18 Oct 2011

Asam Pedas Ikan Finland


Assalammualaikum semua. masak simple jer ni, layan lauk asam pedas jer lah...ikan ni nak ceter pun tak tau ikan apa sebab tak pernah tgk kat Malaysia pun. Ikan ni hasil mr.hubby memancing hari tu. mcm-mcm jenis ikan ada...yg lain tu dah selamat panggang dan buat sup jer. Sedap juga ikan ni tapi boleh tahan banyak jugalah tulang ikan ni tapi tak la sebanyak mcm tulang ikan terubuk tu. tulangnya pun tersusun elok senang juga nak mkn cuma kena berhati-hati sambil makan tu tak boleh mengelamun...hehe ada ke org makan sambil mengelamun...merepek jer saya ni ye..:D


oklah layan jer la lauk simple asam pedas style campak-campak saya ni..haha kebetulan baru blk dari Malaysia ni stok bunga kantan pun byk la...selalu simpan frozen boleh tahan sampai sethn juga...kira brng berharga juga ni sebab kat sini tak ada jual.


sumber: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan
1 -2 ekor ikan bersaiz sederhana

3 s/b cili kisar

1/2 cawan jus asam jawa
1 genggam daun kesom, cuci dan toskan 
Garam dan gula secukup rasa 
Air secukupnya
1 batang bunga kantan 
2 biji tomato dibelah 4

Bahan  dimesin halus

5 biji bawang merah

2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam
1 inci belacan


Cara Membuatnya:

1. Ikan dicuci bersih dan  Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. 
3. Kacau rata dan tuang air secukupnya. Biar mendidih.
4. Bila sudah mendidih masukkan ikan, daun kesom,tomato, bunga kantan dan tuang air asam jawa, jika kurang kuah tambah air sedikit lagi. Biar mendidih perlahan. Masukkan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi hingga ikan masak. Rasakan garam dan bolehlah tutup api dan dihidangkan.

20 comments:

  1. Assalam nieza, asam pds akk suka mkn, tapi masakkan yg paling jarang akk msk heheh, minta sini lah sepinggan dua, sedap nmpk tu

    ReplyDelete
  2. bestnyer asam podeh..makan time sejuk2 ni, fuh..bertambah2 nasik....

    ReplyDelete
  3. Sedapnya asam pedas...slurrrpppp kuahnya...mintak ijin link blog ni kat blog saya..senang nk tengok gambar2 autum lagi & cedok resepi....tqvm

    ReplyDelete
  4. i pun jarang masak asam pedas sbb asyik tk menepati citarasa jek..mkn kat kedai lg sedap haha
    anyway nieza, tk kisahla ikan apa pun kan! janji sedap asam pedas tu

    ReplyDelete
  5. sedapnya asam pedas...meh la tapau sket.
    pstt dh tgk suhu bape kt n3 kat bawah tuh, td xperasan hik3..

    ReplyDelete
  6. Assalam Nieza..cantik warna asam pedas nieza..merah..
    mesti sedap tu..

    ReplyDelete
  7. Anak2 akak kalau kuah asam pedas diaorang suka tp isi ikan dirg kurang. Bunga kantan tu yg berharga...akakpun simpan frozen...nak masak sikit je guna...sayangggg.
    cantik gambar autumn kat bawah tu..daun kuning berguguran...

    ReplyDelete
  8. kita kalau asam pedas memang favourite..tengok yg ni pun dah terliur..makan ngan kicap dan telur masin..best..

    ReplyDelete
  9. Amboi dapur dah mula berasap nampak. Suka3x

    ReplyDelete
  10. ikan finland dah jadi masak asam ye nieza?
    Nieza...thanks ye ;-)

    ReplyDelete
  11. nyumm terliur la tgk asam pedas k.nieza.. hehehe meh kita tukaq gan ikan grill salmon lyn nak??..ekkekkee

    ReplyDelete
  12. aslmkum nieza.. jln mlm2 ..klau siang hari mau rasa nk gi dapur ambik nasi ni.. akk suka asam pedas pastu tuang kicap atas ikan tu masa mkn.. aduhai nikmatnya...

    ReplyDelete
  13. Kak Nieza,
    campak2 pun..
    still nampak sedap..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum nieza..
    wah sedapnya tgk.. menyelerakan sungguh tgk asam pedas tu nieza...fav akak sekeluarga nie asam pedas.. mmg sedap

    ReplyDelete
  15. salam nieza.. ermm datang ni nak tumpang makan asam pedas ikan finland.. ehhh.. dah dkt midnite la.. akak bawak balik lauk jer la ya.. esok panaskan tak yah masak dah lauk utk esok.. hehe

    ReplyDelete
  16. kecur air liur kak nieza..hehehe

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Nieza,
    lapor lerrrrr singgah sini, lauk kegemaran akak ni asam pedas...terliur je tngk lauk Nieza ni...

    ReplyDelete
  18. salam niza..cantik betul daun berwarna warni yg berguguran...terpukau tgk
    asam pedas mmg terbaik..sib baik ada stok bunga kantan..yg tmbh menyelerakan..akak sll guna daun kesum je...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Nieza...mengancam betul asam pedas ikan Finland tuu, semakin pedas semakin sedap kan!!

    Cantik2nye gambo kat bwh tu..Subhanallah!! Model yg berposing tu pun sama cantiknyee.. :)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers