29 Oct 2011

Bingka Roti Kukus Pandan


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu kembali dengan n3 masak-masak ni...hmmm...dah byk hari dapur alam maya saya ni sepi jer kan..bukannya apa tuan dapur ni ada sedikit busy...membusykan diri pun yer juga...:D apapun terima kasih pada semua yang masih sudi singgah ke sini walaupun byk hari tak berupdate dgn n3 baru. Maaflah belum berkesempatan lagi untuk saya berkunjung balas dan bw...insyaAllah jika ada masa terluang nanti saya akan berkunjung balas yer.


Oklah,  n3 hari ni nak share resepi bingka roti yang saya buat untuk dibawa ke seminar motivasi diri yang saya join semalam. So....dah abis dah yer...boleh jamu mata tgk gambar jer lah . Ceter pasal bingka roti ni dah lama saya simpan resepi masa kak Ummi share dulu lagi tapi baru berkesempatan nak mencuba. Rasanya ramai dah blogger yang mencuba ni kan....dan sesiapa yang belum cuba bolehlah mencuba. Memang simple sangat nak buatnya dan semestinya sedap. Saya lak derhaka sikit bubuh kismis dan  topping sos kastard pulak kat atas bingka tu lagi ler mabeles...memang sedap dimakan ketika disejukkan.


Btw, terima kasih pada tuan empunya resepi dan Kak Ummi yang telah berkongsi resepi yang simple dan sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula yer..:D


Resepi : Notabilia

Sumber : Kak Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
  • 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • sedikit kismis (resepi asal tak ada  kismis tapi nieza tambah)

Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. 



Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan2 untuk Kuah Kastad:
1 tin susu sejat (evaporated)
Bancuhkan 3 sudu tepung kastad  dengan sedikit air
gula secukup rasa
sedikit esen vanila


Cara-cara
1. Masak susu dan kastad.
2.  Kemudian masukkan  gula secukup rasa
3. Tambah  esen vanila dan kacau hingga pekat dengan api yang perlahan.
4. Letakkan di bahagian atas bingka dan sejukkan didalam peti ais dan sedap dimakan ketika sejuk.

Seminar Motivasi Diri Part 1 (2011)

Assalammualaikum, N3 hari ni nak ceter pasal seminar motivasi yang saya hadiri. Seminar yang diadakan pada  28 Oktober 2011 (Jumaat) jam 9.30pagi hingga 12.30tgh hari. Bertempat di bilik seminar Pejabat  Kedutaan Besar Malaysia Helsinki, Finland. 

Seminar motivasi  diri ini diadakan khusus untuk semua staff di pejabat kedutaan dan juga pasangan pegawai yang bertugas. Ini juga adalah salah satu daripada aktiviti pejabat kedutaan untuk melatih staff yang berdisiplin dan lebih berdedikasi lagi. Walaupun saya tak bekerja tapi saya juga turut ada tugas-tugas yang perlu saya lakukan sebagai seorang isteri diplomat..So...saya pun tersenarai jugalah untuk terlibat sama dalam seminar ni.

Motivator  yang datang hari ni adalah motivator berbangsa  finnish. Alhamdulillah dapat juga menambah ilmu hari ni tentang pengurusan diri dan mengawal stress. Selain itu, diterangkan juga secara ringkas mengenai matlamat dan juga hala tuju kehidupan kita seharian...kalau kerja biasanya difokuskan pada bidang pekerjaan la tapi kalau tak kerja mcm saya ni dgn aktiviti yang saya minat. Actually dalam hidup kita sehari-hari memang kita tak akan lari daripada stress tapi kita cuma boleh mengawalnya saja. Masa saya kerja dulu pun saya pernah juga join seminar motivasi mcm ni tapi kali ni join seminar drp motivator Finland pula...memang menarik dan enjoy..:D

Di sebelah kiri gambar ni ada motivator finnish yang memberi ceramah dan sebelah kanan gambar ni ialah TYT Duta Besar Malaysia ke Helsinki.

Actually, Seminar ni adalah bahagian pertama dan akan bersambung pada bulan disember nanti untuk bahagian ke dua pula. Memang menarik juga sekali sekala dengar topik motivasi ni. Melalui topik yang diberi  ni juga kita dapat menguji tahap mana diri kita yang sebenar. 

Ada juga disediakan minuman panas dan  juadah untuk minum pagi .Dah busy-busy tak sempat lak saya nak snap photo. Saya cuma bawakan bingka roti pandan jer. Lastly....Seminar ini tamat pada jam 12.30 tgh hari dan akan bersambung pada pertghan bln Disember nanti pula...InsyaAllah.


Sekian dulu...jumpa lagi pada seminar yang akan datang nanti..:D

25 Oct 2011

Koey Teow Haufan


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Menu dinner malam ni, layan koey teow haufan ni jer. Resepi Mas ni, dah lama simpan masa Mas buat n3 hari tu lagi. Tapi masa tu tak cukup bahan saya peramkan dulu. So..hari ni baru berkesempatan nak cuba. Resepi ni saya ada tambah sikit bahannya iaitu saya ada masukkan sotong dan candawan shitake...hmm...makan masa panas-panas memang sedapla. Koey teow ni pula saya beli yang dlm paket jenis kering dan kena rebus dulu..tak ada jual yg basah mcm kat Malaysia tu..tapi bolehla lebih kurang sama jer. 


Sebelum ni pernah tgk kat dapur kak Madihaa dan Quinnie...ptng tadi nampak lak kat dapur Mama Hawa. Maafla kalau ada lagi yg dah buat dan saya terlepas pandang tapi memang bestla resepi koey teow dan kicap campur ni...sedap dan saya suka. Terima Kasih pada Mas dan semua yang telah berkongsi resepi koey teow haufan ni dan izinkan saya berkongsi disini pula..:D

Bahan A :
  • 500gm kuetiaw 
  • 3 sudu besar kicap campur 
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan B :
  • 3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh 
  • 1 pokok sawi - basuh dan potong2
  • 12 ekor udang 
  • sedikit sotong (nieza tambah)
  • sedikit Cendawan shitake (nieza tambah)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar kicap campur
  • 2 biji telur
  • sedikit lada sulah

Cara memasak :
  1. Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan. 
  2. Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau,
  3.  Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,  kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
  4. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.

Kicap Campur
Resepi : MasDuniaku
Bahan  :
  • 1 cawan kicap pekat
  • 1 cawan kicap cair
  • 1 cawan sos ikan
  • 1cawan sos tiram
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan garam
  • 1/2 cawan ajinamoto
Cara membuatnya :
  • Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.  
  • Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.

23 Oct 2011

Pokok Apple di musim luruh

Assalammualaikum dan salam di hari ahad buat semua. Hari ni tak ada n3 masak-masak coz tak ada mood lak nak ambil gambar dgn cuaca yang mendung kat sini. Biasa musim luruh sekarang ni cuaca selalu mendung dan hujan jer. Matahari pun jarang-jarang nak nampak dan dok dalam umah siang malam kena buka lampu jer.

N3 ni cuma nak ceter pasal musim luruh  kat sini jer dan utk simpan kenangan kat sini juga..actually dulu tujuan berblog pun nak share pengalaman dan nak simpan gambar utk kenangan tapi lelama dah jadi mcm blog msk-msk pula. Tapi bukanlah hebat sgt pun memasaknya sekadar suka-suka untuk menghabiskan masa terluang  dan syok sendiri ambil gambar jer. Sementara bercuti tanpa gaji ni dan sementara merantau tempat org ni la berpeluang pun kan.

Biasa di hari minggu mcm ni saya jarang online... tapi hari ni mr.hubby keluar memancing so...tinggal la saya seorang diri..huhu  Biasa weekend memang hari outing jarang melepak kat umah sebab seminggu dah 5 hari tak keluar umah...weekend jer nak berjalan pun..nak keluar sorang-sorang malas pula. Tapi hari ni tuan umah dah ajak mr.hubby gi memancing saya melepak jugalah kat umah. Nak ikut malas pula sebab suhu sekarang dah semakin sejuk..pagi tadi temperature dah turun 0 degree Celsius...dan next week pula waktu pun akan bertukar yang menandakan masuk ke musim sejuk...ya winter dgn snow akan turun...so..siap sediala nanti...:D

Oklah berbalik pada n3 hari ni nak sharing gambar pokok buah apple depan umah ni jer sebenarnya....dah nak abis musim dah pun baru teringat nak snap photo. Pokok ni tak mati walaupun masa musim sejuk nanti ditimbus dgn salji dan daunnya  juga akan abis luruh. Akan mula berbuah masa pertengahan musim panas dan sehingga penghujung musim luruh. Tuan umah yang tanam pokok apple depan umah ni tapi kalau nak makan dia suruh ambik jer.....dah ada dpn mata tak teringin pulak nak mkn...tapi hari tu dia ambil  dan dia kasi jugalah 10 biji. Ya la mcm pokok buah mangga kat kampung jugalah kalau dah banyak tu tgk jer tak teringin pun nak mkn bila tak ada tu rasa teringin pulak kan...hehe...Oklah layan jer lah gambar kat bawah ni yer.









21 Oct 2011

Crunchy Pai Tee & Special Gift


Assalammualaikum dan salam di hari Jumaat yang mulia buat semua pengunjung yang sudi berkunjung ke sini. Pada  semua pengunjung dan followers tak kira baru dan lama, kedatangan anda amatlah dialukan...dan terima kasih diatas sokongan anda semua selama ini...amatlah saya hargai.


Oklah n3 hari ni nak ceter pasal crunchy pai tee ni dulu ... pada mulanya saya memang jakun juga bila nengokkan org dok tayang pai tee ni sebab memang tak pernah mkn dan buat pun dan acuannya pun saya tak kenal. Bila dah join blogging dan tercebak dalam dunia blogger masak-masak ni baru ler saya diperkenalkan....tapi dlm hati selalu berkata mana la saya nak dapat acuan pai tee ni kat Finland ni kan..persoalan yg tiada jawapan dan dipendamkan dlm hati sajalah. 


Sampaila satu masa yang saya tak mimpi dan sangka pun sebenarnya saya sudah miliki acuan ni pada hari ni....haha nak tau cerita selanjutnya ................sila scroll down..:D


 Sebelum tu jom kita tengok resepi dulu lah yer. Resepi ni dapat daripada Waterlily hasil selongkar dapur Kak Nor @ Secubit Garam  yang merangkap sifu masak saya juga ni. Tgh malam pun dok msg lagi kat fb  kak Nor ..apa nak buat waktu sini tak sama dgn waktu Malaysia la. org kat sana dah nak masuk tido saya kat sini baru nak minum ptng...tapi tak menghampakan sifu ni tak tido lagi tadi dapat ler serba sedikit petua dari kak Nor. 


Alhamdulillah percubaan pertama saya membuat pai tee berjaya juga walaupun pada mulanya ada 2-3pcs yang melekat pada acuan tu tapi selepas itu ok dan menurut kak Nor memang normal la tu bagi yg guna acuan baru. Berguna sekali tips yang diberikan tu...btw, terima kasih pada waterlily tuan empunya resepi dan kak Nor yang telah berkongsi resepi pai tee yang rangup dan sedap ni....Izinkan saya berkongsi disini pula...:D


Bahan - Bahan :
7 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
200ml air.
Bahan Untuk Inti :
Carrot - dihiris nipis atau diricik
Sengkuang - dihiris nipis atau diricik (nieza tak bubuh sebab tak ada stok)
Timun - di buang empulur, dihiris atau diricik.
Bawang besar - di hiris dadu kecil.
Bawang putih - dihiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
Bawang merah di hiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
Udang kering - direndam dan ditumbuk
Garam
Bahan Tabur:
Kacang tanah - di goreng, di tumbuk kasar
Bawang goreng
Cara membuat Kulit Pai Tee:
1. Campurkan kesemua tepung dan telur - gaul rata2.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis sambil di kuar rata.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Panaskan minyak - cukup untuk deep fry. Panaskan sekali acuan pai tee di dalam minyak tadi.
5. Setelah minyak panas, keluarkan acuan tadi (make sure tak ada lebihan minyak di acuan tadi) dan masukkan sebentar kedalam adunan tepung (sampai tahap 3/4 acuan pai tee).
6. Angkat acuan pai tee yang bersalut adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas tadi. The trick is - apabila menggoreng, jangan rendam keseluruhan acuan tetapi hendaklah minyak di tahap lebih RENDAH dari salutan tepung tadi. This way, the batter akan dengan sendirinya terbentuk seperti kelopak bunga dan akan tanggal dari acuan.
7. Goreng pai tee sehingga kekuningan atau keperangan - angkat dan tus.
step by step yang saya buat
Cara Membuat Inti:
1. Tumis bawang merah / putih / bawang besar sehingga wangi, masukkan udang kering - kuar sehingga agak kering. Padamkan api.
2. Gaulkan hirisan carrot, timun dan sengkuang sehingga sebati bersama dan masukkan bahan yang ditumis tadi. Tabur garam secukup rasa.
3. Untuk menghidang, masukkan inti kedalam kulit pai tee dan di tabur dengan kacang tanah goreng (yang ditumbuk kasar) dan bawang goreng.
4. Boleh dimakan bersama sos cili Thai atau buatan sendiri (chilli merah, bawang putih ditumbuk, perah limau nipis ATAU masukkan cuka - dan campur gula secukup rasa).
Selamat mencuba!!!
P/S IMPORTANT TIPS:
1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah sentiasa dikuar bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.
@
@
@
@
@
@
SAMBUNGAN CERITA DIATAS...
Masa balik cuti ke Penang, Malaysia hari tu, saya terima bungkusan pos daripada seorang kakak blogger yang menetap di Terengganu...kira Special Gift la buat saya ni. Tak sangka parcel yang saya terima tu sehari sebelum saya terbang blk ke Finland ni....terharu sungguh dibuatnya sebab tanpa bersua muka dialam realiti pun dan hanya mengenali di alam maya saja. Masa tu  pula memang saya sibuk sgt dgn packing brng utk blk ke sini tak sempatla nak n3 parcel ni kat blog memang jarang online pun masa balik hari tu. 
 So..bila dah try buat pai tee ni saya kongsikan sekali lah n3 ni utk menghargai pemberian tuan yang memberi dan sebagai tanda kenangan buat saya utk disimpan disini..bukan ada niat lain pun. Atas sebab tertentu, siapa orgnya tak perlula saya maklumkan disini...biarlah rahsia..:D

btw, Jutaan terima kasih diatas gift yang diberikan...bukan saja ada acuan pai tee tapi ada keropok ikan sekali...suka sangat sebab boleh bawa blk sini. Keropok segera yang packet kecik-kecik tu dah abis makan masa saya transit kat Germany hari tu..lapar sgt time tu buka mkn kopok jer kat airport tu sementara nak tunggu connecting flight blk sini...alhamdulillah rezeki. Semoga bertambah murah rezeki tuan yang memberi juga nanti dan semoga ukhwah yang terjalin dirahmati Allah selalu hendaknya..insyaAllah...amin..:DD
acuan pai tee dan keropok ikan

Happy weekend..:D

19 Oct 2011

Kuih Bakar


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Jom layan kuih bakar  yang cukup lemak manisnya ni. Resepi dah lama dah saya simpan dulu...rasanya dah 2 kali jugala saya  buat kuih ni...memang sedapla. Kalau bakar garing tu lagi ler sedap dapat makan kerak-kerak yg garing tu. Nak buat pun senang sgt amatlah sesuai bila masa mood malas melanda.


 Kisah benar disebalik kuih ni, memula buat masa bawa bekal ikut hubby memancing ngan kwn-kwn kat sini dulu. Sebelum makan tu we all letak la bekas kuih dan makanan lain kat satu tempat yang siap dengan tikar mcm berpiknik gitu...pastu we all tinggalkan sekejap sebab nak berjln-jln ke kawasan sekitar tasik tu dan kaum lelaki lak dah start dgn xtvt memancing. Tetiba.....bila blk semula ke tempat makanan tu saya dapati tupperware yg diisi kuih saya hilang...panic juga sebab saya memang ada bawa dan anak kawan pun dah ambik rasa seketul dah kuih tu...yg peliknya makanan lain ada lagi. Dalam hati berkata tak kan la ada org nak curi pulak kan. So...we all pun carilah lagi di kawasan sekitar tu, sekali terpandang ke bawah tasik tu ternampakla plastik beg dan bekas tupperware kosong saya tu...hmmm dah selamat menjadi rezeki sang burung rupanya sebab nampak ada burung tu kat bawah. Abis burung tu makan semuanya...tak sangka lak burung Finland pandai mkn kuih melayu ni...:D


oklah panjang lak ceter hari ni...so..terima kasih pada mereka yang berkongsi resepi ni yer ..izinkan saya berkongsi disini pula.


Resepi asal: joayee myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 org )
  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan

Cara-cara
  1. campurkan semua bahan. blend sampai sebati.
  2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing


18 Oct 2011

Asam Pedas Ikan Finland


Assalammualaikum semua. masak simple jer ni, layan lauk asam pedas jer lah...ikan ni nak ceter pun tak tau ikan apa sebab tak pernah tgk kat Malaysia pun. Ikan ni hasil mr.hubby memancing hari tu. mcm-mcm jenis ikan ada...yg lain tu dah selamat panggang dan buat sup jer. Sedap juga ikan ni tapi boleh tahan banyak jugalah tulang ikan ni tapi tak la sebanyak mcm tulang ikan terubuk tu. tulangnya pun tersusun elok senang juga nak mkn cuma kena berhati-hati sambil makan tu tak boleh mengelamun...hehe ada ke org makan sambil mengelamun...merepek jer saya ni ye..:D


oklah layan jer la lauk simple asam pedas style campak-campak saya ni..haha kebetulan baru blk dari Malaysia ni stok bunga kantan pun byk la...selalu simpan frozen boleh tahan sampai sethn juga...kira brng berharga juga ni sebab kat sini tak ada jual.


sumber: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan
1 -2 ekor ikan bersaiz sederhana

3 s/b cili kisar

1/2 cawan jus asam jawa
1 genggam daun kesom, cuci dan toskan 
Garam dan gula secukup rasa 
Air secukupnya
1 batang bunga kantan 
2 biji tomato dibelah 4

Bahan  dimesin halus

5 biji bawang merah

2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam
1 inci belacan


Cara Membuatnya:

1. Ikan dicuci bersih dan  Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. 
3. Kacau rata dan tuang air secukupnya. Biar mendidih.
4. Bila sudah mendidih masukkan ikan, daun kesom,tomato, bunga kantan dan tuang air asam jawa, jika kurang kuah tambah air sedikit lagi. Biar mendidih perlahan. Masukkan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi hingga ikan masak. Rasakan garam dan bolehlah tutup api dan dihidangkan.

17 Oct 2011

Colourful Autumn 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. N3 kali ni nak share gambar pada musim autumn tahun ni jer. Sekadar berkongsi pengalaman bersama dan untuk kenangan sementara masih berada di Finland ni. Sebelum winter dengan snow menyusul tiba nanti jom kita layan gambar Autumn dulu. Memang indah sangat permandangan masa autumn sekarang ni, dgn daun yang berwarna kuning keemasan dan kemerahan ni memang memukau mata yang memandang. Subhanallah....dlm hati saya selalu berkata sungguh indah ciptaan Allah.


Syukur Alhamdulillah  masih lagi berkesempatan untuk melihat autumn di Finland ni buat sekian kalinya. Actually dah kali ke 3 musim dah merasai autumn sejak berada disini tapi setiap kali tiba musim autumn tetap menarik dan membuatkan hati jatuh chenta lagi untuk bergambar. Kira mcm Autumn in my heart gitu...walaupun sejuk cuaca sekarang ni dah  turun bawah 10 degree celsius bukanlah satu halangan untuk ber photoshot. So...weekend yang lepas bermula aktiviti outing dgn mr.hubby meronda-ronda cari tempat yang menarik di taman dan kawasan sekitar bandar Helsinki ni.

oklah.... layan jer lah gambar kat bawah ni dengan model tak laku yang dah semakin tembam dan gemuk tu yer...:D 

suka tgk view pokok kat sini...































sekian dulu cerita buat kali ni,....bersambung lagi pada n3 autumn yang seterusnya nanti....InsyaAllah...:D

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers