersungguh suruh ambik keje 'stapenah' (staff nurse) tapi cheq sue ni memang tak boleh langsung...tengok darah pun boleh gelap mata, nak cucuk orang pun kesian... aishhhh memang kena tabah sungguh la nak jadi misi ni.. ^^
ReplyDeleteoo ye ke? tapi kalau akak cuba masuk lelama rasanya boleh juga kot..:)
DeleteSAlam Nieza.. Selamat Hari Jururawat buat Nieza.... tugas yang bukan semua orang boleh pikul.. tugas yang cukup mulia.. :))
ReplyDeletew.salam kak Sha, terima kasih kak...ya betul kak saya dah rasa pengalaman tu baru tau mcm mana..tapi seronok bila penat lelah dihargai:)
DeleteHappy Nurses Day Kak Nieza ^_^
ReplyDeletetq yana:)
Deleteselamat hari nurse ye nieza
ReplyDeletesure doktor2 suka sebab nurse sorang ni pandai masak :)
tq kak kasih..alahai pandai apanya masak gitux2 jer boleh la..:D
DeleteSalam Nieza..selamat hari jururawat....
ReplyDeletew.salam kak, tq:)
DeleteSelamat Hari Jururawat utk Nieza....rindu nak pakai uniform yek...takpe..nanti bila dah balik Malaysia..nieza dah bleh bertugas seperti biasa yek...
ReplyDeletetqvm Jaja...ya dah lama sgt tak pakai uniform tu sure dah berubah saiz dah rasanya..hehe
DeleteSelamat Hari Jururawat Nieza.tentu Nieza selalu teringat masa2 bertugaskan....bersama rakan setugas dan melayan pesakit.moga terus menyumbang bakti selepas pulang ke Msia kelak.kebetulan 2 org jiran akak di Msia juga nurse,sorang jiran sebelah rumah ada juga sembang2 ttg tugasnya.
ReplyDeletere;rupanya senang nak dpt makanana halal di Dhaka...akak ingatkan tak ramai muslim.Nanti Nieza lapang sharelah pengalaman Nieza di sana...
tq mama, ya kak bila dah lama sgt bercuti ni terasa rindu jer nk blk keja tapi bila dah keja terasa mcm nk cuti lama pula..hehe
Deleteitulah masa dok Dhaka dulu tak teringat pula nk ceter kat blog kalau tak ada juga kenangan kan:)
selamat hari jururawat kak nieza..
ReplyDeleteceeehhh..bukan main comey gmb kak nieza dgn baju uniform itu..hehehe...adik mannniiisss gituuu!
tq anna, alahai gambar tu masa 2thn lepas sebelum akak bercuti tanpa gaji ke sini kira last day keja kot masa tu..rasanya baju uniform tu pun dah tak muat dah nak sarung nanti...sejak dok sini keja mskx2 berat pun dah naik berkilox2...hehe
DeleteAssalam Nieza... Selamat Hari Misi ye... pengetua akak pernah cakap kat cikgu2 dia... Cikgu2... bersyukurlah sebab kita jadi cikgu sebab,kalau jadi misi kerjanya memang penat... pengalaman dia menjaga anaknya di hospital selama beberapa bulan... dan dia kata kerja misi ni memang sangat mulia... sebab bukan semua orang sanggup buat apa yang misi sanggup buat..
ReplyDeletew.salam kak Yus, tq..betul kak penat bekerja yg melampau kekadang tu yg buatkan misi semakin tak boleh nak kawal stress mana taknya seorang misi kena jaga berpuluh org pesakit.Kalau ceter bab najis dan darah tu memang biasa la kak tapi tu semua dah tak kisah bg menunaikan t/jawab. masa saya memula join nursing dulu barulah saya sedar kenapa saya tak jadi cikgu..hehe
DeleteHello Nieza..Happy Nurses Day dear!!! It is one of the toughest jobs on earth and is done with full of love and dedication kan. ;)
ReplyDeleteHello Love! tqvm dear..:))
Deleteselamat hari jururawat buat nurse niezza yg pandai memasak!
ReplyDeleteJururawat adalah satu pekerjaan yang mulia,bukan senang nak melayan kerenah pesakit.Selamat hari jururawat buat yang menjawat jururawat.
DeleteKak Nor: tq kak...mana ada pandai msk pun masih belajarx2 lagi tu kak:)
Deleteselamat hari jururawat buat nieza...
ReplyDeletetq jemarisuri:)
DeleteSalam Nieza,
ReplyDeleteSelamat hari Jururawat pada Nieza khasnya dan juga pada semua jururawat seluruh dunia/
w.salam kak,terima kasih:)
DeleteHappy Belated Nurses Day.. Happy Mothers Day too..
ReplyDeletetq kak...happy mothers day to u too:)
DeleteHappy Nurses Day Nieza sayangggg... seronok baca pengalaman dn pandangan Nieza tentang dunia kejururawatan ini. Memang betul tu Nieza, dalam apa juga profesion, biasanya jika pelanggan melihat kekurangan pada yang satu, yang lain akan terkena... kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga. Apa pun, tidak semua orang beranggapan begitu, masih ada yang boleh menimbangkan sesuatu perkara secara rasional. Hari ini hari ibu... jom joint kakak sambut hari ibu.
ReplyDeleteterima kasih kak Amie cayang, sama-sama kita berkongsi pengalaman kak. ya betul tu kekadang gitulah reliti kehidupan kita kak..kerana nila setitik rosak susu sebelanga tapi apa pun biarlah kita buat dgn hati yg ikhlas dan serah pada Allah dan hanya utk dapat redhaNya saja.wallahualam:)
Deletehappy nurses day to u akak
ReplyDeletewow smart akak pakai uniform tue
kuruih giler masa ni ekkk
tq dear...alahai zaman keja memang kuruih ayu sebab tak sempat nak mkn tpi sejak tak keja ni cukup mkn tu yg bam bam..hehe
DeleteSelamat hari jururawat k.niezzaaaa... byk jasa seorg jururawat pd pesakit, siang malam berjaga, mesti k.nieza rindu gan semu staf2 di hospital & pgalaman yg dpt kat sana.. :))
ReplyDeletealaa akak datang lambat ler nieza.. tp x per kan wish lambat.. :)
ReplyDeleteselamat hari jururawat nieza.. cantik nieza kat gambar atas tu..
Selamat Hari Jururawat Kak Nieza..Sorry lambat wish. Hehehe.
ReplyDelete