25 Oct 2011

Koey Teow Haufan


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Menu dinner malam ni, layan koey teow haufan ni jer. Resepi Mas ni, dah lama simpan masa Mas buat n3 hari tu lagi. Tapi masa tu tak cukup bahan saya peramkan dulu. So..hari ni baru berkesempatan nak cuba. Resepi ni saya ada tambah sikit bahannya iaitu saya ada masukkan sotong dan candawan shitake...hmm...makan masa panas-panas memang sedapla. Koey teow ni pula saya beli yang dlm paket jenis kering dan kena rebus dulu..tak ada jual yg basah mcm kat Malaysia tu..tapi bolehla lebih kurang sama jer. 


Sebelum ni pernah tgk kat dapur kak Madihaa dan Quinnie...ptng tadi nampak lak kat dapur Mama Hawa. Maafla kalau ada lagi yg dah buat dan saya terlepas pandang tapi memang bestla resepi koey teow dan kicap campur ni...sedap dan saya suka. Terima Kasih pada Mas dan semua yang telah berkongsi resepi koey teow haufan ni dan izinkan saya berkongsi disini pula..:D

Bahan A :
  • 500gm kuetiaw 
  • 3 sudu besar kicap campur 
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan B :
  • 3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh 
  • 1 pokok sawi - basuh dan potong2
  • 12 ekor udang 
  • sedikit sotong (nieza tambah)
  • sedikit Cendawan shitake (nieza tambah)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar kicap campur
  • 2 biji telur
  • sedikit lada sulah

Cara memasak :
  1. Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan. 
  2. Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau,
  3.  Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,  kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
  4. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.

Kicap Campur
Resepi : MasDuniaku
Bahan  :
  • 1 cawan kicap pekat
  • 1 cawan kicap cair
  • 1 cawan sos ikan
  • 1cawan sos tiram
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan garam
  • 1/2 cawan ajinamoto
Cara membuatnya :
  • Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.  
  • Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.

30 comments:

  1. Salam Nieza.Ni kak ros datang bawa kek epal.Bak kueh tiaw ni sepinggan wat sarapan >Pukul 7 pagi ni nak berangkat tengok konvo anak sulung akak.Kenyang la perut dapat makan kueh tiaw sebelum pegi.

    ReplyDelete
  2. Niza, sebelum subuh kak rose datang nak ngendeng keoy teow nih... tp tipilanjat gak tengok 1/2 cawan ajinomoto tu... ingat kan tersilap tulis... pas tu g tengok link kat Mas pulak. mmg betul 1/2 caw ajinomoto. pepeun nampak sedap sangat!

    ReplyDelete
  3. nieza,
    sedap sangat nampaknya.
    Bundo macam kak rose juga tepelanjat tengok banyak sangat pak aji. Boleh kurangkan kot...

    ReplyDelete
  4. sedapnya rupa kuah kuetiau ni kak.....saya suka makan kuah cam gini..lepas tu kuetiau tu lembut je..kalau makan siap ada bunyi..slurppp..hehhehe

    ReplyDelete
  5. wahhh.. kuew tiau kak mas dh sampai finland! mantap! Oo.. tun x terpikir pulak nk cari kuew tiau kering nih. duk bersedih sbb tun x jumpa kue tiaw halal kt sini, kue tiaw sini semua ada tulisan cina. was2 je nk beli..nnti tun nk beli kue tiau kering jugak lah. sedap betul nmpk nih.. tun dh lama usha resepi kicap campur tu, sbb semua org ckp sedap. tp tun mmg xleh telan sikit sos ikan tu. huhu.. ajinomoto pun tun x makan sgt. 1 botol kecik kt umah ni yg hasben tun beli dulu2 tu pun x terluak, smp berabuk2 botol tu. haha.. nmpk gaya perlu alter resepi bila nk buat nih.

    ReplyDelete
  6. inilah menu kegemaran suami Cm ni.Sedap.

    ReplyDelete
  7. as-salam kak
    sedapnyeeeee..suka yg basah2 macam ni..

    ReplyDelete
  8. ingatkan taufan tadi nieza..rupanya haufan...mcm2 nama ada, tapi sungguh nmpk sedap la...sekali tgk cam char kuey teow pun ada

    ReplyDelete
  9. kak zana suka sgt kueteow goreng, nak2 char kue teow...tp yg ni belum pernah rasa/buat lagi...namanya Haufan? mcm Taufan plak..hehe..

    ReplyDelete
  10. Salam Nieza..hai orang Mesia yang duk peram resipi ni pun belum terbuat-buat lagi....

    Wahhh ada cendawan shitake....Sue pun suke cendawan ni..

    ReplyDelete
  11. dah sampai sini pulak haufan ya.. ish.. bila la nak sampai kat SG :)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Nieza,

    Pe kabor? Tima kasih ziarah blog akak. Waahh blog ada masak2 dan resepi, mesti link, kot buleh buat masakan. Ni macam mee hailam kan? Nanti nak cuba. Akak dah link dgn blog Nieza nanti senang nak tau menu apa.

    ReplyDelete
  13. Lambatnya kak cek sampai...kuey teow ni dah sampai Finland dah...kechurnya kak cek tgk...nak sikitttt...:D

    ReplyDelete
  14. kak nieza...
    singgah jap tengok kuetiaw haufan akak yang mengancam tu..
    wahhhhhhh..siap ada cendawan lagi..
    memang bertambah best..
    maceh kak sudi mencuba...
    sedappkan kan kak..
    mengeliurkan betoi haufan akak tu...

    ReplyDelete
  15. semua pakat tayang kuewteow plak ni...x boley jadik kena bikin lagik nampaknyer ngeee....oishii sou

    ReplyDelete
  16. Aslmkum Nieza

    Sedapnya kuewtiaw haufan Nieza...tambah2 ada cendawan dg udang tu....
    pokok epal dpn rumah...rasa nak petik mcm pokok mangga dan jambukan..

    ReplyDelete
  17. nieza,akak tengok kewtiaw ni sampai tertelan2 liur..dahlah akak takleh nak masuk makanan dr tengah hari tadi lagi....sedapnya nampak nieza

    ReplyDelete
  18. salam kk nieza.. sedapnya ita pun cadang nak buat tapi tak terbuat sebab lum buat kicapnya tu.. hihiihi... tergoda tgk keow teow ni sana sini

    ReplyDelete
  19. Kak Nieza,
    Saya kasi "Like" lagi.. :)

    ReplyDelete
  20. lapar.... tgok gmbar pun cantik2...

    ReplyDelete
  21. lapar.... tgok gmbar pun cantik2...

    ReplyDelete
  22. Assallamualaikum Nieza..
    Tidakkkkkkkkk... sorang lagi tunjuk menu ni... Tergoda dah ni tapi kena buat kicap campur tu dulu..

    ReplyDelete
  23. sedapnya nampak kat sini..kita tak reti sangat nak masak kuetiaw, hehe...

    ReplyDelete
  24. Salam Nieza,
    Sedapnya nampak hasil air tangan Nieza, maveles gitu.... Bila la akak pulak nak try...

    Tks sudi singgah blog baru akak

    ReplyDelete
  25. Nampak sedap nanti kak Zai nak cuba.

    ReplyDelete
  26. sedapnya...dah la belum lunch lagi ni...terliur tau...huhu...

    salam kenal..terus follow sini...

    ReplyDelete
  27. Salam Nieza. Selalu jumpa sos ikan dalam resepi. Macam mana nak kenal ek?

    ReplyDelete
  28. best nya resipi byk versi.. tqs nieza sbb kongsi semua ni.. kuetiow memang feveret kami..

    ReplyDelete
  29. k.niezaaaaa.. da la tgh lapo ni, mkn nasik grg ja..uhukk virus M melanda, sedapp la keuteow cengini, cam char keuteow la..nyumm

    ReplyDelete
  30. Salam.. Waduh2 Niezza.. sungguh sedapnya koey teow ni.. Salin resepi ye.. Tqvm

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers